KATA ADJEKTIF

DEFINISI
• Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. • Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu nama. • Boleh diikuti atau didahului dengan kata bantu seprti paling, amat, sungguh, sekali dan lain-lain. • Terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang ada kata adjektif. • Unsur keterangan lain seperti kata bantu atau kata penguat.

JENIS KATA ADJEKTIF:
• • • • • • • • • Kata adjektif sifatan atau keadaan Kata adjektif warna Kata adjektif ukuran Kata adjektif bentuk Kata adjektif waktu Kata adjektif jarak Kata adjektif cara Kata adjektif perasaan Kata adjektif pancaindera

KATA ADJEKTIF SIFATAN ATAU KEADAAN
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. baik jahat cerdik pandai lemah berani takut sihat gopoh

Contoh penggunaan dalam ayat: • Budak baik selalu dipuji. • Orang itu berniat jahat terhadap projek kita. • Anak guru itu amat cerdik. • Pegawai tentera itu sungguh berani.

KATA ADJEKTIF WARNA
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan. merah putih biru unggu hijau kuning

Contoh penggunaan dalam ayat: • Baju merah itu kepunyaanku. • Tubuhnya diselaputi kain putih. • Warna biru kegemaran ibu. • Warna pakaian seragam kami unggu.

KATA ADJEKTIF UKURAN
• Jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. panjang pendek besar rendah tebal nipis

Contoh penggunaan dalam ayat: • Jambatan panjang itu baru siap didirikan. • Bilik kecil mudah diurus. • Lukanya di balut dengan kain nipis.

KATA ADJEKTIF BENTUK
• Jenis perkataan yang memberi pengertian bentuk yang berunsur keterangan. bulat bujur leper bengkok lurus buncit

Contoh penggunaan dalam ayat: • Bola ragbi berbentuk lonjong. • Garis lurus menemukan dua titik. • Tayar kempis itu segera ditukarnya. • Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.

KATA ADJEKTIF WAKTU
• Jenis perkataan yanga memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. lama segera suntuk lampau lewat awal

Contoh penggunaan dalam ayat: • Ali ke kedai untuk membeli baju baru. • Ketibaannya terlalu awal. • Perjalanan bas ekpres sangat cepat. • Usah dikenang waktu yang lampau.

KATA ADJEKTIF JARAK
• Jenis perkataan yang memberi pengertian ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. jauh dekat hampir nyaris

Contoh penggunaan dalam ayat: • Rumah itu sungguh jauh. • Kedai itu paling dekat dengan sekolah. • Dalam kemalangan, mereka nyaris menemui ajal.

KATA ADJEKTIF CARA
• Jenis perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. cepat deras laju lincah gopoh selalu

Contoh penggunaan dalam ayat: • Pengaliran air sungai itu sangat deras. • Orang lambat selalu rugi. • Gerak-gerinya amat perlahan. • Dia selalu gopoh dalam peperiksaan.

KATA ADJEKTIF PERASAAN
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama. rindu benci suka berani ragu kasih

Contoh penggunaan dalam ayat: • Dia amat rindu akan emaknya. • Gadis itu terlalu segan untuk bertanya. • Haiwan pun sayang akan anak-anaknya.

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA
• Terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan. sedap manis lazat masam kelat lemak

Contoh penggunaan dalam ayat: • Wajah perawan itu manis. • Mereka akan menyediakan makanan lazat. • Pisang muda kelat rasanya. • Masakan itu terlalu masin.

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF
• ii) iii) iv) v) Boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut: Kata adjektif tunggal Kata adjektif terbitan Kata adjektif ganda Kata adjektif majmuk

a)Kata adjektif tunggal
• Terhasil daripada bentuk kata dasar:tanpa gabungan dan bentuk imbuhan,tanpa mengalami proses-proses lain seperti penggandaan. • Diguna dalam ayat sebagai penerang kata nama,menerima sama ada kata bantu dan kata penguat.contoh:warna kuning digemari oleh kakaknya. tidur anak kami nyenyak benar.

b)Kata adjektif terbitan
• Terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan berbentuk imbuhan seperti awalan,apitan, dan sisipan. • Awalan kata adjektif iii) Ter….(penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling) -Ter + kecil = terkecil -Ali pelajar yang terkecil dalam kelas itu. vi) Se….(memberi pengertian sama) -Se + tinggi = setinggi -Kelulusannya tidak setinggi kelulusan adiknya.

c) Apitan Kata adjektif
• Apitan Kata adjektif ii) Apitan Ke…-an -menunjukkan suatu keadaan atau sifat kata nama diterangkan. -Kebaratan,Kearaban,Kecinaan, Kemelayuan. -Sifat Kemelayuannya begitu menonjol.

d)Sisipan kata adjektif
• Dibentuk melalui gabungan kata dasar daripada jenis kata adjektif -melibatkan empat jenis.Contoh em,el,er i)Sisipan –emguruh = gemuruh Tepukan daripada penyokongnya begitu gemuruh.

i)Sisipan -elserak = selerak Bilik selerak itu kepunyaan abangku. ii)Sisipan –ergodak = gerodak Bunyi gerodak kedengaran apabila tabung itu jatuh. iii)Sisipan -insinambungan Sastera Melayu moden ialah sastera sinambungan dari Indonesia.

e)Kata Adjektif Ganda
i) Penggandaan Penuh -menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. besar-besar bijak-bijak • Rumah di bandar itu besar-besar. ii) Penggandaan Separa -Penggandaan yang melibatkan sebahagian daripada kata dasar diulang. Contoh: Gila-gila takut-takutkan • Pemuda itu berkelakuan gila-gilaan selepas kematian tunangnya.

iii) Penggandaan berentak -dihasilkan dengan menggandakan kata dasar berdasarkan rentak bunyi dalam kata dasar dengan makna penekanan maksud pada kata dasar. kacau-bilau kusut-masai gilang-gemilang simpang-siur • Pesta pada malam itu gilanggemilang.

f) Kata adjektif majmuk
• Terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Dieja terpisah merah jambu panjang tangan ringan tulang

Kata Adjektif dalam Bentuk Perbandingan
• Diguna untuk menyatakan tiga darjah perbandingan :i) Darjah biasa ii)Darjah bandingan iii)Darjah penghabisan i)Darjah biasa -Hidup keluarga itu sederhana. -Malam ini bulan terang. -Laut tenang ketika waktu pagi.

ii)Darjah bandingan a)Bandingan yang sama -Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. -Anak saya tidak setinggi anaknya. -Gadis itu secantik puteri raja. b)Bandingan yang berbeza -Rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad. -Gadis itu lebih cantik daripada kakaknya. -Murid itu kurang pandai daripada murid ini.

iii)Darjah Penghabisan a)Se+ kata adjektif +gandaan + kata nama • sepandai-pandai tupai • setinggi-tinggi gunung • sekeras-keras batu b)Ter+ kata adjektif • terpandai • tertinggi • terbaik c)Paling + kata adjektif • paling pandai • paling tinggi

d)Kata adjektif + sekali • pandai sekali • tinggi sekali e)Ter + (amat sangat) + kata adjektif • teramat pandai • tersangat tinggi f) (amat sungguh sangat) + kata adjektif +sekali • amat pandai sekali • sungguh cergas sekali • sangat merdu sekali

SEKIAN