P. 1
PRA3101_04_Asas_Pendidikan_Awal_Kanak-kanak_

PRA3101_04_Asas_Pendidikan_Awal_Kanak-kanak_

|Views: 30|Likes:
Published by Jamilah Taib

More info:

Published by: Jamilah Taib on Nov 26, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/14/2014

pdf

text

original

PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SINOPSIS Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanakkanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1. This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School

HASIL PEMBELAJARAN: Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:

RINGKASAN UNIT 1.0 Pengenalan Pendidikan Awal KanakKanak 2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak 3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak 4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak 5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989. 6.0 Akta 308 dan Akta 550 7.0 Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanakkanak 2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanakkanak 3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanakkanak 4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran

1

Rangka Isi Pelajaran

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanakkanak

PRA 3101 ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

Akta 308 dan Akta 550

2

Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak
Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di luar negara

Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”.Prasekolah pertama di dirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz. Boston. Seterusnya pada tahun 1860, Penubuhan prasekolah di Elizabert Peabody membuka tadika di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. 3

Program Headstart telah dirancang dan dikelolakan untuk membantu kanakkanak yang datang dari kawasan mundur dan keluarga miskin. Mereka ditempat kan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.

Ciri-ciri Program Headstart a) Penglibatan Ibu bapa Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah. b) Kesihatan Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah. c) Pemakanan Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara sendiri. d) Pendidikan Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. 4 untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi

e) Perkhidmatan Sosial Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan. f) Ketidakupayaan Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanakkanak kurang upaya atau keperluan khas. g) Kesihatan Mental Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.  Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia

Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas. Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Aktiviti 1. Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?

5

Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
Aktiviti 2. Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanakkanak ?

Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak Konsep Pertumbuhan: Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990). Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002). Konsep Perkembangan Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa. Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

6

Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000). Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Aktiviti 3. Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.

Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan 1. Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. 2. Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya. 3. Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus. 4. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. 5. Pertumbuhan berlaku hingga berterusan hingga akhir hayat. 6. Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial. 7. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu. 8. Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak 9. Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain. (Mok Soon Sang, 2001) satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara

7

Aktiviti 4. Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?

Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture) Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan. Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195) Aktiviti 5: Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nurture”

8

Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara. Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an. Sistem pendidikan di luar negara boleh dijadikan panduan untuk kita memahami kepentingan pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan pendidikan kanakkanak di luar negara dilihat saling mempengaruhi di antara benua seperti Eropah, Amerika dan Asia. Eropah Eropah secara tidak langsung telah merintis sistem pembelajaran kanak-kanak. Bermula dari zaman Rome, Greek dan negara-negara di sekitar Eropah pada abad-abad berikutnya setelah kejatuhan kerajaan Rome dan Greek. Setiap abad tertentu telah memperlihatkan kepentingan hak kanak-kanak dan kemajuan dalam pendidikan mereka.

9

Zaman Rom dan Greek Kebanyakan sistem pendidikan Eropah hari ini merujuk kepada sistem pendidikan Greek dan Rome. Beberapa pandangan dan pendapat mereka diguna pakai sebagai asas pendidikan awal kanak-kanak. Tanggapan mereka terhadap kanak-kanak      Kanak-kanak yang berumur lapan tahun di anggap dewasa Pendidikan perlu bermula dari rumah Apabila kanak-kanak sudah mula bercakap hendaklah diberi pendidikan Mereka mengamalkan penggunaan ganjaran dalam pendidikan Deraan dianggap tidak berkesan dalam pendidikan

Pandangan Plato dan Aristotle  Menekankan keperluan pendidikan kanak-kanak di peringkat awal lagi  Mengasaskan sekolah dengan menggunakan model bimbingan kumpulan kecil  Mengajar kanak-kanak lelaki daripada golongan bangsawan kemahiran berfikir, mentadbir, strategi ketenteraan dan pengurusan perniagaan. Selepas kejatuhan kerajaan Rome  Pendidikan kanak-kanak terletak dibawah tanggungjawab ibu bapa  Kanak-kanak tidak mendapat pendidikan yang sempurna disebabkan ibu bapa bekerja.  Kanak-kanak perlu membantu kerja-kerja yang dijalankan oleh orang dewasa  Pada waktu yang sama anak-anak golongan istana mendapat keistimewaan untuk bersekolah  Mereka diajar membaca, menulis, mengira dan buku simpankira. Abad ke 15 Pada abad ke 15 institusi kerajaan tidak memainkan peranan dalam pendidikan kanak-kanak. Institusi bukan kerajaan telah mengambil inisiatif mendidik kanakkanak. Kedudukan kanak-kanak     Tidak memndapat tempat dan pengiktirafkan hak perlindungan yang khusus sehingga penghujung abad ke 15. Kanak-kanak daripada kelas golongan atasan disediakan peluang pendidikan belajar menerusi tutor atau sekolah di rumah keluarga yang ternama Kanak-kanak daripada kelas golongan pertengahan mendapat latihan pendidikan vokasional Kanak-kanak daripada kelas gplongan bawahan dan miskin bekerja membantu ibu bapa.

10

Perubahan di Zaman Pembaharuan  Pendidikan kanak mula diberi perhatian   Pendidikan tidak lagi diberi keutamaan kepada golongan bangsawan sahaja Member peluang pendidikan untuk semua kanak-kanak termasuk daripada kelas golongan bawahan dan miskin. Abad ke 16   Pada abad ini kemajuan dalam bidang kesenian, kesusasteraan dan saintifik mempengaruhi penentuan corak pendidikan kanak-kanak. Perubahan kerajaan dan penentangan tokoh-tokoh membantu perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Marin Luther    Menentang fahaman Gereja Kahtolik Mendapat sokongan golongan bawahan menubuhkan Gereja Protestant Mengubah struktur social dan pendidikan masyarakat umum

Di German    Berlaku penyerahan perkhidmatan pendidikan kepada golongan biasa Sekolah yang dahulunya dikuasai gereja diserahkan kepada golongan biasa. System pengendalikan kelas diperkenalkan dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh orang kanak-kanak John Comenius    Menulis buku bertajuk “The school of Infancy” Menulis buku bergambar yang pertama untuk kanak-klanak bertajuk “Orbis Pictus” Mempercayai bahawa perancangan pengalaman yang teliti adalah diperlukan untuk mencetus minda yang terbendung dan kanak-kanak belajar menerusi perlaku pada objek.

Di Belanda

11

Rajah 1; Orbis Pictus Abad ke 17 Pada abad ke 17 penulisan tentang keperluan perlindungan kanak-kanak telah membawa perubahan di kalangan masyarakat. Sebelum ini kanak-kanak di bawah umur 6 tahun tidak dibezakan cara pendidikannya dengan kanak-kanak yang lebih tua umurnya. Johann Pestalozi    Menulis “How Gertrude Teachers Her Children” Memberi penekanan pendidikan di rumah Menekankan pembelajaran secara penemuan

Abad ke 18 Pada abad ke 18 memperlihatkan penekanan sistem pendidikan kanak-kanak. Berlaku pengenalan terhadap pendidikan awal kanak-kanak pada zaman ini. Robert Owen Menubuhkan “nursery school” di New Lanark Cotton Mills, Britain. Mempercayai sekolah dapat membendung pengaruh negative yang terdapat di rumah.

Freidreich Froebel

12

Menubuhkan Kindergarten “childs garden” yang pertama di Blandenburgh, Jerman. Mempercayai kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk memilih akativiti yang diminati. Abad ke 19 Pada abad ke 19 perkembangan pendidikan awal kanak-kanak menjadi keperluan masyarakat untuk mendidik kanak-kanak dengan lebih sempurna. Beberapa tokoh pendidik telah mengasaskan pendekatan pendidikan awal kanak-kanak. Maria Montessori Membuat pembaharuan dalam pendidikan kepada kanak-kanak miskin yang tinggal di kawasan stinggan sekitar Bandar Rome, Itali. Lori Malaguzzi Berjaya mengamalkan satu konsep pendekatan konstruktivisme dalam pendidikan awal kanakkanak yang diberi nama Reggio Emilia sempena nama sebuah Bandar di Utara Itali.

Rajah 2 : Urutan Peristiwa di Eropah

Amerika

13

Amerika merupakan sebuah negara yang pada peringkat awalnya mengambil idea dan konsep pendidikan awal kanak-kanak dari Eropah. Mereka memperkembangkan dan mengubahsuaikan idea dan konsep mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat setempat. Banyak kajian dijalankan di peringkat universiti bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan yang memberi kesan positif kepada kanak-kanak. Latihan perguruan yang bersistematik hingga ke peringkat tinggi diberi keutamaan dengan tujuan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Abad 18 Pada peringkat awal penghijrahan pendatang awal dari Eropah ke Amerika. Mereka lebih mementingkan penerokaan dan mencari tempat tinggal di negara baru.

Jadual 3 : Urutan Peristiwa di Amerika Syarikat Asia Perkembangan pendidikan kanak-kanak di Asia bermula di negara-negara Asia Barat dan Timur Tengah. Kemajuan perkembangannya selari dengan Eropah. Pendidikan yang diterima oleh orang-orang di Asia kebanyakkannya dipengaruhi unsur-unsur keagamaan, kepercayaan, falsafah dan budaya. Ramai tokoh-tokoh agama dan pemikir telah memberi sumbangan terhadap bimbingan kanak-kanak.

14

Di Timur Tengah Pendidikan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada agama Islam dan aianya mengambilkira beberapa pandangan tokoh-tokoh agama seperti Imam Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia  Zaman Sebelum Merdeka

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.  Zaman Selepas Merdeka

Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan PekerjaPekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India. Pada tahun 1970, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah. KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan

Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

15

Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah. Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun. Status Masa kini Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah diusahakan oleh pelbagai badan agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan sukarela. Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan pembelajaran kanak-kanak dan dapat

menjamin perlindungan kanak-kanak
Agensi Kerajaan Agensi kerajaan telah memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Antara agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kementerian Pelajaran  Kepentingan pendidikan prasekolah mula diambil perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan bertujuan untuk menyeragamkan kurikulum dengan menyediakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah.  Langkah seterunya Kementerian Pendidikan menjalankan satu percubaan di beberapa buah sekolah rendah yang dipilih untuk tujuan melakasanakan program prasekolah yang berkesan.

16

 

Program rintis itu dikenali sebagai ‘Prasekolah Annex’. Program Sekolah Annex ini melibatkan sebanyak 1105 kelas di sekolah rendah dan 26 buah kelas di Maktab Perguruan Malaysia

Guru besar sekolah rendah merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap pentabiran sekolah dan prasekolah.

 

Guru prasekolah dibantu oleh pembantu guru untuk mengendalikan kelas prasekolah Selepas penggubalan Akta Pendidikan 1996 Kementerian Pelajaran meneruskan dan membuat pengunjuran supaya semua sekolah rendah bantuan kerajaan mengadakan kelas prasekolah.

Memandangkan tidak semua kanak-kanak menghadiri kelas tadika, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum Menyediakan program transisi bagi kanak-kanak yang memasuki darjah satu yang dimulakan pada tahun 2000.

Pada tahun 2002 perluasan kelas prasekolah Kementerian Pelajaran sebanyak 100 buah kelas.

Perluasan pada tahun 2003 meningkat sebanyak 1500 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diwajibkan kepada semua tadika sama kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Pada tahun 2004 perluasan sebanyak 400 buah kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2005 perluasan sebanyak 700 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada tahun 2006 perluasan sebanyak 493 buah prasekolah Kementerian Pelajaran

17

Malaysia.  Jumlah keseluruhan prasekolah sehingga Januari 2006 iaitu 4424 buah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.  Mengikut prancangan Kementerian Pelajaran pada akhir Rancangan Malaysia ke 9 (2010) semua sekolah rendah bantuan kerajaan mempunyai kelas prasekolah.  Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak mulai tahun 1987 di sekolah menengah vokasional dan tahun 2004 di sekolah menengah akademik untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun  Kelas tadika biasanya terletak di kawasan Bandar yang dihadiri oleh kanak-kanak berbagai kaum.    Matlamatnya untuk memupuk perpaduan nasional di peringkat kanak-kanak. Tadika di jabatan ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) Pertambahan kelas tadika meningkatkan berdasarkan keperluan.

Jabatan Kemajuan Masyarakat  Jabatan ini menyediakan perkhidmatan taska dan tabika untuk kanak-kanak di luar Bandar  Matlamat tabika adalah untuk menyediakan pendidikan awal sebelum mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.

