You are on page 1of 6

1

TOLAK PUAK LGBT

LGBT ialah akronim kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender. Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan lesbian sebagai Perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Manakala istilah gay pula didefinisikan sebagai Lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Biseksual pula bermaksud Cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita. Transgender pula mempunyai maksud aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemaknyahan,

transeksual, pondan, bapok atau lelaki yang menyerupai wanita.

Modus operandi pertubuhan LGBT di seluruh dunia ialah untuk memperjuangkan hak puak LGBT dan mengumpulkan seramai mungkin ahli dan mempunyai matlamat kononnya untuk memperjuangkan hak asasi puak LGBT. Mereka menganjurkan aktiviti untuk LGBT atas nama kebajikan komuniti mereka dan pemeliharaan kesihatan.

Pada dasarnya, kelompok LGBT di seluruh dunia memperjuangkan 8 perkara asasi iaitu:

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Aktiviti seksual sejantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal). Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis. Perkahwinan sesama jantina. Pengambilan anak angkat sesama jantina. Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera. Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera. Anti diskriminasi berdasarkan orientasi seksual. Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.

Pertubuhan LGBT yang terbesar di dunia ialah International Lesbian, Gay, Bisexual, Trans and Intersex Association (ILGA). Pertubuhan ini bergerak secara global dan mempunyai cawangan di Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin, Carribean, Amerika Utara, dan Ocenia. Pertubuhan ini juga telah menubuhkan Sekretariat Wanita dan
1

juga Sekretariat Transgender. ILGA memayungi kebanyakan pertubuhan LGBT di seluruh dunia yang mempunyai matlamat sama seperti perkumpulan LGBT yang lain. Laman sesawang ILGA telah membangunkan satu tag berita khusus lamannya di bawah tajuk besar Homophobia in Malaysia (Perasaan takut terhadap homoseksual di Malaysia). Ini adalah kempen internet yang bertujuan memburukburukkan negara Malaysia sama seperti perhimpunan haram Bersih 3.0. Ini juga adalah satu bentuk penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana apa yang kita tolak mengenai LGBT ialah pengaruhnya dalam memberikan publisiti dan promosi kepada aktiviti seks songsang yang melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

ILGA juga mempunyai jaringan kerjasama dengan pertubuhan induk yang lain seperti Global Respect In Education (GRIN), International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender & Intersex Law Association (ILGLaw), International Gay and Lesbian Human Rights Commission (IGLHRC), International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender and Queer Youth and Student Organisation (IGLYO) dan Gay, Lesbian and Straight Education Network (GLSEN).

Di Israel, puak LGBT memperjuangkan hak mereka melalui Tehila - Support for the Parents of Lesbians, Gays, Bisexuals and Transgendered, Jerusalem Open House Jerusalem's GLBT Community Center and Gay Rights Organization, The Association of Gay Men, Lesbians, and Bisexuals in Israel dan Israel Gay Youth (IGY). Di Singapura pula, puak LGBT menubuhkan perkumpulan yang bernama People Like Us (PLU) untuk menjalankan aktiviti LGBT. Turut berada dalam klasifikasi puak LGBT di Malaysia ialah kumpulan Seksualiti Merdeka.

Istilah LGBT telah lama digunakan dalam kosa kata Barat. Dalam sistem politik Amerika Syarikat, kumpulan pelobi politik golongan homoseksual telah

mengabsahkan kehadiran dan kewujudan kelompok gay dan lesbian sejak tahun 1971 lagi.

LGBT berasal daripada perkumpulan pemikiran dan perlakuan songsang yang bernama National LGBT Leadership Council yang dipimpin oleh Michael Bauer. Platform untuk mereka menjalankan aktiviti ialah melalui penyusupan secara diamdiam dalam NGO (Non-Governmental Organization). Human Right Campaign pula
2

merupakan kumpulan homoseksual terbesar di Amerika Syarikat yang mempunyai pengaruh yang besar dalam sistem politik di Amerika Syarikat. Begitu juga dengan satu perkumpulan dominan yang lain yang dinamakan The National Gay and Lesbian Taskforce.

