FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP – AT 31 PENYELIDIKAN ILMIAH ( SHP 4133 ) TAJUK

:

KAEDAH PENULISAN ILMIAH
DI SEDIAKAN OLEH : NAMA MAWARNI BINTI JAFFAR MARIANI BINTI NURDIN NUR ATIQAH BINTI BASRI NORAINI BINTI ANGKUM SITI ZAWANI BINTI SARUMAT NO. MATRIKS D20071029741 D20071029743 D20071029746 D20071029758 D20071029775

DISEDIAKAN UNTUK: PROF DR. SUPLI EFFENDI RAHIM JABATAN KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK TAHUN 2010

ISI KANDUNGAN
1

menganalisis dan menterjemahkan informasi atau data secara sisitematik untuk menambah pemahaman 2 .KAEDAH PENULISAN ILMIAH PERBINCANGAN DAN KEBAIKAN PENUTUP BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 1 2 3.JENIS PENULISAN ILMIAH KAEDAH.13 14 15 16 1.0 PENGENALAN Penyelidikan atau penulisan ilmiah adalah proses mengumpul.BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 PENGENALAN JENIS.11 12.

3 . laporan kajian.JENIS PENULISAN ILMIAH Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah. penulisan ilmiah adalah teras kepada penglahiran dan penterjemahan pemikiran pelajar menerusi teks penulisan hasil daripada proses pembelajaran di universiti.ciri sesuatu penulisan ilmiah yang diperlukan. Penulisan ilmiah melalui penelitian dengan menggunakan metod ilmiah yang sistematik bagi memperolehi jawapan secara ilmiah terhadap permasalahan yang dikaji.terhadap sesuatu fenomena tertentu yang menarik perhatian manusia. Namun begitu. ciri-ciri keilmiahan dari suatu karya harus dipertanggungjawabkan secara empiris dan objektif. Penulisan ilmiah harus menggunakan bahasa yang baik dan benar. kertas kerja. berbicara dan menulis secara ilmiah. Penulisan ilmiah adalah suatu tulisan yang membahas suatu permasalahan. Penulisan ilmiah sebagai medium komunikasi ilmu pengetahuan yang berbentuk tulisan menggunakan sistematik yang dapat diterima oleh komuniti ilmu melalui suatu sistematik penulisan yang dipersetujui. Pembahasan itu dilakukan berdasarkan penyelidikan. Teknik penulisan ilmiah mempunyai dua aspek iaitu gaya penulisan dalam membuat pernyataan ilmiah serta teknik inotasi dalam menyebutkan sumber pengetahuan ilmiah yang digunakan dalam penulisan. Oleh itu. tesis dan disertasi. Setiap pelajar di institusi pengajian tinggi akan berhadapan dengan tatacara berfikir. Bagi penghasilan penulisan ilmiah yang baik. Dalam penulisan ilmiah. penulisan ilmiah hanya dapat dilakukan setelah timbul suatu masalah dan kemudian dibahas melalui penelitian serta kesimpulan dari penelitian tersebut. keindahan dan kualiti pemikiran imiah yang dimilikinya. penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh seseorang pelajar mestilah dapat memberi gambaran tentang sikap.0 JENIS. Pernyataan ilmiah ini digunakan untuk pelbagai tujuan sesuai dengan bentuk argumentasi yang diajukan. pengamatan dan pengumpulan data yang diperolehi melalui suatu penelitian. Pernyataan tersebut dapat digunakan sebagai definisi dalam menjelaskan suatu konsep atau dapat digunakan sebagai premis dalam pengambilan kesimpulan pada suatu argumentasi. terdapat kaedah yang boleh diikuti untuk memastikan agar hasil penulisan ilmiah menepati ciri. 2. Untuk memperjelas jawapan ilmiah berdasarkan penelitian.

3 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. 1. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.1 Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. 1. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri.1.1.4 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam.D).0 KAEDAH PENULISAN ILMIAH Bahagian asas dalam penulisan ilmiah adalah seperti berikut.5 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik. Gaya susunan bahagian ini dianjurkan sebagai gaya penulisan ilmiah terbitan Penerbit UKM. 1. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.1. bengikel dan sebagainya. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você. iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.2 Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif.1. 4 . Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar. Seperti tesis. Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. 3.1.1. 1. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você.

3.2 Pengarang Berikut adalah beberapa panduan hak pengarang dalam sesuatu penulisan ilmiah dari segi etika. mengandungi kata kunci untuk kemudahan sistem perolehan maklumat.1 Tajuk Tajuk rencana adalah penting kerana bahan tersebut yang pertama dilihat atau dibaca oleh pembaca. Kebanyakan jurnal menghadkan tajuk tidak lebih daripada 15 perkataan atau kurang daripada itu. menganalisis. 5 .2. 3. amalan dan hak intelektual: 3. atau membantu mengumpul data tidak dianggap sebagai pengarang. tetapi boleh diberi penghargaan.(a) Tajuk (b) Pengarang (c) Abstrak (d) Teks (e) Pengenalan (f) Bahan dan kaedah (g) Hasil (h) Perbincangan (i) Penghargaan (j) Catatan hujung (k) Rujukan (l) Alamat lengkap pengarang 3. Sumbangan penting bermaksud mereka terlibat dalam merancang penyelidikan.1. menggunakan perkataan yang mudah difahami. Tajuk juga dicetak di dalam: (a) Bibliografi.1 Tajuk yang Baik Ringkas dan tepat. Judul begini hanya sesuai dilakukan dalam penulisan jurnal sastera atau puisi. (b) Indeks subjek. Seseorang yang hanya memberi nasihat. menginterpretasi data atau kedua-duanya dan merangka makalah. Tajuk yang baik menerangkan kandungan penulisan dengan tepat. Seorang penulis penulisan ilmiah yang baik akan menolak judul yang menggunakan kiasan atau metafora. (c) Sistem perolehan maklumat. penggunaan kata kerja yang sesuai.1 Hanya individu yang memberi sumbangan penting dalam merancang dan melaksanakan penyelidikan dianggap sebagai pengarang. tidak sesuai dijadikan judul untuk penulisan ilmiah. Seseorang boleh juga dianggap sebagai pengarang jika beliau membantu mendraf rencana atau menyemak bahagian-bahagian penting penulisan tersebut. Judul mestilah tepat dan spesifik.lebihan berbanding dengan isi kandungan sesebuah penulisan ilmiah. Contohnya tajuk “Manusia tidak boleh bergantung hidup dengan roti sahaja: Nilai zat makanan padi IR64”. Tajuk yang digunakan juga perlu bersesuaian dan tidak berlebih. (d) Petikan dalam terbitan akan datang.

b) Menggunakan kependekan atau akronim kecuali seragam atau diberi penerangan.2 Juruteknik atau individu lain yang turut membantu perlu disebutkan di dalam penghargaan.2. Perkara di atas mestilah dirangkumkan dalam beberapa ayat yang mudah. Abstrak mestilah lengkap dan boleh berdiri sendiri. Abstrak mestilah mengandungi: a) b) c) d) Tujuan dan tumpuan kajian: mengapa kajian dijalankan. judul. 3. d) Jangan menyatakan sebarang maklumat atau kesimpulan yang tidak terkandung dalam rencana. rujukan lengkap mestilah dibuat (pengarang. sekurang-kurangnya alamat pengarang utama supaya pembaca boleh menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di dalam abstrak hindarkan: a) Merujuk jadual atau rajah. Hindarkan semua perkataan yang tidak perlu. Sebuah makalah ulasan boleh menggunakan abstrak deskriptif. Adakalanya abstrak yang deskriptif lebih sesuai. Pengumpul data sahaja tidak melayakkan seseorang itu dianggap pengarang. Mereka tidak dianggap pengarang kecuali mereka memberi sumbangan besar.250 patah perkataan. Penemuan (hasil utama). Pastikan penemuan berdasarkan kenyataan berkaitan. abstrak biasanya mempunyai kata kekunci. Senarai ini mengandungi perkara-perkara yang disentuh dalam sesebuah makalah tetapi maklumat tidak cukup untuk berdiri sendiri. Abstrak jenis yang diterangkan di atas adalah lazim bagi jurnal primer. Jenis ini biasanya dipaparkan dalam bentuk senarai kandungan yang mudah.3. c) Memasukkan rujukan lengkap. Sesetengah jurnal menerbitkan alamat penuh surat-menyurat. Seseorang juruteknik yang hanya menurut arahan tidak dianggap sebagai pengarang sebaliknya seseorang juruteknik yang memberi saranan penting yang dapat menyelesaikan masalah boleh dianggap pengarang bersama atau tambahan. Bahan ini akan dimasukkan ke dalam sistem perolehan maklumat supaya mudah dicapai pembaca. Kesimpulan yang penting dan utama.3 Alamat tempat pengarang bekerja haruslah disertakan di dalam nota penyampaian rencana atau pada halaman akhir selepas rujukan. Jika sebuah penerbitan lain dipetik. Oleh kerana abstrak disimpan dalam bentuk data untuk tujuan pertukaran maklumat. 3.4 Teks 6 . tarikh dan sebagainya). Abstrak ini disimpulkan dengan kata kekunci yang menggambarkan fokus makalah itu. Bahan dan kaedah: bagaimana kajian dijalankan.3 Abstrak Sesebuah abstrak melaporkan kandungan ringkas makalah lazimnya antara 150. Menyenaraikan kelulusan akademik pengarang tidak diamalkan. Abstrak mestilah tepat dan terperinci. 3.2. jurnal. e) Jangan membuat kenyataan yang terlalu umum.

3. h) Jadual dan rajah dinomborkan supaya mudah dirujuk dalam teks.3.2 Bahan dan Kaedah Bahagian ini menyediakan maklumat yang membolehkan ahli sains yang lain menilai penyelidikan itu atau mengulangi penyelidikan tersebut serta menguji hasil-hasilnya. Ia juga penting bagi menyatakan hasil penting penyelidikan dan menerangkan istilah atau kependekan tertentu yang terdapat di dalam teks. Hasil Kajian 3. c) Kurangkan kesilapan akibat data yang berlebihan. i) Masukkan jadual. b) Laporan yang mewakili data. Bahan yang digunakan perlu dinyatakan dengan spesifikasi teknikal dan kuantiti serta sumber atau kaedah penyediaan nama-nama genetik atau nama kimia adalah lebih baik daripada nama dagangan yang mungkin tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persembahan yang baik itu mestilah: a) Ringkas dan jelas. Jika tumbuhan atau haiwan dikaji. kultivar. Ubahsuai pada kaedah piawai hendaklah dinyatakan. spesies. jalur dan lain-lain). Bahagian ini sebaiknya mengandungi: a) b) c) d) e) f) Reka bentuk uji kaji. Selain itu. rajah dan graf yang perlu dalam bentuk yang kemas. Kaedah yang baru hendaklah diterangkan dengan terperinci. Kaedah yang piawai hendaklah dinyatakan dalam rencana. bukan dalam teks. Pengenalan juga perlu menerangkan tujuan dan kaedah penyelidikan termasuk sebab dan mengapa sesuatu kaedah itu dipilih.3 Ini adalah bahagian terpenting dalam sesebuah rencana. pengenalan yang baik mengaitkan penyelidikan itu dengan penyelidikan sebelumnya iaitu tinjauan ringkas penyelidikan sebelum ini berkaitan masalah yang dikaji. g) Masukkan data yang berkait dengan subjek rencana sahaja seperti yang dijelaskan dalam bahagian pengenalan.4. e) Hanya penemuan yang penting yang ditunjukkan pada jadual dan rajah diulas dalam teks. lazimnya disusun secara kronologi dan diterangkan dengan jelas dan terperinci.4.4. Semua data dikemukakan di dalam bahagian ini. Kaedah mentafsir data dan mencari data hendaklah diterangkan. lebih baik daripada data mentah yang berulang-ulang. f) Masukkan data negatif (apa yang tidak ditemui) sekiranya data memberi kesan dalam mentafsirkan hasil. d) Laporkan data yang berulang-ulang dalam jadual dan rajah. Pengenalan yang baik akan menerangkan kedudukan dan sejauh mana kajian dijalankan mengenai sesuatu permasalahan. Kaedah yang diikuti. gantikan dengan ralat piawai atau rumus piawai.1 Pengenalan Pengenalan untuk rencana jurnal sepatutnya ringkas berbanding pengenalan lebih panjang di dalam manuskrip atau kertas kerja prosiding. 7 . beri penerangan yang tepat (genus. Andaian-andaian yang dibuat. Kandungannya pelbagai bergantung kepada jenis uji kaji dan disiplin.

3. Selain itu. catatan kaki dielakkan. pengarang menerangkan tujuan. Bahagian perbincangan adalah bahagian paling sukar dalam sesebuah rencana serta menjadi bahagian yang memerlukan penyemakan rapi. 3. Jika sesuatu kenyataan itu berguna.3. Catatan hujung tidak memasukkan bahan rujukan dan bibliografi.1 Catatan hujung Pada umumnya. Ciri perbincangan yang baik adalah tidak mengulang perkara yang telah dinyatakan dalam bahagian hasil kajian dan mengaitkan hasil kajian dengan persoalan yang dinyatakan dalam bahagian pengenalan. Catatan hujung mestilah ditaip langkau dua baris selepas penghargaan sebelum rujukan. Perbincangan dalam penulisan ilmiah perlu mencadangkan penyelidikan akan datang yang dirancang atau diperlukan bagi menyusuli kajian ini. Bagaimanapun. Gaya Penerbit UKM menggunakan kaedah rujukan yang terbahagi kepada dua iaitu kaedah rujukan dalam teks atau dikenali sebagai sistem pengarang-tarikh dan senarai rujukan iaitu susunan pembutiran rujukan dicetak di akhir rencana. 3. perbincangan yang baik memperlihatkan hubungan antara fakta yang dicerap semasa penyelidikan dijalankan dan menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian.3 Rujukan Kebanyakan jurnal mempunyai pilihan tersendiri dalam gaya dan cara penyampaian rujukan dalam teks dan senarai rujukan pada bahagian akhiran rencana.4.5 Bahan Akhiran 3. Penghargaan juga diberi kepada badan atau firma yang memberi dana makmal yang menyediakan ruang atau bahan atau orang perseorangan yang turut memberi nasihat dan pandangan. adakalanya sesuatu kenyataan itu penting tetapi jika dinyatakan juga akan menjejaskan aliran teks. pengarang berkesempatan menyampaikan ucapan terima kasih atau penghargaan kepada mana-mana institusi atau orang perseorangan yang membantu dalam sesuatu kajian itu.4 Perbincangan Pada bahagian ini. 3. Dalam hal ini. ia mestilah diterangkan dengan jelas dalam teks.5. Bahan rujukan disenaraikan dalam bahagian berasingan.5.bukti kepada setiap hasil kajian dan menunjukkan bagaimana hasil kajian bertepatan atau tidak dengan hasil kajian yang telah diterbitkan sebelumnya. hasil dan kesannya kepada kajian masa hadapan.2 Penghargaan Dalam ruangan ini. Bahagian ini juga menyatakan kesimpulan dengan memberi bukti.5.6 Petikan 8 . catatan hujung boleh digunakan.

b) Nama Cina iaitu Chiang Kai Shek bukan Kai Shek. (Za’ba. Zakri. Samad Said bukan Said. luas dan besar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-esbutan orang sebagai bandingan teladan dan pengajaran”. (Brown.H... Sekiranya huruf condong diperlukan gunakan fon huruf condong yang disediakan. bukan A.Zakri.. pengarang hendaklah berhati-hati apabila menggunakannya. Petikan tak langsung merupakan pengungkapan kembali pendapat.Petikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu petikan langsung dan petikan tidak langsung. Chiang.. Petikan langsung kadang kala diperlukan untuk mempertahankan keaslian penyataan yang dipetik. c) Jika terdapat keraguan seperti 1 untuk liter tuliskan dengan lengkap misalnya 3 liter (bukan 3l). Biasanya petikan langsung ditulis rapat (satu spasi) ataupun dikecilkan saiz huruf seperti contoh yang berikut: “segala sesuatu cakap yang pendek yang melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya. dsb. Samad. Abu alBarakat. Teknik menyatakan sumber informasi dalam petikan tak langsung adalah sama seperti teknik catatan pustaka. 3.8 Penulisan Nama dalam Teks Menurut Anglo-American Cataloguing Rules terdapat peraturan tertentu untuk menulis nama Melayu. 3.7 Huruf Condong Oleh kerana huruf condong /italic mempunyai tempat yang luas dalam karya ilmiah.. b) Nama Arab iaitu Abu al-Barakat Hibat Allah ibn ‘Ali bukan Hibat Allah ibn ‘Ali. Contoh penulisan nama yang betul adalah seperti berikut: a) Nama Melayu iaitu A. d) Dalam jadual dan graf gunakan singkatan nama bulan misalnya Jan. Feb. amat sesuai untuk mengelakkan diri daripada terlalu berterus-terang”. A. 3. b) Singkatan bagi unit tidak diberikan tanda noktah kecuali pada hujung ayat. Arab. c) Nama orang Barat iaitu John F. 1965 : 165). H. Kennedy bukan Kennedy J.peribahasa merupakan bahasa diplomatik.. ringksan atau kesimpulan daripada sebuah tulisan dengan gaya penulis sendiri. Petikan langsung diberi tanda petik (“ “) padanya dan diikuti oleh catatan pustaka. 9 . Cina dan Barat.9 Singkatan a) Gunakan singkatan SI dalam bentuk singular misalnya cm (bukan sm tetapi dieja sentimeter).. e) Singkatan untuk nama orang diberikan ruang misalnya A. 1951 : X).. Petikan langsung pula ditulis dalam susunan ayat asalnya tanpa sebarang perubahan dan diberi tempat tersendiri serta terpisah daripada teks. Sementara Clifford dan Swettenham menyatakan hasil pemerhatian mereka iaitu: “. 3 mm (bukan 3mms). menunjangi hujah atau memberi maklumat tambahan. F. gagasan pokok.

menjimatkan kos dan tempoh penerbitan tanpa menjejaskan mutu ilmiah. Titik bertindih boleh juga digunakan antara tarikh dan halaman: (Wan Hashim 1997. 47) (Zakaria 1994: 23-6) 3. Nor & Ong 1993) (Mohd.f) Singkatan semua huruf besar tidak diberikan titik misalnya OUP. UMNO dsb.1 Rujukan dalam Teks 1. gunakan hanya dua atau tiga pengarang.10. Ini memudahkan atur huruf. PFB. Oleh kerana sistem ini ringkas. bahagian.: (Dahlan et al. Untuk sebuah buku atau risalah yang tidak menggunakan nama pengarang yang diterbitkan atau dibiayai persatuan agensi kerajaan atau kumpulan: (Bank Pembangunan Malaysia 1985) 10 . Perkataan ‘dan’ boleh digantikan dengan ampersand (&): (Kamal Roslan dan Che Aziz 1996) (Md. 2. Untuk menyatakan jilid dan halaman rujukan pengarang tunggal tanda koma dan titik bertindih (:) digunakan: (Barns 1983. Sistem ini memungkinkan pemakaian rujukan dalam teks yang membutirkan nama pengarang dan tarikh terbitan dalam sesuatu ayat. Ghazali. Zawiyah. 3. dipanggil rujukan. gunakan nama yang pertama disusuli dengan et al. Rujukan berbilang pengarang. 3. Rujukan lebih daripada tiga pengarang. Rujukan dalam kaedah Pengarang-Tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbit tanpa tanda baca di antara nama dan tarikh: (Ismail 1997) atau Ismail (1997). 3:124) 4. dan Rosnah 1992) 5. 1997) 6. persamaan atau bahagian lain yang dipetik diletakkan selepas tarikh dipisahkan dengan tanda koma. Halaman khusus. Maklumat sumber sepenuhnya disenaraikan di hujung rencana atau buku.10 Sistem Pengarang-Tarikh (Author-Date System) Bentuk asas dalam sistem pengarang-tarikh mengandungi nama pengarang dan tarikh terbitan tanpa tanda baca apabila digunakan di dalam teks.

Yusof & Mohd. d) Judul siri jika ada dan jilid atau nombor siri. Atur senarai pengarang mengikut abjad.11.) atau Terjemahan (terj. 20.7. Bangi: Penerbit UKM.5 Majalah dan Surat Khabar 11 . 11. 3.11. sunt. Bangi: Penerbit UKM. e) Bilangan jilid atau keseluruhan nombor jilid daripada bahan yang diterbitkan dalam beberapa jilid. 12) 3. Jika menggunakan beberapa sumber rujukan daripada pengarang yang sama gunakan tarikh yang dipisahkan dengan tanda koma. Laporan banci penduduk dan perumahan Malaysia 1991. f) Edisi jika bukan edisi asal/ pertama.) Sidi Gazalba. c) Judul penuh buku termasuk judul kecil jika ada (dihuruf condongkan).2 Pengarang Bersama Aminuddin Mohd.1 Pengarang Tunggal Athi Sivan Mariappan. Bangi: Penerbit UKM. dan Zainab Ismail. Kepimpinan pemuda UMNO: Antara personaliti dan situasi.4 Organisasi/ Institusi Jabatan Perangkaan Negara. jika nombor halaman diberi rujukan dipisahkan oleh tanda titik berkoma dan nama diulangi: (Sham 1996a. h) Nama penerbit. editor atau institusi yang bertanggungjawab dalam penerbitan bahan tersebut. b) Tarikh terbitan. Dahlan 1983. 1997. g) Bandar/ tempat terbitan. 3. 3. 3. 3. 1996b) (Dahlan 1997a. a) Nama pengarang atau pengarang-pengarang.11. Dakwah Islamiah Malaysia masa kini. Ali Kamarudin. 1988. 1993.11. Hamzah Hussin: Sekitar pemikiran seni untuk seni. Kuala Lumpur: Jabatan percetakan Negara.11 Senarai Rujukan Maklumat berikut mestilah dinyatakan untuk sebuah buku.3 Penyunting (sunt. 1993.

10 Disertasi atau Tesis Zaiton Harun. 3. Edisi Kedua.13 Program Komputer Statistical Package for the Social Sciences Level M Ver. disunting oleh Supian Ali.9 Kertas kerja dibentang dalam persidangan/simposium Ishak Shari. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah. Lotus 1-2-3 Rel. maklumat yang dimasukkan adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) f) Nama pengarang Tahun Judul rencana Judul jurnal/terbitan berkala (dihuruf condongkan) Jilid/bilangan keluaran Halaman rencana Contoh: Fatimah Abdullah. Ali.11. 3. 3. Kesatuan dalam kepelbagaian penyelidikan biologi.8 Kertas Kerja/Pasca Sidang jika dicetak dianggap sebagai bahagian buku: Jambari Hj. Jurnal 12 . Lotus Development Corporation. Pembangunan sumber manusia di Malaysia.11. 3.Gamal Nasir Mohd. Cambridge.11.11. Selangor D. Bangi: Penerbit UKM. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kemiskinan Bandar. Kepelbagaian siput air tawar Malaysia. 23 Mac. 3. SPSS. 1995. 1992. 1994. 3. Dlm. Bangi: Penerbit UKM. Tenaga buruh wanita. Kemiskinan bandar: Konsep dan isu. Mass. disunting oleh Rohani Ahmad. 12-13 Julai. 8 (SPSS Lev. Khan Ayub dan S. Rahmah Ismail dan Muhammad Anuar Adnan. Kuala Lumpur. anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar.14 Untuk jurnal atau terbitan berkala.11. Bangi: Penerbit UKM. Aminah Abdullah. Bangi. Ali. Anatomi sesar-sesar utama Semenanjung Malaysia. Erti toleransi dalam Islam. Utusan Malaysia. M 8. Statistik penyelidikan dalam pendidikan sains sosial. E. Dlm. 2.7 Edisi Alias Baba.6 Bahagian Buku Nor Aini Hj Idris. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1997. 1994. 1996. Fatimah al-Junid. Pola sosialisasi kanak-kanak keluarga Melayu bandar.1). Mohd. Chicago.11. Jabatan Geologi.11. 3. 1997.

Rajah-rajah dan jadual dinomborkan mengikut susunan petikan teks. Tuliskan nombor rajah dan nama pengarang pada rajah yang disampaikan dengan menggunakan pensil di belakang rajah. Setiap rajah asal mestilah disampaikan dengan satu salinan fotokopi. Catatan pinggir hendaklah dibuat pada rajah atau jadual itu disebut dan ditempatkan. 2. Alamat surat-menyurat dan alamat penyampaian pruf hendaklah dinyatakan pada halaman akhir makalah itu. Sumber rujukan yang disenaraikan dalam senarai rujukan hendaklah dipetik sekurang kurangnya sekali dalam teks. 3.0 PERBINCANGAN DAN KEBAIKAN 4. 5. Setiap sumber rujukan yang dipetik dalam teks. 10. 4. Surat-surat kebenaran hak cipta sumber gambar mestilah disertakan. 1. 8. jadual atau peta. Semua rujukan dalam senarai rujukan pada draf akhir mestilah disahkan dengan sumber makalah. kali pertama disemak dengan draf yang terdahulu. 7. 6. jadual dan peta hendaklah disenaraikan di dalam senarai rujukan. Draf akhir hendaklah disemak dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali.1 Jenis .12 Senarai Semakan Sebelum menyerahkan sesebuah manuskrip kepada jurnal semak setiap perkara yang berikut untuk memastikan manuskrip itu lengkap. 4.jenis penulisan ilmiah 13 . 9. 3.Antropologi dan Sosiologi 22: 55-71. 11. Halaman teks draf akhir dinomborkan berurutan bermula dengan halaman judul.

Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar. Selain itu juga.2 Kaedah dalam penulisan ilmiah 14 . disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você. kertas kerja. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. 4. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan atau rujukan perpustakaan. Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. bengikel dan sebagainya. Ia merupakan fakta yang mempunyai rujukan dan lebih bersifat saintifik. kertas kerja lebih bersifat formal kerana setiap permasalah akan dibincangkan dalam seminar atau perjumpaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik. Seperti tesis. Kebaikan dalam penyediaan tesis ialah ia lebih bersifat fresh iaitu ia ditulis oleh para siswazah yang bertjuan untuk membuat sesuatu kajian dan ia lebih menguntungkan semua pihak kerana hasil penulisan di kongsi dan permasalahan dirungkai. Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan atau rujukan perpustakaan. dan disertasi. Kebaikan dalam penulisan esei ilmiah ialah ia dapat menghuraikan sesuatu permasalahan dengan lebih ringkas dan seterusnya dapat menyampaikan maklumat dengan lebih tepat dalam keadalam yang lebih mudah dan ringkas. iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.Esei ilmiah ialah karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan atau kerja lapangan. Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. laporan kajian. Kebaikan dalam penyediaan laporan kajian pula ialah ia dibentuk bg menyampaikan fakta atau sesuatu kepada pihak lain yang mungkin bertujuan untuk menyampaikan input berguna kepada pihak tertentu.Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Kebaikan kertas kerja pula ialah ia lebih bersifat terperinci walaupon masih lagi ringkas. Kebaikan dalam penghasilan disertasi pula ialah ia lebih komplik dan hasil penulisan dapat diguna pkai untuk memperbaiki sesutu permasalahan.Jenis-jenis penulisan ilmiah terbahagi kepada 5 iaitu esei ilmiah.D). tesis. Kaedah penulisan ilmiah sama sahaja dan ia lebih kepada huraian yang lebih ringkas tetapi padat dan mudah difahami. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você.

