You are on page 1of 6

18.

PENGURUSAN KOKURIKULUM

18.1Garis Panduan Umum Untuk Menguruskan Aktiviti Kokurikulum


1. PEMILIHAN AKTIVITI KOKURIKULUM Pemilihan aktiviti kokurikulum bagi pelajar Tahun 4, 5 & 6 adalah seperti tahun lepas. Pelajar-pelajar yang ingin membuat sebarang pertukaran dan pelajar baru sila berjumpa terus dengan GPK Kokurikulum.

2. PENDAFTARAN AHLI DAN MESYUARAT PERTAMA 2.1 Pendaftaran ahli dan mesyuarat pertama akan diadakan untuk Permainan, Unit Beruniform dan Kelab / Persatuan bermula pada 11 Januari 2013 (Rabu) Perkara yang perlu dilakukan pada mesyuarat pertama ialah : 2.2.1 Menanda kehadiran ahli 2.2.2 Pelantikan Ahli Jawatankuasa 2.2.3 Membincangkan Rancangan Tahunan 2.3 Semua Pelan Taktikal dan Minit Mesyuarat Kelab perlu disediakan dalam satu salinan (berkomputer) dan serahkan kepada GPK Kokurikulum sebelum atau selewat-lewatnya pada 20 Januari 2013 (Jumaat) untuk difailkan.

2.2

3. BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM 3.1 Setiap Kelab / Persatuan / Permainan / Unit Beruniform mesti melengkapkan butir-butir dalam Buku Laporan Aktiviti dan serahkan kepada GPK Kokurikulum selewat-lewatnya pada 10 Februari 2013 (Jumaat) untuk penyemakan pertama. 3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4 3.1.5 3.1.6 3.1.7 3.1.8 3.1.9 3.2 Senarai nama AJK Perlembagaan Kelab / Persatuan Senarai Keahlian / Daftar Kehadiran Rancangan Aktiviti Mingguan Rancangan Aktiviti Tahunan Minit Mesyuarat Agung Laporan Aktiviti Harian Laporan Aktiviti Luar seperti lawatan, perkhemahan dll Penyata penerimaan dan perbelanjaan

Kehadiran pelajar perlu ditanda dalam Daftar Kehadiran pada setiap kali aktiviti diadakan.

3.3

Laporan bagi setiap perjumpaan / mesyuarat / lawatan / perkhemahan / pertandingan perlu ditulis dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum selepas aktiviti dijalankan. Buku ini perlu dihantar ke Pejabat Sekolah pada Hari Rabu selepas aktiviti selesai dijalankan. Buku Laporan perlu disimpan di Bilik GPK Kokurikulum dan diambil pada Hari Rabu sebelum perjumpaan diadakan. Buku Laporan ini mesti diserahkan kepada GPK Kokurikulum pada akhir tahun selepas PENILAIAN dibuat untuk disimpan sebagai rujukan.

3.4

4. KUTIPAN DERMA KEAHLIAN (YURAN) 4.1 Kutipan boleh dibuat sekiranya mendapat KEBENARAN KHAS dari GURU BESAR. Guru Penasihat boleh membuat permohonan secara bertulis. Kelab / Persatuan / Unit Beruniform yang dibenarkan mengutip derma keahlian mestilah menyediakan satu Buku Kutipan untuk merekodkan segala penerimaan (derma keahlian & sumbangan) dan perbelanjaan. Semua penerimaan dan perbelanjaan / pembelian. Kelab / Persatuan / Unit Beruniform yang hendak mengutip wang dari pelajar bagi menjalankan sesuatu aktiviti juga perlu mendapat KEBENARAN dari GURU BESAR. Guru Penasihat diminta membuat permohonan secara bertulis.

4.2

4.3

5. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 5.1 Guru Penasihat perlu menilai kehadiran, jawatan, penglibatan dan pencapaian pelajar dalam setiap aktiviti Kokurikulum yang telah diadakan sepanjang tahun. Penilaian akan diadakan pada perjumpaan akhir iaitu : 24 Oktober 2013 24 Oktober 2013 24 Oktober 2013 (Permainan) (Kelab / Persatuan) (Unit Beruniform)

6. SIJIL PENYERTAAN, SIJIL PENGHARGAAN DAN SIJIL PENCAPAIAN 6.1 Sijil Penyertaan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

6.2

Sijil Penghargaan akan diberikan kepada pelajar yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Unit Beruniform, Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan. Sijil Pencapaian akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang, mewakili sekolah dalam sebarang permainan, pertandingan, perkhemahan dan lain-lain aktiviti. Dua orang Tokoh Kokurikulum (L & P) akan dipilih di kalangan pelajar Tahun Enam yang aktif dalam Kokurikulum dan mewakili sekolah dalam banyak pertandingan serta memperoleh pencapaian yang cemerlang samada di peringkat Zon, Negeri atau Kebangsaan.

6.3

6.4

18.2Fungsi dan Perincian Tugas


SETIAUSAHA KOKURIKULUM 1. Setiausaha kepada JK Induk Pengurusan Kokurikulum. 2. Mengemaskini Papan Kenyataan Kokurikulum Info Kokurikulum. 3. Membantu GPK Kokurikulum menyediakan perancangan peningkatan pencapaian aktiviti Kokurikulum sekolah. 4. Membantu GPK Kokurikulum menyediakan Buku Pelaporan Kokurikulum. 5. Membantu GPK Kokurikulum mengemaskinikan fail-fail Kokurikulum. 6. Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar atau GPK Kokurikulum dari masa ke semasa.

PENYELARAS & PENOLONG PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN / KELAB & PERSATUAN / UNIT BERUNIFORM 1. Membunyikan loceng pada jam 2.00 petang setiap Hari Rabu dan mengelolakan perhimpunan di Tapak Perhimpunan sebelum pelajarpelajar masuk ke kelas untuk perjumpaan dan aktiviti. 2. Membantu GPK Kokurikulum menyelaras dan menyelia aktiviti Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Unit Beruniform. 3. Mengumpul Rancangan Aktiviti Tahunan dan senarai AJK dari setiap unit di bawahnya dan serah kepada GPK Kokurikulum untuk difailkan.

4. Merancang program secara am yang melibatkan semua pelajar dan menentukan tarikh-tarikh perlaksanaannya. 5. Menyelia dan memastikan semua kemudahan dan peralatan dalam keadaan baik sebelum, semasa dan selepas digunakan. 6. Memastikan langkah-langkah keselamatan diambil sebelum dan semasa aktiviti dijalankan. 7. Menjadi salah seorang panel pemilihan Kokurikulum untuk Anugerah Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Murid.

TUGAS GURU PENASIHAT 1. Membentuk jawatankuasa kelab / persatuan / unit beruniform / permainan pada perjumpaan pertama. 2. Memastikan aktiviti kelab / persatuan / unit beruniform / permainan yang dirancang selaras dengan objektif sekolah. 3. Memastikan adanya peraturan dan perlembagaan kelab. 4. Memastikan AJK menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Guru Penasihat. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama Guru Penasihat yang lain dan menyerahkan kepada penyelaras / GPK Kokurikulum untuk penyelarasan dan rekod. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan dan jadual yang telah ditetapkan serta cara / kaedah perlaksanaannya. 7. Merancang strategi peningkatan untuk kelab / persatuan / unit beruniform / permainan mengikut cara yang difikirkan sesuai. 8. Membuat dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan jika ada dan perlu. 9. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan kelab / persatuan jika ada. 10.Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan selepas perjumpaan diadakan serta ditandatangani. 11.Melaporkan kepada GPK Kokurikulum tentang perkembangan kelab / persatuan / unit beruniform / permainan dari masa ke semasa. 12.Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan di luar sekolah. 13.Mengemaskinikan papan kenyataan yang telah disediakan.

14.Menanda kehadiran pelajar pada setiap kali perjumpaan di dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum. 15.Mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk dipilih mewakili sekolah. 16.Membuat penilaian terhadap penglibatan setiap pelajar dalam setiap aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun dan merekodkan dalam Buku Laporan Aktiviti serta Buku Rekod Profil Pelajar. 17.Mencadangkan nama pelajar yang difikirkan sesuai dan layak untuk menerima Sijil Penghargaan pada Hari Kokurikulum Sekolah.

SKALA PEMARKAHAN A. KEHADIRAN 50%

Melebihi daripada jumlah kehadiran penuh

50% 30% 20% 10%

hingga daripada jumlah kehadiran penuh hingga daripada jumlah kehadiran penuh 1 hari hingga daripada jumlah kehadiran penuh Langsung tidak hadir 0%

B. JAWATAN 25%

Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Ahli Biasa C. SUMBANGAN 25% Mewakili Negara -

20% -

25%

20% 20% 15% 10%

25%

Negeri Zon Sekolah / Rumah

20% -

15% 10%

D. KEPUTUSAN 75% 55% 40% 20% 0% 100% 74% 54% 39% - 19% A -

B C D -