You are on page 1of 26

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH

KEDAH BIN ALI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH

KEDAH BIN ALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Dan Pembangunan

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2008

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Dan Menguasai Sekalian Alam.

Istimewa ditujukan kepada kekasih hati anakanda, bondaku Pn.Sawiyah Bt Idris Yang tersayang , isteriku ,Pn.Hjh.Zahriyah Bt Awang Permata Hatiku , Aniza Bt Kedah Terima kasih kepada kalian yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa yang sentiasa memberi sokongan ,galakan dan kesabaran. Tidak dapat untukku jelaskan dan ungkapkan dengan perkataan semoga Allah sentiasa melindungi dan dipanjangkan umur kalian bertiga. Juga, Buat rakan-rakan yang banyak membantu , berkorban masa ,dan sentiasa memotivasikan untuk menguatkan sokongan terhadap penulisan tesis ini. Terima kasih atas kesudian kalian mendengar segala masalah . Anggaplah ini sebagai permulaan bagi kejayaan masa depan. Jasa dan budi kalian amatlah dihargai.

iv

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada penyelia projek Prof. Madya Dr. Baharin bin Abu yang telah memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh penyediaan projek ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para pensyarah, tenaga pengajar dan kakitangan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah mencurahkan ilmu serta kerjasama yang telah diberikan semasa pengajian saya di sini. Penghargaan juga diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Pengetua Sekolah Menengah Tasek Utara Johor Bahru, Pengetua Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru, Pengetua Sekolah Menengah Sultan Ismail Johor Bahru, Pengetua Sekolah Menengah Mohd Khalid Johor Bahru, Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru, Pengetua Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru, dan Pengetua Sekolah Menengah Infant Jesus Convent Johor Bahru kerana memberikan kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga kepada guruguru yang terlibat memberikan maklum balas sehingga projek ini disiapkan.

ABSTRAK

Kajian ini mengkaji penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Sejarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran dan menentukan tahap pengaplikasian konsep dan amalan Penyeliaan Klinikal serta melihat keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian tinjauan ini dijalankan melalui soal selidik ke atas 7 buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru. Responden kajian terdiri daripada 37 orang guru. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis melalui perisian Statistical Package For Social Sciences(SPSS 11.5 for Windows). Min, peratusan, dan sisihan piawai digunakan dalam menganalisis data. Ujian-t dan ANOVA Sehala pada aras signifikan = 0.05 telah digunakan dalam menguji hipotesis. Dapatan kajian mendapati sikap penerimaan guru Sejarah berada pada tahap tinggi, dan tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal berada pada tahap sederhana. Manakala tahap keberkesanan penyeliaan berada pada aras tinggi. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan profesion perguruan, perkongsian maklumat, dan memberi bantuan dalam pengajaran dapat dilakukan dari aspek penyeliaan pengajaran. Kajian lanjutan untuk melihat kemahiran dan kesediaan penyelia untuk menyelia perlu dijalankan untuk memperbaiki keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah.

vi

ABSTRACT

The purpose of the study is to investigate teaching supervision among History Teachers at 7 Premier Schools in the District of Johor Bahru. The study examines the acceptance of History Teachers towards the teaching supervision and to determine the level of application of the concept and practice of Clinical Supervision and also to identify the effectiveness of teaching supervision. This research was carried out via questionnaires where 37 respondents took part in the questionnaire. The data was gathered quantitatively and analyzed by Statistical Package for Social Sciences (SPSS 11.5 for Windows). Mean value, percentages and standard deviation were used to analyze the data. T-test and One-way ANOVA at ( alpha ) = 0.05 have been used to test the hypothesis. The research found that teachers acceptance towards the supervision in teaching was high while the application level of Clinical Supervision was moderate. But the level of the effectiveness of supervision was high. However there are still many rooms to improve the quality of teaching, strengthen the teaching profession, and information sharing. Assistance in teaching can be extended in the aspect of the teaching and supervision. Further studies are needed to look at the skills and the supervisors readiness to supervise, to improve the effectiveness of teaching supervision in schools.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB

TAJUK

HALAMAN

TAJUK DEKLARASI DEDIKASI PENGHARGAAN iv333333333333333hkSENARAI ISTILAH / SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN

i ii iii

xv

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah

1 1 3 5

viii 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Definisi Kajian Kerangka Konsep kajian Kesimpulan 7 7 8 9 10 10 11 13

SOROTAN PENULISAN 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 Pengenalan Konsep Penyeliaan Kepentingan Kajian Kriteria Dalam Penyeliaan Pendekatan dan Model Penyeliaan Proses Lima Tahap Goldhammer Panduan Menggunakan Penyeliaan Klinikal Sikap Terhadap Penyeliaan Pengajaran Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran Kesimpulan

14 14 15 16 18 24 26 31 34 36 41 42 42 43 44

METODOLOGI KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Pendahuluan Reka Bentuk Kajian. Lokasi Kajian

ix 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Instrumen Kajian Kajian Rintis Prosedur Kajian Analisis Data Kesimpulan 45 47 48 49 51

ANALISIS KAJIAN 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Pendahuluan Latar Belakang Responden Deskriptif Item Analisis Tahap Analisis Perbandingan Kesimpulan

52 52 53 57 64 65 72

ULASAN DAN PERBINCANGAN 5.1 5.2 Pengenalan Perbincangan Hasil Kajian

73 73 75

5.3.1

Perbezaan sikap penerimaan para guru Sejarah daerah Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina, pengalaman dan kelulusan akademik guru

76

5.3.2

Tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam pengajaran Sejarah oleh pengetua atau wakilnya

79

x 5.3.3 Keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru Sejarah di daerah Johor Bahru 5.4 5.5 5.6 Cadangan Penyelidik Cadangan Lanjutan Kesimpulan 83 85 87 81

RUJUKAN LAMPIRAN

88 95

xi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK JADUAL 3.1 3.2 Populasi Taburan item daripada Aspek Penerimaan Penyeliaan Pengajaran, Pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dan Keberkesanan Penyeliaan 3.3 3.4 4.1 Kaedah Analisis Data Analisis Rumusan Min Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut sekolah 4.2 4.3 4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut etnik Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kelulusan ikhtisas 4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut pengalaman mengajar 55 54 54 54 50 50 53 44 47 HALAMAN

xii

NO. TAJUK JADUAL 4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut penyelia yang paling kerap menyelia 4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut cara penyeliaan yang pernah dialami 4.8 Maklumbalas responden terhadap setiap item sikap penerimaan 4.9 Maklumbalas responden terhadap setiap item konsep dan amalan Penyeliaan Klinikal 4.10 Maklumbalas responden terhadap setiap item keberkesanan penyeliaan pengajaran 4.11 Analisis min dan tahap penerimaan guru terhadap penyeliaan dan amalan Penyeliaan Klinikal 4.12 Analisis Ujian-t perbandingan penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut jantina 4.13 Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut kelulusan ikhtisas 4.14 Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut pengalaman mengajar 68 67 66 65 61 59 58 57 56 HALAMAN

xiii

SENARAI CARTA

NO. TAJUK CARTA 1.1 Kerangka Konsep Kajian 12 HALAMAN

xiv

SENARAI ISTILAH / SINGKATAN

SPSS KPM GPK HEM PPD JPNJ

Statistical Package for Social Sciences Kementerian Pelajaran Malaysia Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Daerah Jabatan Pelajaran Negeri Johor

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B C D Borang Soal Selidik

TAJUK

HALAMAN 68 103 105 107

Surat Kebenaran JPNJ Untuk Menjalankan Kajian Surat Kebenaran KPM Untuk Menjalankan Kajian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Penyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu guru bertujuan untuk melihat dan memantau keberkesanan pengajaran di samping memperkembangkan potensi diri serta dapat menangani kekurangan dan kelemahan yang sedia ada. Selain itu, penyeliaan penting dalam mendorong, menyelaras, dan membimbing guru supaya mereka berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran dengan sebaik-baiknya, agar berkesan, serta efektif. Di pihak pengurusan

2 sekolah, penyeliaan pengajaran merupakan satu alat atau mekanisme yang digunakan untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran (Muaz Abd.Karim, 2000).

Penyeliaan yang dilakukan membolehkan seseorang penyelia dan guru yang diselia lebih memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, bertarikh 11 November 1987 KP(BS)8591/Jld. 11(77) yang bertajuk Penyeliaan Pengajaran di Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah(Rujuk lampiran). Di samping berperanan sebagai pemimpin profesional sekolah, tanggungjawab utama seseorang pengetua adalah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum berlaku melalui proses pengajaran-pembelajaran oleh para guru di sekolahnya. Pada masa yang sama para pengetua berserta para pentadbirnya harus memastikan proses penyeliaan pengajaran dilaksanakan seperti yang diamanahkan oleh pihak Kementterian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti penyeliaan pengajaran menjadi salah satu isu utama senarai tugas serta tanggungjawab seseorang pengetua yang telah dimandatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dilaksanakan secara bersistem dan berlandaskan hubungan profesionalisme guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Penekanan kepada aspek ini sepatutnya menjadi amalan para pemimpin pendidikan masa kini(Sergiovanni dan Starrat, 2002; Glickman, Gordon dan Ross-Gordon, 1995; dan Muaz Abd Karim, 2000).

Penyeliaan pada masa kini lebih bercorak perbincangan dan berbentuk klinikal turut memfokuskan kepada peningkatan pengajaran apabila adanya interaksi

3 atau melalui perbincangan dan pertukaran idea antara penyelia dan guru Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, 11November 1987 KP(BS)8591/Jld.11(77).

1.2

Latar Belakang Masalah

Sergiovanni dan Starrat (2002), menyatakan bahawa penyeliaan adalah satu aktiviti yang memfokuskan kepada peningkatan pengajaran apabila adanya hubungan yang disengajakan dan saling berinteraksi antara organisasi kepimpinan, profesion pendidikan dan pengajaran. Pihak pentadbiran dan para pendidik harus mahir serta memahami kepentingan penyeliaan agar matlamat memaksimumkan kaberkesanan pengajaran-pembelajaran itu tercapai.

Semua guru harus mempunyai tanggapan baik terhadap proses penyeliaan yang dijalankan atas mereka. Manakala Glickman (1995) mengatakan penyeliaan berperanan sebagai penggerak kepada perubahan sikap guru, keyakinan diri dan mempertingkatkan kesedaran guru ke arah mewujudkan atmosfera sekolah yang efektif. Tanner dan Tanner (1987) pula menitikberatkan Penyeliaan Klinikal dalam program penyeliaan pengajaran khususnya dalam pengembangan profesionalisme para guru. Satu bentuk penyeliaan pengajaran yang bercorak perbincangan dan bimbingan serta nasihat amat diperlukan dalam penambahbaikan dan peningkatan prestasi pengajaran. Di sekolah didapati para pengetua atau wakil yang diberi kuasa

4 untuk menyelia tidak melakukannya secara sistematik, tetapi hanya melakukannya kadang kala dan menyemak buku persediaan mengajar sahaja (Hashim Hamad, 2000).

Dalam dunia pendidikan masa kini sekolah biasanya lebih mementingkan hasil prestasi akademik pelajar berbanding proses untuk menghasilkan output tersebut. Mulai bulan Februari 2005, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah mewajibkan pihak sekolah menghantar laporan penyeliaan sebulan sekali berbanding tiga bulan sekali seperti sebelumnya. Justeru, sesuatu bentuk penyeliaan pengajaran yang bercorak perbincangan, bimbingan dan nasihat amat diperlukan dalam penambahbaikan dan peningkatan prestasi pelajaran. Ini membuktikan bahawa aspek penyeliaan semakin diambil berat dalam dunia pendidikan kini.

Para pengetua mempunyai tanggungjawab yang besar atas kemajuan pelajaran dan semua staf bawah pimpinannya. Alma Harris (2003) berpendapat bahawa sebagai seorang pemimpin pengajaran, pengetua harus mengetahui perkembangan dan penilaian guru serta bervisi jauh dan mempunyai akauntabiliti dalam profesion. Mereka harus berperanan sebagai penggerak utama dalam melicinkan proses penyeliaan di sekolah-sekolah agar semua guru mempunyai sikap penerimaan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran, serta memandang positif terhadap penyeliaan demi pembangunan pengajaran.

Sebuah akhbar tempatan pernah melaporkan bahawa 60% daripada guru di Malaysia takut untuk diselia (Mohd Nor Mohd Zain, 1999). Fenomena ini akan bertambah serius jika para penyelia tidak mengaplikasikan langkah penyeliaan yang

5 sewajarnya ketika menjalankan penyeliaan dan sukar untuk keberkesanan pengajaran para guru. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk menilai penyeliaan pengajaran guru.

1.3

Pernyataan Masalah

Penyeliaan pengajaran merupakan satu usaha yang dilakukan untuk membimbing guru berfungsi sebagai pengajar yang efektif dan berketrampilan dalam profesion, namun terdapat juga guru yang bukan sahaja takut serta ragu-ragu untuk diselia malah kurang percaya serta yakin terhadap kesignifikanan proses penyeliaan dalam menyumbangkan profesionalisme keguruan. Terdapat sebilangan guru masa kini merasakan bahawa mereka sudah cukup terlatih di institut-institut perguruan serta di universiti-universiti dan mereka tidak perlu diselia lagi. Ada juga guru yang ragu-ragu terhadap kewibawaan, kebolehan, kemahiran, dan kepakaran penyelia dalam penyeliaan(Ramaiah, 1995). Walau bagaimanapun terdapat juga guru yang berpandangan positif dan yakin bahawa penyeliaan akan membawa manfaat dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran sekiranya ia dapat dilakukan dalam suasana berkerjasama(Zainuddin Muhammad, 1998). Sebenarnya, penyeliaan pengajaran bukan sahaja sekadar menilai, tetapi juga menyokong dan membantu guru dalam proses pengajaran.

Di samping itu, beberapa kajian telah dijalankan menjelaskan ketidakyakinan guru terhadap proses penyeliaan. Antaranya adalah seperti pandangan daripada Bajunid, Ibrahim Ahmad (1995) yang mengatakan bahawa penyeliaan masih belum dapat memperoleh kepercayaan para guru serta pandangan Muaz Abd Karim (2002) pula mengatakan bahawa terdapat ramai guru masih ragu-ragu terhadap penyeliaan yang dijalankan terhadap mereka.

Hasil pembuktian kajian-kajian yang dinyatakan di atas jika diteliti menjelaskan hakikat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyeliaan dilihat sebagai satu bentuk pemantauan dan bukan berbentuk perbincangan (Sullivan dan Glantz , 2000). Penyeliaan yang dijalankan seharusnya lebih berbentuk klinikal daripada developmental (Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.3 , 1987). Tanggapan ini haruslah diperbetulkan segera.

Oleh yang demikian kajian ini dibuat untuk mengkaji dan menilai penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru-guru. Kajian dijalankan terhadap guru-guru Sejarah di tujuh buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru bertujuan untuk mempertingkatkan proses dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu sikap penerimaan para guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal, dan keberkesanan penyeliaan pengajaran.

7 1.4 Objektif Kajian

Kajian ini diharap dapat mencapai objektif berikut :-

i)

Mengenalpasti sikap penerimaan guru Sejarah di 7 buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran dan menentukan perbezaan sikap penerimaan guru Sejarah ini terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina, pengalaman, dan kelulusan akademik.

ii)

Menentukan tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam pengajaran Sejarah.

iii)

Mengkaji keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme pengajaran Sejarah daerah Johor Bahru.

1.5

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif pada bahagian 1.3, persoalan berikut dikemukakan bagi memperoleh penjelasan:

i)

Apakah sikap penerimaan guru Sejarah di 7 buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran dan adakah terdapat perbezaan sikap penerimaan berdasarkan jantina, pengalaman, dan kelulusan akademik guru.

8 ii) Apakah tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam pengajaran Sejarah. iii) Adakah penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru Sejarah di daerah Johor Bahru berkesan?

1.6

Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian di atas, tiga hipotesis nol ( Ho ) dibina seperti di bawah :

Hipotesis 1

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina guru.

Hipotesis 2

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan pengalaman.

Hipotesis 3

: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan kelulusan akademik.