You are on page 1of 14

Litar Elektrik 1.

Maksud Litar
o

Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis) iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah

Jenis-jenis Litar 1. Litar mudah
o

Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir

2. Litar pintas
o o

Litar tanpa beban Litar yang mengandungi wayar pintasan

3. Litar siri
o

Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri

4. Litar selari
o

Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari

5. Litar siri selari
o

Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

Litar asas A = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik

Litar siri

Litar selari

Litar siri selari

Perbezaan litar siri dan litar selari

Praktikal 5: Litar Elektrik Hasil Pembelajaran: Untuk menentukan kelebihan dan kekurangan litar siri dan litar selari Bahan dan Alatan: Pemegang sel kering, sel kering, wayar penebat, ammeter, voltmeter dan mentol lampu Aktiviti 1: Membina litar siri dan litar selari

Prosedur: 1. Litar selari dan litar siri dibina berdasarkan gambarajah di bawah dengan menggunakan satu pemegang sel kering, satu sel kering, beberapa utas wayar penebat dan dua biji mentol lampu untuk setiap litar.

1 1 2 2

Rajah 1: Litar Siri

Rajah 2: Litar Selari

2. Wayar penebat disambung dan keadaan mentol lampu diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambung kepada kedua-dua litar tersebut. Satu jadual dibina untuk merekodkan bacaan ammeter dan voltmeter. 4. Satu biji mentol lampu dibuka untuk setiap litar. Sebiji mentol lampu yang tinggal diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter bagi kedua-dua litar tersebut dicatatkan. 5. Sambungkan satu biji mentol lampu yang lain secara siri kepada litar A. Perhatikan mentol lampu lain yang tinggal dan bacaan ammeter dan voltmeter dicatatkan. 6. Sambung satu biji mentol lampu yang lain secara selari kepada litar B. Perhatikan mentol lampu yang tinggal dan bacaan ammeter dan voltmeter dicatatkan.

Keputusan: Sumber tenaga = 3 volt Litar A : (Litar siri) Lampu Pemerhatian Bacaan voltmeter Bacaan Ammater 1 Menyala 1.2 0.20 2 Menyala 1.6 0.20

Sumber tenaga = 3 volt Litar B : (Litar selari) Lampu Pemerhatian Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter 1 Menyala 2.5 0.48 2 Menyala 2.5 0.48

Lampu 1 dibuka Litar A : (Litar siri) Lampu Pemerhatian 1 (Lampu dibuka) Tidak menyala Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter 3.0 0.00 0.0 0.00 2 Tidak menyala

Litar B : (Litar selari) Lampu Pemerhatian 1 (Lampu dibuka) Tidak menyala Bacaan Voltmeter 2.5 2.5 2 Menyala

Bacaan Ammeter

0.48

0.28

Satu lampu ditambah dalam setiap litar Litar A : (Litar Siri) Lampu Pemerhatian Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter 1 Menyala 1.1 1.70 2 Menyala 1.3 1.70 3 Menyala 0.7 1.70

Litar B : (Litar Selari) Lampu Pemerhatian Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter 1 Menyala 2.5 0.66 2 Menyala 2.2 0.44 3 Menyala 2.0 0.20

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Apa yang terjadi kepada mentol lampu tersebut dalam litar siri jika satu mentol lampunya terbakar? Terangkan Jika satu mentol lampunya terbakar, mentol lampu yang satu lagi juga tidak akan menyala. Hal ini kerana arus tidak dapat mengalir dalam litar tersebut.

2. Apa yang terjadi kepada mentol lampu tersebut dalam litar selari jika satu mentol lampunya terbakar? Terangkan Satu mentol lampu tidak menyala kerana terbakar dan satu mentol lampu lagi menyala. Hal ini kerana dalam litar selari, arus dapat mengalir dalam litar walaupun terdapat satu mentol lampu dalam litar tersebut terbakar.

3. Kamu membina satu talian lampu menggunakan beberapa biji mentol lampu. Bagaimanakah keterangan cahaya lampu itu dipengaruhi oleh cara

pemasangan mentol lampu secara siri atau selari? Dalam litar siri, kecerahan beberapa biji mentol lampu dalam litar tersebut didapati sama manakala dalam litar selari, kecerahan beberapa biji mentoil tersebut tidak sama. Hal ini kerana jumlah arus yang mengalir dalam litar siri adalah sama. Jadi, setiap mentol dalam litar siri akan mengalami kecerahan yang sama. Dalam litar selari pula, mentol lampu yang paling hampir dengan sumber tenaga mempunyai kecerahan yang paling tinggi , dan mentol lampu yang paling jauh dengan sumber tenaga mempunyai kecerahan yang paling rendah. Jadi, dalam litar selari, jumlah arus berbeza-beza bagi setiap mentol lampu dalam litar tersebut dan menghasilkan kecerahan yang berbeza-beza.

