Praktikal 6: Aruhan dan penghantaran arus elektrik Hasil Pembelajaran: Untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi magnitud arus

aruhan Bahan dan Alatan: Lingkaran kuprum, galvanometer, dan magnet Aktiviti 1: Menyiasat arus aruhan Prosedur: 1. Lilit satu gulungan kuprum sebanyak 10-20 kali pusingan mengelilingi dua jari. Sambungkan kedua-dua hujung wayar kuprum kepada galvanometer sensitif. 2. Menyiasat apa yang berlaku apabila: a) Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gulungan kuprum? b) Kutub utara magnet digerakkan ke luar gulungan kuprum? c) Kutub utara magnet digerakkan ke dalam gulungan kuprum dengan cepat? d) Gulungan kuprum digerakkan ke atas magnet? e) Magnet dibiarkan tidak bergerak di tengah-tengah gulungan kuprum? 3. Prosedur 2 (a) hingga (e) diulang dengan menggunakan kutub selatan magnet 4. Lilit satu gulungan kuprum sebanyak 40 kali pusingan mengelilingi dua jari. Sambungkan kedua-dua hujung wayar kuprum kepada galvanometer semsitif. Prosedur 2 (a) hingga (e) diulang dengan menggunakan kutub utara magnet. 5. Buatkan magnet menjadi lebih kuat dengan menggunakan dua hingga tiga magnet dilekatkan bersama dengan dihujung magnet, kutub utara yang sama. Prosedur 2 (a) hingga (e) diulangi dengan menggunakan magnet yang lebih kuat ini. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Apa yang berlaku apabila magnet digerakkan ke dalam gulungan kuprum? Terangkan. 2. Apa yang berlaku apabila magnet dibiarkan tidak bergerak di tengah-tengah gulungan kuprum? Terangkan. 3. Apa yang berlaku apabila magnet digerakkan ke dalam gulungan kuprum dengan cepat? Terangkan. 4. Apa yang berlaku apabila magnet yang lebih kuat digerakkan ke dalam gulungan kuprum? Terangkan. 5. Apa yang berlaku apabila satu magnet berada dalam gulungan kuorum dengan banyak pusingan lilitan? Terangkan. 6. Apa yang perlu kamu lakukan untuk meningkatkan magnitud aruhan arus? Aktiviti 2: Membina transformer injak naik dan transformer injak turun

Hasil pembelajaran: Untuk mendemonstrasi penggunaan transformer dalam penghantaran elektrik Bahan dan alatan: Wayar Kuprum yang disaluti PVC, besi lembut C-core, arus ulang alik penjana tenaga, suis, mentol lampu, arus ulang-alik ammeter, arus ulang alik voltmeter, dan pemegang C-core Prosedur: 1. Lilit wayar Kuprum yang disaluti PVC sebanyak 10 kali pusingan mengelilingi besi lembut C-core dan sambung gulungan itu kepada satu arus ulang-alik penjana tenaga dan satu suis. Gulungan terseut dirujuk sebagai gegelung primer. 2. Lilit wayar Kuprum yang disluti PVC sebanyak25 kali pusingan mengelilingi besi lembut C-core yang lain dan sambungkan hujung gulungan itu kepada mentol lampu. Gambarajah di bawah menunjukkan bagaimana ammeter dan votlmeter disambung untuk mengukur arus dan beza keupayaan (voltan) dalam gegelung primer. 3. Sekarang, sambungkan ammeter dan voltmeter untuk mengukur arus dan beza keupayaan (voltan) dalam gegelung sekunder seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. 4. Dalam transformer di atas, bilangan lilitan dalam gegelung sekunder lebih besar berbanding gegelung primer. Apakah nama transformer ini? Hidupkan suis dan catat pengukuran anda. 5. Sekarang terbalikkan sambungan untuk gegelung primer dan gegelung sekunder. Bilangan lilitan dalam gegelung sekunder sekarang lebih kecil berbanding gegelung primer. Apa nama transformer ini? Hidupkan suis dan catat pengukuran anda. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran Soalan: 1. Untuk transformer injak naik, arus manakah yang kamu anggarkan menjadi lebih besar – arus primer atau arus sekunder? 2. Bagaimanakah kamu mengukur kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak naik dan apakah nilai-nilai tersebut? 3. Kira nisbah kuasa output kepada kuasa input. Apa nisbah itu dipanggil? 4. Dalam penghantaran elektrik, kuasa hilang dalam setiap kabel elektrik dikira dengan menggunakan formula , Kuasa hilang dalam setiap kabel = I2 R

di mana I adalah arus dan R ialah rintangan dalam satu kabel

5. Terangkan peranan transformer injak naik dalam membantu mengurangkan kuasa hilang semasa penghantaran elektrik. 6. Untuk transformer injak turun, arus manakah yang kamu anggap untuk menjadi lebih besar – arus primer atau arus sekunder? 7. Apakah nilai kuasa input dan kuasa output untuk transformer injak turun? 8. Terangkan peranan transformer injak turun dalam penghantaran arus elektrik.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful