Nama: farah naqiah binti abdul haddi Nom Matrik: m20082000264 Program: sarjana pendidikan multimedia (UPSI) Tarikh

: januari 2009 Bincangkan pengaruh Behaviorist, Cognitivist dan Constructivist dalam pembangunan sesuatu koswer. Perbincangan anda boleh juga merujuk kepada satu contoh koswer yang terdapat dalam pasaran. Behaviorist Teori Behaviorist ini memberi pendapat yang menyatakan cara pembelajaran ia boleh diukur perubahan dalam cara penyampaian ilmu dan mengajar sesuatu. Ia juga bergantung kepada cara dan pengalaman seseorang itu untuk menyampaikan ilmu tersebut. Manakala untuk mendapat reasi tindak balas pelajar perlulah dapat diterima. Paling nyata pelajar dapat menfokuskan ilmu yang disampaikan oleh gurunya dan mengikut tingkahlaku yang dipelajarinya. Secara umunya, Peranan yang hendak disampaikan pada behaviorist ini adalah hendak mengubah pelajar daripada keadaan “tidak tahu” kepada “tahu” sesuatu konsep yang dipelajarinya. Di dalam pengenalan komponen pada koswer terutamanya ia perlu jelas dengan teliti supaya pelajar hendak menggunakannya dapat faham objektif pengajaran yang hedak disampaikan. Objektif pembelajaran ini, ia perlu menyatakan isi kandungan supaya pelajar senang membuat rujukan dan mudah memahami topic berkenaan. Koswer ini perlu menyediakan isi kandungan yang berbentuk “point” / non linear yang ringkas memudahkan pelajar memahami pilihan berdasarkan kehendaknya. Selain itu, koswer ini jugak perlulah menyediakan proses pengulangan . peranan pengulangan ini ia penting dalam teori behaviorist kerana ia dapat membantu pelajar untuk memahami konsep yang cuba disampaikan dengan secara jelas. Bagi setiap pengajaran dan pembelajaran ia pasti melibatkan latihan dan lati tubi yang disediakan dalam koswer tersebut. Jawapan dan maklum balas dari pelajar diberikan secara automatic kepada mereka. Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran seperti markah dan maklum balas yang positif atau memberi sokongan. Ia bertujuan untuk memotivasikan pelajar bagi mereka dapat minat berterusan. Cognitivist dan Constructivist Teori Cognitivist ini lebih menumpukan aspek pemikiran pelajar. Setiap pelajar

mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan, menyampaikan dan mengeluarkan semula segala pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan maslah. Oleh itu secara tudak sedar pembelajaran tersebut boleh menyebabkan berlakunya perubahan tingkahlaku seseorang pelajar terhadap sesuatu keadaan tertentu. Perubahan tinkahlaku juga boleh dikategorikan berlaku perubahan dalaman yang sukar untuk difahami dan diperhatikan .Contohnya dari segi tahap penetahuan, perasaan dan pemikiran. Apabila permulaan pembelajaran pada koswer tersebut, komponen pengenalannya perlu menyediakan set induksi lepada topik yang berkaitan yang akan dipelajari dan bakal diajari. Di samping itu, perkaitan topik tersebut juga turut dibuat dengan pengalaman sedia ada pelajar. Apabila pelajar dapat mengikuti, maka memudahkan mereka untuk meneruskan pengajaran yang cuba disampaikan. Selain itu juga penggunaan pelbagai elemen multimedia pada koswer dapat membantu pelajar berinteraksi dan menstrukturkan pengetahuan seterunya yang lebih menarik dan mudah memahaminya . Teori konstruktivisme ia lebih kepada kekretifan pelajar itu sendiri , ini kerana pelajar tidak lagi dianggap pelajar belajar apa yang diberikan, tetapi secara aktif membina realiti senditi dan pada masa yang sama pelajar dapat mengubahsuai realiti tersebut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri. Hasinya ia dapat membekalkan pelajar aktif mencari pengetahuan, mampu membuat penyelidikan, menganalisis dan menyampaikan bahan-bahan maklumatnya. Kesimpulannya, ia menggalakkan pelajar mencari jawapan sendiri terhadap masalah yang diberikan . Selalunya strategi yang dikenalpasti digunakan dalam CD koswer adalah nota kuliah, demonstrasi, perbincangan, penyelesaian masalah, permainan, keadah tutorial

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful