P. 1
Aplikasi Teori-teori Usul Fiqh Dalam Keputusan-keputusan Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad 1983-2004

Aplikasi Teori-teori Usul Fiqh Dalam Keputusan-keputusan Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad 1983-2004

4.75

|Views: 2,429|Likes:
Published by www.ridline.net

More info:

Published by: www.ridline.net on Jan 25, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as RTF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

Silahkan download e-book ini di halaman download pada situs

APLIKASI TEORI-TEORI USUL FIQH DALAM KEPUTUSANKEPUTUSAN PENGAWASAN SYARIAH BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 1983-2004 Oleh: Haji Mohd. Nazri bin Chik Nasruddin Haji Yaakub Abstrak Penubuhan BIMB adalah salah satu usaha untuk memenuhi tanggungjawab mewujudkan muamalat berlandaskan Syariat Islam di Malaysia. Usaha ini berdepan dengan cabarancabaran getir berasaskan bahawa (i) penubuhan BIMB dibina dalam kerangka besar sistem ekonomi dan kewangan konvensional yang telah diamalkan di Malaysia, (ii) perbankan kovensional sudah bertapak kukuh dan diterima dengan meluas di kalangan rakyat, termasuk umat Islam dan (iii) kesan daripada penjajahan dan faktor-faktor lain, pegangan umat Islam terhadap agamanya masih longgar dan pemikiran majority mereka terhadap halam haram masih terbatas dalam soal makanan dan minuman sahaja. Realiti ini menuntut kepada ijtihad menggunakan teori usul al-fiqh bagi memahami tuntutantuntutan nas-nas syarak tentang persoalan-persoalan semasa dalam bidang perbankan Islam. Bagi tujuan itu dan untuk mempastikan operasi BIMB mengikut kehendak syariah, Majlis Pengawasan Syariah (MPS) telah ditubuhkan. MPS bertanggungjwab memberi khidmat nasihat dan mengawasi operasi BIMB agar sentiasa mematuhi landasan syariah. Semenjak BIMB mula beroperasi pada tahun 1983 sehiungga 2004, banyak perkara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BIMB telah diperbincangkan oleh MPS. Oleh itu, kertas kerja ini disediakan untuk membincangkan aplikasi teori-teori usul alfiqh dalam kaputusan MPS BIMB dalam tempoh tahun 1983 hingga 2004. 1. PENDAHULUAN

Bank Islam Malaysia Berhad telah mula beroperasi di Malaysia pada 1 Julai 1983 yang pada asasnya adalah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan masyarakat amnya. Dengan 87 buah cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan 50 jenis produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan perbankan bukan Islam. BIMB membabitkan diri dalam perkembangan sektor kewangan Islam berkaitan dengan perbankan, insuran (takaful), pelaburan saham, penyewaan beli, penyelidikan dan latihan serta perkhidmatan perbankan yang berkaitan. Pada peringkat awal sistem operasi terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Teknikal Agama seperti terkandung dalam Laporan Jawatnkuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam dan alMausu’ah al-Ilmiyyah wal-Amaliyyah lil-Bunuk al-Islamiyyah terbitan Perastuan Bankbank Islam Antarabangsa (IAIB) serta kitab-kitab fiqh yang berkenaan (Minit Mesyuarat 1 1983:1). Dalam operasinya, BIMB meletakkan pematuhan kepada kehendak syarak sebagai satu komitmen yang diperlembagakan dalam Misi Korporat BIMBM iaitu: “Untuk berusaha sedaya upaya menjalankan operasi bank perdagangan Islam berlandaskan hukum-hukum Syarak, dengan menyediakan kemudahan dan khidmat bank kepada semua masyrakat Islam dan seluruh rakyat negara ini, serta mencapai keteguhan dan keupayaan untuk berkembang maju dari masa ke semasa,” Untuk mencapai misi tersebut, BIMB menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah, Jabatan Syariah dan Unit Risiko Pematuhan Syariah dalam struktur pentadbiran banknya. 2. MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH BANK ISLAM MALAYSIA

Majlis Pengawasan Syariah ditubuhkan di bawah seksyen 3(5)(b) Akta Bank Islam 1983 bagi menasihati operasi perniagaan bank kumpulan dan Syarikat bagi memastikan ia tidak terlibat dengan apa-apa elemen yang tidak dibenarkan oleh Islam. Seksyen tersebut menjelaskan “Bahawa ada terdapat, dalam artikel persatuan bank yang berkenaan, peruntukan bagi penubuhan satu badan penasihat Syariah untuk menasihatkan bank mengenai pengendalian perniagaan banknya untuk menjamin ianya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh agama Islam,”

MPS menasihati para Pengarah tentang isu-isu operasi Kumpulan BIMB Holdings Sdn. Bhd. dan Syarikat. MPS juga mengambil pandangan Majlis Syariah pihak berkuasa berkaitan seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dari semasa ke semasa mengenai isu-isu berkaitan industri. Peranan MPS dalam mengawasi aktiviti kumpulan dan syarikat adalah: a. b. c. d. Menyemak produk dan servis bagi memastikan ianya menurut kehendak Syariah. Mempertimbangkan isu-isu syariah berkaitan operasi harian Kumpulan dan Syarikat Memberi pendapat atas operasi Kumpulan dan Syarikat sama ada ianya menurut Memberi latihan dan tunjuk ajar mengenai muamalt dan transaksi Islam berdasarkan

dan memberi nasihat sewajarnya. Syaiah. prinsip syariah. Peranan MPS berkaitan zakat ialah menyemak kiraan zakat dan meluluskan jumlah yang perlu dibayar mengikut Syariah dan menasihati pengagihan zakat kepada asnaf yang berkelayakan (Laporan Tahunan BIMB 2003;69). MPS telah bersidang buat pertama kali pada 24 Jun 1983 dan sepanjang penubuhannya sehingga ke hari ini, MPS telah dianggotai oleh barisan ulama yang berwibawa iaitu SS Tan Sri Datuk Sheikh Abd Mohsein Mohammed Salleh, Prof Tan Sri Datuk Ahmad Muhammad Ibrahim, Datuk Hj. Abd Kadir Hassan, Prof Datuk Dr.Othman Ishak, Prof Madya Dr. Abdullah Ibrahim, Dato’ Yussof Zaki Yaacob, Prof Madya Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon, SS Dato’ Mohamad @ Mamat Che Wook, SS Dato’ Hashim Yahaya, SS Dato’ Haji Mohd Khudzairi Haji Dainuri, YAA Dato’ Sheikh Ghazali Abd Rahman dan Ustaz Mohd Bakir Mansor ( Minit Mesyuarat MPS Kali 1: 80). Ahl-ahli MPS ini adalah dari kalangan mufti, ahli-ahli akademik, pengamal perundangan Islam dan ulama yang memiliki kemampuan yang tinggi dalam bidang fiqh dan perbankan di Malaysia. Dalam melaksanakan peranan MPS, jabatan Syariah menjadi secretariat dan ketua Jabatan Syariah dilantik sebagai Setiausaha MPS (Laporan Tahunan BIMB 2003: 23). Jabatan Syariah menentukan isu-isu yang memerlukan pandangan MPS dan menjalankan penyelidikan awal tentang perkara tersebut sebelum dibentangkan kepada MPS berserta

dengan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk dibuat keputusan. Dalam organisasi BIMB, MPS memiliki integriti yang tnggi dalam melaksanakan peranannya sebagai dibuktikan dalam mesyuarat ke-79, MPS tidak menerima perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat lembaga Pengarah Bank tentang sesuatu perkara kerana ia bertentangan dengan kehendak Syarak (Minit Mesyuarat 79, 2004: 3). 3. TEORI-TEORI USUL AL-FIQH

Dalam mentakrifkan Usul al-Fiqh, ulamak-ulamak al-Syafi’eyyah dan lain-lain mazhab berbeza (Al-Zuhaily, 1986: 1/24). Ulamak al-Syafi’eyyah mentakrifkannya: ‘Mengetahui dalil-dalil fiqh secara ijmal (tidak terperinci) dan cara memetik hukum atau mengambil hukum-hukum daripadanya serta keadaan orang yang menuntutnya,’ Hanafiyyah, Hanabillah dan Malikiyyah pula mentakrifkannya : ‘Mengetahui kaedah-kaedah yang dengannya dapat dikeluarkan atau difahami hukumhukum syarak yang praktikal daripada dalil-dalil yang tafsili (terperinci),’ Berasaskan kepada kedua-dua takrif ini, bolehlah dirumuskan bahawa ilmu usul al-fiqh adalah membincangkan tentang kaedah bagaimana sesuatu hukum boleh diketahui daripada dalil-dalil hukum. Al-Razi (1979: 94) memberikan keterangan yang lebih jelas tentang hal ini : ‘The aggregate, considerate per se, of legal proofs and evidence that, when studied properly will lead either to certain knowledge of a syariah ruling or to at least a reasonable assumption concerning the same; the manner by which such proofs are adduced and the status of adducer,’ Biadang kajian usul al-fiqh ialah mengeluarkan hukum Allah iaitu ketentuan Allah taala atau kehendak berkaitan sesuatu perbuatan orang-orang yang mukallaf daripada dalildalilnya. Cakupan ilmu ini ialah sumber-sumber hukum yang disepakati di kalangan ulamak usul iaitu Al-Quran, As-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas serta sumber-sumber yang tidak disepakati oleh mereka seperti istihsan, masalih, mursalah, uruf, istihab, sad alzarae dan lain-lain. Turut dicakupi ialah kaedah ulamak usul mengambil hukum daripada

sumber-sumber di atas dengan penelitian kepada lafaz yang digunakan sama ada bersifat al-khas iaitu lafaz yang menunjukkan kepada satu perkara secara tertentu, al-am iaitu lafaz yang menunjukkan sesuatu yang meliputi makna yang sesuai baginya atau almusytarak iaitu lafaz yang memiliki makna yang banyak. Dengan bantuan teori-teori ilmu ini, para mujtahid memerah seluruh kemampuan diri untuk memahami hakikat kehendak Allah (hukum) tentang perbuatan orang-orang mukallaf daripada sumber-sumber hukum Islam. Maka, mereka dapat mengetahui dalildalil syarak, tertibnya dalam rujukan, cara pengambilan hukum dari sumbernya, wajahwajah petunjuk lafaz ke atas makna dan kekuatan petunjuk-petunjuk itu, mana yang perlu didahulukan, dan mana yang perlu dikemudiankan dan kaedah tarjih antara dalil-dalil dan lain-lain. Jelaslah bahawa kepentingan ilmu ini dalam pembinaan hukum Islam. Dalam hubungan ini, Nabil Shehaby (1982: 27) menjelaskan ; ‘The usefulness of usul al-fiqh lies primarily in its being and and indispensable source for understanding the views of a large and important segment of Muslim thinkers who use the subject as a vehicle for their opinion on the various topics. For example, nowhere else do we find the same kind of concern for identifying the logical structure of the arguments used in the religious and rational sciences,’ 4.0 APLIKASI TEORI USUL AL-FIQH DAN KEPUTUSAN MAJLIS

PENGAWASAN SYARIAH BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 4.1 Aplikasi Teori Usul Fiqh dalam Proses MPS Membuat kEPUTUSAN Dalam melaksanakan tugasnya menasihati operasi BIMB bagi memastikan ia tidak terlibat dengan apa-apa elemen yang tidak dibenarkan oleh Islam, MPS membuat keputusan secara ijtihad jam’ei. Fasal 6 Peraturan MPS menjelaskan: ‘Keputusan Majlis hendaklah dicapai berdasarkan kepada prinsip Syura. Dalam manamana keadaan yang Majlis tidak dapat mencapai keputusan dengan sebulat suara, maka keputusan itu hendaklah dicapai melalui suara terbanyak,’

Oleh itu, dalam sesetengah kes ada ahli MPS yang memberi pandangan yang berlainan sebagaimana dicatatkan dalam Minit Mesyuarat MPS Kali ke-34 bahawa Dr Abdullah Ibrahim meminta menyatakan pendapat beliau beliau berlainan dengan ahli lain dalam masalah bay al-dayn. Dalam melaksanakn tugasnya, MPS menerima sumber dan manhaj (metodologi) fuqaha’ yang muktabar meliputi sumber utama dan sumber sokongan. Sumber utama ialah alQuran dan al-sunnah berdasarkan bahawa umat Islam diwajibkan merujuk kepada keduaduanya bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam urusan harian, sebagaimana firman Allah: Maksudnya : ‘Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasulnya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya,’ (Surah an-Nisa : ayat 59) Allah juga berfirman Maksudnya : ‘Apa yang Allah kurniakan kepada Rasulnya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperan, maka ia adalah tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang miskin serta musafir. (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya antara kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu lakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksanya’ (Surah Al-Hasyr : Ayat 7) Selain daripada sumber utama ini, PMS juga menerima pakai sumber-sumber sokongan:

1. 2.