Aktiviti 2: Membina litar gabungan siri dan selari Prosedur: 1. Litar yang ditunjukkan seperti gambarajah di bawah dibina dengan menggunakan pemegang sel kering, satu sel kering, satu suis, beberapa utas wayar penebat dan tiga biji mentol lampu.

2. Suis disambungkan dan keadaan mentol lampu diperhatikan

3. Ammeter dan voltmeter disambung untuk mengukur arus dan beza keupayaan (voltan) untuk setiap mentol lampu. Saju jadual dibina untuk mencatat bacaan. 4. Mentol lampu A dibuang. Mentol lampu yang tinggal diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap mentol lampu dicatatkan. 5. Mentol lampu B dibuang. Mentol lampu yang tinggal diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter untuk setiap mentol lampu dicatatkan.

Keputusan: Sumber tenaga = 3 volt Lampu Pemerhatian Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter A Menyala 2.3 0.20 B Menyala 0.4 0.16 C Menyala 0.2 0.08

Lampu A dibuang Lampu Pemerhatian Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter Dibuang 3.0 0.00 A B Tidak menyala 0.0 0.00 C Tidak menyala 0.0 0.00

Lampu B dibuang Lampu Pemerhatian Bacaan Voltmeter Bacaan Ammeter Menyala 1.4 0.18 A Dibuang 1.4 0.00 B Menyala 1.4 0.18 C

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Apa yang berlaku kepada mentol lampu lain jika mentol lampu A dibuang? Terangkan. Apabila mentol lampu A dibuang, mentol lampu B dan C tidak menyala. Hal ini keranba mentol lampu A disambung secara siri manakala mentol lampu B dan C disambung secara selari. Jadi, apabila mentol lampu A dibuang, arus tidak dapat mengalir ke mentol lampu B dan C dan menyebabkan kedua-dua mentol lampu tersebut tidak menyala.

2. Apa yang berlaku kepada mentol lampu lain jika mentol lampu B dibuang? Terangkan. Mentol lampu A dan C menyala apabila mentol lampu B dibuang. Hal ini kerana mentol lampu A disambung secara siri dan mentol lampu C disambung secara selari. Jadi, arus dapat mengalir dalam mentol lampu A dan mentol lampu C. Kesannya, kedua-dua mentol lampu menyala.

3. Adakah kamu mahu litar yang berada di rumah kamu itu litar siri atau litar selari atau gabungan antara kedua-dua jenis litar? Beri sebab kepada jawapan anda. Litar selari. Hal ini kerana jika penyambungan litar di rumah dibuat secara selari, maka sekiranya terjadi satu mentol rosak atau tidak menyala, mentol rosak atau tidak menyala itu tidak mempengaruhi aliran elektron di dalam litar dan litar masih lagi lengkap penyambungannya. Hal ini berbeza bagi penyambungan litar secara siri. Litar secara siri, sekiranya terdapat satu mentol rosak atau tidak menyala, mentol lain juga akan turut tidak menyala kerana litar tidak lengkap dan elektron tidak dapat mengalir dalam litar. Secara siri juga, jika ingin menyalakan satu lampu, semua lampu lain juga harus dinyalakan dan hal ini menyusahkan kita. Sambungan litar secara selari juga menghasilkan kecerahan lampu yang lebih terang berbanding litar siri.

Perbincangan: 1. Terdapat dua jenis penyambungan bagi litar elektrik iaitu secara siri atau secara selari. 2. Bagi aktiviti 1, litar A (litar siri) , bacaan ammeter ialah 0.2 manakala bacaan voltmeter untuk lampu 1 ialah 1.2 dan untuk lampu 2 ialah 1.6. Kedua-dua lampu 1 dan 2 menyala. Litar B (litar selari), bacaan ammeter ialah 0.48 manakala bacaan voltmeter ialah 2.5 untuk kedua-dua lampu. Kedua-dua lampu 1 dan 2 menyala dalam litar selari. 3. Dalam aktiviti 1, litar siri, lampu 1 dibuka , bacaan ammeter untuk kedua-dua lampu ialah 0.0. Bacaan voltmeter pula bagi lampu 1 ialah 3.0 dan lampu 2 ialah 0.0. Kedua-dua lampu tidak menyala. Bagi litar selari, bacaan ammeter bagi lampu 1 ialah 0.48 dan lampu 2 ialah 0.28. Bacaan voltmeter bagi keduadua lampu ialah 2.5. Untuk litar selari, lampu 1 tidak menyala dan lampu 2 menyala. 4. Bagi aktiviti 1, apabila sebiji lampu ditambah dalam setiap litar, untuk litar siri, bacaan ammeter bagi ketiga-tiga biji lampu ialah 1.7 manakala bacaan voltmeter untuk lampu 1 ialah 1.1, lampu 2 ialah 1.3 dan lampu 3 ialah 0.7. Ketiga-tiga lampu menyala. Untuk litar selari pula, bacaan ammeter untuk lampu 1 ialah 0.66, lampu 2 ialah 0.44 dan lampu 3 ialah 0.2. Bacaan voltmeter pula bagi lampu 1 ialah 2.5 , lampu 2 ialah 2.2 dan lampu 3 ialah 2.0. Ketiga-tiga lampu menyala. 5. Untuk aktiviti 2 , gabungan litar siri dan selari. Bacaan ammeter bagi lampu A ialah 0.2, lampu B ialah 0.16 dan lampu C ialah 0.08. Bacaan voltmeter pula, lampu A ialah 2.3, lampu B ialah 0.4 dan lampu C ialah 0.2. Ketiga-tiga lampu A, B dan C menyala. 6. Dalam aktiviti 2, apabila lampu A dibuang, bacaan ammeter bagi ketiga-tiga biji lampu ialah 0.0. Bagi bacaan voltmeter pula, hanya lampu A sahaja ada bacaan iaitu 3.0 manakala lampu B dan C ialah 0.0. Pemerhatian untuk lampu A dibuang ialah lampu B dan C tidak menyala. 7. Dalam aktiviti 3, apabila lampu B dibuang, bacaan ammeter untuk lampu A ialah 0.18, lampu B ialah 0.00 dan lampu C ialah 0.18. Bacaan voltmeter pula bagi lampu A, B, dan C adalah sama iaitu 1.4. Lampu A dan C menyala apabila lampu B dibuang.