18

Tabika/

Tadika

dijabatan

ini

menggunakan

Kurikulum

Standard

Prasekolah

Kebangsaan.   Manakala taska bertujuan untuk membantu pengasuhan anak-anak semasa ibu bekerja. Pertambahan bilangan taska dan tadika meningkat mengikut keperluan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat  Jabatan ini mengawal pengusaha taman asuhan kanak-kanak dari penubuhann dan pemantauan kepatuhan Akta 308.  Jabatan ini menyediakan garis panduan latihan pengasuh taska.  Penubuhan taska di tempat kerja adalah di bawah pengawasan jabatan ini. Jadual Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia Tahun 1969 Malaysia Masa Kini Pusat Latihan KEMAS Kuala Lumpur melatih 10 orang guru untuk projek rintis kelas tadika Jabatan Perpaduan Negara melatih guru tadika 1987 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokesional Kementerian Pelajaran Malaysia-menawarkan mata pelajaran Asuhan Kanak-kanak dan mengasuh dan membimbing kanak-kanak taingkatan 4 & 5 2004 Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia – Pusat Perkembangan Kurikulum menawarkan mata pelajaran Asuhan dan Pendidikan Awal Kanakkanak untuk Tingkatan 4 & 5 2006 Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia – Pemurnian mata pelajaran Perkhidmatan Awal Kanak-kanak dan Pengajian Perkembangan Awal Kanak-kanak.

Agensi Swasta

19

Agensi swasta turut memberi perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak. Berbagai agensi swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Kanak-kanak terdiri daripada badan korporat (contohnya Telekom, Petronas) perkilangan, bank dan pengusaha persendirian.  Penubuhan taska dan tadika di tempat kerja bertujuan untuk memberi kemudahan penjagaan anak kepada kakitangan yang bekerja.  Manakala pengusaha persendirian menawarkan perkhidmatan kepada komuniti di persekitaran kawasan perumahan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.  Semua tadika anjuran agensi swasta diwajibkan menggunakan kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) Badan Sukarela  Persatuan wanita banyak member sumbangan kea rah pendidikan kanak-kanak contohnya PERTIWI  Sumbangan badan sukarela meliputi pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, kanakkanak istimewa rumah kebajikan kanak-kanak.  Matlamat penubuhan ini adalah untuk berkongsi kepakaran kepada masyarakat melalui kerja-kerja amal.

Aktiviti 6: 1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah. 2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum.

Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

20

Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal? Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada; 1. Imam Al-Ghazali 2. Ibnu Khaldun 3. Jean Jacques Rousseau 4. Johann Heinrich Pestalozzi 5. Friedrich Froebel 6. Maria Montessori

4.1 IMAM Al-GHAZALI

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin . Pandangan / Idea-idea beliau    Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.

21

   

Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat: Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka. Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar. Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

Nasihat beliau kepada guru supaya: -

4.2

IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik. Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:   Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara: Berperingkat-peringkat Mengadakan latih tubi

22

Menggunakan benda-benda maujud Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka: Tidak mahu belajar Mencerca pengajaran yang diberi

 

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contohcontoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.

 

Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.

  

Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna. Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.

4.3 JEAN-JACQUES ROUSSEAU (1772-1778)

23

Beliau merupakan seorang ahli falsafah, penulis dan pembina teori sosial. Biodata Belaiu telah dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28hb. Jun 1712 dan meninggal dunia di Paris, Perancis pada tahun 2hb Julai 1778. . Sifat Peribadi     Ketika kanak-kanakyang cerdik, penting kepada diri sendiri, tidak berdisiplin dan neurotik. Sikap buruknya kesan daripada kematian ibunya selepas beliau dilahirkan.. Zaman kanak-kanaknaya amat menyedihkan kerana berada dibawah jagaan ibu tiri dan bapa sehingga berumur 10 tahun Mengabaikan 5 orang anaknya dengan meletakannya di rumah kebajikan.

Pandangan Terhadap Pendidikan      Menggap kanak-kanak dilahirkan baik tetapi manusia yang mempengaruhi kebaikan tersebut. Pendidikan akan terhasil dan berkembang jika seseorang itu diberikan kebebasan belajar secara langsung dengan al;am sekitar. Berkonsep pada naturalisme dimana kanak-kanak perlu dibiarkan membesar mengikut kebolehan semula jadi mereka. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan yang baik supaya dapat menyuburkan minat mereka melalui aktiviti yang dapat menggembirakan mereka. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum dia bersedia.

24

    

Kanak-kanak dengan sendiri suka mencari ilmu. Peranan guru menasihat dan memerhati perkembangan kanak-kanak ketika mengajar. Kanak-kanak adalah unik dan perlu dihargai. Memastikan bahan pengajaran yang konkrit pada kanak-kanak. Pendangannya berdasarkan persepsi deria yang diteruskan oleh Pestalozzi, Froebel dan Montessori.

4.4

JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)

Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan. Idea-idea beliau mengenai pendidikan  Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.   Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.    Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping). Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

25

4.5 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.

Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main” Antara idea-idea Froebel ialah: 1. Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambargambar. 2. Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti. 3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna. 4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. 5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. 6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. 7. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. 8. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. 9. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat.

26

10. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. 11. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. 12. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain. 4.6 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanakkanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut; a. Minda yang mudah menyerap Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia

27

Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai. C. Didikan diri Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanakkanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti. d. Bahan pembelajaran Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. e.Tempoh sensitif Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Menurut falsafah Montessori; 1. Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.

28

2. Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak. 3. Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. 4. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak. 5. Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran. 6. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”. 7. Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak. 8. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak. 9. Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas. 10. Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka. Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah: Menghormati kanak-kanak dan hak mereka. Konsep kebebasan Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri. Pentingnya disiplin diri Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri. Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

29

Aktiviti 7:

1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel? 3. Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanakkanak oleh Maria Montessori.

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 Hak Asasi Kanak-Kanak

Konvensyen ini telah diterima pada tahun 1989, menandakan kemuncak kerja advokasi selama lebih enam dekad beberapa kumpulan orang tertentu dan konsensus kerajaan-kerajaan dunia. Konvensyen ini adalah dokumen paling komprehensif yang menetapkan prinsip-prinsip etika dan norma-norma tingkah laku antarabangsa terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah lahir dengan hak asasi semua manusia. Pengharapan

30

Setiap generasi baru memberi harapan kepada umat manusia. Jika kelangsungan hidup dan perkembangan kanak-kanak dapat dipastikan, jika kanak-kanak dilindungi daripada bahaya dan exploitasi dan mereka berkemampuan ikut serta mengambil keputusan dalam segala hal yang mengaitkan mereka, tertubuhlah asas bagi satu masyarakat yang adil yang kita kehendaki dan yang patut diterima oleh kanak-kanak.

