You are on page 1of 19

STPM

900/1
2 JAM

PANITIA PENGAJIAN AM GABUNGAN SAMARAHAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


___________________________________________________________________________________________________________
________

PENGAJIAN AM

KERTAS SATU

2 JAM

________________________________________________________________________

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan pada
Kertas Objektif yang berasingan.

Baca arahan pada kertas Jawapan Objektif itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah; jumlah
markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

_______________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.


SULIT 1 [LIHAT SEBELAH

1. Berikut ialah fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) kecuali

A mengadili mereka yang mendakwa dianiaya


B menyiasat aduan tentang anggota masyarakat yang dianiaya
C memberi pendidikan kepada masyarakat tentang hak asasi manusia
D penasihat kerajaan tentang hal perundangan yang berkaitan dengan hak asai
masyarakat

2. Yang manakah benar tentang Dasar Pembangunan Nasional?

I Mewujudkan integrasi nasional


II Melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif
III Menjadikan sains dan teknologi asas pembangunan sosioekonomi
IV Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3. Antara dasar-dasar atau program-program yang dilaksanakan di bawah Dasar Sosial


Negara ialah

I Dasar Sogoshosha
II Dasar Kependudukan
III Dasar Pendidikan Negara
IV Dasar Pandang ke Timur

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

4. Antara pernyataan berikut yang manakah sejajar dengan Dasar Belia Negara ?

I Program Belia Berniaga


II Slogan ’Malaysia Boleh’
III Program Latihan Khidmat Negara
IV Slogan ’Keranamu Malaysia”

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

SULIT 2 [LIHAT SEBELAH


● Konsep pejabat terbuka
● Penubuhan kumpulan meningkatkan mutu kerja
● Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
● Kad perakam waktu kerja

5. Komponen-komponen di atas adalah sebahagian daripada

A Dasar Pensyarikatan Malaysia


B Kepimpinan Melalui Teladan
C Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
D Dasar Pandang Ke Timur

Soalan 6 berdasarkan maklumat yang berikut.

Dasar Keterangan yang berkaitan


I Pertanian Negara Program menggalakkan penanaman semula.
II Pelan Induk Perindustrian
Penyediaan profil pelbagai jenis industri yang
berpotensi.
III HICOM Program Industri Kecil dan Sederhana.
IV Dasar Telekomunikasi Memperkenalkan penggunaan lebuh raya.
Negara

6. Padanan yang betul bagi maklumat di atas ialah

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

Soalan 7 berdasarkan pernyataan yang berikut.

I Menyeimbangkan struktur kependudukan.


II Menambahkan bekalan guna tenaga.
III Meluaskan pasaran tempatan.
IV Memperkukuh kuasa politik melalui pertambahan
undi.

7. Berdasarkan senarai di atas, pernyataan yang berkaitan dengan Dasar Kependudukan


Negara ialah

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV
SULIT 3 [LIHAT SEBELAH
8. Yang manakah merupakan objektif utama Dasar Pertanian Negara dibentuk?

I Mengukuhkan ekonomi negara


II Memaksimumkan sektor pertanian
III Meningkatkan kualiti komoditi eksport pertanian
IV Menstabilkan dan meningkatkan harga keluaran pertanian

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 9 berdasarkan jadual yang berikut.

Negara Pertubuhan
I Australia X Komanwel
II Zimbabwe Y ASEAN
III Myanmar Z Suruhanjaya Selatan-Selatan

9. Hubungan Malaysia dengan Negara-negara I, II dan III adalah melalui pertubuhan


tertentu. Hubungan yang tepat adalah seperti yang berikut:

I II III
A X Y Z
B Z X Y
C Z Y X
D X Z Y

10. Yang manakah merupakan halangan terbesar dalam kerjasama antara negara ASEAN?

I Ideologi yang berbeza


II Taraf pendidikan berbeza
III Sumber bahan mentah yang sama
IV Dasar perlindungan negara-negara maju

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11. Yang manakah antara berikut bukan rakan negara anggota ASEAN+ 3

A China
B Jepun
C Korea Selatan
D Taiwan
SULIT 4 [LIHAT SEBELAH
12. Yang manakah alasan utama kerjasama serantau negara-negara anggota ASEAN
dalam
bidang ekonomi kurang membanggakan?

