You are on page 1of 32

CIKGU.

PJJ

Sistem Ejaan Bahasa Melayu

1. Pengenalan

Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan
kerap berlaku sejak dari tahun 1701 , iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan Rumi
J.Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat
(1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson
(1904), dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba (1927). Sistem Ejaan Rumi Za’aba telah
digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah . Sistem ini menjadi begitu popular
dikalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah.
Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu.

Sistem ejaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah hampir 25
tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada
tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak
kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia. Badan yang ditugaskan menyelaraskan
ejaan tersebut ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri
Pelajaran, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna Bahasa Melayu
mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang jelas ialah
pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagi
martabat bahasa Melayu itu sendiri,.

Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah perubahan
dari Sistem Ejaan Rumi Za’aba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972).
Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali
beberapa perubahan dan penyelarasan yang akan dijelaskan berikutnya.

2. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

2.1 Abjad dan Huruf

Ada terdapat 26 huruf dalam abjad tulisan Rumi Bahasa Melayu, iaitu:

Huruf Sebutan

A a e (spt dlm kata elak, ekor dll)
B b bi

C c si

D d di

Eei

F f ef

G g ji

H h ec

I i ai

J j je

K k ke

L l el

M m em

N n en

Ooo

P p pi

Q q kiu

R r ar

S s es

T t ti

U u yu

V v vi

W w dabliu

X x eks
Y y wai

Z z zek

2.2 Huruf Vokal

2.2.1 Di dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard,

dan huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem
tersebut ialah a, e, i, o, dan u.
Contoh pemakaian :
Huruf fonem di depan di tengah di belakang

a /a / api padi lusa

e pepet (i) / / emas kena sosialisme

taling (ii) /e / enak petak tauge

i / i / itu tikam kati

o /o / oleh bola pidato

u /u / ular bukit ibu

2.2.2 Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu

(I) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / /, dan

(ii) fonem e taling yang ditulis secara fonetik / e /

2.2.3 Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu e, di
dalam

ejaan lama atau ejaan Za’ba. Tanda di atas e pepet (e) tidak dipakai di

dalam ejaan Rumi Baharu. Contoh:

Ejaan lama Ejaan Baharu

emak jadi emak

keledek " keledek

menteri " menteri
tempoh " tempuh

2.3 Huruf Diftong

Di dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong dilambangkan oleh tiga pasang huruf
vokal.

Contoh pemakaian :

Fonem Huruf di depan di tengah di belakang

/ai / ai aising ghairah pandai

trailer

/au / au aurat saudara harimau

auditorium

/oi / oi oidium boikot amboi

2.4 Huruf Konsonan

2.4.1 Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Di dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan

oleh 26 huruf konsonan.

Contoh pemakaian :

Fonem Huruf di depan di tengah di belakang

/b/ b batu sebut adab

/c/ c cakap kaca Mac

/d/ d dua ada abad

/f/ f fakir tafsir maaf
/g/ g guna tiga beg

/g/ gh ghaib maghrib mubaligh

/h/ h hari saham buah

/j/ j jalan manja kolej

/k/ k kami paksa katak

/x/ kh khusus akhir tarikh

/l/ l lekas alas kesal

/m/ m maka kamio diam

/n/ n nasi anak daun

/n/ ng ngilu angin pening

/n/ ny nyata hanya -

/p/ p pipi apa siap

/q/ q Quran wuquf buraq

/r/ r raih bara puatar

/s/ s sampai asli kemas

/s/ sy syarat isytihar Quraisy

/t/ t tangga mata rapat

/v/ v vitamin universiti -

/w/ w wanita hawa -

/y/ y yang payung -

/z/ (i) z zaman lazat lafaz

(ii) x xenon - -
2.4.2 Huruf Gabungan

Daripada 26 huruf konsonan itu terdapat lima huruf gabungan, iaitu

gh, kh, ng, ny, dan sy. Kelima-lima huruf gabungan ini masih digunakan
dalam sistem ejaan Rumi sekarang ini.

