Simpulan Bahasa ( M

)

1. Mabuk Darah Maksud: A) Pening kerana melihat darah yang banyak. B) Pengsan kerana terlalu banyak mengeluarkan darah. C) Mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat darah. Contoh Ayat: A) Salmi mabuk darah apabila melihat keadaan adiknya. B) Salman mabuk darah kerana luka di dadanya mengeluarkan banyak darah. C) Tentera itu mabuk darah lalu melepaskan tembakan rambang. 2. Mabuk Gunung Maksud: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi. Contoh Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu. 3. Mabuk Kecubung Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. 4. Mabuk Kepayang Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. 5. Mabuk Laut Maksud: Pening dan muntah semasa belayar. Contoh Ayat: Si Tanggang telah seminggu mabuk laut

dan terlantar di geladak kapal. 6. Mabuk Selasih Maksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain. 7. Mahkota Hati Maksud: Orang kesayangan; kekasih. 8. Mahkota Negeri Contoh Ayat: Raja Nazrin telah ditabalkan menjadi mahkota negeri Perak Darul Ridzuan. 9. Main Mata = Bermain Mata Maksud: Memberikan isyarat dengan mata. Contoh Ayat: Pemuda itu bermain mata untuk mendapatkan perhatian daripada Kak Leha. 10. Makan Angin Maksud: Berehat atau bersiar-siar. Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu. 11. Makan Angkat Maksud: Orang yang suka dipuji. Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja. 12. Makan Beradap Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin). Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.

13. Makan Berdamai Maksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin). 14. Makan Besar Maksud: Mengadakan jamuan. Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini. 15. Makan Budi = Termakan Budi Maksud: Menerima pertolongan orang. Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya. 16. Makan Bunga Maksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan. Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam. 17. Makan Darah Maksud: Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal. Contoh Ayat: Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan harga di bandar. 18. Makan Diri Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri. Contoh Ayat: Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.

19. Makan Duit Maksud: Mengambil wang secara haram; rasuah. Contoh Ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang. 20. Makan Gaji Maksud: Bekerja untuk mendapatkan upah. Contoh Ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya. 21. Makan Garam Maksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup. Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam. 22. Makan Hati Maksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri. 23. Makan Kawan Maksud: Mencelakakan kawan sendiri. Contoh Ayat: Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil. 24. Makan Suap Maksud: Mengambil wang secara haram; rasuah. 25. Makan Sumpah Maksud: Mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah. Contoh Ayat: Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.

26. Makan Tanggung Maksud: Hidup di bawah jagaan orang lain. Contoh Ayat: Rasida makan tanggung di rumah ibu saudaranya. 27. Malu-Malu Bahasa Maksud: Berasa segan. Contoh Ayat: Semasa bersua muka dengan pemuda itu, Zainab malu-malu bahasa. 28. Malu-Malu Kucing Maksud: Pura-pura malu. Contoh Ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah. 29. Mandi Biar Basah Maksud: Kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguhsungguh. Contoh Ayat: Kalau kau mahu menjadi petani yang berjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bak kata orang kalau mandi biar basah, nasihat Adi kepada Rahman. 30. Mandi Bunga Maksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu. Contoh Ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya. 31. Mandi Darah Maksud: Berlumuran darah. Contoh Ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.

32. Mandi Embun Maksud: Membiarkan diri dibasahi embun. Contoh Ayat: Kami bermandi embun kerana berkawal di tapak perkhemahan sehingga dinihari. 33. Mandi Kerbau Maksud: Mandi yang tidak bersih. Contoh Ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air. 34. Mandi Keringat = Bermandi Keringat Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga. Contoh Ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama. 35. Mandi Ombak = Bermandi Ombak Maksud: Basah kena ombak. Contoh Ayat: Nelayan itu sudah biasa bermandi ombak. 36. Mandi Peluh Maksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga. 37. Masin Lidah Maksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran. Contoh Ayat: Atikah menjadi guru dan masin lidah Mak Long yang selalu memanggilnya 'cikgu'. 38. Masin Mulut Maksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran. 39. Masuk Ajar Maksud: Mendengar nasihat.

Contoh Ayat: Jamilah cepat masuk ajar apabila kelakuannya ditegur oleh guru. 40. Masuk Akal Maksud: Dapat diterima akal. Contoh Ayat: Berita yang disampaikan itu masuk akal kerana ada kesahihannya. 41. Masuk Angin Keluar Asap Maksud: Tidak mencapai apa yang dikehendaki. Contoh Ayat: Samad diisytiharkan bankrap akibat perniagaannya yang masuk angin keluar asap. 42. Masuk Angin Maksud: Sakit kerana kesejukan atau sebagainya. Contoh Ayat: Perutnya masuk angin kerana tidak makan semalaman. 43. Masuk Bakul Sampah Maksud: Ditolak. Contoh Ayat: Rayuan penduduk kampung untuk membina jambatan baru telah masuk bakul sampah. 44. Masuk Buku Maksud: Dicatatkan ke dalam buku. Contoh Ayat: Segala hutang-piutangnya masuk buku. 45. Masuk Daun Maksud: Memperoleh peluang yang baik. Contoh Ayat: Nampaknya perniagaan kita sudah masuk daun dan kita bakal menjadi orang kaya. 46. Mat Jenin

Maksud: Orang yang suka berangan-angan. Contoh Ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin. 47. Mata Air Maksud: A) Orang kesayangan; kekasih. B) Tempat air keluar dari tanah. Contoh Ayat: Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali untuk dijadikan telaga. 48. Mata Duitan Maksud: Orang yang tamakkan wang. Contoh Ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih. 49. Mata Hati Maksud: Perasaan dalam hati. Contoh Ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik. 50. Mata Keranjang Maksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan. 51. Mata Lembu Maksud: Telur yang digoreng bulat-bulat. Contoh Ayat: Saya makan nasi lemak berlaukkan telur mata lembu. 52. Mata Petai Maksud: Tidak dapat melihat dengan betul.

Contoh Ayat: Oleh sebab Halim mata petai permohonannya untuk menjadi tentera ditolak. 53. Mata Telinga Maksud: Kakitangan yang diharapkan. Contoh Ayat: Semua penduduk kampung itu menjadi mata telinga pihak polis untuk menangani masalah penyeludupan. 54. Mati Akal Maksud: Buntu fikiran. Contoh Ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya. 55. Mati Angin Tidak berkuasa. Contoh Ayat: Pihak polis mati angin kerana penyeludup itu telah lari ke negara jiran. 56. Mati Ayam Maksud: Mati dengan sia-sia. Contoh Ayat: Semenjak rakannya mati ayam dalam perlumbaan haram itu, dia tidak lagi bergaul dengan budak-budak nakal. 57. Mati Balik Hidup Maksud: Selamat setelah mengalami bahaya besar. Contoh Ayat: Saya rasa seperti mati balik hidup kerana terselamat setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut. 58. Mati Beragan

Maksud: Kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup. Contoh Ayat: Pak Ali mati beragan semenjak kematian isteri yang amat disayanginya. 59. Mati Katak Maksud: Mati dengan sia-sia. 60. Mati Kutu Maksud: Tidak melawan. Contoh Ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan. 61. Minta Diri Maksud: Memohon diizinkan pergi. Contoh Ayat: Razif minta diri dari majlis itu kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabatnya. 62. Minta Jalan Maksud: Meminta diberi jalan untuk lalu. Contoh Ayat: Kami terpaksa minta jalan untuk berjumpa pasangan pengantin yang diraikan kerana dewan itu telah penuh sesak dengan para jemputan. 63. Minta Nyawa Maksud: Memohon supaya tidak dibunuh; meminta belas ihsan. Contoh Ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang memecah masuk rumah Pak Jamal. 64. Muka Baru Maksud: Orang atau pemain yang baru melibatkan diri

dalam sesuatu bidang. Contoh Ayat: Hadiah utama peraduan mengarang cerpen anjuran akhbar tempatan telah dimenangi oleh penulis muka baru. 65. Muka Dua Maksud: Tidak jujur. Contoh Ayat: Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak lawan. 66. Muka Lama Maksud: Orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman. Contoh Ayat: Azean Irdawaty muka lama dalam bidang lakonan. 67. Muka Laut Maksud: Permukaan laut. Contoh Ayat: Serambi rumah Zaki berhadapan dengan muka laut. 68. Muka Manis Maksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum. Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir. 69. Muka Masam Maksud: Menunjukkan muka yang muram atau benci. Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka masam seolaholah dia sedang menghadapi masalah. 70. Muka Papan

Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. Contoh Ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya. 71. Muka Tebal Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. 72. Muka Tembok Maksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran. 73. Mulut Bisa Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas. Contoh Ayat: Akibat mulut bisa Mak Limah, jiran tetangga memulaukannya. 74. Mulut Gatal Maksud: Suka bercakap apa sahaja. Contoh Ayat: Idham dikatakan mulut gatal kerana suka bercerita hal yang tidak senonoh. 75. Mulut Kotor Maksud: Suka bercakap apa sahaja. 76. Mulut Manis Maksud: Lemah lembut dan baik tutur katanya. Contoh Ayat: Fatima bukan sahaja jelita tetapi bermulut manis. 77. Mulut Murai

Maksud: Orang yang suka bercakap banyak. Contoh Ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda. 78. Mulut Tajam Maksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas. 79. Mulut Tempayan Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya. 80. Murah Hati Maksud: Pemurah. 81. Murah Mulut Maksud: Ramah. Contoh Ayat: Jiran yang baru pindah itu murah mulut. 82. Murah Rezeki Maksud: Mudah memperoleh rezeki. Contoh Ayat: Murah rezeki ayah kali ini kerana dia telah memenangi peraduan teka kata yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbangan. 83. Murah Tangan Maksud: Pemurah. 84. Musuh Dalam Selimut Maksud: Musuh yang sangat dekat atau yang berada dalam lingkungan sendiri. Contoh Ayat: Rupa-rupanya Kim Seng adalah musuh dalam selimut pasukan tentera. Dia telah memberitahu semua rancangan kerajaan kepada pihak musuh.