A Pasaran domestik lebih penting daripada pasaran serantau


B Pendapatan per kapita yang seimbang
C Pergantungan pada kepakaran asing
D Persaingan guna tenaga

13. Antara yang berikut yang manakah diadili oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)?

I Pencerobohan Amerika ke atas Iraq


II Tuntutan mangsa bencana tsunami
III Pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Acheh
IV Tuntutan Malaysia dan Indonesia ke atas Pulau Batu Putih

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

14. Antara berikut, yang manakah bukan Jawatankuasa Ekonomi Mesyuarat Menteri-menteri
Ekonomi ASEAN ( AEMM )

A Jawatankuasa Perdagangan dan Pelancongan


B Jawatankuasa Kewangan dan Urusan Bank
C Jawatankuasa Perindustrian dan Galian
D Jawatankuasa Sains dan Teknologi

15. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh Dialog Selatan-Selatan, iaitu

I masalah kadar bunga yang tinggi


II masalah tidak mendapat kerjasama semua negara Selatan
III masalah ketidak seimbangan kadar syarat perdagangan
IV masalah komoditi eksport negara Selatan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

16. Antara pernyataan berikut, yang manakah pernah menjadi punca keluarnya beberapa buah
negara daripada pertubuhan Komanwel?

I Amalan dasar Aparteid.


II Bantahan terhadap perisytiharan bersama.
III Pemulauan terhadap aktiviti Komanwel sendiri.
IV Bantahan terhadap pengiktirafan sesebuah negara baru.
SULIT 5 [LIHAT SEBELAH
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

17. Malaysia pernah menjadi pengerusi persidangan yang berikut di peringkat antarabangsa,
kecuali

I Majlis Keselamatan PBB.


II perlucutan senjata Iran-Iraq.
III Suruhanjaya Ekonomi Asia-Pasifik.
IV Persidangan Negara-negara Islam.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18. Apakah cara yang membolehkan seseorang mengeluarkan wang caruman daripada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

I bermastautin secara tetap di negara lain


II melepaskan jawatan dalam perkhidmatan
III permohonan menangguh perkhidmatan
IV telah mencapai umur bersara iaitu 55 tahun atau 56 tahun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

19. Apabila sesebuah kementerian memerlukan wang pendahuluan bagi memenuhi perbelanjaan
segera, kementerian berkenaan boleh mendapatkannya daripada

A Bank Negara
B Kumpulan Wang Perbekalan
C Kumpulan Wang Luar Jangka
D Kumpulan Wang Yang Disatukan

20. Yang manakah pihak yang bertanggungjawab meluluskan status pertukaran tanah?

A Majlis Tanah Negara


B Pihak Berkuasa Tempatan
C Dewan Undangan Negeri
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

SULIT 6 [LIHAT SEBELAH

● Mengendalikan tuntutan kenaikan gaji, elaun dan pencen kakitangan


perkhidmatan awam
● Memberikan biasiswa kepada pegawai perkhidmatan semasa menjalani latihan

21. Pernyataan di atas menunjukkan fungsi

A Jabatan Perkhidmatan Awam


B Unit Penyelarasan Pelaksanaan
C Jabatan Perundingan Perkidmatan Awam
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Manusia

• Pengerusi dan naib pengerusinya hendaklah merupakan bekas pegawai


perkhidmatan awam yang telah bersara tidak melebihi lima tahun

22. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan di atas?

A Suruhanjaya Pasukan Polis


B Majlis Angkatan Tentera
C Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
D Suruhanjaya Khas

23. Yang manakah menjadi bidang kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?

I Memastikan Tanah Rezab Melayu dibangun secara sistematik dan sempurna


II Memastikan agensi-agensi Kerajaan Negeri melaksanakan dasar-dasar kerajaan
III Merancang dan menyelaras segala pentadbiran Kerajaan Negeri
IV Memastikan pembangunan tanah dan pertanian secara terancang

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

24. Yang manakah benar mengenai Kuasa Tambahan kepada negeri Sabah dan Sarawak?

I Pelabuhan
II Buruh dan keselamatan sosial
III Undang-undang dan adat istiadat bumiputera
IV Pemulihan tanah lombong dan tanah yang dibinasakan oleh hakisan tanah

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV
SULIT 7 [LIHAT SEBELAH
25. Keterangan yang benar tentang Yang Dipertua Majlis Perbandaran ialah

I secara langsung menjalankan tugas pentadbiran majlis perbandaran.


