EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas, gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan EAR dengan segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga 5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

Indikasi untuk EAR

* Sianosis - kepucatan * Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit

Prosedur EAR

* Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher. * Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu) * Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin * Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalamdalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru-paru. * Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. * Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. * Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba.

* Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR) * Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara. * Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. * Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada. * Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala.

EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful