You are on page 1of 1

Ordinan Pelajaran, 1952 Ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan Barnes dan Laporan

Fenn-Wu, kerajaan British mencadangkan : 1 penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu sekolah yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 2 kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat permintaan dari ibubapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai relajar 3 bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris Namun halangan dan masalah yang hadapi adalah : 1 kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan 2 tentangan dari kaum Cina dan India terhadap bahasa pengantar kerana mereka mahukan bahasa ibunda mereka sendiri 3 kekurangan kewangan bagi pembiayan rancangan Oleh itu, Jawatankuasa Khas sekali lagi mencadangkan : 1 pengunaan bahasa Melayu dan Inggeris dijalankan secara beransur-ansur 2 pengunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur 3 menghadkan bilangan murid masuk ke sekolah Inggeris 4 penubuhan sekolah menengah vokasional Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Antara cadangannya ialah: a. b. c. d. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan.

Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.