PRINSIP-PRINSIP YANG DIGARISKAN Tidak ada diskriminasi Semua hak dikenakan kepada semua kanak-kanak tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pendapat politik, asal negara, etnik atau masyarakat, harta, ketidakupayaan, kelahiran atau tarafnya atau ibu bapa/penjaganya. Kepentingan terbaik kanak-kanak Pertimbangan utama dalam segala hal ialah kepentingan yang terbaik bagi kanak-kanak. Hak untuk hidup dan berkembang Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dan berkembang dalam semua aspek kehidupan mereka, termasuk aspek jasmani, emosi, psiko-sosial, kognitif, sosial dan kebudayaan. Ikut serta Kanak-kanak hendaklah dibolehkan ikut serta secara aktif dalam segala hal yang melibatkan kehidupan mereka dan bebas untuk memberi pendapat. Mereka mempunyai hak untuk didengar dan diambil peduli secara serius. DEFINISI Siapa dia kanak-kanak? Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun, nelainkan jika undang-undang menyatakan usia dewasa kurang daripada 18 tahun.
31

KATEGORI HAK Hak kepada kesihatan dan kebajikan asas
  

Hidup dan berkembang Taraf kehidupan yang memadai Taraf kesihatan yang paling tinggi yang dapat dicapai dan perkhidmatan kesihatan yang berkesan

Hak kepada pembelajaran, aktiviti masa lapang dan kebudayaan Pembelajaran yang dapat mengembangkan sahsiah, kebolehan bakat, mental dan fizikal ke tahap yang paling tinggi, yang menggalakkan rasa hormat kepada keluarga, identiti kebudayaan dan bahasa. Pembelajaraan yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan sebagai seorang dewasa yang lengkap dan aktif. Hak kepada perlindungan khusus
  

Hak untuk dilindungi dalam keadaan darurat seperti pertempuran bersenjata Apabila kanak-kanak dalam keadaan berkonflik dengan undang-undang. Dalam situasi kanak-kanak dieksploitasi seperti dijadikan buruh, penyalahgunaan dadah, eksploitasi atau penderaan seksual, penjualan, perdagangan dan penculikan. Hak untuk dilindungi dari diskriminasi dalam apa jua bentuk

Hak sivil dan kebebasan
 

Hak untuk memilki nama dan kewarganegaraan Kebebasan memberi pandangan, pendapat, suara hati dan agama (dengan menghormati hak-hak dan tanggungjawab ibu bapa dan penjaga). Hak untuk bergabung dan berkumpul secara aman (dengan menghormati hak-hak dan reputasi orang-orang lain atau bagi perlindungan keamanan kebangsaan atau ketenteraman awam atau kesihatan awam atau moral).
32

Perlindungan daripada penyeksaan atau perlakuan atau hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan

RINGKASAN HAK UTAMA
   

Hak untuk hidup. Hak kepada permakanan yang cukup, badan yang sihat dan aktif. Hak untuk memiliki nama dan kewarganegaraan. Hak untuk diberi perlindungan terhadap penganiayaan, eksploitasi, pengabaian, keganasan dan bahaya. Hak untuk melahirkan pandangan dan diberikan pertimbangan sewajarnya menurut umur dan kedewasaan. Hak menerima maklumat (lisan, bertulis atau bercetak) terutamanya yang bermaksud untuk menggalakkan kesejahteraan sosial, keagamaan dan moral dan kesihatan jasmani dan mental kanak-kanak.

Hak kanak-kanak yang kehilangan upaya kepada perubatan, penjagaan dan pembelajaraan yang khusus untuk memastikan maruah diri, menggalakkan kepercayaan diri dan memudahkan kanak-kanak ikut serta secara aktif dalam masyarakat.

Hak untuk tidak dipisahkan daripada ibu bapa (melainkan difikirkan mustahak demi kesejahteraan kanak-kanak itu). Hak untuk dijaga (ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu, mengikut kemampuan dan keupayaan mereka).

Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang utama dalam mengasuh kanak-kanak tetapi pihak Kerajaan hendaklah memberikan bantuan yang bersesuaian dalam hal pelaksanaan tanggungjawab ini dan memastikan perkembangan institusi-institusi yang bersesuaian.

33

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanakkanak. Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak? Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

PERKARA 6 1. 2. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak. Kewujudan dan perkembangan Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

34

1.

Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak. 2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak. 3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak. PERKARA 27 1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanakkanak itu. Taraf hidup Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh

35

dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka. 2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanakkanak itu. 3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan. 4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya. PERKARA 28 1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya: (a) (b) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua; Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya

36

seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan; (c) (d) (e) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiaptiap cara yang sewajarnya; Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak; Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran. Pendidikan Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini. 2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini. 3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun. PERKARA 29 1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah

dihalatujukan kepada: Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

37

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri; Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli;

Unit 6.0: Akta 308

Akta 308 dan Akta 550

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Akta 308) merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanakkanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.      Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam undang-undang Malaysia Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran, pengawalan dan pemantauan. Semua taman asuhan kanak-kanak sama ada di tempat kerja, persendirian, institusi adalah tertakluk kepada akta Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak. Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didawka di mahkamah.

Berikut dijelaskan beberapa seksyen yang secara umum perlu diketahui

38

Seksyen 2

Taman asuhan kanak-kanak’ sekurang-kurang terdapat 4 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dan orang yang menjaga kanakkanak dibayar upah Akta ini dikecualikan untuk hospital, tadika dan rumah kanakkanak yang dikendalikan oleh kerajaan Semua taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat Terdapat dua kategori taman asuhan kanak-kanak: (a) Taman asuhan kanakkanak di rumah jumlah kanak-kanak kurang daripada 10 orang; (b) Taman asuhan kanak-kanak di institusi bilangan 10 orang atau lebih. Denda kali pertama tidak melebihi RM1000.00. Kesalahan bagi kali kedua dan sterusnya dikenakan denda tidak melebihi RM2000.00. Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini adalah sah selama dua belas bulan kalendar. Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan, tidak memaklumkan perubahan terkini, dan pemilik taska yang melibatkan keburukan akhlak Pegawai yang diberi kuasa berhak memeriksa taska dari segi kesihatan, pengurusan, peralatan, persekitaran dan kecemasan : Pihak berkuasa boleh memberi arahan secara bertulis untuk menutup sementara taman asuhan jika didapati membahayakan kanak-kanak Permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa

Seksyen 3 Seksyen 4 Seksyen 5 Seksyen 6 (2) Seksyen 11 (3) Seksyen 12 Seksyen 14 Seksyen 15 dan 16 Seksyen 24:

. Peraturan Taman asuhan kanak-kanak di Institusi (1985) merupakan lanjutan daripada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984. Penerangan peraturan secara umum adalah seperti berikut:

Peraturan 1 Peraturan 5(1):

: Peraturan taman asuhan kanak-kanak 1985 mula berkuatkuasa mengikut tarikh akta Rujuk jadual nisbah kanak-kanak dan pengasuh seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah;

. Bilangan kanak-kanak Bagi tiap-tiap lima orang kanakKumpulan umur Di bawah tiga tahun Bilangan penjaga kanak-kanak Seorang

39

kanak atau kurang Bagi tiap-tiap sepuluh orang kanak-kanak atau kurang Bagi tiap-tiap empat orang kanak-kanak tak upaya atau kurang Peraturan 6(1) Peraturan 7(1) Peraturan 8 Peraturan 12 Peraturan 13 Peraturan 14 Peraturan 19: Peraturan 23 Peraturan 24: Peraturan 25 Peraturan 26 Peraturan 28 Peraturan 29 (3): Peraturan 30(1): Peraturan 31 Peraturan 33 (2): Peraturan 35(1) Peraturan 36 Peraturan 39 Peraturan 40(1): Peraturan 40(2): . Kemudahan

Di antara tiga dengan empat tahun Di bawah empat tahun

Seorang Seorang

Umur dan kelayakan penjaga kanak-kanak (pengasuh) ialah 18 tahun ke atas. Mereka hendaklah mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak Rekod peribadi kanak-kanak perlu dikemaskini contohnya rekod kesihatan, kemajuan, kedatangan dan kecemasan. Menegaskan perlu ada program aktiviti harian di taska. Tiap-tiap taska hendaklah mempamerkan nama taska dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan Perakuan pendaftaran hendaklah ditunjukkan di tempat yang jelas. Dilarang mendera kanak-kanak. Keadaan bangunan taska hendaklah mematuhi syarat rekabentuk, pembinaan, ketahanan api bertujuan untuk kesihatan dan keselamatan kanak-kanak Setiap taska hendaklah menjalankan latihan kebakaran serta memastikan pintu keluar masuk bangunan bebas daripada halangan pada setiap masa. Keluasan ruang lantai bagi setiap kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Kemudahan tandas perlu disediakan dengan nisbah 1 tandas untuk 10 orang kanak-kanak Bekalan air yang mencukupi dan bersih. Menyediakan makanan yang sempurna berkhasiat dan seimbang. Pemerhatian ke atas rupa, kebersihan, kesihatan diri,suhu, masalah kulit dan apa-apa keadaan yang luar biasa hendaklah dikesan setiap kali datang di waktu pagi. Taska hendaklah menyediakan peralatan permainan yang mencukupi dan sesuai Merokok dan meludah adalah dilarang di taska Jika terdapat kes penyakit berjangkit laporkan segera kepada pegawai perubatan. Menyediakan kotak pertolongan cemas yang diletakkan di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak Mendapatkan persefahaman dan kerjasama dari ibubapa berhubung dengan pengurusan, kesihatan, pemakanan dan kelakuan kanak-kanak Jika melanggar peraturan dan bersabit kesalahan akan dikenakan denda sebanyak satu ribu ringgit atau penjara selama enam bulan atau keduaduanya Bayaran perakuan pendaftaran dikenakan sebanyak lima puluh ringgit. Bayaran pemeriksaan daftar dikenakan sebanyak tiga ringgit.

40

• Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) semasa ibu bapa mereka di tempat kerja. • Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 9 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun. • Memastikan hak kanak-kanak dilindungi iaitu dari segi perkembangan, kebersihan dan keselamatan. Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2,000.00. Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat • Menerima permohonan pendaftaran TASKA dan menjalankan penyiasatan. • Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan. • Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa: 1. Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan; 2. Buku daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna; 3. Peralatan didalam bilik yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya; 4. Struktur, kesihatan dan kebersihan hendaklah diselengarakan dengan baik; 5. Pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya". Prosedur Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Latar Belakang Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) didefinasikan sebagai premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah 4 tahun diterima masuk untuk dijaga dengan

41

upah Permohonan • Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan ProsedurMemproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM10.00 di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehandak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. • Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berkaitan memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat. • Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan. • Pemohon mengemukakan permohonan kepada 3 agensi teknikal di atas bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. • Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Jadual 2). • Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu: 1. Jadual 2 yang telah dilengkapi 2. Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) 3 .Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter (setiap ruang) beserta pengiraannya 4. Senarai aktiviti harian 5. Senarai menu 6. Senarai aktiviti bersama ibubapa 7. Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Pertubuhan 8. Senarai kakitangan (nama, no.k/p,

42

jawatan dan sijil) 8.Wang pos/cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Nota: senarai menu dan aktiviti disediakan mengikut peringkat umur iaitu bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun dan 2-4 tahun • Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap, pemohon akan diminta oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan. • Bagi permohonan yang lengkap, seliaan oleh Pegawai TASKA di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. • Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri sebelum dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) • Permohonan akan diproses dan sekiranya ianya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan TASKA, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan. • Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumendokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan. • Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap. CARTA ALIR PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA (BARU/PENDAFTARAN SEMULA) Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM

43

Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD Permohonan dikemukakan ke JKMN Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat) Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan Kelulusannya Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan

Akta 550 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

44

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya. Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Dan Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saingn tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Dan Bahawasanya pendidikan mempuyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Dan Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Dan Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama. Terdapat 16 Bahagian: Bahagian 1 Bahagian 11 Bahagian 111 Bahagian 1V Bahagian V Bahagian VI Bahagian VII Bahagian VIII Bahagian IX Bahagian X Bahagian XI Bahagian XII Bahagian XIII Bahagian XIV Bahagian XV Bahagian XVI : Permulaan : Pentadbiran : Majlis Penasihat Pend. Keb. : Sistem Pendidikan Kebangsaan. : Penilaian Dan Peperiksaan : Pendidikan Tinggi : Institusi Pendidikan Swasta : Pendaftaran Institusi Pendidikan : Pendaftaran Guru : Jemaah Nazir Sekolah : Kewangan : Rayuan : Peraturan-Peraturan : Kesalahan dan Penalti : Pelbagai : Peralihan Dan Pemansuhan

