You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESIONAL : PERASAAN DAN HARAPAN SEBELUM MENJALANI PRAKTIKUM

Alhamdullillah dan dengan rasa syukur dan inayahnya, telah sampai ditahap ini perjalanan hidup yang penuh cabaran ini. Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan, perjalanan ini telah hampir berada di tengah jalan yang penuh dengan segala onak dan duri. Pelbagai ilmu dan latihan yang diperolehi sepanjang perjalanan ini menjadikan perasaan dan emosi semakin lama semakin cemas dengan rasa yang bermacam yang tidak dapat diucap dengan kata-kata. Tidak tergambar di dalam hati dan fikiran bagaimana sebenarnya perasaan yang dialami sekarang. ketenangan, ketelusan, keyakinan, kesungguhan, Hendak tidak hendak, ia juga perlu dilalui dan tempuhi dengan penuh kesabaran, kewibawaan dan yang paling penting kesempurnaan yang perlu ditanamkan. Bermulanya bulan april, maka bermulalah kehidupan yang sebenar yang menentukan segalanya. Di situlah segala ilmu dan latihan yang diberikan oleh semua pensyarah perlu dilaksanakan dan diaplikasikan ini dengan berkesan untuk merealiasikan harapan yang besar untuk mendidik anak bangsa kita demi Negara tercinta. Harapan yang amat besar dikendong tinggi agar semua yang dirancang mengikut laluan yang betul dan tidak terpesong. Perasaan takut bercampur sedih mula menyelubungi diri. Walaubagaimanapun, kekuatan emosi, mental dan fizikal perlu dititikberatkan dan diletakkan ditempat yang paling utama. Pelajar merupakan aset yang paling penting dalam diri guru. Gurulah yang perlu menunjukkan teladan dan menjadi role model yang terbaik dimata seorang pelajar. Hadirnya saya di alam persekolahan ini dengan satu harapan agar segala perbuatan yang kita lakukan menjadi ikutan dan panduan dalam diri pelajar-pelajar semua. Bagi merealisasikan harapan ini, kita perlu menyiapkan diri dengan segala keperluan terutamanya ilmu
1

pengetahuan yang terkini dan tidak ketinggalan zaman dalam membina modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Guru juga yang bertindak sebagai agen perubahan yang amat besar dalam komuniti sekolah itu sendiri dan seterusnya kepada masyarakat dan negara. Kita perlu sedar bahawa tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab yang amat besar sekali bagi memenuhi harapan sebelum menjalani praktikum pada masa akan datang. Saya berharap agar dengan adanya bekalan ilmu yang diperolehi sepanjang menjalani interaksi di IPGKTIJ menjadi rujukan utama dalam membuat perubahan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Masa, wang ringgit dan keringat merupakan sumbangan yang amat besar yang perlu disumbangkan dalam dunia pendidikan. Masa itu emas, oleh hal yang demikian, hargailah masa tersebut dan perlu digunakan sebaik-baiknya. Setiap perancangan dalam P & P perlu dinyatakan dengan teliti dengan mengambil kira keadaan diri pelajar daripada segi emosi, jasmani, keperluan kendiri mereka dan tahap kecerdasannya. Setiap perancangan yang dibuat untuk persediaan pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira taksanomi Bloom yang mempunyai 6 aras yang penting. Saya merasai kepentingan merancang strategi sebelum mengendalikan sesuatu pengajaran dan ia amat berguna kepada diri saya dan telah tiba masanya semua ilmu ini diaplikasikan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Guru betul betul perlu bersedia untuk menghadapai pelbagai situasi adalah guru yang bijak merancang strateginya yang tersendiri. Perancangan yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu pada fizikal sahaja tetapi daripada semua aspek yang meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. Seterusnya, saya mengharapkan agar saya dapat menjalani mingguminggu praktikum ini dengan yang terbaik dan penuh dengan semangat.
2

Segala masalah yang timbul akan saya hadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan untuk memastikan setiap kali berada di dalam kelas kita tidak mengalami gangguan emosi. Saya akan mencuba merealisasikan Falasafah Pendidikan Kebangsaan dan yang berpandukan Falsafah Pendidikan Guru. Secara keseluruhannya, harapan saya agar pensyarah-pensyarah dapat membantu dan memberikan tunjuk ajar cara yang berkesan untuk mengendalikan kursus praktikum ini. Jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Mohd Zain Badui, Tuan Hj Md. Nordin, En Azahari, En Zain, En. Fadhil, En Tornadi, En Wan Azhar, Pn. Maszuriah Pn Anida, En. Sanif, En. Zali dan pensyarah-pensyarah yang lain yang terlibat sama. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam segala hal.

NURULJANNAH BINTI ISHAK KPLI-KDC JAIJ PENGAJIAN MATEMATIK PENDIDIKAN JASMANI IPGKTIJ

You might also like