Contoh pemakaiannya :

gh ghairah ghaib

kh khusus khas

ng ngilu angin

ny nyamuk hanya

sy syarat isyarat

Huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi Za’ba, iaitu ch,
dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s". Contoh:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

chari cari

dharab darab

dzalim zalim

sharat syarat

mithal misal

2.4.3 Pengguguran Tanda Koma Di atas

Selain itu, penggunaan lambang huruf konsonan di dalam ejaan lama, iaitu
tanda koma di atas (‘) dan (’) , digugurkan atau digantikan dengan huruf
konsonan Rumi Baharu, seperti berikut :

i). Tanda koma di atas (‘), iaitu yang sepadan dengan huruf jawi ain ( )
dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu

‘alam alam

rai‘i rai

ma‘af maaf

ii). Tanda koma di atas (‘) digantikan dengan huruf konsonan k jika
menutup

suku kata. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu

ma‘na makna

ra‘yat rakyat tama‘ tamak

iii). Tanda koma di atas (’) ,iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah ( ),

dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya :
Ejaan Lama Ejaan Baharu

masa’alah masalah

so’al soal

2.4.4 Konsonan Tetap

Daripada 26 huruf konosnan itu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan
supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, dan x.

i). Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk

mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal

daripada bahasa Arab. Contohnya:
qadak dan qadar Quran

qunut wuquf

ii). Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata.

Contohnya:

versi revolusi

viytamin subversif

vokasional universiti

Huruf -ve yang hadir di akhir kata ditukar menjadi huruf f.Contohnya:

active jadi aktif

negative jadi negatif

octave jadi oktaf

passive jadi pasif

iv). Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak

ditukar menjadi z .

Contohnya:

xanthate jadi xantat

xenon jadi xenon

xeromorph jadi xeromorf

2.5 Keselarasan Huruf Vokal

Dalam Sistem Ejaan Za’ba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasan
vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yang
hadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un +
tok) dan "bilek" (bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengan suku
kata kedua tertutup menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalam Sistem
Ejaan Baharu. Contoh:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

sayor sayur

jalor jalur

salor salur

bubor bubur

balek balik

kueh kuih

Dalam Sistem Ejaaan Baharu, perkatan yang terdiri daripada tiga perkataan atau lebih,
keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yang terdiri
daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yang hadir
dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup,
dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokal yang hadir
dalam suku kata tertutup. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

pereksa periksa

sembeleh sembelih

perengkat peringkat

2.5.1 Prinsip Keselarasan Huruf Vokal

Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua
huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu
pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf
vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini
berlaku dengan syarat berikut:
i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang
terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata
yang
terakhir sahaja.

2.5.2 Pola Keselarasan Huruf Vokal
Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, terdapat 18 pola
keselarasan huruf vokal.

Pola Keselarasan

Suku kata Suku kata Contoh

Praakhir Akhir Tertutup Pemakaian

1. a - a asah, balak, panas

2. a - i alih, balik, habis

3. a - u asuh, basuh, larut

4. e pepet - a emak, telan, tembelang

5. e pepet - i benih, lebih, sembelih

6. e taling - u telur, benih, temenggung

7. e taling - a enak, dewan, belerang

8. e taling - e taling gelek, heret, selekeh

9. e taling - o elok, esok, selekoh

10. i - a ingat, bilang, selinap

11. i - i intip, pilih , belimbing

12. i - u cium, riuh, tiup

13. o - a olah, otak, sekolah

14. o - e taling boleh, korek, celoteh

15. o - o botol, kotor, kelompok

16. u - a ulat, ubat, ketupat
17. u - i usik, pulih, tulis

18. u - u ukur, tujuh, tengkujuh

2.5.3 Pola Keselerasan Yang Mengalami Perubahan

Daripada 18 pola itu, terdapat lapan pola yang berupa pola-pola yang
berubah daripada sistem ejaan Lama (Za’ba). Dasar mengenai
perubahan ini menetapkan supaya dipakai huruf vokal i dan u pada suku
kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal a, e
pepet, i atau u.
Ejaan Lama Ejaan Baharu

Pola Contoh Pola Contoh

1. a --- e taling aleh a --- i alih

2. a ---- o batok a --- u batuk

3. e pepet -- e taling lebeh e --- i lebih

4. e pepet -- o tempoh e --- u tempuh

5. i --- e taling pileh i --- i pilih

6. i --- o tidor i --- u tidur

7. u --- e taling usek u --- i usik

8. u --- o untong u --- u untung

Kata-kata yang terlibat biasanya mengandungi huruf konsonan akhir
h,k,ng atau r.

2.5.4 Pola Keselarasan Yang Tidak Mengalami Perubahan
Pola-pola yang tidak berubah daripada ejaan lama, dasar keselarasan huruf
vokal menetapkan supaya dipakai huruf vokal e taling atau o pada suku
kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal e
taling atau o juga.

Pola Contoh

1. e taling - e taling leceh, gelek, teleng, keledek, selekeh
2. e taling - o tempoh, belok, telor, selekoh, kerekot

3. o --- e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng

4. o -- o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh

2.5.5 Peranan Sistem Keselarasan Vokal

Sistem keselerasan huruf vokal memberi erti atau memainkan peranan,
antara lain seperti berikut :
i). Huruf vokal e taling atau o pada kata ekasuku tidak berubah apabila kata

tersebut menerima imbuhan awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet.

Contohnya:

syor : mengesyorkan bukan mengesyurkan

ii). Huruf vokal e taling atau o pada mana-mana suku kata terbuka tidak
berubah sekiranya sukukata sebelumnya memakai huruf vokal a, e pepet,

i atau u.

Contohnya:

belerang anggota

daerah gelora

kecewa kelopak

iii). Huruf vokal a pada suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi

huruf vokal e taling atau o pada suku kata sebelumnya. Contohnya:

e - a beta cetak gelenggang

meja dewan selempang

o - a goda borang berontak

kota hormat gelombang
iv). Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e - e,
e - o, o - e dan o - o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh

huruf vokal a, e pepet , i, atau u pada suku kata sebelumnya. Contohnya:

e - e : cerewet, kelengkeng, tempeleng

e - o : kerekot, pelecok

o - e : celoreng, kerobek, temponek

o - o : ceroboh, kelompok, pelopor

2.5.6 Kekecualian Keselarasan Vokal
Dalam Sistem Ejaan Baharu terdapat beberapa perkataan yang
dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. Perkataan-perkataan yang
termasuk ke dalam kekecualian ini adalah perkataan-perkataan yang
dipinjam daripada bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris
seperti yang berikut:
Daripada Daripada

Pola Vokal Bahasa di Nusantara Bahasa Inggeris

1. a - e awet, pamer, kaset panel, kabaret

2. a - o lakon, lapor atom, operator

3. e pepet -e taling gembeleng

4. e pepet - o jempol gabenor, interkom

5. i - e taling imlek parlimen, simen, tiket

6. i - o ijon, pilon transistor, diftong

7. u - e taling tulen, ulet subjek, dokumen

8. u - o bunglon, lelucon kupon, konduktor

9. a - e pepet pakem teater

10. e taling - i - potesis, objektif

11. e taling - u tulen petroleum
12. e pepet – e pepet demdem, pepet -

13. i - e pepet iseng filem, artikel,

14. o - i - hipokrit, fosil

15. o - u - forum, bonus

16. u - e pepet lumer skuter

2.6 Ejaan Bagi Kata Pinjaman

2.6.1 Penyesuaian Ejaan

Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang
lain dieja mengikut peraturan penyesuaian huruf yang terdapat dalam
perkataan-perkataan bahasa berkenaan dan disesuaikan dengan huruf
mengikut ejaan Bahasa Melayu. Peraturan penyesuaian huruf dapat dilihat
seperti daftar contoh di bawah :
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Pemakaian
1. a a abstract : abstrak

2. ae ae aerial : aerial

3. ae e aesthetics: estetika

4. ai ai aileron : aileron

5. au au automatic: automatik

6. b, bb b barbecue: barbeku

7. c s cent : sen

8. c, cc k carbon : karbon

9. cc ks accent : aksen

10. ch s machine : mesin

11. ch, cch k cholera : kolera
12. d, dd d dividend : dividen

13. e e effecitve : erfektif 14. ea ea bearing : bearing

15. ea i beaker : bikar

16. ee i beer : bir

17. ei i atheist : ateis

18. eo eo geometry : geometri

19. eu eu petroleum: petroleum

20. f, ff f factor : faktor

21. g, gg g geology : geologi

22. h h harmony : harmoni

23. i i identity : identiti

24. ia ia dialect : dialek

25. ie i calorie : kalori

26. ie ai pie : pai

27. ie ie diesel : diesel 28. io io iodine : iodin 29. iu iu premium : premium

30. j, jj j journal ; jurnal

31. k, kk k kilo : kilo

32. kh kh khaki : khaki

33. l, ll l pill : pil

34. m, mm m mammal : mamalia

35. n, nn n tennis : tenis

36. ng ng congress : kongres

37 o o operator : operator 38. oa o coat ; kot
39. oe e foetus : fetus

40. oi oi alkaloid : alkaloid

41. oo oo zoo : zoo

42. oo u cartoon : kartun

43. ou au pound : paun

44. ou u coupon : kupon

45. p, pp p apple : epal

46. ph f graph : graf

47. q k quality : kualiti

48. r, rr r lorry : lori 49. rh r rhetoric : retorik

50. s, ss s express : ekspres

51. sc s science : sains

52. sc sk scooter : skuter

53. sch sk scheme : skim

54. t, tt t battery : bateri

55. th t theory : teori

56. u u unit : unit

57. ua ua aquarium : akuarium

58. ue u dissue : tisu

59. ue digugurkan cataloque : katalog

60. ue ue duet : duet

61 ui ui annuiti : anuiti

62. uo uo quorum : kuorum
63. uu u vacuum : vakum

64. v v novel : novel

65. w w wire : wayar

66. wh w whisky : wiski

67. x ks express : ekspres

68. x x xenon : xenon

69. y i diynasty : dinasti

70. y y royalty : royalti

71. z, zz z jazz : jaz

2.6. 2 Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar

Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain ke dalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan
dasar-dasar berikut:

i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu
perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila
diperlukan sahaja.

Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

carbon jadi karbon bukan karban

cartoon jadi kartun bukan katun

dialogue jadi dialog bukan dailog

ii). Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselerasan huruf
vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu
atom tetap atom bukan atum

bonus tetap bonus bukan bonos

pistol tetap pistol bukan pistul

iii). Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap
dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa
penyesuaian. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

block jadi blok bukan belok

clinic jadi klinik bukan kelinik

drama jadi drama bukan derama

iv). Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau
diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi
diubah ejaannya. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

bureau jadi biro bukan bureau

pension jadi pencen bukan pension

station jadi stesen bukan stasion

v). Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap
diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agenda tetap agenda bukan ajenda

technology jadi teknologi bukan teknoloji

tragedy jadi tragedi bukan trajedi
Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam
bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu
terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agent jadi ejen

college jadi kolej

engine jadi enjin

2.6.3 Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz
Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah
disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu -iaitu memberikan nilai
bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya.
Contohnya :
Bahasa Melayu Sebutan

April /ap-ril/ bukan /ep-ral/

radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/

teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/

nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/

2.7 Ejaan Bagi Kata Dasar Dan Kata Terbitan

2.7.1 Kata Dasar

Kata yang berupa kata dasar ditulis sebagai satu perkataan yang
berasingan. Contohnya :
Ayah percaya kamu tahu.

Kedai kasut penuh sesak.

Saya ada basikal baru.

Datuk beli baju kemeja.
2.7.2 Kata Terbitan

a. Kata terbitan atau kata turunan ialah

i) kata dasar yang memakai imbuhan (awalan,sisipan,akhiran)
ii) kata yang memakai bentuk terikat seperti maha- dan tata-

iii) kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk atau bentuk-

bentuk kata yang lain.

b. Semua imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ditulis serangkai atau

bersambung dengan kata dasarnya.

i) Imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa

Melayu ialah beR-, di-, ke-, meN-, peN-, se-, dan teR-.

ii) Imbuhan akhiran yang sering digunakan ialah –an, -I, dan

-kan.

iii) Imbuhan awalan-akhiran yang sering digunakan ialah beR-an

di-i, di-kan, ke-an, meN-i, meN-kan, dan peN-an.

c. Peraturan penulisan imbuhan yang berubah daripada ejaan

lama dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :

i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama

digugurkan. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu
di-makan dimakan

di-pandang dipandang

di-selideki diselidiki

Fungsi di- sebagai kata depan atau sendi nama (Rujuk 2.10).

ii) Awalan sa- dalam ejaan lama diubah menjadi se dan ditulis
serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya.

Tanda sempang (-) digugurkan. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu
sa-bagaimana sebagaimana
sa-belas sebelas

sa-saorang seseorang

sa-umpama seumpama

d. Disamping imbuhan awalan dan akhiran yang digunakan, bahasa

Melayu juga memiliki bentuk-bentuk terikat yang lain yang ditulis

serangkai dengan kata dasar. Kebanyakan bentuk terikat ini adalah

unsur pinjaman daripada bahasa asing.Contohnya :

abnormal kolonialisme

antikerajaan mahasiswa

antitoksin mikrofilem

autobiografi pancaindera

biadab prasangka

biduanita reaksi

dasawarsa semiprofesional

dwibahasa seniman

ekabahasa swadaya
ekafungsi telefoto
hidrometer ultralembayung

infrastruktur ultrasonik

2.8 Ejaan Bagi Kata Majmuk
Kata majmuk ialah kata yang terbentuk daripada dua kata dasar atau lebih yang
membawa satu makna. Hubungan makna antara kata-kata dasar yang membentuk kata
majmuk itu sangat erat bentuknya hinggakan tidak boleh menerima sebarang penyisipan

unsur lain. Pengejaan kata majmuk dilakukan melalui dua cara iaitu cara terpisah dan

cara bercantum.

2.8.1 Ejaan Cara Terpisah

i) Kata majmuk yang dieja secara terpisah terdiri daripada kata majmuk
yang terbentuk daripada dua bentuk kata bebas seperti berikut:
air batu empat puluh lima peti besi

air terjun gempa bumi periuk nasi

baju kemeja guru besar ratu cantik

duta besar imam besar topi keledar

ii) Kata majmuk yang terdiri daripada kata-kata istilah khusus dieja secara
terpisah. Contohnya :

batu kapur kanta tangan kaedah bayar balik

kultur mutiara min jangka masa susu pekat manis

tanah gambut tempoh pinjaman telefon dail terus

i. Kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebagai

gelaran juga dieja secara terpisah. Contohnya :

Duta Besar Menteri Besar Naib Presiden

Ketua Menteri Pegawai Daerah Profesor Madya

Ketua Setiausaha Negara Raja Muda Perdana Menteri

2.8.2 Ejaan Cara Bercantum

Dalam bahasa Melayu terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Antara kata majmuk yang
dieja secara bercantum adalah seperti berikut :

setiausaha sukarela barangkali

bumiputera tandatangan matahari

dinihari peribahasa apabila

antarabangsa tandatangan sukacita

pesuruhjaya warganegara suruhanjaya

2.8.3 Ejaan Penggandaan Kata Majmuk

Penggandaan kata majmuk melibatkan unsur pertama kata majmuk itu
sahaja dan ejaannya ditulis dengan meletakkan tanda sempang (-) pada
kata yang digandakan. Contohnya :

alat-alat tulis balai-balai raya kereta-kereta lumba

Guru-Guru Besar Menteri-Menteri Besar

Timbalan-Timbalan Perdana Menteri

2.9 Ejaan Bagi Kata Ulang

2.9.1 Pengguguran Angka 2

Penggunaan angka 2 bagi menandakan kata itu diulang atau diganda
dalam ejaan Za’ba tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi baharu, dan
diganti dengan tanda sempang (-). Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Baharu
budak2 budak-budak

buah2an buah-buahan

berlapis2 berlapis-lapis

2.9.2 Ada tiga jenis kata ulang dalam bahasa Melayu yang semuanya ditulis dengan
menggunakan tanda sempang. Tanda sempang dibubuh pada bahagian kata yang diulang.
i) Kata ulang penuh atau ulangan penuh dapat terdiri daripada kata
ulang semu atau kata ulang jamak. Contohnya:
anai-anai anak-anak

biri-biri botol-botol

hati-hati jawatan-jawatan

ii) Bagi kata terbitan yang kata dasarnya diulang, tanda sempang dibubuh antara
bahagian-bahagian kata yang diulang itu. Contohnya:

anak-anakan akhir-akhirnya

berjalan-jalan bersiri-siri

karang-mengarang menulis-nulis

iii) Kata ulang yang dalam pengulangannya mengalami perubahan bunyi
atau
fonem, tanda sempang dibubuh antara kata dasar dan kata yang
diulang.

