You are on page 1of 15

Ciri-ciri Kerajaan Autolitarian dengan Kerajaan Totalitarian

1. Pengenalan 1.1. Perspektif Awam

Authoritarianisme ialah bentuk politik yang dominan pada masyarakat prakonstitusional dan pra-demokratik, biasanya wujud sebagai kerajaan monarki dan hak istimewa aristokrat. Teori authoritarianisme boleh dikesan balik pada pemikir seperti Joseph de Maistre (1753-1821) yang berhujah bahawa kepercayaan pada prinsip authoriti, sebagai lawan daripada kebebasan individu, adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan ketertiban. Bagaimanapun, pada politik moden, authoritarianisme dipandang sebagai tipe rejim yang berbeza dari demokrasi dan totaliarianisme. Makna istilah ini tetap dibatasi oleh kenyataan bahawa, meskipun rejim otoriter mengandalkan perintah dan kepatuhan rakyat, mereka menunjukkan pelbagai ciri politik dan ideologi. Contohnya ialah, rejim lama seperti spanyol pada masa Franco memerintah, seringkali konservatif sehingga ia mencuba untuk melindungi elit politik tradisional dan menghilangkan aspek politik daripada masyarakat, dimana rejim authoritarian baharu, biasanya ditemukan pada negara membangun, bertujuan untuk membawa perubahan dalam ekonomi dan bergantung kepada agitasi politik. Sifat authoritarianisme pada zaman sekarang boleh pula ditemukan pada rejim demokrasi, dan boleh menjadikan pembezaan authoritarianisme dan demokrasi yang kaku boleh mengelirukan. Contohnya ialah McCarthyite witch hunts pada tahun 1950an di Amerika Syarikat dan Thatcherism di Inggeris, dimana kombinasi ekonomi neo-liberal dan polisi neo-konservatif sosial mereka telah ditafsirkan sebagai authoritarian populisme. Akhirnya, authoritarianisme telah dipandang sebagai fenomena psikologik dan sosiologik
1

yang terkait kepada peraturan untuk mematuhi peraturan tanpa berfikir ataupun penekanan kaku terhadap kepatuhan bawahan. 1 Beberapa tahun lalu, perkataan totaliter tidak diketahui. Penggunaan perkataan popular mempunyai asal dari artikel terkenal Mussolini dalam doktrinnya yang fasis. Mussolini mungkin memuat ekspresi totaliter dari Hegel's Philosophy of Law, di mana perkataan tersebut digunakan untuk menandakan kesatuan organik rakyat. "Liberalisme," tulis Mussolini, "meniadakan negara dalam kepentingan tunggal individu. Fasisme menegaskan negara sebagai realiti sejati individu. Ini adalah satu-satunya kebebasan yang boleh secara serius dipertimbangkan dalam Fasis-- kebebasan daripada negara dan individu di dalam negara-kerana bahagi Fasis segala sesuatu adalah di dalam negara, dan di luar negara tidak ada sesuatu yang rasmi atau spiritual boleh eksis ataupun bernilai. Dalam pengertian ini, Fasisme adalah totaliter. (Gurian, 1978)2 Istilah ini kemudian diambil untuk menjelaskan ciri opresif daripada kediktatoran abad ke-20 seperti Hitler di Jerman dan Stalin di USSR. Analisis totalitarian mencapai kemasyhuran pada tahun 1950-1960an, ketika ianya seringkali dipakai untuk menekankan hubungan totalitarian antara fasisme dan komunisme. 1.2. Definisi 1.2.1. Totalitarianisme

Totalitarianisme muncul setelah Perang Dunia I dan terjadi dikeranakan perkembangan teknologi. Ianya adalah sebuah sistem pentadbiran dimana satu parti memegang kuasa politik, ekonomi, ketenteraan dan peradilan. Parti ini berusaha untuk membentuk semula masyarakat berdasarkan nilai dan norma yang dipegang oleh parti tersebut dan darjah campur tangan kerajaan amatlah luas dalam kehidupan individu. Ianya

Heywood, Andrew.(2000). Key concepts in politics. London : St. Martins Press LCC. Hlm. 157 2 Gurian, Waldemar.(2004).The totalitarian state.The Review of Politics.40. hlm.514 diperoleh pada 2 Februari 2010 dari www.jstor.org/stable/1406761

berusaha mempertahankan partisipasi masyarakat secara total dan cuba untuk meningkatkan enthusiastik masyarakat. Brzezinski kemudian menawarkan definisi yang lebih menekankan bahagian penting dari sistem totalitarian iaitu : Totalitarianisme adalah sebuah bentuk baharu dari kerajaan yang jatuh ke kelas umum kediktatoran, sebuah sistem dimana kuasa instrumen politik berteknologi maju digunakan tanpa batasan oleh kepemimpinan terpusat dari sebuah pergerakan elit demi tujuan mempengaruhi revolusi sosial total, termasuk mempengaruhi manusia dengan dasar andaian ideologik tanpa batasan (arbitrary ideological assumptions), diistiharkan oleh kepemimpinan dalam suasana kebulatan suara mutlak masyarakat yang dipaksakan. (Linz, 2000)3 Tersirat atau tersurat, definisi-definisi di atas menunjukkan sebuah kecenderungan ke kehancuran had antara negara dan mayarakat dan kemunculan politisasi (politicization) penuh masyarakat oleh pertubuhan politik, amnya parti dan pertubuhan lain yang berkaitan. Ianya juga jelas bahawa negara totalitarian adalah anti-thesis daripada negara liberal-demokratis. Pada negara demokratis, proses pembuatan keputusan ialah tersebar dimana pada negara totalitarian ianya terpusat. Negara demokratis berusaha untuk memaksimumkan penyertaan politik dalam cara yang benar untuk mengamankan legitimasi dimana negara totalitarian meminimumkannya untuk memperkukuhkan kuasanya dengan segala cara. 1.2.2. Authoritarianisme Rejim Authoritarian ialah rejim yang diperintah oleh sebuah kumpulan kecil seperti sebuah parti, seorang diktator, atau tentera yang mengecilkan masukan dari masyarakat. Mereka tidak berusaha untuk mengawal semua aspek hidup. Banyak aspek ekonomi, sosial, budaya dan kekeluargaan diserahkan ke individu-individu sendiri. Rejim Authoritarian jarang

J. Linz, Juan. (2000). Totalitarian and authoritarian regimes. London : Lynne Rienner Publishers, Inc. hlm. 70

sekali mempunyai ideologi yang teguh untuk dipegang. Beberapa orang menyebut rejim Iraq totalitarian, namun ianya lebih cocok sebagai authoritarian. Rejim authoritarian menentang kebebasan individu demi ketertiban, kepatuhan rakyat terhadap perintah kerajaan. Mereka melihat masyarakat sebagai sebuah pertubuhan berstruktur dengan rantai pemerintahan di bawah kepemimpinan seorang pemimpin atau pun satu parti. Warga negara diharuskan mematuhi undang-undang dan membayar pajak dimana mereka tidak punya hak bersuara dalam pembuatannya. Badan penggubal undang-undang berfungsi seperti setem getah untuk menyetujui segala keputusan kerajaan. Beberapa struktur demokrasi mungkin ada namun tidak dilaksanakan. Perdana menteri dan kabinet boneka juga digunakan untuk mengikuti kemahuan diktator. Rejim Authoritarian biasanya mencari kepasifan dan kepatuhan politik masyarakat daripada keikutsertaan yang antusias dan mobilisasi masyarakat. Spanyol di bawah Franco (1939-1975) ialah authoritarian sederhana daripada totalitarian, Franco dan penyokongnya tidak punya ideologi untuk disebarkan dan ekonomi juga bebas bergerak walau dalam batasan. 2. Isi 2.1. Totalitarian Carl Friedrich memberikan beberapa fakta yang boleh membezakan rejim totalitarianisme dengan rejim lain seperti autokrasi ataupun heterokrasi iaitu ideologi totalis, sebuah parti tunggal yang menyokong ideologi ini dan biasanya dipimpin oleh seseorang sebagai diktator, khidmat rahsia yang telah berkembang sempurna dan tiga jenis monopoli atau kontrol monopolistik iaitu komunikasi khalayak ramai (mass comunication), senjata operasional (operational weapon) dan semua pertubuhan termasuk pertubuhan ekonomi, yang terlibat dalam rancangan ekonomi terpusat (centrally planned economy). Ciri-ciri Kerajaan Autoritarian dan Totalitarian

Dengan Zbigniew Brzezinki, Carl juga mengenalpasti enam ciri-ciri dasar negara totalitarian (Roskin, Cord, Medeiros, & Jones, 2006), iaitu :
Sebuah ideologi yang merangkum semua, ideologi totalitarian ialah ideologi

kerajaan yang mencakup teori tentang sejarah, ekonomi dan perkembangan sosial.Ideologi yang merupakan pandangan politik dunia atau agama politik ini menggantikan fungsi pembenaran (jusitification) tradisional dan sosial terhadap pihak yang berkuasa. Fungsi utama agama politik ini ialah untuk membenarkan elit totalitarian dan kuasa tanpa batasnya. Ianya menghilangkan keperluan untuk mendiskusikan kebenaran tindakan penguasa dalam majlis legislatur (legislature). Keputusan yang dibuat oleh Hitler, Stalin dan Mussolini untuk untuk menyetujui suatu polisi telah cukup untuk membuktikan kebenarannya di mata undangundang. Seperti Hobbes nyatakan Bukan kebenaran yang menggubal undang-undang namun pihak yang berkuasa (authority). Ideologi ini menggambarkan dunia secara hitamputih sama ada masyarakat menerimanya atau melawan kerajaan. Ideologi ini biasanya berarah menuju masyarakat yang sempurna dimana umat manusia akan peroleh di masa hadapan. Semua warga negara kena percaya dan mempelajari ideologi kerajaan.
Sebuah parti tunggal, hanya satu parti yang ada, biasanya dipimpin oleh

seseorang yang membina personaliti yang terkenal. Parti ini tidak hilang setelah penaklukkan kuasa malah menggunakan mekanisme politik dan pentadbiran sebagai instrumennya. Hubungan instrumental antara parti yang berkuasa dengan pentadbiran kerajaan adalah masalah khas negara Totalitarian. Diktator seperti Mussolini, Hitler, Stalin dan Mao dipuja oleh ramai pengagumnya. Kemasukan ke dalam parti biasanya dikawal ketat (ahli rasmi biasanya kurang dari sepuluh peratus dari total penduduk). Pemimpin parti memegang kuasa yang besar dalam kerajaan dan ahli utama parti memegang posisi penting dalam birokrasi. Dengan parti ini, diktator menggerakkan masyarakat dimana keikutsertaan dan mobilisasi aktif masyarakat untuk tujuan politik dan kolektif sosial didukung, diperlukan dan diberi

penghargaan. Kepatuhan yang pasif dan keacuhan (apathy) masyarakat tidak diinginkan oleh pemimpin totalitarian.
Terror yang terorganisir, sebuah polis keamanan menggunakan kaedah

fizikal dan psikologikal untuk menakuti masyarakat dan membuat mereka patuh. Gestapo Nazi, NKVD Soviet di bawah Stalin dan OVRA di era Mussolini ialah kebal dari batasan hukum. Jaminan konstitusional terhadap hak rakyat tidak berlaku ataupun dibiarkan, sehingga memungkinkan penangkapan rahsia, pemenjaraan, dan penyiksaan wujud. Pasukan keselamatan ataupun polis rahsia sering ditujukan terhadap suatu kelas di masyarakat seperti Yahudi, tuan tanah, kapitalis, sosialis dan rohaniwan. Ancaman ketukan di pintu meneror masyarakat sehingga mereka membenarkan sahaja apa yang kerajaan lakukan. Penangkapan besar-besaran dan eksekusi menunjukkan kuasa kerajaan dan ketidakberdayaan masyarakat. Bagaimanapun terror seperti ini tidak berlangsung lama, eksekusi besar-besaran dan menangkap orang-orang secara rahsia digantikan dengan metoda kawalan dan intimidasi yang lebih umum seperti kehilangan pekerjaan dan pemulauan ke kota yang terpencil.
Monopoli komunikasi, penggunaan utama media komunikasi/maklumat

dalam negara totalitarian ialah untuk mengindoktrinasikan masyarakat dengan ideologi kerajaan dan menyebarkan perasaan bahawa sistem sedang bekerja dengan baik di bawah pemimpin yang bijaksana. Propaganda, pendidikan, pelatihan petugas, pengembangan

intelektual ideologi, biasiswa yang diilhamkan daripada ideologi dan peghargaan bahagi sarjana yang mengenalpasti sistem ideologi merupakan cara-cara untuk menyebarkan ideologi tersebut dan hal yang penting bagi suatu negara totalitarian.
Monopoli senjata, kerajaan totalitarian mempunyai kawalan penuh atas

senjata, sehingga meniadakan pemberontakan.


Ekonomi terpimpin (controlled economy) Rejim totalitarian mengendalikan

ekonomi dengan aset hak milik kerajaan ataupun kerjasama parti daripada pihak swasta pada

zaman Hitler. Kedua cara tersebut, membuat kerajaan kuat sehingga sumber-sumber boleh diarahkan ke industri berat, produksi senjata, atau apapun yang parti inginkan. Pekerjapekerja boleh dipindahkan bila diperlukan dan insentif boleh merangsang produksi. Keperluan dan kemahuan pengguna tidaklah penting.
Totalitarianisme puak/sayap kanan, contohnya seperti Fasisme Itali dan

Sosialisme Nasional Jerman (German National Socialism), ianya berkembang di negara industri yang mengalami kemelesetan ekonomi, kekacauan sosial dan kelemahan politik dimana demokrasi menjadi lemah. Jerman pada akhir 1920 dan awal 1930 sedang berarada di dalam kekacauan. Kerajaan sedang dibebani oleh hutang daripada Perang Dunia I, pengangguran meluas, dan inflasi yang tinggi telah menghabiskan tabungan kelas menengah seperti penjaga kedai, birokrat kecil, dan pekerja yang berkecekapan. Dalam kebangkitan kuasanya, Hitler berjanji untuk menegaskan pekerja, mengembalikan keamanan, dan memansuhkan perjanjian Versailles yang dianggap memalukan bahagi bangsa Jerman, dan menjaga barang kepunyaan persendirian daripada bahaya komunis dari timur. Rancangannya menarik ahli industri, ketenteraan dan penduduk kelas menengah, yang biasanya merupakan tulang punggung utama sokongan terhadap Fasisme.4

Authoritarianisme Adapun beberapa karakteristik authoritarianisme ialah

Perebutan kuasa secara paksa, pemimpin Authoritarian seringkali

memperoleh kuasa melalui kekerasan dan tentera, iaitu dengan menjatuhkan kerajaan dalam sebuah coup detat. Perebutan kuasa jenis ini baru-baru ini sering ditemukan di Asia,

Roskin, M. G., Cord, L. R., Medeiros, A. J., & Jones, S. W. (2006). Political Science : An Introduction. New Jersey: Pearson Education. hlm. 86

Amerika Latin, Timur Tengah, dan Afrika sub-Sahara, dimana diktator akan muncul dan berkuasa dengan mengatasnamakan rakyat.

Berusaha untuk mengekalkan kuasa. mengekalkan monopoli terhadap

kuasa adalah tujuan utama negara authoritarian. Pemimpin authoritarian kemudian mengendalikan negara untuk mengintimidasi, mengusik, mengasingkan, memenjarakan bahkan mengeksekusikan musuh politiknya. Tentera dan polis adalah instrumen utama dari kuasa, sehingga kesan militer begitu kuat. Untuk beberapa alasan diktator sipil juga biasanya menjaga hubungan yang rapat dengan ketenteraan, malah beberapa diktator sipil ialah petinggi militer yag berubah statusnya menjadi sipil demi penampilannya. Contohnya ialah, di Mesir, Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat, dan Hosni Mubarak dahulunya ialah komander tentera sebelum menjadi presiden. (Magstadt M., 2003)5

Kawalan yang ketat dalam media dan peradilan. Untuk mengandaskan

musuh potensial ataupun aktual, pemimpin authoritarian sering mengadakan sensor press yang ketat (strict press censorship), mengharamkan parti musuh, dan menggunakan kawalan yang kuat atas sistem hukum, yang diubah untuk menuntut dan menghukum musuh politik. Sebuah monopoli terhadap media dan peradilan memberikan pemimpin absolut cara yang sangat berkesan untuk mengekalkan kuasa dengan menyamarkan atau mengesahkan lebihan kuasa yang diperoleh pemimpin tersebut. Polisi dan institusi yang menekan rakyat biasanya dibenarkan untuk ketertiban dan keamanan dalam mengatasi masalah yang sering dihadapi negara membangun seperti musuh dari luaran, perbezaan agama dan etnik, kemelesetan ekonomi, dan perbezaan kelas yang dalam.

Magstadt M., Thomas. (2003).Understanding politics.Belmont : Wardworth/Thomas Learning. Hlm. 77

2.2. Authoritarian

Negara yang mengamalkan

Nigeria, negara Nigeria menggambarkan bagaimana kerajaan authoritarian boleh

dibangun dan runtuh dengan mudah. Sebagai salah satu kuasa Afrika sub-sahara yang potensial. Nigeria di bawah kuasa tentera menunjukkan contoh instruktif bagaimana negara totalitarian bekerja dan bahanyanya. Walau Nigeria mencakup 3 peratus dari wilayah Afrika ianya memilik penduduk dengan jumlah 120 juta (20 peratus populasi Afrika) dan cadangan minyak yang banyak untuk dieksport. Bagaimanapun perbezaan etnik dan agama membuat Nigeria menjadi ladang konflik. Kaum Muslim mendominasi bahagian utara dan Kristian di Selatan dimana puak Hausa-Fulani di utara, puak Yoruba di barat dan puak Ibo di timur. Perbezaan-perbezaan dengan ketiadaan rasa sebagai satu entiti kebangsaan menyebabkan Nigeria gagal dua kali dalam menerapkan demokrasi (iaitu pada tahun 1960-66 dan 1979-83). Diktator militer berulangkali menjanjikan pemilihan raya yang adil namun selalu diigkari malah dimansuhkan seperti yang terjadi pada tahun 1993, ketika hasil pemilihan raya mengecewakan pemimpin. Pemimpin militer Nigeria , General Ibrahim Babangida, memansuhkan pemilihan raya, memenjarakan pemenangnya, dan menuduhnya sebagai penderhaka. Selepas itu, ramai pengkritik rejim militer dipenjara dan dihukum, beberapa malah dieksekusi.
Burma/Myanmar, Burma merdeka dari Inggeris pada 4 haribulan Januari 1948.

Kediktatoran militer di negara ini bermula dari perebutan kuasa oleh General Ne Win pada tahun 1962 daripada U Nu yang menang pemilihan raya pada tahun 1960. Ne Win dan komandernya kemudian mengganti nama Burma menjadi Republik Sosialis Kesatuan Burma pada tahun 1974 dan ianya menjadi negara yang tertutup kepada dunia luar terutama dunia barat. Junta militer yang memerintah Burma hingga sekarang dibentuk pada tahun 1988 dengan nama State Law and Order Restoration Council (SLORC) sekarang telah diganti

menjadi State Peace and Development Council (SPDC) sejak 15 November 1997 - yang terdiri dari 19 orang. Dengan kuasa yang hampir tiada batas, SLORC memerintah dengan kuku besi demi tiga tujuan utama, iaitu non-disintegrasi persatuan, nondisintegrasi solidariti bangsa dan pengekalan kedaulatan bangsa. Untuk meredam pemberontakan dan menhentikan pergerakan demokrasi, kerajaan menangkap Aung San Suu Kyi pada Julai 1989 dan menetapkan peraturan yang ketat pada parti-parti. Paa pendukung parti pembangkang, NDP (National Democratic Party) , seringkali diintimidasi, ditahan dan dipenjara. Sejak tahun 1990, SLORC berusaha untuk menghancurkan struktur multiparti pada pilihan raya. Daripada 90 parti yang bertanding pada pilihan raya 1991 hanya 10 parti yang masih sah menurut undang-undang (Haque, 2004). Berturut-turut, komisi pilihan raya (the election comission) memansuhkan parti-parti tersebut. Alasan mengapa junta militer tidak mahu menyerahkan kuasanya kepada pihak sipil ialah pihak militer akan kehilangan bahagian besar daripada perbelanjaan kerajaan yang selalu mereka nikmati. Mereka juga takut akan pengecilan kuasa militer yang selama ini berkuasa daripada 200,000 tentera menjadi hanya 20,000 sahaja (Haque, 2004). Sebahagian besar pasukan Burma juga takut akan menghadapi mahkamah peradilan dikeranakan jenayah terhadap hak asasi manusia.6

Totalitarian

Soviet Union masa pemerintahan Stalin (1922-1953)

Rejim Stalin bermula pada tahun 1922 ketika ia diangkat sebagai setia usaha umum parti komunis Uni Soviet. Rancangan lima tahunnya (1928-32) menandai mulanya masa yang kelam bahagi Uni Soviet. Selama sepuluh tahun ke depan, jutaan orang tak bersalah dibunuh atau dihantar ke kem buruh dan seluruh kelas tuan tanah yang kaya yang dipanggil kulaks dimusnahkan. Rancangan lima tahun pertama Stalin merupakan perlembagaan daripada
6

Haque, E. (2004). Pro-democracy Forces Versus Authoritarianism in Burma: An Assessment. Asian Affairs , 44-74. Hlm. 66

10

sistem ekonomi terpusat yang dibuat untuk mendukung pertumbuhan ekonomi Uni Soviet. Stalin juga komit dalam tujuan ideologik untuk menciptakan masyarakat industrial yang maju menurut prinsip Marxist-Leninist. Untuk itu, kepunyaan peribadi ladang dan penternakan dihilangkan, perkebunan dilakukan secara kolektif. Di bawah rancangan kolektivisasi Stalin, kebanyakan pengeluaran pertanian digabung menjadi satu unit koperasi besar yang dikenal sebagai kolkhozi, dimana ahli-ahli berbagi apa yang tersisa setelah penghantaran wajib ke kerajaan, atau dalam bentuk sovkhozi (perkebunan negara), dimana pekerja mendapat upah. Dalam kesannya, pertanian Soviet dikolektivisasi untuk mengikuti pengindustrian Soviet. Dengan menghapuskan semua sisa-sisa perlawanan desa dan menggiring petani ke ladang kolektif, kerajaan boleh memaksimumkan kawalan politik dan meminimumkan halangan kepada sistem cukai. Bagaimanapun, rancangan ini tidak berjaya kerana kekerasan dan kebrutalan yang sewenang-wenang. Kelas kulaks dibunuh dan seluruh kalangan petani dipindahkan secara paksa. Walau seluruh usaha dikeluarkan, pengeluaran produksi hanya sedikit berubah.
2.3.

Persamaan

dan

Perbezaan

Kerajaan

Autoritarian

dengan

Totalitarian

Persamaan Demagoguery

Demagoguery adalah istilah yang digunakan untuk argumen/hujah yang berasas perasaan bukan akal/fikiran. Kebanyakan pemimpin authoritarian dan totalitarian mengasaskan kepemimpinan mereka pada demagoguery. Setidaknya, mereka membina kuasa mereka melalui asas tersebut. Hiter terkenal dengan kecekapan berbicara demagogiknya, ia seperti mempunyai kecekapan untuk mmpengaruhi massa yang marah dengan rayuan dan sangkaan emotional. Neville Chamberlain, perdana menteri Inggeris pada tahun 1983 berkata bahawa
11

Hitler adalah orang yang terhebat yang dia pernah temui. Lenin dan Trostky ialah orator juga seorang demagogue (orang yang menggunakan demagoguery) (Dillon, Leiden, & Stewart, 1957). Demagoguery lebih menjurus ke semangat dan emosi daripada akal fikiran. Diktator cenderung menggunakannya kerana tujuannya seringkali irrasional.7

Penggunaan kuasa dan kekerasan

Kuasa authoritarian dan totalitarian seringkali diciptakan melalui kuasa militer dan kekerasan. Bahkan beberapa pengecualian yang bermula dengan damai, mempunyai latar belakang kekerasan dan intrik. Kes ini boleh dilihat pada Hitler. Ia naik jabatan menjadi Kanselor pada 1933 kerana ditunjuk oleh von Hindenburg, presiden Jerman. Ia adalah pemimpin sah Parti Pekerja Jerman Nasional Sosialis yang mempunyai perwakilan yang kuat di reichstag. Bagaimanapun, bila kita melihat sejarah Hitler dan partinya dalam aktivitinya setelah tahun 1933 mereka banyak menggunakan kuasa dan kekerasan. Polisi politik

Perebutan kuasa melalui kekerasan menyebabkan pengekalannya juga melalui kekerasan pula. Ini memperkenalkan apa yang disebut dengan negara polisi dan merupakan ciri-ciri kebanyakan negara authoritarian. Mereka menggunakan kuasa dalam segala cara demi kepatuhan masyarakat. Penangkapan berasaskan dugaan sahaja diperbolehkan, setiap pengkritik kerajaan dipenjarakan, dan oleh itu, polisi politik dibuat untuk meyakinkan bahawa kritik dapat dihalang sebelum bermula.

Perbezaan

Adanya ketiadaan ideologi dominan seperti komunisme atau fasisme pada negara

authoritarian. Banyak rejim autokratik memberikan tekanan besar pada nasionalisme tapi
7

Dillon, C. H., Leiden, C., & Stewart, P. D. (1957). Introduction to political Science. Huntington: University of Maryland. Hlm. 98

12

samar-samar dan biasanya dengan cara yang lebih berkesan. Sedangkan negara totalitarian, ianya sering menggunakan ideologi untuk membenarkan tindakannya dan memandu rakyat dalam satu gerakan untuk mencapai apa yang ideologi tersebut nyatakan sebagai masa depan ideal suatu bangsa. Ideologi menjadi alat bahagi kerajaan dalam mempengaruhi kehidupan peribadi masyarakat. Negara authoritarian kebanyakan tidak memerlukan ideologi kerana kepentingan negara terhad kepada bagaimana penguasa mengekalkan kuasa seperti di Nigeria dan Burma atau bagaimana memajukan ekonomi negara dimana polisi ekonomi strategik lebih diperlukan seperti di Singapura dan Taiwan.

Dalam ketiadaan parti massa atau ideologi, rejim autokratik lebih memerlukan tentera

untuk bertindak dan memaksa agar kepatuhan politik wujud. Negara totalitarian menggunakan ideologi dan parti massa untuk meningkatkan keikutsertaan masyarakat dalam pelbagai projek kerajaan dan polisi kerajaan. Negara autokratik seperti Myanmar dan Nigeria menggunakan kekerasan dan ancaman demi kepatuhan masyarakat dimana mereka menerima sahaja apa-apa polisi kerajaan kerana takut ancaman penjara ataupun kehilangan pekerjaan.

Kawalan negara authoritarian terhadap kehidupan peribadi masyarakat lebih kecil

daripada negara totalitarian. Negara authoritarian hanya bertujuan untuk mengecilkan peran politik masyarakat demi mengekalkan kuasa pemimpin dan kepatuhan masyarakat pada polisi kerajaan. Hal-hal lain seperti ekonomi, sosial, keagamaan, budaya dan urusan keluarga dibiarkan bebas diputuskan bahagi setiap individu pada umumnya bila tidak bertentangan dengan kepentingan kerajaan. Sedangkan negara totalitarian mengurus dan mengendalikan kehidupan peribadi masyarakat menurut ideologi yang dianut.

Kemampuan untuk berubah menjadi negara demokrasi. Menurut Jean J. Kirkpatrick,

negara authoritarian boleh berubah menjadi negara demokrasi dengan aman seperti negara Brazil, Argentina dan Chili. Namun negara totalitarian boleh menjadi hancur bila berubah ke demokrasi seperti yang terjadi di Uni Soviet.

13

3. Kesimpulan Authoritarianisme telah muncul sejak lama dalam bentuk monarki seperti kesultanan dan kerajaan. Dalam masa sekarang, negara authoritarianisme wujud biasanya melalui perebutan kuasa. Ianya boleh berupa autokratik atau mempunyai satu pemimpin diktator tunggal ataupun oligarkik iaitu dipimpin oleh satu kumpulan seperti junta militer di Burma. Ianya mengecilkan peranan masyarakat dalam pengambilan keputusan dan tidak berusaha mengendalikan semua aspek kehidupan masyarakat. Sedangkan negara totalitarian dianggap sebagai versi ekstrim daripada authoritarianisme, muncul sejak Perang Dunia I, dan berusaha mengendalikan semua aspek kehidupan masyarakat demi menuju utopia ideologik yang dianut. Bila dibezakan, negara authoritarian tidak mempunyai ideologi dominan totalitarian dan lebih lembut daripada pemerintahan kuku besi totalitarian. Kerana tiada parti massa dan ideologi ianya lebih bergantung kepada kekerasan dalam mengekalkan kuasa dan membuat masyarakat patuh. Authoritarian pun boleh berubah menjadi sistem yang dianggap lebih baik iaitu demokrasi. Bagaimanapun, bila dibandingkan, authoritarian masih lebih baik daripada totalitarian dan terkadang menjadi satu-satunya pilihan ketika demokrasi tak boleh wujud.

14

Bibliografi

Dillon, C. H., Leiden, C., & Stewart, P. D. (1957). Introduction to Political Science. Huntington: University of Maryland. Gurian, W. (1978). The Totalitarian State. The Review of Politics , 514-527. Haque, E. (2004). Pro-democracy Forces Versus Authoritarianism in Burma: An Assessment. Asian Affairs , 44-74. Heywood, A. (2000). Key Concepts in Politics. London: St. Martin's Press LLC. Linz, J. J. (2000). Totalitarian and Authoritarian Regimes. Colorado: Lynne Rienner Publisher, Inc. Magstadt M., T. (2003). Understanding Politics. Belmont: Wadworth/Thomson Learning. Roskin, M. G., Cord, L. R., Medeiros, A. J., & Jones, S. W. (2006). Political Science : An Introduction. New Jersey: Pearson Education.

15

You might also like