You are on page 1of 8

JENISJENIS IKATAN. .......

BUKU SILA ( Square / Reef Knot)

NAMA LAIN: 'Left Over Right And Right Over Left'. KEGUNAAN: Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz. Biasanya untuk menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh. PENERANGAN: Ikatan buku sila digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai ukuran saiz yang sama. Ia dilakukan secara menyonsang iaitu tali kiri ke atas tali kanan dan tali kanan ke atas tali kiri. Ikatan ini boleh dilucut dengan mudah. CONTOH:

TINDIH KASIH (Bowline)


NAMA LAIN: KEGUNAAN: Untuk membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya PENERANGAN: Ikatan tindih kasih adalah merupakan satu gelung yang tidak terlucut di bentuk di hujung seutas tali. Antara kegunaannya adalah untuk operasi menyelamat untuk di ikat di badan mangsa tanpa menjerut badan mangsa, juga untuk mengikat leher binatang. CONTOH:

DOUBLE BOWLINE

SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

NAMA LAIN: KEGUNAAN: Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. PENERANGAN: Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka. CONTOH: Ia boleh diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni / menaiki tebing. Kedua kaki dimasukkan ke dalam kiri dan kanan sebagai penstabil berat badan.

SIMPULAN PENGAIL / SIMPUL HIMPIT (Fisherman's Knot)

NAMA LAIN: Anglers knot, English knot, Englishmens knot, Halibut knot, True Lovers bend, Watermans knot KEGUNAAN: Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali yang halus /licin seperti tali tangsi PENERANGAN: Simpulan ini kebiasaannya digunakan dalam aktiviti pendakian dan lain-lain sukan. Disebabkan ikatan ini sangat mudah dilakukan menjadikan ia satu simpulan yang baik untuk digunakan apabila menguruskan tali yang halus dan licin seperti tali pancing, seperti namanya. Perkara yang paling penting semasa mangikat simpulan ini hanyalah simpulan pertama pada hujung tali menggunakan thumb knot. Ianya boleh disimpulkan beberapa kali, menjadikan simpulan ini mempunyai stopper knot yang diingini. CONTOH:

SIMPUL ANGKA 8 (FIGURE OF EIGHT KNOT)

NAMA LAIN: Flemish knot, Savoy knot KEGUNAAN: Mengelakkan hujung tali daripada terburai, sebagai "stopper" pada takal dan sebagai tangga tali. PENERANGAN: Satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati CONTOH:
FIGURE-EIGHT FOLLOW THROUGH

FIG. OF 8 - ALTERNATIVE WAY:

SIMPUL MATI (THUMB KNOT)


NAMA LAIN: Overhand knot, End knot KEGUNAAN: Mengelakkan hujung tali daripada terburai, sebagai stopper pada takal, tangga tali dan sebagai ikatan kekal. PENERANGAN: Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu dipanggil simpul mati. Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung tali untuk menahan batang tali dari terurai. Simpulan mati boleh juga dibuat sebagai bonjolan untuk memudahkan tempat memegang KEBURUKAN: Ikatan adalah sukar untuk dibuka (merosakkan tali) CONTOH: Ikatan pada tali pancing

Ikatan stopper pada kain

BUNGA GETI (SHEET BEND)

NAMA LAIN: The Bend, Simple Bend, Ordinary Bend, Common Bend KEGUNAAN: Untuk menyambungkan 2 tali yang tidak sama saiz dan menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali. MA LAIN PENERANGAN: Kedua dua ikatan bunga geti tunggal dan ikatan bunga geti berganda adalah digunakan untuk menyambungkan dua tali yg berlainan saiz. Tujuan supaya kedua tali tidak akan terlucut ketika basah Bunga geti tunggal dibentuk dengan membuat lingkaran dengan tali saiz besar dan hujung tali bersaiz kecil dimasukkan ke atas melalui lingkaran menjadikan satu setengah belit di sekeliling tali besar. CONTOH: ikatan pada hujung khemah