SJK (T) BEDONG, 08100, BEDONG, KEDAH DARULAMAN. MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2012. TARIKH : 5.1.

2012 MASA : 1.30 petang HARI : Khamis TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SJK(T) BEDONG HADIR : 1. En.G.Sweneson (Guru Besar) 2. Pn.V.Selvanayagi (PK KK) 3. Pn.S.Anjale (PK 1) 4. En.K.Chandrasegaran (PK HEM) 5. Cik. S.S.Shamala (S/U KK) 6. En.M.Kumaresan (S/U Sukan) 7. En.S.Nagapan 8. Cik K.Devahi 9. Pn.S.Manchula 10.Pn.G.Thavamalar 11. Pn.T. Maligah 12.Pn.M.Nyanamani 13. En.M.Ramachandran 14.Pn.D.Devambigai 15. Pn.A.Sathiasri 16. En.S.Sivaraja 17. Pn.S.Puvanesvari 18. Pn.V.Srimalathy 19.Pn.M.Revadhi 20. Pn.N.Kanthammah 21. Pn.R.Mangarkarasi TIDAK HADIR :1. Pn.V.Talirkodi (Cuti Bersalin)

22. Pn.S.Rebecca 23. Cik M.Santhi 24. Pn.Poonapathy 25. Pn.M.Keetha 26. Pn.Kamaladevi 27. Pn.A.Praba 28. Pn.S.Kamala 29. Pn.P.Parimala 30. Pn.R.Kamleswary

i.

Perutusan Pengerusi.

Pengerusi kokurikulum En.G.Sweneson telah mengalu-alukan kedatangan semua guru ke Mesyuarat Kokurikulum kali ketiga tahun 2011. Beliau meminta semua guru memberi kerjasama untuk menjayakan akitiviti Kokurikulum bagi tahun ini. 2. En.G.Sweneson telah menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum wajib dijalankan di sekolah. Setiap guru perlu melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum selama 2 jam seminggu. Beliau juga menegaskan bahawa perancangan tahunan untuk aktiviti kokurikulum perlu dibuat mengikut badan beruniform/kelab/persatuan masing-masing. Beliau juga meminta guru-guru mengadakan aktiviti yang menarik untuk merangsangkan minat murid.Secara tidak langsung, ini akan membantu untuk meningkatkan kedatangan murid ke aktiviti kokurikulum. 3. Pengerusi Kokurikulum juga menyatakan bahawa semua aktiviti kokurikulum bagi tahun 2011 telah berjalan dengan lancar. Belia memaklumkan kejayaan sekolah dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan seperti Science Fair, Manavar Mulakkam, Pertandingan Bola Sepak dan Olahraga.

Beliau mengucapkan terimakasih dan tahnia kepada guru-guru yang melatih murid untuk pertandingan-pertandingan ini sepanjang tahun. ii. Bidang Tugas Guru dalam Kokurikulum 4. Pn.V.Selvanayagi selaku PKKK telah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang membantu menjayakan semua aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2011. Beliau meminta semua guru memberi sokongan yang lebih bagi menjayakan semua aktiviti kokurikulum yang akan diadakan sepanjang tahun 2012. 5. PKKK telah menerangkan bidang tugas guru dalam kokurikulum bagi tahun 2012 mengikut Lampiran 1. Beliau juga memberi surat perlantikan kepada semua guru penasihat bagi badan beruniform, kelab dan persatuan. iii. Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 6. PKKK menyatakan semua aktiviti kokurikulum perlu dilaksanakan mengikut Jadual Kokurikulum yang ditetapkan (Lihat Lampiran 2). 7. PKKK juga memberitahu pembatalan aktiviti mingguan kokurikulum perlu dibuat bila ada kecemasan seperti (i) hujan lebat (ii) akiviti besar besaaran seperti sukan tahunan dan atas arahan guru besar.Sebarang pertanyaan tentang pembatalan aktiviti kokurikulum perlu dikemukakan kepada Guru Besar. 8. Beliau juga memaklumkan aktiviti kokurikulum akan diadakan dalam bilik darjah yang ditetapkan. 7. PKKK juga meminta guru-guru yang mengambil peralatan dari bilik sukan perlu mencatatkan dalam buku keluar masuk peralatan buku yang disediakan. Ia akan membantu mengelakkan kehilangan peralatan stor. iv. Perancangan Tahunan Kokurikulum 8. Pn.V.Selvanayagi selaku PKKK telah meminta guru-guru penasihat merancang aktiviti mingguan yang menarik minat murid. Beliau meminta guru-guru penasihat mencatat laporan mingguan dalam buku yang akan diedarkan kelak. 9. PKKK juga meminta guru-guru penasihat menyediakan perancangan tahunan bagi badan beruniform, kelab atau persatuan masing-masing.

10. Beliau juga memaklumkan aktiviti kokurikulum tahun ini melibatkan murid-murid tahun 3 hingga tahun 6. v. 1 Murid 1 Sukan 14. PKKK Pn.V.Selvanayagi menyatakan bahawa aktiviti 1M1S akan diadakan dua minggu sekali pada hari isnin hingga rabu selama satu jam. Ini adalah atas sebabsebab tertentu. vi. Hal-hal lain 15. Pn.V.Selvanayagi meminta guru-guru penasihat mengemaskini fail dan menulis maklumat dalam baju fail. 16. PKKK meminta persetujuan semua guru untuk menyertakan Pertandingan Kabadi dalam perancangan tahunan aktiviti kokurikulum. Latihan Kabadi akan diberikan semasa aktiviti 1M1S. Semua bersetuju atas cadangan ini. Mesyuarat telah tamat pada pukul 3.40 petang dengan ucapan terima kasih oleh Setiausaha Kokurikulum Cik S.Shamala.
Tarikh 10 Januari 2012