secara terperinci kerana inilah bahagian/perkara yang terpenting di dalam laporan dengan merujuk kepada soalan kajian/hipotesis) h) Penutup (jangkaan dan pandangan untuk masa hadapan – memberi pandangan. secara ringkas) g) Keputusan dan Perbincangan (kesan terhadap subjek kajian dan juga sumbangan kepada bidang ilmu. b) Jadual Isi Kandungan (elok dimasukkan jika hasil penulisan itu mengandungi lebih daripada 20 m. implikasi. double spacing) c) Pengenalan dan Latar Belakang (mestilah ringkas) d) Tinjauan Bacaan (ringkas. bagaimana ia dijalankan. Sebelum menulis kertas laporan penulis perlu sedar bahawa kertas laporan membentangkan apa yang telah dilakukan.Reka bentuk penulisan lebih sesuai dimulakan dengan memikirkan proses penulisan secara berurutan dan langkah demi langkah. dan ringkasan untuk bahan lain yang berbentuk akademik/ilmiah). Semasa proses ini berjalan penulis akan melakukan pembetulan dan penyesuaian sedikit langkah-langkah penulisan. dan cara data dianalisis) f) Analisis Data (yang telah diluluskan dan digunakan.0 PENUTUP 15 . Laporan digunakan dengan meluas untuk menyimpan rekod dan menyampaikan hasil sesuatu kerja. kesan. pegangan dan pendirian penulis tentang tajuk itu) i) Bibliografi/Rujukan j) Lampiran/Apendiks (Appendix) Oleh itu. instrumen penyelidikan. dan apakah hasilnya (nama untuk bahagian ini berubah-ubah mengikut jenis kajian yang dijalankan – sinopsis untuk karya kreatif.s. dan mengikut manual penerbitan APA (American Psychological Association) abstrak tidak boleh lebih daripada 1 m. hala tuju.3 Sistem pengarang Sistem pengarang adalah penting kerana sistem pengarang akan menjadikan penulisan ilmiah kita lebih komplik dan ia juga menjadi bukti bagi penulisan yang baik.s. yang penting sahaja) e) Metodologi (yang telah diluluskan dan dijalankan. Tajuk yang dimuatkan dalam laporan ilmiah ialah: a) Abstrak . 4. Oleh itu. secara ringkas. 5.memuatkan tiga perkara: mengapa kajian dijalankan. termasuk sedikit maklumat tentang responden. dan impak tujuan asal kertas cadangan kajian atau kertas kerja diadakan. Laporan juga memberi asas untuk membuat keputusan dan melaksanakan tindakan. jika boleh hadkan pada 1 perenggan sahaja yang mengandungi 120 perkataan/970 aksara/spaces. Selain itu juga sistem pengarang akan menjadi panduan kepada penulisan ilmiah yang baik dan berkesan. kebaikan dalam mematuhi kaedah dalam penulisan ilmiah ialah penulis akan dapat menghasilkan penulisan yang lebih strategik dan lebih berkesan dan selain itu juga hasil penulidan lebih menarik dan segala mesej yang ingan disampaikan berjaya disampaikan. kaedah dalam penulisan ilmiah tidaklah begitu mudah dan ia memerlukan strategi dan kaedah yang betul supaya dapat menghasilkan penulisan yang baik bergantung kepada situasi yang betul.. Oleh itu tumpuannya adalah kepada hasil.

kaedah seperti yang diutarakan di atas amat penting dalam menyediakan sesebuah penulisan ilmiah. pelbagai karya atau hasil daripada penulisan ilmiah yang dihasilkan ini mempunyai objektifnya yang tersendiri kerana ianya bertujuan untuk menyampaikan maskud samaada untuk kepentingan sendiri ataupun kepada kepentingan bersama. pembentukan hipotesis. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah. istilah. Selain itu juga.Kesimpulannya. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif.0 BIBLIOGRAFI 16 . deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran. Dalam membuat penulisan ilmiah. Sesebuah penulisan ilmiah yang menarik akan berjaya memikat hati orang ramai untuk mengatahuinya. langkah demi langkah harus diikuti dengan betul bagi mendapatkan hasil penulisan ilmiah yang menarik dan baik. Bahasa penulisan ilmiah biasanya memilih kata. 6. kaedah. Kaedah penulisan ilmiah yang telah dinyatakan boleh digunakan untuk menghasilkan sebuah karya atau hasil penulisan ilmiah yang menarik dan teknik-teknik tersebut haruslah bersesuaian dengan masalah yang ingin dikaji. Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Penulisan ilmiah mempunyai kebaikan tersendiri dan ia merupakan langkah strategik dalam penyelesaiaan sesuatu masalah dan situasi. ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan maknamakna lain. jujur dan tepat. Setiap penulisan ilmiah biasanya akan dipamerkan kepada umum untuk tujuan menyampaikan maklumat.

com/Results. 2010 daripada laman web http://personajohor.html Diperolehi pada 07 Ogos. Pkukmweb. 2010 daripada laman web http://myais. http:/www.my/1950/ Diperolehi pada 13 Ogos.www.ukm.doc 17 .Staff. 2010 daripada laman web http://search.iiu.edu/mascitah/kaedah.ump. Diperolehi pada 12 Ogos.pdf Diperolehi pada 07 Ogos.fsktm. 2010 daripada laman web scribd.um.Diperolehi pada 13 Ogos.conduit. 2010 daripada laman web http://www.my/pekeliling/penerbitan/PANDUAN_PENULISAN %20JURNAL.blogspot.panduan-penulisan-ilmiah-versi2. 2010 daripada laman web scribd.edu.aspx?q=kaedah%20penulisan %20ilmiah&start=10&ctid=CT2418376&SearchSourceOrigin=2 Diperolehi pada 12 Ogos.pdf.edu.com/2010/05/garis.my/~penerbit/Pdnrencana.