You are on page 1of 12

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SIRI 10 SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKAR PULAI2 BANDAR BARU KANGKAR PULAI

81110 KULAI, JOHOR. PENGENALAN. Menjadi satu tradisi yang tidak asing lagi setiap tahun SK Kangkar Pulai 2 akan mengadakan perkhemahan setiap tahun kepada ahli-ahli unit beruniform berkumpul beramai-ramai menyertai program kokurikulum sekolah. Program ini diselaraskan dalam takwim kokurikulum bagi memberi peluang ahli-ahli persatuan beruniform mengembangkan kebolehan masing-masing semasa menjalani aktiviti yang telah dirancang. Program kali kelima ini lebih terserlah dengan menyerapkan aktiviti fizikal dan perkhemahan sebenar. Susun aturnya lebih dirancang dengan teliti bagi memberi peluang ahli-ahli merasai konsep perkhemahan sebenar. PENDAHULUAN. Program perkhemahan unit beruniform adalah program gabungan antara sekolah, persatuan PIBG, guru pembimbing dan uruseti-uruseti yang berpengalaman dalam perkhemahan. Program kali ini menyerapkan nilai-nilai kendiri, berdikari dan bekerjasama. OBJEKTIF PROGRAM. Memberi penekanan tentang sikap bertanggungjawab, bekarjasama dan hormat menghormati. Mempertingkatkan daya ketahanan diri dan keyakinan jati diri. Memupuk semangat kerjasama kumpulan dalam ukhwah dan ketakwaan. Memberi pendedahan murid dalam suasana perkhemahan sebenar.

KUMPULAN SASARAN. Peserta terdiri daripada 270 orang murid dari 5 persatuan iaitu Persatuan Pengakap kanak-kanak, Persatuan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Tunas Puteri. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 4,5 dan 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2. TARIKH DIADAKAN: 19hb Oktober 2012 hingga 21hb Oktober 2012. TEMPAT: Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Johor Bahru.

PENGINAPAN: Semua peserta menginap di khemah yang disediakan oleh Pihak Pusat Kokurikulum. Khemah sekolah juga akan digunakan sekiranya diperlukan. Susunan khemah akan diatur di tapak perkhemahan Pusat Kokurikulum. PAKAIAN: 1 sut pakaian seragam beruniform mengikut persatuan atau uniform sekolah. 1 sut pakaian sukan dan beriadah. 1 sut pakaian beribadat Pakaian yang sesuai untuk tidur.

YURAN PENDAFTARAN : RM40.00 seorang peserta. YURAN PENYERTAAN: RM 15.00 setiap murid. AKTIVITI YANG DIJALANKAN. Kem fire Sorok burung hantu J-Robik A&D Demontrasi memadam kebakaran Pertolongan cemas Ikatan dan simpulan Tanda isyarat Laluan berhalangan Uji deria Malam kebudayaan

MAKANAN DAN MINUMAN: Menu disediakan oleh Pusat Kokurikulum. Peserta makan di dewan makan pusat kokurikulum.

KOS PERKHEMAHAN TAHUNAN SKKP2 Makan dan minum peserta RM 7700 Sewa khemah RM 120 Hadiah dan sijil RM 1000 Pengangkutan RM 2000 Jumlah = RM 10820

KEPERLUAN PESERTA SEMASA PROGRAM PERKHEMAHAN A. PAKAIAN PESERTA. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pakaian seragam yang lengkap dan kasut hitam. Track bottom. Kemeja T putih lengan panjang ( perempuan ) Kemeja T putih lengan pendek ( lelaki ) Pekaian seragam unit beruniform masing-masing. Kasut sukan dan sarung kaki. Baju melayu atau kain sarung. Pakaian solat dan ibadat yang sesuai.

B. KEPERLUAN HARIAN. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tuala mandi. Kain basahan. Berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan lain-lain. Selipar. Ubatan (jika perlu ) Lain-lain keperluan peserta.

* Pesrta disarankan untuk membawa segala keperluan yang dianggap perlu untuk diri masing-masing bagi memenuhi keperluan perkhemahan selama 3 hari 2 malam..

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN 1. Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program. 2. Semasa perkhemahan semua peserta dikehendaki menjalinkan silaturahim, kenal mengenali dan hormat menghomati antara satu sama lain. 3. Menjaga semua peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain. 4. Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan.

5. Peserta lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan sebaliknya. 6. Semua peserta hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar dan kain pelekat ke dewan makam atau keluar daripada kawasan perkhemahan. 7. Tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman dari luar semasa perkhemahan. 8. Penjagaan diri/ harta/ peralatan persendirian perlu diberi keutamaan. 9. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur. 10. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. 11. Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

Penutup Penamatnya program ini maka tamatlah siri 10 Perkhemahan Unit Beruniform bagi penutup aktiviti kokurikulum tahun 2012. Dari analisis dibuat, program ini berjaya memantapkan kebolehan para peserta yang mengikutinya. Berkat kerjasama urusetia maka perkhemahan ini dapat direalisasikan. Semoga berjayanya program ini maka dapat menyemaikan budaya sikap bertanggungjawab dan bekerjasama dapat diterapkan. Akhir kata, saya bagi pihak program ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan. Sekian, terima kasih.

. (ABDUL RAHIM BIN ALI) GPK Ko-kurikulum SK Kangkar Pulai 2

Rujukan kami: JBA 8030 Tarikh: 13 September 2012 Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak, 80604, Johor Bahru. (U.P : En Khairul Akmar bin Abdullah) Tuan, MOHON PINDAAN TARIKH KOKURIKULUM JOHOR MENGADAKAN PROGRAM DI PUSAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujukkan 2. Dimaklumkan Unit Beruniform SK Kangkar Pulai 2, Kulai ingin memohon pindaan tarikh untuk mengadakan program tersebut seperti berikut ; Tajuk : Perkhemahan Unit Beruniform SK Kangkar Pulai 2 Tarikh asal : 13hb 15hb April 2007 Tarikh baru : 7hb 9hb September 2007 Masa : 3 ptg (Jumaat) 12.00 tgh (Ahad) Tempat : Pusat Kokurikulum, Kem Tasek Utara, Johor Bahru. Sasaran : Murid Tahap 2, SK Kangkar Pulai 2 Bil. Peserta : 150 orang 3. Pindaan tersebut adalah kerana tarikh asal telah bertembung dengan program tahun 6 dan Mesyuarat Agung PIBG 2007. 4. Dengan itu besarlah harapan kami untuk agar pihak tuan memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Segala kesulitan adalah dikesalkan dan harap maaf. Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Kerja perkhemahan tersebut untuk rujukan dan kelulusan pihak tuan Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, . s/k : Salinan kepada PPD Kulai

SK KANGKAR PULAI 2, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, 81110, JOHOR BAHRU, JOHOR. BORANG PENYERTAAN / KEBENARAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM KALI KE 10 2012 Tarikh : 19hb 21hb Oktober 2012 Tempat : Pusat Kokurikulum, Johor Bahru. 1. Nama murid : .. 2.Alamat tempat tinggal : .. .. 3. No. Surat beranak : 5. No. Telefon : 6. Nama pewaris untuk dihubungi sekiranya kecemasan : ... 7. Pernah atau ada menghidapi sebarang penyakit kronik ? Ya / Tidak Jika Ya nyatakan apakah penyakitnya. 8. Ada menghadapi alahan makanan ? Ya / Tidak Jika Ya sila nyatakan makanan tersebut. . Bersama-sama ini disertakan bayaran sebanyak RM 15 untuk menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Kali ke 10 2012. Yang benar, . (tandatangan dan nama ibu bapa / penjaga) 4. Jantina : .

Abdul Rahim bin Ali GPK KOKO SKKP2 Bandar Baru Kangkar Pulai 81110 Johor Bahru Johor Guru Besar, SK Kangkar Pulai 2 Bandar Baru Kangkar Pulai 81110 Johor Bahru Johor. Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SIRI KE 10 SK KANGKAR PULAI 2 TAHUN 2012 Perkara di atas di rujuk untuk makluman Tuan Guru Besar, Perkhemahan Unit Beruniform Siri ke 10 akan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah Tempat Tarikh Masa : Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Johor Bahru. : 19 hingga 21 Oktober 2012 (Jumaat hingga Ahad) : 8.00 pagi

2. Berhubung yang demikian saya ingin memohon peruntukan perbelanjaan untuk murid-murid peserta perkhemahan SKKP2 yang akan menyertai perkhemahan tersebut. Bilangan peserta dan kos perbelanjaan yang ingin diminta adalah seperti berikut: Makan dan minum peserta Sewa khemah Hadiah dan sijil Pengangkutan Jumlah = RM 7700 = RM 120 = RM 1000 = RM 2000 = RM 10820

3. Oleh yang demikian, saya amat berbesar hati sekiranya Tuan Guru Besar dapat memberikan peruntukan tersebut. Dengan adanya peruntukan itu mudah-mudahan dapatlah aktiviti perkhemahan ini berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Yang Menjalankan Tugas. . (ABDUL RAHIM BIN ALI) GPK KOKO,

SK. KANGKAR PULAI 2. KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA Kepada, Guru Besar SK Kangkar Pulai 2, 81110, Johor Bahru, Johor. Tuan, Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Untuk Murid Menyertai Perkhemahan Tahunan SK Kangkar Pulai 2 Dengan ini saya (* membenarkan / tidak membenarkan ) anak jagaan saya yang bernama . No. S/B :. Untuk menyertai Lawatan Sambil Belajar Unit Lawatan Sekolah. Tarikh Masa Pergi Masa Balik Tempat : : : : 19 hingga 21 Oktober 2012 (Jumaat hingga Ahad) 3.00 petang 1.00 petang Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

2. Sungguhpun saya telah mengetahui bahawa pihak SK Kangkar Pulai 2 akan mengambil segala langkah-langkah keselamatan, walaupun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau Mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan anggota dan sebarang kecederaan lain yang berlaku terhadap anak saya semasa mengikuti lawatan ini. 3. Saya memberi kebenaran kepada pihak SK Kangkar Pulai 2 atau wakilnya memberi apa-apa rawatan atau pertolongan perubatan kepada anak jagaan saya jika didapati perlu.. Tarikh : .. . ( ) Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga

PENGESAHAN GURU BESAR Saya dengan ini mengesahkan bahawa segala keterangan yang diberikan dalam borang ini adalah betul dan benar. Tarikh : Tandatangan Guru Besar: Nama Sekolah:

Cop Sekolah: