You are on page 1of 2

PENULISAN UPSR 3

Soalan 1: Memindahkan Maklumat Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Soalan 2: Menulis Karangan Tulis karangan tentang tajuk-tajuk di bawah ini yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah kata. Andaikan bahawa anda Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah. Anda ditugasi menemu ramah seorang doktor tentang demam denggi. Tulis temu ramah tersebut selengkapnya. Andaikan bahawa anda Setiusaha Persatuan Sejarah di sekolah anda. Persatuan anda ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk meminta kebenaran bagi mengadakan lawatan tersebut. 2 1

Tulis karangan yang bertajuk Aku Seekor Kucing.

Soalan 3: Membina Ulasan Tulis lima faedah yang dapat anda peroleh daripada pantun di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan. Cantik sulaman kebaya nyonya, Bersanding mempelai di atas pelamin; Buahan tempatan sedap rasanya, Sungguh berkhasiat dan banyak vitamin. Mempelai anggun seperti ratu, Tepak sirih daripada tembaga; Jus mangga dan jambu batu, Pembasah tekak penghilang dahaga. Bersanding mempelai seperti raja, Sama cantik sama lawa; Baik dimakan begitu saja, Atau ditinkan seperti halwa. Berbalas pantun baba dan nyonya, Gelak ketawa dan bergembira; Buah durian enak rasanya, Tempoyak sedap pembuka selera.