Bahagian II: Pentadbiran

45

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain Ketua Pendaftar dan Guru Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah. Pengarah Peperiksaan Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan Fungsi dan Kuasa Majlis Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan 1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:  Pendidikan Prasekolah  Pendidikan Rendah  Pendidikan Menengah  Pendidikan Lepas menengah dan  Pendidikan Tinggi Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa 2. Kategori Institusi Penddidikan  Institusi Pendidikan Kerajaan  Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan  Institusi swasta 3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali sekolah jenis kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan 4. 5. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Bab 2- Pend. Prasekolah 1. 2. 3. 4. 5. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan, tapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu matapelajaran. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak

46

Bab 3- Pendidikan Rendah 1. 2. 3. 4. 1. 2. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sek. Jenis Kebangsaan. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun) Pendidikan Sekolah rendah wajib Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah Boleh mengadakan Kelas Peralihan

Bab 4- Pendidikan Menengah

Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah  Menteri boleh mengadakannya di sek. Men. Keb atau maktab atau inst. Pend. Lain Bab 6- Institusi Pendidikan Lain  Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan inst. Pend. Spt maktab, sekolah khas, politeknik dan inst. Pend. Lain.  Menteri boleh beri sumbangan bantuan kpd. Inst. yang tidak ditubuhkan olehnya. Bab 7- Pend. Teknik & Politeknik 1. Pend. Teknik di sek men. Keb dan institusi pend. yang lain.  Kuasa menteri  Menyediakan kemahiran 2. 3. Politek. boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri Kerjasama dgn inst. lain dan organisasi perindustrian dlm pend. Teknik & Vokasional  Tertakluk kpd kelulusan Menteri  Tertakluk kpd terma dan syarat Menteri. 4. 5. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dgn ijazah yg diberikan oleh universiti, Kuasa utk membuat peraturan berhubung dengan politeknik  Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dabn mengubahsuai kurikulum dan prog. latihan  Menjalankan pengukuran atu penilaian atau mengendalikan peperiksaan  Penganugerahan sijil/dip

47

 Disiplin murid  Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum Bab 8 – Pendidikan Khas 1. 2. Menteri hendaklah mengadakan pend. Khas di sek khas/mana-mana sek ren/men yang difikirkan sesuai & manfaat. menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kur. pend.khas  Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.

Bab 9- Pendidikan Guru 1. 2. 3. 4. Tiada seorangpun boleh menubuhkan maktab pend. guru melainkan dgn kelulusan Menteri. Semua maktab –didaftarkan Maktab – anugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & prog. latihan yang diluluskan oleh Menteri Bahagian IX: Pendaftaran Guru Bab 1 – Pendaftaran Guru 1. 2. 3. 4. Larangan mengajar: tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan Daftar Guru( D.G ): Ketua Pendaftar ( K.P ) mesti simpan suatu Daftar Guru Permohonan – borang & prosedur tetap- kpd K.P K.P boleh enggan daftarkan guru :  Umur < 18 tahun  Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar  Membuat pernyataan palsu  Kecacatan jasmani/mental/penyakit  Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah Bab 2 – Permit Mengajar 1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kpd yg bukan guru berdaftar:  Memohon didaftarkan sbg guru dan permohonannya belum diputuskan lagi

48

 Seseorang yg diperlukan sebagai guru sementara 2. Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dgn memberikan notis bertulis Bahagian XIV 132. Kesalahan dan penalti (1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. 133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru. ….(c) bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar (didenda tidak melebihi lima ribu ringgit. 134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir (a) (b) (c) menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas. Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen …. Memberi maklumat palsu

Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan keduaduanya, Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara (A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian

49

(B) (C) (D)

semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang sama semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada; (a) (b) (c) (d) (e) Pendidikan prasekolah Pendidikan rendah Pendidikan menengah Pendidikan lepas menengah Pendidikan tinggi

Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa. FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA (1) (2) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini. Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan. FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA. Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika. FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA TADIKA (1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. (2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing. (3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah,

50

sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan. (4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya. FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini. Aktiviti 8: 1. 2. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika? Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan? Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah. 2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum. Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu. Transisi dari rumah ke Taska Salah satu pilihan perkhidmatan penjagaan anak bagi ibu dan bapa yang bekerja ialah institusi taska. Institusi taska menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun. Kebanyakkan taska di tempat kerja menerima bayi yang berusia dua bulan, ia itu, setelah ibunya tamat tempoh cuti bersalin. Ibu bapa menghantar anak ke taska sebelum pergi

51

ke pejabat dan akan menjemput anak semula selepas waktu bekerja. Situasi menghantar dan menjemput anak berlaku setiap hari bekerja. Apakah cabaran dan dugaan yang dilalui oleh ibu bapa? Pernahkah anda terfikir tekanan yang dirasai oleh anak? Rumah merupakan tempat tinggal yang disediakan oleh ibu bapa. Persekitaran dan keadaan di rumah berbeza dari taska. Di rumah: (a) Terdapat ahli keluarga seperti ibu, bapa, abang, kakak dan adik sahaja. (b) Rasa lebih selesa kerana mempunyai: (i) Ruang atau bilik sendiri, (ii) Peralatan seperti katil, meja, kerusi sendiri, dan (iii) Bahan bacaan dan alat permainan seperti basikal kepunyaan sendiri. (c) Rutin harian dapat dilaksanakan secara bertolak ansur. (d) Hidangan makanan disediakan ikut cita rasa dan pilihan sendiri. (e) Rasa selamat kerana: (i) Ibu bapa sudah memahami kerenah tingkahlaku mereka. (ii) Ibu bapa dapat menangani masalah kesihatan. (iii) Mendapat belaian kasih sayang dengan sepenuhnya. (iv) Masa bermain dan aktiviti lain tanpa mengikut jadual yang ditetapkan. Manakala, persekitaran dan situasi di institusi taska pula adalah seperti berikut: (a) Kanak-kanak di taska: (i) Bilangannya ramai. (ii) Terdiri dari pelbagai peringkat umur sama ada sebaya atau lebih muda atau tua. (iii) Berbagai latarbelakang. (iv) Perbezaan personaliti. (b) Terdapat hiasan yang menarik di luar dan di dalam bangunan. (c) Menggunakan kemudahan dan alat permainan yang sama. (d) Bilangan alat permainan terhad. (e) Aktiviti dilaksanakan mengikut jadual yang telah disediakan. (f) Menu disediakan mengikut perancangan awal.

52

(g) Bilangan pengasuh yang bekerja di taska: (i) Ramai (ii) Berbeza latarbelakang (iii) Berbeza pengalaman (iv) Kerap bertukar (h) Keperluan individu mendapat layanan minima. Kanak-kanak Memandangkan persekitaran dan situasi di rumah dan di taska sangat berbeza, maka kanakkanak terpaksa melalui satu proses penyesuaian. Kanak-kanak berada di taska sepanjang hari. Mereka berada di taska pada siang hari dan ketika itu mereka sungguh aktif. Daya ingin tahu dan mempelajari sesuatu yang baru ketika usia ini sungguh mengkagumkan. Oleh itu, antara perkara yang perlu dilakukan dan difahami oleh kanak-kanak apabila berada di taska adalah: (a) Memahami ibu dan bapa akan datang mengambil selepas bekerja. (b) Mematuhi peraturan yang diadakan di taska. (c) Menyesuaikan diri dengan rutin harian. (d) Mengenali orang dewasa dan pengasuh yang menjaganya. (e) Memahami cara gaya bimbingan pengasuh. (f) Bergaul dengan rakan-rakan yang mempunyai perbezaan: (i) Latarbelakang sosio-ekonomi (ii) Umur (iii) Jantina (iv) Agama (v) Budaya (g) Berkongsi peralatan dan bahan pembelajaran. (h) Bertolak ansur, bekerjasama dan menunggu giliran ketika menjalankan aktiviti. (i) Menerima hidangan makanan yang diberi (j) Mencuba makanan baru yang disediakan. (k) Mudah dijangkiti penyakit. (l) Mempelajari daya saing dan pertahankan diri tanpa bantuan dari ibu bapa. (m) Mengamalkan bacaan doa yang dipelajari di taska ke rumah. (n) Melakukan amalan dari rumah ke taska. (o) Menerima bahawa perhatian dan tumpuan terhadap keperluan individu adalah minima.

53

Guru/Pengasuh Orang dewasa yang bertanggungjawab di taska dipanggil pengasuh. Pengasuh merupakan orang dewasa yang memainkan peranan ibu kepada kanak-kanak di taska. Kanak-kanak berdampingan bersama pengasuh sepanjang hari siang, iaitu ketika mereka aktif. Pada peringkat permulaan perkenalan kanak-kanak perlu menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran dan keadaan yang baru. Di antara peranan pengasuh adalah seperti berikut: (a) Mendapatkan maklumat dari ibu bapa dan mengambil berat perkara yang diberikan. Pengasuh perlu mengetahui: (i) Latar belakang kanak-kanak seperti nama sebenar dan nama timangan. (ii) Makanan kegemaran. (iii) Permainan yang diminati. (iv) Tingkahlaku dan peribadi kanak-kanak. (v) Status kesihatan dan alahan jika ada. (b) Menyambut kedatangan kanak-kanak ke taska. Kanak-kanak akan berasa lebih yakin dan gembira apabila kedatangan mereka disambut dengan: (i) Senyuman. (ii) Pelukan. (iii) Bersemangat. (iv) Mesra. (v) Kata-kata yang menggalakkan. (vi) Bersopan santun. (c) Bersifat mesra dan pandai ambil hati. Pengasuh yang mesra dan pandai mengambil hati kanak-kanak dapat: (i) Memikat hati kanak-kanak dengan cepat. (ii) Mewujudkan suasana yang selesa semasa berada di taska. (iii) Meningkatkan keyakinan mereka bahawa berada di dalam keadaan yang selamat. (d) Berkomunikasi dengan kanak-kanak secara efektif. Semasa bercakap dengan kanak-kanak pengasuh menggunakan: (i) Bahasa yang mudah. (ii) Ayat yang ringkas dan jelas. (iii) Suara yang jelas (tidak menjerit). (iv) Intonasi yang dapat menarik perhatian.

54

(v) Nada yang baik ketika mendisiplin. (e) Maklumkan perkembangan anak. Pengasuh berkongsi maklumat dengan: (i) Ibu bapa segala perubahan pada perkembangan anak mereka. (ii) Menunjukkan hasil kerja kanak-kanak sebagai bahan bukti. (iii) Menyerahkan laporan bertulis yang dicatat dari masa kesemasa. (iv) Membincang aktiviti yang dilaksanakan di taska dan boleh dilakukan bersama anak dirumah. Institusi Institusi taska yang menyediakan perkhidmatan penjagaan untuk kanak-kanak dikendalikan oleh berbagai agensi seperti pihak kerajaan, swasta dan persendirian. Pengusaha institusi taska dapat menjayakan program untuk kanak-kanak ini dengan menggunakan pentadbiran dan pengurusan yang sistematik. Berikut adalah perkara yang diberi perhatian untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak: • Menyediakan persekitaran yang banyak mempunyai persamaan seperti di rumah. • Berkonsepkan mesra kanak-kanak. • Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak. • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa.

Ibu Bapa Ibu bapa perlu bantu kanak-kanak menangani situasi baru ketika masuk ke taska. Kanak-kanak perlukan masa untuk menerima dan menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran yang baru, pengasuh baru, rakan-rakan baru dan rutin dan jadual baru. Ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dari aspek berikut: • Melawat ke taska baru. • Bercerita mengenai kawan baru. • Bercakap dengan penuh semangat mengenai apa yang terdapat di taska. • Bercerita mengenai aktiviti-aktiviti yang menggembirakan yang dilakukan semasa di taska. • Bercakap mengenai rutin-rutin dan jadual baru yang akan dihadapi oleh kanak-kanak.

55

• Meluangkan masa bersama anak pada hari pertama. DARI TASKA KE TADIKA Setelah kanak-kanak menyambut hari jadi yang ke empat, ibu bapa hendaklah menghantar mereka ke institusi tadika pula. Kanak-kanak ini sudah bersedia diberikan unsur pendidikan dalam pembelajaran mereka. Terdapat sedikit perbezaan pengalaman dan rutin harian di taska dengan tadika. Di antaranya ialah; Keadaan di taska: • Berada di taska selama ibu dan bapa bekerja iaitu dari pagi hingga petang. • Menikmati hidangan tengah hari dan minum petang bersama rakan-rakan. • Tidur selepas makan tengah hari. • Mandi dan menukar pakaian. Keadaan di tadika: • Aktiviti yang dijalankan mengguna Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. • Tempoh pengajian ialah sekurangnya 3 jam sehari. • Menggunakan jadual persekolahan Kementerian Pelajaran Malaysia. • Menggunakan gelaran guru bagi orang dewasa yang mendidik di tadika. • Terdapat pembantu guru yang membantu guru. Kanak-Kanak / Murid Kanak-kanak sebenarnya tidak sabar untuk melangkah ke alam tadika. Kanak-kanak tadika dipanggil murid. Bagi mereka yang telah lama berada ditaska menunjukkan kesediaan untuk melalui perubahan. Pengalaman yang diterima ketika berada di taska memudahkan proses penyesuaian. Antara pengalaman yang dilalui dan boleh diaplikasikan ketika berada di tadika ialah: • Mematuhi pada rutin harian. • Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. • Menikmati makanan yang dihidangkan. • Bergaul dengan rakan sebaya dari pelbagai latar belakang. • Berkongsi alat permainan. • Bertolak ansur dan bekerjasama. • Mengamalkan bacaan doa. • Menyimpan alat peribadi seperti beg, kasut di tempat yang disediakan.

56

Guru Orang dewasa yang membimbing dan mendidik kanak-kanak di tadika dipanggil guru. Guru tadika membimbing kanak-kanak sekurang-kurangnya 3 jam sahaja dalam satu hari. Kanakkanak taska telah banyak mendapat pengalaman dan pembelajaran ketika berada di taska. Oleh itu, bagi meneruskan pembelajaran yang bermakna berlaku, guru tadika perlu memberi perhatian kepada perkara berikut: (a) Mengetahui program dan kaedah pengajaran yang dijalankan di taska. (b) Mendapat beberapa maklumat dari ibu dan bapa seperti: (i) Status pencapaian dan perkembangan yang terkini. (ii) Latarbelakang keluarga. (iii) Potensi dan minat anak. (iv) Agama dan budaya keluarga. (c) Mendapatkan maklumat kanak-kanak dari pengasuh di taska: (i) Tingkah laku dan peribadi. (ii) Pergaulan dengan rakan. (iii) Rekod kemajuan dan tindakan susulan. (iv) Laporan perkembangan fizikal dan kesihatan. (d) Mengamalkan: (i) Sifat mesra dan profesional. (ii) Kesopanan dan berbudi bahasa. (iii) Nilai murni.

Institusi Perkhidmatan yang disediakan oleh institusi tadika adalah untuk kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun. Istilah murid digunakan untuk kanak-kanak yang menghadiri tadika. Institusi tadika ini dikendalikan oleh berbagai pihak agensi seperti agensi kerajaan, swasta dan persendirian. Pentadbiran tadika perlu beri perhatian pada pengalaman kanak-kanak yang telah menghadiri taska. Berikut adalah beberapa perkara yang wajar dipertimbangkan untuk mewujudkan kesinambungan yang selesa kepada kanak-kanak: • Menyediakan persekitaran yang mempunyai persamaan seperti di taska. • Mempelbagaikan alat permainan yang lebih mencabar dan sesuai dengan peringkat umur.

57

• Meneruskan konsep mesra kanak-kanak. • Menyediakan ruang peribadi bagi sesetiap kanak-kanak. • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dari masa ke semasa. Ibu Bapa Kesungguhan dan kesediaan anak yang telah mencecah umur 4 tahun mahukan pengalaman baru ke tadika. Oleh itu ibu bapa perlu memberi perhatian aspek seperti berikut: • Melawat ke tadika baru • Berkenalan dengan guru tadika. • Memahami kehendak dan keperluan anak mengikut umur. • Memaklumkan perkembangan dan kemajuan anak kepada guru. • Bersedia memberi bimbingan pembelajaran kepada anak. TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2: * Transisi rumah ke prasekolah * Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu) Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah. Tujuan program Transisi:   Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.  Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah. Peranan guru prasekolah

58

a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah. b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka. c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah. d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai. e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka. Peranan pembantu prasekolah a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas. b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan bermain. c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah. d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah. Aktiviti 9: 1. 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan. 2. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari rumah ke prasekolah

RUJUKAN

Bergstrom, J.M., Margosian, R.K. & Olson, F.A (1976) Enhancement of growth and for young children, Columbus, O.H: Merill. Pub. Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon. Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar Learning

59

Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon. Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher.NY: Thomson Delmar Learning. David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years. Routledge-Falmer- Taylor & Francis Group Pub. Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc. Patricia H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and Company N.Y. Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. PPK. Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling jaya: Fajar Bakti. Rohaya Hj. Yahya (1996). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn. Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus: Merill Publishing. Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur. http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA% 20PRASEKOLAH%202007.pdf

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN PRASEKOLAH)
NAMA HJ ZULKIPLY BIN YAAKOB KELAYAKAN Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)

60

NAMA Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Km 7.75 Jalan Kluang 83000 Batu Pahat, Johor. zulkiplyyaakob@iptho.edu.my zulky54@gmail.com

KELAYAKAN B.Ed. Hons. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Jurulatih Utama Pend. Prasekolah Pensyarah Prasekolah IPTHO (11 tahun) Pensyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun)

EN. MUHAMMAD BIN SULAIMAN Ketua Unit Pendidikan Prasekolah IPGM Kampus Raja Melewar, Jalan Sigamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. mad46trs@yahoo,com
PN NORMASURA HJ JANI Pensyarah, Jabatan Prasekolah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu 75400 Durian Daun Melaka njippm@yahoo.com.my

Kelulusan: B.Ed.(PBMP),UPM Sijil Perguruan Asas (PAKK), IPRM Pengalaman: Pensyarah Prasekolah IPGM- (20 tahun) Ketua Unit Pendidikan Prasekolah- (18 tahun) Guru Sekolah Menengah (4 tahun) Guru Sekolah Rendah (7 tahun)
Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah) Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pensyarah Prasekolah (15 tahun) Guru Sekolah Rendah (3 tahun)

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

61

Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah taska. Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti ini bagi menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya. Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut : (a) Jelaskan maksud Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta 308) dengan memberikan penerangan yang tepat dan bersesuaian. (b) Nyatakan syarat, kelayakan dan jumlah bilangan penjaga yang diperlukan mengikut kumpulan umur kanak-kanak. Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik (c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada didalam bangunan taska serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada. (d) cadangkan program aktiviti harian di taska (e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan taska yang diberikan itu berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak. [100 markah]

62

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->