You are on page 1of 2

Kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan adalah teras kepada kehidupan yang sejahtera dan dinamik..

Pendidikan secara tidak langsung menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Pendidikan yang berkesan bakal melahirkan bangsa yang mempunyai jati diri yang kuat dan mulia. Peranan pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia yang dapat menyumbangkan bakti dalam perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik di Negara ini. Berdasarkan pernyataan di atas, matlamat pendidikan Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek,rohani dan jasmani Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal ;memiliki perasaan kasih sayang ;memiliki semangat kekitaan, muhibbah kerjasama dan perpaduan dan mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya pencipta; mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta;mempunyai perasaan menyedar dan menginsaf terhadap tanggungjawab; dapat memupuk dan membina disiplin kendiri dan dapat membentuk akhlak yang mulia. Elemen yang seterusnya adalah insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan , bertenaga mahir dan berakhlak mulia mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram , tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi sosial dan rohani telah diperkembang secara menyeluruh bersepadu dan dalam tahap optimum Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu secara inetelek, jasmani , emosi social dan rohani, telah diperkembang secara menyeluruh bersepadu dan dalam tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri keluarga dan Negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan Negara. Akhir-akhir ini modal insan sering diperkatakan dan diberikan penekanan yang serius oleh Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian, siapakah modal insan ini dan bagaimana mereka dapat menyumbang kepada kemajuan Negara. Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia, berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, keluarga mantap, berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik dan nasionalisme, adil, bersikap progresif, cekal, berintegrasi dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu ,menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang.

You might also like