II dilantik oleh kerajaan negeri.
III maksimum perlantikannya selama tiga tahun.
IV saraannya ditentukan oleh perbendaharaan.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

26. Antara jabatan berikut, yang manakah terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri?

I Jabatan Imigresen
II Askar Wataniah
III Jabatan Bomba
IV Jabatan Pertahanan Awam

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27. Antara jabatan-jabatan negeri berikut yang berhubung dan bertanggungjawab kepada
kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ialah :

I. Jabatan Kebajikan Masyarakat


II. Jabatan Kebudayaan dan Sukan
III. Jabatan Pertanian
IV. Jabatan Kerja Raya

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

28. Badan di Jabatan Perdana Menteri yang menerima, mempertimbangkan dan


menyelesaikan sungutan-sungutan orang ramai tentang kementerian dan jabatan kerajaan
ialah

A Tribunal Pengguna
B Jabatan Audit Negara
C Biro Pengaduan Awam
D Badan Pencegah Rasuah

SULIT 8 [LIHAT SEBELAH


29. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Sarawak dikenali

A Majlis Tertinggi
B Kabinet Negeri
C Pejabat Ketua Menteri
D Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Soalan 30 berdasarkan jadual yang berikut.

Peringkat Pentadbiran Pentadbir


I Bahagian W Pegawai Perkhidmatan Tadbir
II Daerah Kecil X Penghulu
III Kampung Y Residen
IV Daerah Z Pegawai Daerah

30. Padanan yang betul antara peringkat pentadbiran dengan pihak pentadbirnya bagi Negeri
Sarawak, sebagaimana dalam jadual di atas ialah

I II III IV
A Y Z W X
B Y X Z W
C Y W X Z
D Z W X Y

31. Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan


Negeri dipengerusikan oleh

A Menteri Besar
B Ketua Setiausaha Negara
C Perdana Menteri
D Setiausaha Kerajaan Negeri

• Merupakan urusetia Majlis Perancangan Negara.


• Memeriksa belanjawan pembangunan tahunan.

32. Tugas-tugas di atas dilaksanakan oleh

A Perbendaharaan
B Unit Perancangan Ekonomi
C Jabatan Perdana Menteri
D Bahagian Tadbiran dan Kewangan

33. Antara berikut, yang manakah benar mengenai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?

I Menjalankan fungsi-fungsi eksekutif peringkat Kerajaan Negeri


II Ahli-ahli majlis ini dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri
III Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terdiri daripada 8 hingga 12 orang ahli
IV Di Sarawak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri
SULIT 9 [LIHAT SEBELAH
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

34. Antara berikut yang manakah mempunyai fungsi pentadbiran yang sama di peringkat
negeri dengan peringkat persekutuan

Persekutuan Negeri
I Perbendaharaan Pejabat Kewangan Negeri
II Kabinet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
III Unit Perancang Ekonomi Pejabat Kemajuan Negeri
IV Jabatan Peguam Negara Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

35. Encik Taufik dan isterinya, warganegara Malaysia bekerja di pejabat Pesuruhjaya Tinggi
di Singapura. Mereka telah memperoleh seorang anak semasa berada di luar negara.
Kewarganegaraan anak Encik Taufik diperoleh melalui cara

A Pendaftaran
B Naturalisasi
C Kemasukan Wilayah
D Kuatkuasa undang-undang

36. Seorang ahli Dewan Negara boleh menjadi ahli

I Kabinet
II Perniagaan
III Dewan Rakyat
IV Pegawai Kewangan Negeri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

37. Seorang ahli parlimen akan terlucut keanggotaannya apabila

I. Tidak menghadiri persidangan Parlimen melebihi enam bulan


II. Diisytiharkan muflis oleh mahkamah
III. Memohon warganegara asing
IV. Didapati pecah amanah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman 6 bulan
penjara
SULIT 10 [LIHAT SEBELAH

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D II dan IV

38. Menurut Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan. Setiap warga negara Malaysia
berhak mengundi dalam pilihan raya umum jika dia menepati syarat yang dikenakan.
Antara syarat di bawah yang manakah benar.?

I. Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh kelayakan.


II. Bermastautin dalam sesuatu kawasan pilihan raya pada tarikh kelayakan itu, atau
jika tidak bermastautin sedemikian, ialah pengundi yang tidak hadir.
III. Bermastautin sekurang kurangya 3 tahun dalam kawasan pilihan raya itu.
IV. Didaftarkan dalam senarai pemilih sebagai pemilih dalam pilihan raya tempat dia
bermastautin pada tarikh kelayakan.