8. Bagi litar siri, arus tidak akan mengalir apabila salah satu komponen dalam litar mengalami kerosakan dan litar menjadi tidak lengkap. Sebagai contoh, jika sebiji mentol lampu dalam litar siri dibuka atau terbakar, lampu lain dalam litar tersebut tidak akan menyala. Hal ini berbeza bagi litar selari. Apabila terdapat salah satu kompinen dalam litar mengalami kerosakan, litar masih lagi lengkap dan arus masih dapat mengalir dalam litar. 9. Perbezaan antara litar siri dan selari dari segi arus ialah jumlah arus yang mengalir melalui setiap perintang adalah sama dalam litar siri manakala dalam litar selari, jumlah arus adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan. Hal ini bermakna kecerahan lampu bagi litar siri adalah sama manakala bagi litar selari, kecarahan setiap lampu dalam litar tersebut berbeza-beza mengikut kedudukan lampu tersebut dalam litar. 10. Bagi litar siri, jumlah voltan adalah bersamaan dengan hasil tambah voltan bagi tiap-tiap perintang manakala bagi litar selari, voltan pada setiap perintang adalah sama. Hal ini menunjukkan bacaan voltmeter bagi litar siri untuk kedua-dua mentol adalah tidak sama bergantung kepada kedudukan mentol dalam litar manakala bacaan voltmeter dalam litar selari adalah sama bagi kedua-dua mentol. 11. Bagi litar siri, jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah rintangan bagi setiap perintang manakala rintangan adalah mengikut rumus dalam litar selari, jumlah seperti berikut :

Kesimpulan: Litar siri dan selari mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Refleksi: Eksperimen di atas menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan litar siri dan litar selari. Daripada eksperimen di atas, saya dapat mempelajari bagaimana sambungan litar siri dan litar selari dibuat dan juga bagaimana yang dikatakan sambungan litar gabungan secara siri-selari. Selain itu, eksperimen di atas menerangkan hubungan antara arus, voltan dan juga nilai perintang dalam litar siri dan litar selari. Saya juga dapat mengukur sendiri jumlah arus dan voltan dengan

menggunakan ammeter dan voltmeter bagi setiap litar siri dan litar selari yang telah dibina berdasarkan prosedur eksperimen. Eksperimen ini juga mengajar saya tentang sambungan litar elektrik yang berada di rumah iaitu menggunakan sambungan secara selari. Melalui pembinaan litar secara siri dan selari, saya dapat mengenal pasti perbezaan antara kedua-dua litar dan mengkaji kelebihan serta kekurangan yang berlaku akibat daripada sambungan tersebut. Jadi, berdasarkan eksperimen yang telah dilakukan, saya dapati sambungan litar secara selari lebih banyak mendatangkan manfaat berbanding sambungan secara siri. Kesimpulannya, eksperimen ini mengajar saya tentang bagaimana

sambungan litar elektrik dilakukan dan apakah perbezaan antara litar siri dan selari.

Rujukan: Buku Chang See Leong, K. K. (2007). Focus Excel Physics Form 5. Selangor : Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. Sia Yong Soon, C. G. (2003). Eksplorasi Fizik Tingkatan 5. Selangor: Penerbit fajar Bakti Sdn. Bhd.

Internet http://en.wikipedia.org/wiki/Series_and_parallel_circuits http://www.technologystudent.com/elec1/srcirc1.htm http://www.furryelephant.com/content/electricity/series-circuits/ http://www.furryelephant.com/content/electricity/parallel-circuits/ http://www.furryelephant.com/content/electricity/parallel-circuits/ http://galileo.phys.virginia.edu/education/outreach/8thgradesol/SeriesParallel.htm http://wiki.answers.com/Q/Why_do_you_use_parallel_circuit_arrangement_for_dome stic_wiring