Di Malaysia, kita mula menyedari kewujudan pertubuhan LGBT pada tahun 2010 apabila Persatuan Ulama Malaysia mendedahkan perkara ini kepada pihak akhbar. Kita harus akui bahawa kita agak terlambat untuk mengambil tindakan pencegahan lebih awal. Saya telah lama memperingatkan pelajar saya dalam kuliah-kuliah TITAS sejak tahun 1996 bahawa manusia Muslim tidak boleh mempunyai kecenderungan seksual kepada jantina sejenis. Secara berseloroh saya nyatakan bahawa barangkali dinosaur pupus kerana mereka mengamalkan hubungan seks sejenis. Sebab itu juga, manusia akan pupus kalau mereka mengamalkan hubungan sejenis seperti dinosaur. Ini adalah kerana tidak akan terhasil zuriat kalau manusia melakukan hubungan seks sejenis.

Hanya pada tahun 2010 kita baru sedar bahawa perkumpulan Seksualiti Merdeka memperjuangkan LGBT melalui laman web mereka dan ramai manusia Muslim telah terang-terang mengaku sebagai gay atau lesbian. Di negara kita, sejak 1980an lagi sudah wujud pusat-pusat hiburan ekslusif seperti Blue Boy yang menjadi tempat kegiatan maksiat kelompok LGBT.

Sesiapa sahaja yang menyertai LGBT adalah haram dan berdosa. Homoseksual bermula ketika zaman Nabi Luth a.s. Ketika itu gejala seks songsang, perkahwinan dan percintaan di antara sesama jantina berlaku. Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Araf ayat 80-81 yang bermaksud: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Ayat ini menjelaskan bahawa Nabi Lut memberikan peringatan kepada kaumnya agar menjauhi amalan seks songsang iaitu homoseksual yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk bumi dan alam ini sebelum mereka. Amalan seks songsang ini diberikan tafsirannya oleh Al-Quran iaitu
3

mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat dan meninggalkan perempuan. Oleh yang demikian itu, kaumnya adalah kaum yang melampaui batas.

Ketika mentafsirkan ayat ini, Ibn Kathir telah menjelaskan bahawa Nabi Lut telah diutuskan oleh Allah SWT. ke sebuah negeri yang bernama Sodom untuk berdakwah bagi mengajak rakyatnya beriman kepada Allah SWT., mengajarkan perkara kebaikan dan mencegah daripada berbuat dosa. Ibn Kathir juga menjelaskan bahawa kaum ini melakukan hubungan seks sesama lelaki dan bukannya dengan wanita. Dinyatakan juga bahawa perlakuan seks songsang ini tidak pernah dilakukan oleh manusia sebelumnya dan ditidak pernah difikirkan oleh sesiapa jua sebelum dari itu.

Al-Tabari pula ketika mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah tidak pernah menghalalkan melakukan hubungan seks sesama golongan sejenis atau melakukan hubungan seks dari belakang (melalui dubur). Begitu juga diharamkan

melakukannya terhadap para isteri. Kaum Nabi Lut dianggap sebagai melampaui batas kerana melakukan perlanggaran terhadap apa yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Kita perlu menyekat dengan apa cara sekalipun pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan LGBT daripada terus bergerak atas nama hak asasi manusia. Sebabnya, pertubuhan-pertubuhan ini boleh merosakkan akhlak rakyat Malaysia dan menyebabkan keruntuhan moral menjadi semakin serius. Antara yang paling menonjol ialah Seksualiti Merdeka. Seksualiti Malaysia adalah gabungan kerjasama individu dan pertubuhan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu-individu tertentu seperti Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International, SUARAM, EMPOWER dan PT. Foundation.

Orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seharusnya tidak menyokong sebarang NGO atau parti politik yang menyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Kita juga berasa risau dengan kewujudan kelompok Seksualiti Merdeka di Malaysia. Mereka juga mempunyai hubungan yang rapat dengan perkumpulan LGBT di luar negara. Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) misalnya dalam satu kenyataan menyatakan sokongan kepada kelompok
4

gay di Malaysia dan meminta undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British dihapuskan. Sebuah badan yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia iaitu Human Rights Watch telah meminta agar kerajaan Malaysia menarik balik undang-undang warisan era penjajah yang mengkategorikan sebagai jenayah sebarang perlakuan seksual di antara manusia sejenis.

Gejala seks songsang LGBT ini meningkat secara mendadak kerana ia diperjuangkan atas nama hak asasi manusia oleh kebanyakan NGO berkepentingan sendiri dan ia adalah fenomena global yang penularannya berjaya diperhebatkan ke negara ini menerusi perjuangan agresif pertubuhan hak asasi manusia dan parti politik tertentu.

Saya katakan ia adalah fenomena global kerana banyak negara di dunia khususnya Barat, mengiktiraf perkahwinan sejenis atas dasar ia adalah hak asasi manusia. Di antara negara-negara yang meluluskan undang-undang mengiktiraf perkahwinan sejenis ialah Belanda, Belgium, Sepanyol, Kanada, Afrika Selatan, Norway, Sweden, Portugal, Iceland, Argentina, Denmark dan Nepal. Para pejuang LGBT di kebanyakan negara di dunia mempunyai networking yang sangat baik dan telah berusaha untuk melobi badan kehakiman di negara masing-masing menghalalkan amalan seks songsang puak LGBT dan berusaha untuk mendapatkan undangundang khusus mengenainya.

Di Ireland, seorang pelajar Malaysia telah berkahwin sejenis dengan lelaki Inggeris. Gejala LGBT sebenarnya semakin meruncing kerana terdapat pemimpin

pembangkang yang terdiri daripada kelompok pendokong dan penyokong LGBT dan terdapat beberapa NGO yang memperjuangkan gaya hidup seks songsang atas nama hak asasi manusia dan kebebasan manusia, hak privasi dan hak peribadi. Orang yang mendokong dan menyokong serta mengamalkan LGBT tidak layak menjadi pemimpin. Mereka wajar ditolak daripada menjadi pemimpin sebab buruknya akhlak mereka.

Kita akui bahawa golongan LGBT perlu didekati dengan menggunakan pendekatan mendidik bagi mencegah dan membimbing mereka meninggalkan perbuatan keji itu
5

dan bukannya menyokong aktiviti mereka. Sebenarnya, tiada sebarang perjuangan hak asasi manusia atau hak manusia sejagat dalam setiap aktiviti LGBT. Apakah boleh dinamakan hak asasi manusia jika seseorang insan itu ingin mengahwini rakan sejantinanya? Apakah boleh dinamakan hak asasi manusia jika seseorang itu meliwat atau berliwat atau melakukan hubungan seks sejenis? Apa yang pasti ialah aspirasi puak LGBT jelas bertentangan dengan ajaran agama, undang-undang dan perlembagaan negara.

LGBT membawa keburukan kepada masyarakat. LGBT merupakan satu gejala negatif yang dilarang oleh agama. Jika seseorang membenarkan atau menghalalkan aktiviti LGBT, maka ia boleh terkeluar daripada agama Islam. Perlakuan LGBT merosakkan nilai tabii manusia, nilai fitrah manusiawi, nilai kemanusiaan, menyebabkan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit, bertentangan dengan norma dan adat masyarakat serta membawa kemusnahan kepada tamadun manusia. Selain itu, gejala songsang ini juga akan meruntuhkan sesebuah intitusi kekeluargaan mahupun maruah dan martabat individu yang terbabit. Penekanan kepada ajaran agama dan komitmen beragama perlu dititikberatkan pada peringkat awal lagi dalam sesebuah institusi kekeluargaan bagi mengatasi gejala songsang ini sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Apa yang tidak kurang penting ialah kita perlu mewujudkan kesedaran dan memberikan pendidikan yang sempurna kepada kelompok LGBT.