A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

39. Dewan Negara mengandungi ahli yang dipilih atau yang dilantik dan ahli Dewan Negara
dipanggil Senator. Senator yang dipilih ialah dari kalangan berikut kecuali

A Yang telah banyak berjasa cemerlang dalam perkhidmatan awam


B Yang mencapai kepujian dalam lapangan proposion, perdagangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat
C Yang mewakili kaum-kaum minoriti atau kepentingan orang asli
D Yang cemerlang dalam akademik di peringkat sekolah

40. Manakah antara kesalahan berikut mesti dibicarakan di mahkamah tinggi ?

I. Kesalahan merogol gadis bawah umur


II. Kesalahan pecah amanah bernilai RM 1 juta
III. Membunuh tanpa niat
IV. Cubaan merompak

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

41. Yang manakah antara yang berikut merupakan kuasa yang diperuntukkan oleh
perlembagaan Malaysia kepada pihak mahkamah?
I Kuasa mentafsir perlembagaan
II Kuasa menggubal undang-undang
III Kuasa mentafsir undang-undang
IV Kuasa menyekat bidang kuasa Parlimen
SULIT 11 [LIHAT SEBELAH

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

42. Pernyataan manakah tidak benar tentang Mahkamah Tentera?

A Membicarakan sesiapa sahaja yang tertakluk kepada undang-undang


perkhidmatan angkatan tentera
B Mahkamah ini ditubuhkan untuk memelihara disiplin di kalangan personel
tentera
C Terdiri daripada Mahkamah Tinggi Tentera dan Mahkamah Rendah Tentera
D Berhak membicarakan pertikaian sivil di kalangan personel atau staf

• Memberi keterangan palsu dalam perbicaraan.


• Kakitangan awam menerima rasuah

43. Kesalahan di atas boleh ditangkap dengan cara

A mengeluarkan Writ
B mengeluarkan saman
C mengeluarkan waran
D penangkapan tanpa waran

44. Antara pernyataan berikut yang manakah tidak benar mengenai Mahkamah Penghulu ?

A Mahkamah Penghulu diketuai oleh seorang penghulu


B Mahkamah Penghulu membicarakan kes-kes sivil yang nilainya tidak melebihi
RM 50.00
B Mahkamah Penghulu membicarakan kes-kes jenayah yang boleh didenda tidak
melebihi RM 25.00
D Keputusan Mahkamah Penghulu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu

45. Antara berikut yang manakah tidak tergolong dalam badan pengadilan lain?

A Persatuan Perubatan Malaysia


B Biro Bantuan Guaman
C Tribunal Tuntutan Pengguna
D Mahkamah Buruh
SULIT 12 [LIHAT SEBELAH

Soalan 46 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Sebuah peti cabutan bertuah mengandungi 520 nombor bertuah. Sebanyak lima per
lapan daripada nombor itu ialah hadiah sagu hati. Sebanyak satu per empat daripada
nombor itu pula ialah hadiah kedua dan ketiga. Bakinya ialah hadiah utama.

46. Hitungkan bilangan nombor cabutan bagi hadiah utama.

A 65
B 85
C 120
D 130

Soalan 47 – 48 berdasarkan petikan di bawah ini.

Pada pukul 7.30 pagi, tiga orang sahabat pergi ke Hentian Bas Kuching untuk membeli
tiket bas. P hendak pergi ke Bintulu, Q hendak pergi ke Miri, dan R hendak pergi ke
Sibu. Kaunter jualan tiket belum dibuka. Mereka berbaris di lorong kaunter yang
berlainan.
• P berada di tempat ke-5 dari belakang. Di hadapannya ada tiga orang lelaki dan
dua orang perempuan.
• Q berada di tempat ke-8 dari hadapan. Di belakangnya ada dua orang lelaki dan
seorang perempuan.
• R berada di tengah-tengah barisnya. Ada 6 orang lelaki di hadapannya.

47. Berapakah jumlah orang yang berbaris untuk membeli tiket di Hentian Bas Kuching pada
ketika itu?

A 17 orang
B 19 orang
C 28 orang
D 34 orang

48. Jika semua kaunter mula menjual tiket serentak pada pukul 8.00 pagi dan setiap orang
memerlukan 5 minit untuk mendapatkan tiketnya, pada pukul berapakah ketiga-tiga orang
sahabat itu selesai mendapatkan tiket masing-masing?

