You are on page 1of 7

PENGENALAN Persoalan mengenai penerapan nilai-nilai sering timbul sewaktu sesi kaunseling.

Ini adalahkerana sebagai seorang manusia, kaunselor tidak terlepas daripada mempunyai danmengamalkan nilai-nilai kemanusiaan yang membentuk sistem kepercayaan atau pegangan hidupmereka sendiri.Oleh yang demikian, persoalan yang sering timbul ialah adakah kemungkinan nilai-nilai yang diamalkan oleh kaunselor ini, mempunyai kesan terhadap klien atau mungkinkah nilai-nilai klien itu sendiri boleh memberi kesan ke atas kaunselor dan yang paling penting sekali konflik yang mungkin timbul jika klien dan kaunselor mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai yangberbeza. Faktor-faktor inilah yang harus dipertimbangkan oleh kaunselor sewaktu sesikaunseling kerana jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan baik oleh kaunselor, ianya bolehmenjejaskan proses kaunseling. TIDAK MENYATAKAN NILAI Ramai yang tertanya-tanya wajarkah kaunselor menyimpan atau menyembunyikan nilai-nilai mereka semasa mengendalikan sesi kaunseling. Walaupun sememangnya jelas bukanlahtugas kaunselor untuk memujuk atau mendorong klien menerima nilainilai kaunselor, namunadalah amat penting bagi kaunselor untuk mengetahui dengan jelas mengenai nilai-nilai merekasendiri dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi tugas mereka dan hala tuju yang diambil olehklien mereka. Ramai yang berpendapat bahawa adalah wajar dan penting bagi kaunselormenyatakan atau mendedahkan nilainilai

mereka secara terbuka apabila ianya mempunyaikaitan (relevant) dengan isu atau persoalan yang ditimbulkan sewaktu sesi kaunseling bersamaklien.Namun yang demikian, apabila kaunselor menyatakan nilai mereka, mereka haruslahdengan jelas melabelkan nilai-nilai tersebut sebagai hanya kepunyaan mereka. Nilai-nilaitersebut boleh dibincangkan secara terbuka tanpa mempunyai unsur-unsur mempengaruhi keranaianya dapat membantu klien di dalam proses penerokaan nilai-nilai mereka sendiri dan tingkahlaku yang berpunca daripada nilai-nilai tersebut. Walaupun ada

kalanya kaunselor tidak bersetujudengan nilai-nilai klien mereka, namun adalah penting untuk mereka menghormati hak dankebebasan klien untuk memegang atau mempunyai sistem nilai yang berbeza. Ini adalah keranacara kaunselor menangani konflik perbezaan nilai boleh menimbulkan isu di dalam etikakaunseling.Tidak semua kaunselor atau pengamal terapi mempunyai pandangan yang sama di dalamisu ini. Terdapat kaunselor yang bersikap ekstrim yang memegang sistem nilai mereka secaratotal. Golongan ini percaya bahawa tugas mereka adalah untuk mempengaruhi klien merekasupaya mengambil dan menerima nilai yang dianggap lebih bersesuaian. Kaunselor yangsebegini cenderung untuk mengarahkan klien mereka ke arah sikap dan perlakuan yang merekaanggap terbaik atau akan memberi lebih kebaikan kepada klien mereka. Terdapat segelintirkaunselor pula yang bersikap sebaliknya. Mereka ini terlalu ekstrim mengelakkan diri merekadaripada mempengaruhi klien mereka. Segala yang berkaitan dengan sistem nilai mereka, ditutup dan disembunyikan dengan rapi agar mereka tidak akan mencemari pilihan atau keputusan yang diambil oleh klien mereka. ETAKAT MANA MENYATAKAN NILAI Walaupun sememangnya dianggap adalah tidak beretika bagi kaunselor menanamnilainilai mereka ke dalam diri klien, namun adalah amat sukar bagi kaunselor untuk langsungtidak mempengaruhi klien mereka sewaktu sesi kaunseling berlangsung. Ini adalah keranapenyataan nilai-nilai tidak semestinya hanya boleh dilakukan secara verbal. Penyataan nilai jugaboleh berlaku secara nonverbal dan bahasa tubuh tanpa disedari oleh kaunselor. Ekspresi wajahserta reaksi bahasa tubuh yang dapat dilihat semasa sesi kaunseling dapat memberi isyarat,maklumat atau cues kepada klien mengenai pandangan atau persepsi kaunselor mengenaisesuatu isu.Walaupun di dalam sesetengah kes atau situasi, penyataan atau pendedahan nilaikaunselor dilihat dapat membantu klien dalam mengenalpasti sistem nilai mereka sewaktu

prosespenerokaan, namun ianya juga boleh memberi kesan negative kepada klien. Ini adalah keranaterdapat sesetengah klien yang mengambil tindakan atau keputusan berdasarkan sistem nilaiyang dipegang dan diamalkan oleh kaunselor mereka sematamata untuk mengambil hati atauagar keputusan mereka ini diterima dengan senang hati tanpa dipersoalkan atau dipertikaikanoleh kaunselor.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian A: Perhubungan Menolong , A.4.b Nilai-nilai peribadi ada menyatakan bahawa kaunselor hendaklah sedar akan nilai, sikap, kepercayaandan tingkah laku mereka dan menghindari daripada memaksa terima nilai yang tidak tekaldengan matlamat kaunseling. Kaunselor hendaklah juga menghormati

kepelbagaian klien, pelatihdan peserta penyelidikan mereka

ASPEK KEROHANIAN DAN NILAI AGAMA Aspek kerohanian dan nilai agama memainkan peranan yang sangat penting di dalamkehidupan manusia. Penerokaan tentang kerohanian dan keagamaan dapat membantu klienmencari penyelesaian di dalam perjuangan hidup mereka kerana ianya merupakan satupenyembuh jiwa dan dapat memberi kekuatan di dalam jiwa seseorang. Kerohanian dan nilaikeagamaan

dapat diintegrasikan bersama instrument terapi yang lain untuk meningkatkan lagikeberkesanan proses kaunseling apatah lagi jika ianya melibatkan sesuatu isu atau keputusanyang sangat kritikal di dalam kehidupan klien. Namun demikan terdapat juga pengamal terapiyang tidak bersetuju dan beranggapan bahawa aspek kerohanian dan nilai keagamaan tidak wajardigunakan di dalam sesi kaunseling dan begitu juga sebaliknya di mana terdapat tokoh-tokohagama yang menganggap sesi kaunseling atau terapi sebagai sesuatu yang mencurigakan.Sememangnya setiap kaunselor pasti

mempunyai agama atau satu sistem dalam aspek kerohanian yang menjadi pegangan di dalam kehidupan mereka. Ada kalanya pegangan inisedikit sebanyak mempengaruhi cara kaunselor melihat sesuatu isu, matlamat, pilihanpenggunaan intervensi serta proses penerokaan isu semasa sesi kaunseling. Justeru itu kaunselormempunyai tanggungjawab bolehmemberi etika kesan untuk sentiasa tugas berwaspada mereka dan tentang bagaimana ianya ianya tidak

terhadap

memastikan

mendatangkan keburukankepada klien mereka PILIHAN MENGAKHIRI HIDUP Semasa sesi kaunseling, kaunselor berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah yangdikemukakan oleh klien. Di antara isu terbesar yang mungkin dihadapi oleh kaunselor ialahpilihan klien untuk mengakhiri hidup. Isu ini sering meletakkan kaunselor di dalam keadaandilemma untuk membuat pilihan di antara etika kerahsiaan dan nilainilai kemanusiaan sertakeagamaan. Sebagai, seorang kaunselor mereka haruslah bersedia untuk membincangkan isu inidengan klien mereka. Mereka juga hendaklah mempunyai kesedaran mengenai sistem nilai danpegangan keagamaan mereka sendiri untuk membolehkan mereka membantu klien berlandaskansistem nilai serta pegangan keagamaan mereka dan di dalam masa yang sama tetap menghormatihak klien mereka. Namun begitu, jika seseorang kaunselor merasakan sistem nilai dan peganganmereka boleh menjejaskan pemikiran objektif mereka, maka keputusan beretika yang patutdiambil ialah dengan menarik diri dan menyerahkan klien mereka kepada orang lain yangmempunyai lebih kepakaran agar klien tersebut akan mendapat bantuan yang sewajarnya.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor, Bahagian B: Kerahsiaan, komunikasi privilej, dan

privasi, B .2.a. Bahaya dan keperluan undang-undang

ada menyatakan bahawa keperluan umumdi mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahandiperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada kemudaratanyang serius dan yang boleh diramalkan atau apabila keperluan undang-undang menghendakiyang maklumat rahsia mesti didedahkan.

PILIHAN MENGAKHIRI HIDUP Semasa sesi kaunseling, kaunselor berhadapan dengan pelbagai isu dan masalah yangdikemukakan oleh klien. Di antara isu terbesar yang mungkin dihadapi oleh kaunselor ialahpilihan klien untuk mengakhiri hidup. Isu ini sering meletakkan kaunselor di dalam keadaandilemma untuk membuat pilihan di antara etika kerahsiaan dan nilainilai kemanusiaan sertakeagamaan. Sebagai, seorang kaunselor mereka haruslah bersedia untuk membincangkan isu inidengan klien mereka. Mereka juga hendaklah mempunyai kesedaran mengenai sistem nilai danpegangan keagamaan mereka sendiri untuk membolehkan mereka membantu klien berlandaskansistem nilai serta pegangan keagamaan mereka dan di dalam masa yang sama tetap menghormatihak klien mereka. Namun begitu, jika seseorang kaunselor merasakan sistem nilai dan peganganmereka boleh menjejaskan pemikiran objektif mereka, maka keputusan beretika yang patutdiambil ialah dengan menarik diri dan menyerahkan klien mereka kepada orang lain yangmempunyai lebih kepakaran agar klien tersebut akan mendapat bantuan yang sewajarnya.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor, Bahagian B: Kerahsiaan, komunikasi privilej, dan

privasi, B .2.a. Bahaya dan keperluan undang-undang

ada menyatakan bahawa keperluan umumdi mana kaunselor perlu menyimpan maklumat rahsia tidak lagi terpakai, jika pendedahandiperlukan bagi melindungi klien atau orang-orang lain yang dikenal pasti daripada kemudaratanyang serius dan yang boleh diramalkan atau apabila keperluan undang-undang menghendakiyang maklumat rahsia mesti didedahkan. NILAI DALAM SEKSUALITI Nilai dan isu dalam seksualiti juga sering menyebabkan kaunselor berada dalam keadaan serbasalah atau kurang selesa terutama sekali jika ianya melibatkan isu gay atau lesbian kerana ianyamenyentuh nilai peribadi dan pegangan keagamaan seseorang kaunselor. Sesi bersama golonganini sering memberi cabaran kepada kaunselor yang masih memegang kuat nilai-nilai tradisional.Golongan gay atau lesbian adalah golongan minority yang selalu terdedah kepada unsur-unsurdiskriminasi oleh masyarakat. Kaunselor yang memberi reaksi negative terhadap isu ataugolongan ini sebenarnya telah memberikan (impose) nilai peribadi mereka. Di dalam kod etikakaunseling telah dinyatakan dengan jelas bahawa segala bentuk diskriminasi tidak kira dalam aspek gender, etnik, bangsa atau orientasi seksual adalah tidak beretika dan tidak dapat diterimasama sekali. Justeru itu kaunselor haruslah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran objektif dalam mengendalikan isu ini agar tidak melanggar kod etika kaunseling yang telah ditetapkan.Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian C: Tanggungjawab professional , C.5. Diskriminasi ada menyatakan bahawa kaunselor dilarang terlibat atau membenarkan apa-apabentuk diskriminasi berdasarkan umur, budaya, ketidakupayaan, ras, etnik,

agama/kepercayaan, jantina, status perkahwinan/pasangan, status sosioekonomi atau sebarang asas yang ditetapkanoleh undang-undang.

RUMUSAN Kesimpulannya ialah walau apa jua bentuk kepercayaan, sistem nilai atau pegangankeagamaan kaunselor, ianya tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kaunselor untuk melaksanakan tugasnya dengan baik dan professional