Ijma’ iaitu persepakatan mujtahid di kalangan umat Islam terhadap sesuatu hukum Qiyas : iaitu menyamakan hukum asal yang ada nas dengan perkara baru yang tiada

suarak pada sesuatu zaman selepas kewafatan Rasulullah s.a.w (Abu Zuhrah t.t.: 185) nas tetapi mempunyai illah yang sama yang dianggap oleh Imam As-Syafie sebagai asas ijtihad (Abu Zuhrah t.t.: 204) dan banyak memberi sumbangan dalam menyelesaikan isuisu baru yang belum dibahaskan (Al-Zarqa’ 1968: 1/68). 3. 4. Maslahah; iaitu memutuskan sesuatu berasaskan prinsip kebaikan am perkara yang Istihsan : iaitu mengenepikan sesuatu hukum yang mempunyai dalil atas sesuatu tidak terdapat dalam nas al-Quran dan as-Sunnah yang jelas (Al-Zarqa’ : 1968: 1/90). perkara dengan mengambil hukum lain yang lebih kukuh dan lebih kuat daripada hukum pertama, berasaskan dalil syarak yang membolehkan tindakan sedemikian (Abd-al Wahhab Khallaf 1982: 71). 5. 6. 7. Istishab : iaitu kepda pengekalan hukum yang terdahulu selagi belum terdapat dalil Sad Zari’ah iaitu pendekatan untuk menyekat perkara yang boleh membawa Urf : iaitu kebiasaan yang diamalkan oleh sebahagian besar sesuatu masyarakat sama lain yang mengubah hukum tersebut (Abu Zuhrah t.t.: 276). seseorang terjebak dalam perkara yang diharamkan (Abu Zuhrah t.t.: 268). ada dalam bentul perbuatan atua percakapan (Al-Zarqa, 1968 : 1/131) dan diterima pakai sebagai asas hukum selama ia tidak bercanggah dengan syarak (Al-Zuhaily 1986 : 2/828). Dalam konteks operasi BIMB, urf tijari iaitu perkara yang menjadi amalan kebiasaan dalam perniagaan akan diambil kira sebagai asas hukum. 8. : 7). 9. Siasah Syar’iyyah: iaitu ilmu yang membicarakan hukum yang berhubungkait dengan dasar dan pedekatan yang diambil dalam menyusun struktur pentadbiran negara dan urusan rakyat selaras dengan ruh Syariah (Al-Husary t.t:12) meliputi soal pemerintahan pusat dan wilayah, ekonomi, kehakiman, hubungan antarabangsa dan lain-lain. 10. Ta’wil : iaitu usaha menerangkan kehendak Syariah daripada lafaz tanpa terikat kepada pengertian zahir lafaz tersebut. Sebaliknya maksud uang tersirat akan diterima pakai jika disokong kuat oleh dalil lain yang menjelaskan bahawa Syariah menghendaki Maqasid Syar’iyyah : iaitu objektif yang ingin dicapai oleh Syariah ketika menetapkan sesuatu hukum yang bertujuan mencapai maslahat manusia (Al-Raisuni 1992

maksud tersebut (Al-Duraini t.: 189). Ia penting kerana kadangkala sesuatu bukan mengkehendaki makna zahirnya. 11. Istiqra’ : iaitu penelitian menyeluruuh terhadap sesuatu perkara sebelum memberikan kesimpulan hukum terhadap perkara tersebut meneliti aplikasi dalil am atas hukum cabang berkaitan dan mengeluarkn beberap pengecualian jika ada (Al-Zuhaily 1986 : 2/916). 12. Talfiq : iaitu mengemukakan sesuatu pendekatan yang tidak pernah diperkatakan oleh mujtahid siolam (Al-Zuhaily 1986: 2/1143) dengan menggabungkan dua pandangan mazhab atau lebih dan menghasilkan pendapat lain yang berbeza. Berasaskan kepada sumber-sumber di atas, MPS melakukan peranannya sama ada dengan melakukan ijtihad baru (ijtihad-insya’i) atau dengan memilih pendapat terkuat di antara ijtihad-ijtihad fuqaha terdahulu (ijtihad-intiqa’i) (Al-Qardawi, 200:290). Tetapi, penelitian kepada minit-minit mesyuarat MPS mendapati bahwa tidak banyak ijtihad baru dilaksanakan. Penulis mengandaikan keadaannya sedemikian kerana bidang perbankan Islam sudah berkembang pesat di seluruh dunia Islam dan sudah banyak keputusan yang berkaitan zakat atas harta yang dipegang bank. MPS meminta agar bank merujuk kpepada kaedah yang digunakan oleh Faisal Islamic Bank of Egypt (Minit Mesyurat MPS 1, 1983:3 dan Minit Mesyuarat MPS 2, 1983: 1). MPS juga turut mengambil pandangan Majlis Syariah pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti dari semasa ke semasa (Minit Mesyuarat MPS 55, 1997:5-6). Ahli MPS, Dato’ Md Hasyim Yahaya menjelaskan bahawa MPS tidak terikat dengan pandangan mazhab-mazhab tertentu dalam membuat keputusan kerana perbankan Islam adalah termasuk dalam bidang muamalat dan bukan bidang ibadat yang tidak boleh bermudah-mudah diadakan talfiq (Wawancara Dato’ Hashim Yahaya: 2004).contohnya dalam kes pemakaian kontrak bay al-inah dalam produk Kad Bank Islam, MPS mentarjihkan pandangan Imam Syafie, al-Zahiri, al-Imam Abu Yusof, dan Muhammad alHanafi yang mengharuskannya kerana ada maslahah dan menepti keprluan muamalat semasa (Mohd Bakir Mansor 1998: 67-68).

4.2 Kes-kes Terpilih Beberapa kes terpilih yang menggambarkan aplikasi teori-teori usul al-fiqh dalam keputusan-keputusan MPS BIMB di antara tahun-tahun 1983-2004 ialah: 1. Modal bukan Islam Dalam Penyusunan Modal BIMB Dalam mesyuarat ke-29 pada 14/11/1990 (Minit Mesyuarat MPS 29 1990:1-2), MPS diminta membuat keputusan tentang penyusunan semula modal BIMB di mana public issue sebayak 27,166,000 syer Bank akan dijual kepada orang ramai dan aada kemungkinan ia turut dibeli oleh bukan Islam. Oleh itu, bagi memastikan taraf Bumiputra Bank tidak terjejas, kerajaan Persekutuan mahu mempunyai kuasa-kuasa tertentu ke atas Bank. MPS memutuskan bahawa: I. II. Semua mazhab tidak mensyaratkan semua rakan kongsi Sysrikat Ina beragama Islam Kerajaan boleh mewujudkan dan memegang satu ‘Golden Share’ dalam bank yang untuk menjadikannya sah. memberi kuasa tertentu ke atas polisi dan perniagaan bank. Kerajaan juga boleh menghadkan supaya bukan Islam boleh memiliki hanya peratusan tertentu sahaja daripada syer Bank berasaskan kaedah Fiqh : Maksudnya : ‘Pentadbiran pemerintah ke atas rakyat adalah bergantung kepada maslahah,’ Keputusan ini menggambarkan kefahaman terhadap konsep Syarikat Inan dalam perniagaan moden dan aplikasi al-Siyasah al-Syar’iyyah. 2. Bank Mengambil Kereta yang Dijual Beli Dalam Skim Pembiayaan Kenderaan di Bawah BBA Sebagai Cagaran Dalam mesyuarat ke-34 pada 25/8/1992 (Minit Mesyuarat MPS 34, 1992:6-7), MPS diminta memutuskan cadangan bank mengmbil kereta yang dijual beli sebagai cagarn bagi menjamin bayaran balik hutang hak Bank dari harga tangguh kereta itu: dan kereta itu walaupun dicagarkan kepada Bank tetap berada pada pembeli dan pembeli mengambil manfaat daripadanya. MPS memutuskan BIMB boleh melakukan demikian kerana Mazhab Syafie yang berbeza daripada 3 mazhab lain membenarkan barang gadaian yang boleh dialih (manqul) tidak semestinya berada pada pemegang gadai. Keputusan dibuat

berdasarkan Hadith Nabi s.a.w,: “Binatang tunggangan yang digadai ditunggangi dan binatang susu yang digadai diperah susunya,” (Riwayat al-Daruqutni dan al-Hakim). “Binatng tunggangan yang ditunggangu dengan nafakah pemeliharaannya apabila digadai,” (Riwayat al-Bukhari). Imam al-Syafie memberi fahaman hadith-hadith ini bahawa yang menunggangi dan memerah susu binatang yang digadai itu ialah binatang dengan izin pemegang gadai. Keputusan ini dibuat kerana ia mendatangkan kemaslahatan kepada bank. 3. Pengenaan Penalti Ganti Rugi (Ta’wid) Kepada Penerima Biaya Yang Mungkir Dalam mesyuarat ke-55 pada 22/8/1997 (Minit Mesyurat MPS 55 1997:5-6), MPS diminta membuat keputusan mengenai penerima biaya yang mungkir seolah-olah mempermainkan sitem perbankan Islam kerana tidak mengenakan ganti rugi jika mereka tidak membayar hutang mereka dalam jangka masa pendek. MPS memutuskan BIMB boleh mengenakan ganti rugi dalam bentuk wang kpeada penerima biaya yang mungkir dengan hujah-hujah: I. II. III. Bagi menegakkan ‘maqasid al-syariah’ dalam menjaga agama melalui perbankan Ada precedent dalam mazhab Hanafi bahwa boleh dikenakan penalti apabila berlaku Majma al-Fiqh al-Islami sebulat suara membolehkan al-Syart al-Jazai (penalty Islam. dharar ke atas pihak yang mempunyai hak clause) dalam perniagaan. Keputusan di atas dibuat sebelum daripada Bank Negara Malaysia memperincikan garis panduan tentang pengenaan penalty tersebut pada 10/12/1998. dalam mesyuarat ke-57 pada 6/3/1998 (Minit Mesyuarat MPS 57, 1998), MPS diminta memberi pandangan tentang pengendalian penalti oleh Kerajaan Malaysia ke atas Pembiayaan Perumahan Nasional Sdn. BhD (PPNSB). MPS memutuskan: I. II. Kerajaan boleh mengenakan ganti rugi (ta’wid) bukan penalty bagi jumlah terlewat Kerajaan boleh mengenakan ta’wid jika kelewatan membayar hutang disengajakan, dibayar tertakluk kepada paragraph 2 hingga 4 berikut: tetapi tidak boleh mengenakannya jika kelewatan itu tidak disengajakan seperti tiada

wang untuk membayar hutang pada tarikh yang ditetapkan. III. Ta’wid yang dikenakan tidak boleh diasaskan kepada kadar faedah tetapi hendaklah berasakan kepada kerugian sebenar seperti kadar yang sama dengan kadar keuntungan yang diabil oleh PPNSB dalam memberi pembiayaan kpeada kakitangan kerajaan. IV. Jumlah ta’wid mesti ditentukan oleh pihak ketiga yang ada autoriti termasuk MPS.

Keputusan ini diperkemaskan lagi oleh MPS dalam mesyuarat ke-70 pada 28/6/2002 (Minit Mesyuarat MPS 70, 2002:2-3) I. II. III. Ta’wid boleh dikenakan ke atas penerima biaya yang gagal menyelesaikan Mekanisme pengiraan ta’wid adalah berdasarkan kadar sebenar kerugian Bank. Ta’wid yang diperolehi hendaklah dimasukkan dalam akaun keuntungan Bank dan pembiayaan mereka atas sebab-sebab yang tidak boleh diterima oleh bank.

dikongsi di antara Bank dan pendeposit mengikut purata nisbah pembahagian keuntungan Bank bagi deposit mudarabah. IV. Bank mempertimbangkan pengecualian tertentu terhadap kes pelanggan-pelanggan yang gagal membuta pembayaran mengikut perjanjian atau sebab-sebab yang boleh diterima oleh Bank. Keputusan ini menggambarkan aplikasi maqasid al-syar’iyyah dalam kontrak dan tidak berlaku dharar kepada pihak-pihak lain. 4. Isu Penggunaan Instrumen Berdasarkan Bai’ al-Dayn Dalam Manual Money Market Instruments – Volume 1 Dalam mesyuarat ke-55 pada 22/8/1997 (Minit Mesyuarat MPS 55, 1997:4-5), MPS diminta membuat keputusan tentang penggunaan instrumen Bay al-Dayn kerana antara syarat-syarat jual-beli hutang hendaklah secara tunai dengan serah menyerah pada masa mengikut tegahan Nabi s.a.w terhadap bay al-kali bil-kali. MPS memutuskan bahwa syarat tersebut hendaklah dikekalkan tetapi kelonggaran boleh dibenarkan kerana mengawal urusan perniagaan mengikut kaedah fiqh: Maksudnya ,: “Jika sesuatu perkara menjadi buntu, ia terbuka,”

Ia boleh dilakukan dengan syarat: I. II. III. Ada kawalan perniagaan dan kepastian supaya instrumen yang dijual diserah secapat Perbuatan menyerah instrumen yang dijual itu betul-betul dilakukan secepat Keputusan ini menggambarkan aplikasi kaedah fiqh yang membolehkan rukhsah mungkin mungkin apabila berlaku kesulitan terikat dengan yarat-syarat tertentu. 5. Hukum Jualan Wang Peringatan Sukan Komanwel Dalam mesyuarat ke-59 pada 29/5/1998 (Minit Mesyuarat MPS 59, 1998:5-6), MPS diminta memberi pandangan hukum tentang keputusan Bank Negara mewajibkan bankbank perdagangan menjual wang tersebut yang diperbuat daripada polimer yang sah diperlakukan dengan nilai RM50 dan dijual kepada BIMB dengan harga RM78.40 untuk dijual kepada orang ramai dengan harga RM80 sekeping. Penjualan ini dibuat untuk mendapatkan wang bagi membantu menjayakan Sukan Komanwel. MPS membuat keputusan: I. Muamalat itu adalah muamalah ribawiyyah kerana jual beli tersebut dengan wang kertas biasa secara tidak sama atau berlebihan secara tangguh adalah haram kerana kedua-duanya adalah bahan-bahan ribawi daripada jenis yang sama II. III. Oleh kerana bank diwajibkan menjual, maka dalam akad hendaklah disebut bahawa Perbezaan harga dibeli oleh bank dan harga yang dijual dimasukkan ke dalam harganya ialah RM50 dan derma RM30. Tabung Ehsan kerana ia adalah pendapatan yang haram. Keputusan ini menggambarkan usaha untuk mencari jalan keluar daripada kesempitan jalan keluar hanya daripada kesempitan dalam melaksanakan keputusan kerajaan Bank Islam hanyalah piece of cake dalam sistem ekonomi dan kewangan Malaysia. 6. Derma Bekaitan Dengan Japaneses Encephalitis daripada Wang Riba Dalam mesyuarat ke-61 pada 21/5/1999 (Minit Mesyuarat MPS 61 1999:7), MPS diminta

memberi pandangan tentang bolehkan Bank menderma daripada Tabung Ehsan kepada usaha kerajaan melawan penyakit jangkitan JE atas permintaan Bank Negara Malaysia. MPS memutusjkan bahawa Bank boleh memberi sumbangan dengan syarat diberikan kepada orang Islam yang terlibat dalam JE kerana ia bersifat maslahah amah (kebajikan umum) orang-orang Islam. Ini menunjukkan integriti MPS dalam membuat keputusan tersendiri sekalipun dalam persoalan yang melibatkan arahab BNM. 7. Umur Minima Untuk Kelayakan Berakad Dalam Kontrak Muamalat. Dalam mesyuarat ke-66 pada 16/12/2001 (Minit Mesyuarat MPS 66, 2001:5-6), MPS diminta menentukan perkara di atas kerana dalam mesyuarat ke-43 pada 27 Januari 1995 diputuskan: “Bank memakai umur 15 tahun sebagai umur baligh bagi lelaki dan permpuan untuk kelayakan berkontrak dan membuka akaun-akaun deposit mengikut Jumhur Fuqaha’,” Tetapi amalan di cawangan Bank menunjukkan pelanggan berumur 12 tahun ke atas (yang mempunyai kad pengenalan) dibenarkan membuka akaun persendirian sebagaimana perbankan bukan Islam (non-Islamic banking). MPS memutuskan: I. II. Umur minima untuk kelayakan berakad dalam kontrak muamalt adalah 18 tahun iaitu Pelanggan Bank berumur 12 tahun ke atas (memiliki kad pengenalan) dibenarkan umur baligh dan rasyid, yang juga umur majoriti menurut undang-undang Negara membuka serta mengurus akaun simpanannya secara bersendirian sebagai pengecualian khusus daripada syarat umur minima berasaskan ‘urf kerana pembukaan akaun simpanan adalah muamalat yang tidak memudaratkan pelanggan. III. Pengurus cawangan boleh atas budi-bicara menyekat pengeluaran yang dibuat oleh pemegang akaun simpanan jika pengeluarannya adalah tidak genuine dan boleh memudaratkan mereka. IV. Keputusan ini menggambarkan aplikasi ‘urf sebagai asas penentuan hukum.

8. Syarat-syarat Wasi / Pengurus Wasiat Dalam mesyurat ke-67 pada 22/07/2001 (Minit Mesyuarat MPS 67:6), MPS diminta oleh BIMB Institute of Research and Training (BIRT) yang telah dihubungi oleh Rock Will

Sdn. Bhd. dan BHLB Trustee untuk dilantik sebagai penasihat syariat untuk membuat keputusan tentang syarat-syarat wasi iaitu 1) kedudukan bukan Islam sebagai pengurus wasiat, 2) kedudukan syarikat pengurus wasiat yang diiktiraf oleh Islam, 3) bolehkah syarikat mewalikan pengurusan wasiat kepada pekerja bukan beragama Islam menguruskan hal ehwal wasiat orang Islam? MPS memutuskan bahawa : I. II. Pengurus wasiat (wasi) bagi urusan wasiat orang-orang Islam mestilah akil, baligh, Bagi syarikat pengurus wasiat orang Islam, syarikat tersebut mesti lebihi 50% merdeka, amanah, adil dan Islam. sahamnya dimiliki olehorang-orang Islam dengan hujjah aghlabiyyah (majoriti) saham syarikat. Keputusan ini menggambarkan sifat keseimbangan (tawazun) MPS dalam menentukan status syarikat ‘inan sebagai syarikat Islam dengan hujjah aghlabiyyah. 9. Jual Beli Matawang Asing Dalam mesyuarat ke-68 pada 7/12/2001 (Minit Mesyuarat MPS 68:7), MPS diminta memberi pandangan tentang persoalan hukum yang dihadapi oleh BIMB Foreign Currency Clearing Agency Sdn. Bhd. (BIFCA) dalam operasi harian iaitu ang yang ditempah diterima lewat yang menjadi kebiasaan dalam urusniaga tukaran matawang asing; adakah termasuk dalam mafhum riba’ yad atau riba’ nasiyah MPS memutuskan bahwa kelewatan penghatntaran wang asing dalam isu ini adalah memenuhi maksud ‘ serah menyerah dalam majlis yang sama’ (hallan yadan bi-yadin) dan tidak bercanggah kehendak Syariah kerana kelewatan berlaku disebabkan faktor luar kawalan dan menepati uruf perniagaan zaman sekarang. Keputusan ini menggambarkan aplikasi ‘urf sebagai asas penentuan hukum terutamanya apabila wujud dharurah yang membuka jalan kepada pengambilan rukhsah. 10. Pembayaran Zakat Bank Bagi Pemegang Saham dan Penyimpan Dalam mesyurat ke-79 pada 7/5/2004 (Minit Mesyuarat MPS 79, 2004:4-5), MPS diminta menilai kembali pandangan supaya zakat dibayar sendiri oleh pemegang saham

dam penyimpan. MPS memutuskan menolak cadangan tersebut dan mengekalkan bank membayar zakat dengan alasan: I. Fuqaha’ secara umumnya sependapat bahawa zakat perniagaan wajib dibayar ke atas wang modal pemegang saham dalam Syarikat ‘inan dan wang deposit yang digunakan Bank untuk berniaga. II. Hadith Amar dariapada Amir al-Mu’minin bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Maksudnya, “Jangan dicampur yang berasingan dan jangan diasingkan yang bercampur kerana takut kena bayar zakat’” III. Mazhab selain daripada Mazhab Hanafi mengiktiraf syakhsiyyah ‘itibariyyah iaitu

badan korporat dan pada masa sekarang ramai ulama Mazhab Hanafi turut mengiktirafnya. 5.0 PENUTUP

Penelitian kepada minit-minit mesyuarat MPS BIMB antara 1983-2004 menunjukkan bahawa almu usul al-fiqh telah berperanan sebaiknya sebgai metodologi penyelidikan ilmu Islam semasa dalam bidang muamalat termasuk perbankan Islam. Dengan aplikasi ilmu ini, Majlis Pengawasan Syariah BIMB telah membuat keputusan-keputusan hukum dalam isu-isu operasi bank perdagangan Islam berlandaskan hukum syarak selaras dengan komitmen yang diperlembagakan dalam misi Korporat BIMB. Wa Allahu ‘Alam.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->