A Pukul 8.30 pagi


B Pukul 8.40 pagi
C Pukul 9.35 pagi
D Pukul 9.45 pagi
SULIT 13 [LIHAT SEBELAH

Soalan 49 dan 50 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1 :Kadar Pertukaran Bagi Setiap Dolar Mata Wang Asing


Berbanding dengan Ringgit Malaysia .

Mata Wang Asing Jualan Belian


( 1 Dolar ) (RM) (RM )
Dolar Amerika 3.8250 3.7750
Dolar Australia 2.0700 2.0290
Dolar Singapura 2.1240 2.0820
Dolar Kanada 2.4610 2.4120

49. En. Kamarudin mempunyai RM 200 000.00 dan ingin menukarkannya kepada Dolar
Singapura . Hitung nilai dalam mata wang Dolar Singpura yang akan diperolehnya ?

A DS$ 94 162.00
B DS$ 96 061.50
C DS$ 424 800.00
D DS$ 416 400.00

50. En. Ali mempunyai 704 Dolar Amerika Syarikat , 670 Dolar Australia , 240 Dolar
Singapura dan ingin menukarkannya kepada Ringgit Malaysia . Hitung nilai Ringgit
Malaysia yang akan diperoleh oleh En. Ali.

A RM 4 345.40
B RM 4 589.50
C RM 4 672.60
D RM 4 516.70

Soalan 51- 52 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.

Jadual 1: Kes Wanita Yang Dilaporkan Hilang Dari Rumah Mengikut Umur.
Tahun 2001 2002 2003 2001-2003
Umur
Di bawah 10 tahun 9 13 33 55
10-14 tahun 92 116 189 397
15-18 tahun 312 450 752 1 514
18 tahun ke atas 315 387 728 1 430
Jumlah 728 966 1 702 3 396

SULIT 14 [LIHAT SEBELAH

51. Pernyataan-pernyataan yang berikut adalah benar tentang jadual di atas kecuali

A Peratusan kes wanita peringkat umur 15-18 tahun pada tahun 2001 hampir sama
dengan peratusan kes wanita peringkat umur 18 tahun ke atas pada tahun 2003.
B Peratusan kes wanita peringkat umur 10-14 tahun pada tahun 2001 melebihi
peratusan kes wanita peringkat umur yang sama pada tahun 2003.
C Peratusan kes wanita peringkat umur 15-18 tahun dan 18 tahun ke atas tidak
mengalami sebarang perubahan.
D Pada ketiga-tiga tahun , peratusan kes wanita peringkat umur di bawah 10
tahun adalah 1.6% daripada jumlah kes wanita yang hilang.

52. Pada peringkat umur berapakah peratus kes wanita yang dilaporkan hilang dari rumah
semakin menurun?

A Di bawah umur 10 tahun


B 10 – 14 tahun
C 15 – 18 tahun
D 10 – 14 tahun dan 15 – 18 tahun

Soalan 53 dan 54 berdasarkan jadual di bawah

Negara Eksport ( % ) Import ( % )


Jepun 20 30.2
Singapura 22.3 14.3
Indonesia 12.1 6.2
Britain 5.4 5.0
Amerika Syarikat 10.7 8.2
Jerman 6.2 6.4
Negara-negara lain 23.3 29.7
Jumlah nilai (RM juta ) 75220 70920

53. Berdasarkan Jadual di atas, yang manakah benar tentang jadual di atas.

I Nilai import Malaysia dari Singapura melebihi RM 1000 juta.


II Nilai import Malaysia dari negara-negara lain melebihi nilai eksport Malaysia ke
Jepun.
III Perdagangan dengan Amerika Syarikat merugikan Malaysia dari segi tukaran
mata wang asing.
IV Jumlah nilai eksport Malaysia ke Jerman dan Amerika Syarikat adalah melebihi
RM 13 ribu juta.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

SULIT 15 [LIHAT SEBELAH

54. Sekiranya Malaysia ingin mewujudkan perdagangan yang seimbang dengan negara-
negara lain, Malaysia perlu menambah eksport ke negara-negara lain sebanyak

A 3.7 %
B 27 %
C 4.7 %
D 28 %

Eksport Utama Malaysia Tahun 2004 dan Tahun 2005

Eksport Utama (Juta) 2004 2005


Minyak Kelapa Sawit & Hasil Keluaran Minyak Kelapa Sawit 8,937 9,158
Getah Asli 1,784 1,723
Petroleum Mentah 6,079 8,654
Keluaran Petroleum 3,499 4,386
Gas Asli Cecair 5,403 7,036
Kayu dan Hasil Keluaran Kayu 5,809 6,819
BArangan Elektrik & Elektronik 74,536 80,609
Pakaian dan Kelengkapan Pakaian 2,604 2,807
Barang-barang dan Alat-alat Keluaran Kilang Yang lain 17,020 19,107
Jumlah 125,671 140,299

(Diubahsuai daripada Laporan Ekonomi 2004/2005, Kementerian Kewangan Malaysia)

55. Eksport utama Malaysia yang manakah yang menunjukkan peratus peningkatan tertinggi
antara Tahun 2004 dengan Tahun 2005?

A Petroleum mentah
B Keluaran Petroleum
C Gas asli cecair
D Kayu dan hasil Keluaran Kayu

56. * Umur P adalah ¼ daripada umur abangnya, R


* Umur Q adalah 3/2 daripada umur P
Berapakah umur Q jika umur R ialah 16 tahun?

A 4
B 6
C 12
D 24

57. Perbezaan waktu antara Malaysia dengan Arab Saudi ialah 6 jam
Waktu Arab Saudi adalah 6 jam terkemudian daripada Malaysia
Perjalanan menaiki kapal terbang daripada KLIA ke Lapangan Terbang Jeddah
mengambil masa selama 8 jam
Jika Ahmad bertolak pada pukul 3.30 pagi pada 15 Mei 2007 dari KLIA. Pada pukul
berapakah Ahmad akan sampai ke Lapangan Terbang Jeddah mengikut waktu Arab
Saudi?
SULIT 16 [LIHAT SEBELAH

A 5.30 pagi 15 Mei 2007


B 5.30 malam 15 Mei 2007
C 5.30 pagi 14 Mei 2007
D 5.30 malam 14 Mei 2007

58. Harga 3 pasang kasut dan 4 pasang baju adalah RM152.25. Berapakah pasang kasut dan baju
yang dapat dibeli sekiranya Ali mempunyai RM761.25?

A 6 pasang kasut dan 8 pasang baju


B 12 pasang kasut dan 16 pasang baju
C 15 pasang kasut dan 20 pasang baju
D 18 pasang kasut dan 24 pasang baju

59. Bas Mutiara bertolak dari Teluk Intan ke Johor Bharu dengan membawa penumpang
sebanyak 26 orang. Ketika sampai di Kuala Selangor, 5 orang penumpang baru naik.
Apabila tiba di Pudu Raya, 6 orang penumpang turun dan naik pula 7 penumpang baru.
Sebaik tiba di Kluang, 11 orang penumpang turun dan naik pula 4 orang penumpang
baru. Berapakah jumlah keseluruhan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan
Bas Mutiara Ekspres ?

A 14
B 42
C 48
D 59

60. Dua kontraktor telah dipertanggungjawab untuk menyiapkan dua buah banglo. Kontrakor
A boleh menyiapkan pembinaan sebuah banglo selama 60 hari. Sekiranya kontraktor B
boleh menyiapkan hanya ¾ daripada kerja yang disiapkan oleh kontaktor A dalam sehari.
Berapa harikah yang diperlukan oleh kontraktor B untuk menyudahkan pembinaan
sebuah banglo ?
A 60 hari
B 80 hari
C 107 hari
D 140 hari

SULIT 8 (Kertas Soalan ini tamat)

JAWAPAN

1.D 31.C
2.B 32.B
3.B 33.A
4.A 34.B
5.D 35.D
6.A 36.A
7.B 37.D
8.C 38.C
9.B 39.D
10.A 40.C
11.D 41.B
12.D 42.D
13.B 43.C
14.A 44.D
15.C/D 45.B
16.B 46.A
17.C 47.D
18.D 48.B
19.C 49.A
20.D 50.D
21.A 51.D
22.C 52.B
23.B 53.A
24.B 54.C
25.B 55.A
26.B 56.B
27.C 57.A
28.C 58.C
29.A 59.B
30.C 60.B