KRITERIA AM

 Projek kreatif yang berdaya saing dan berupaya untuk menjana ekonomi.  Projek kreatif yang mampu menjana kualiti produk yang lebih kompetitif dan memelihara seni, budaya dan warisan bangsa.  Projek yang meningkatkan kerjasama pintar di peringkat antarabangsa dan tempatan dari segi kepakaran dan penggunaan teknologi.  Penggunaan teknologi terkini yang dapat menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan juga melahirkan tenaga kerja yang berinovasi tinggi, kreatif dan terlatih.  Menjalankan

penyelidikan atau kajian yang akan menjadi landasan

peningkatan aktiviti nilai tambah dalam pembangunan produk dan modal insan industri kreatif yang berkualiti.  Pembangunan kandungan multimedia kreatif bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi jalur lebar.  Meningkatkan promosi dan pemasaran produk-produk kreatif bermutu tinggi berdaya maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.