Contohnya:

bolak-balik gerak-geri

gunung-ganang huru-hara

kucar-kacir -pauk

Apabila kata ulang ini dijadikan bentuk dasar yang sekaligus mendapat
awalan dan akhiran, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap dipakai.
Contohnya:
dikucar-kacirkan disia-siakan

keramah-tamahan menggembar-gemburkan

memporak-perandakan kebudak-budakan

2.10 Ejaan Bagi Kata Depan di Dan ke

a. Kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang
mengikutinya.Dalam hal ini terdapat empat jenis kata yang lazim
mengikuti kata depan di dan ke , iaitu :
i. kata nama yang menunjukkan atau mengenai arah atau menunjukkan

kedudukan sesuatu kata nama, seperti tepi : di tepi, ke tepi.

ii. kata nama umum, seperti sekolah : ke sekolah, di sekolah.

iii. kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu
tempat

dan kata nama umum seperti beberapa: di beberapa tempat, ke
beberapa tempat.

iv. kata nama tempat atau nama khas yang lain, seperti Alor Setar dan

Universiti Putra Malaysia : di Alor Setar, ke Universiti Putra Malaysia.

b. Peraturan penulisan kata depan yang berubah daripada ejaan Za’ba
(lama) dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut :

i. Kata depan di dalam ejaan Za’ba ditulis di-, dengan menggunakan tanda

sempang (-), iatu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda

sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu, kata depan di ditulis

sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

di-dalam di dalam

di-selatan di selatan

di-Hotel Merlin di Hotel Merlin

di-jalan raya di jalan raya

ii. Kata depan ka- dalam ejaan Za’ba diubah menjadi ke dan ditulis
terpisah

daripada kata yang mengikutinya. Tanda sempang (-) dihapuskan.
Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu
ka-dalam ke dalam

ka-jalan raya ke jalan raya

ka-Kedah ke Kedah

ka-pejabat ke pejabat

iii. Kata kapada dalam ejaan Za’ba diubah menjadi kepada. Kata depan
dari,

daripada, kepada, pada dan sebagainya, ditulis sebagai kata yang
berasingan.

2.11 Ejaan Bagi Kata Ganti Singkat

a. Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam bahasa Melayu , iaitu kau, ku, mu,
dan nya.
b. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai

dengan kata dasar yang mengikutinya. Contohnya :

Ejaan Lama Ejaan Baharu

kau-dengar kau dengar

kau-ambil kauambil

ku-lihat kulihat

ku-terima kuterima

c. Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai akhiran ditulis serangkai atau

dicantumkan dengan kata yang mendahuluinya. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

kasih-mu kasihmu

cinta-ku cintaku
hati-mu hatimu

letak-nya letaknya

d. Kata ganti bagi mu dan nya bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar

sebagai huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang
(-). Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Baharu

hamba Mu hamba-Mu

petunjuk Nya petunjuk-Nya

rahmat Mu rahmat-Mu

2.12 Ejaan Bagi Kata Berakhiran Kan

Ejaan lama bagi kata yang memakai akhiran kan dieja dengan menggunakan
sempang(-). Dalam Sistem Ejaan Baharu, tanda sempang itu tidak digunakan lagi.
Ejaannya dicantumkan atau dirapatkan akhiran itu dengan kata dasar. Contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

menjalankan-kan menjalankan

mencantik-kan mencantikkan

menghina-kan menghinakan

2.13 Ejaan Bagi Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu , iaitu lah, kah, tah dan pun.

a). Partikel -lah, -kah, dan -tah yang menggunakan tanda sempang dalam
ejaan lama Za’ba ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya,
tanpa tanda sempang, dalam Ejaan Rumi Baharu. Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Baharu

ada-lah adalah

tolong-lah tolonglah

apa-kah apakah

benar-kah benarkah
b). Terdapat dua cara menulis partikel pun.

i. Partikel pun yang bereti "juga" ditulis terpisah daripada kata yang

mendahuluinya.Contohnya:

Apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus.

Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke sini.

Jika ayah pergi, adik pun ingin pergi.

ii. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis
serangkai

dengan partikel pun, iaitu:

adapun ataupun

andaipun bagaimanapun

biarpun kalaupun

kendatipun lagipun

mahupun meskipun

sekalipun sungguhpun

walaupun

2.14 Penggunaan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti
berikut :

a). Tanda sempang digunakan untuk menulis kata ulang.(Rujuk 7.2)

b). Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh

penggantian baris. Contohnya:

.......menangguhkan penyeleng-
garaan projek.

c). Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contohnya:

ber-evolusi dengan ber-revolusi

d). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada
kata yang sama. Contohnya:

anti-Rusia hamba-Mu

pan-Afrikanisme pro-Malaysia

kepada-Nya kurnia-Nya

e). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan awalan ke dengan
angka. Contohnya :
ke-12 (kedua belas)

ke-215 (kedua ratus lima belas)

ke-1000 000 (kesejuta)

ke-101 (keseratus satu)

f). Tanda sempang digunakan apabila awalan se- diikuti oleh kata nama khas yang

huruf awalnya huruf besar. Contohnya :

se-Nusantara
se-Malaysia

se-Tanah Melayu

g). Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang
menunjukkan tahun dengan akhiran -an. Contohnya:
tahun 50-an (tahun lima puluhan)

tahun 70-an (tahun tujuh puluhan)

tahun 80-an (tahun lapan puluhan)
h). Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-
kata pada rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contohnya:
alat pandang-dengar

duti-anti-lambak (anti-dumping duty)
semi-berdaulat (semi-sovereign)

suai-iklim (acclimation)

larutan-Krebs-Ringer (Kerbs-Ringer solution)

15. Penulisan Bagi Gabungan Kata

Gabungan kata dalam bahasa Melayu dapat ditulis sebagai rangkai kata
atau
ditulis serangkai. Kata-kata yang membentuk rangkai kata ditulis terpisah antara satu
sama lain. Kata-kata yang ditulis serangkai biasanya disebut kata majmuk.

a. Terdapat tiga cara gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis terpisah.

i. Kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk rangkai
kata istilah khusus, ditulis terpisah antara satu sama lain. Contohnya :

air hujan duta besar

balai raya enam puluh dua

bom tangan luar biasa

gempa bumi latihan jasmani

guru besar model linear

jalan raya nuzul Quran

jam tangan rukun tetangga

kapal terbang susu pekat manis

kereta kebal telefon dail terus

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan praktis, atau yang
disebut rangkaikata setara, ditulis secara terpisah. Contohnya :

hidup mati bijak pandai

adik kakak cantik molek
ibu bapa kampung halaman

makan minum rupa paras

tua muda tunjuk ajar

sana sini miskin kaya

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa hendaklah ditulis secara
terpisah. Contohnya :

buah hati anak emas
duit kopi kaki bangku

bulan madu cakar ayam

makan angin makan hati

pilih kasih putih mata

b. Ada beberapa kaedah untuk menentukan penulisan gabungan kata yang

serangkai.

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, termasuk istilah khusus, rangkai
kata setara atau simpulan bahasa yang sekaligus mendapat awalan dan
akhiran hendaklah ditulis serangkai. Contohnya :

ambil alih jadi pengambilalihan

ijab kabul jadi diijabkabulkan

sama rata jadi menyamaratakan

tidak adil jadi ketidakadilan

Namun begitu apabila awalan dan akhiran tersebut digugurkan, bentuk
dasarnya hendaklah ditulis secara terpisah.

ii. Gabungan kata yang telah dianggap sebagai suku kata hendaklah ditulis
serangkai. Contohnya :

beritahu warganegara
sukacita aturcara

kemaskini isipadu

citarasa hakcipta

lalulintas kemaskini

3.0 PENUTUP

Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata
dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada
18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam ejaan baru
ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah penulisan (ejaan)
bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikan perhatian yang serius
terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidak timbul apa-apa masalah
untuk menguasainya.

Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah
tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia
kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik.