You are on page 1of 31

SULIT

STPM
900/1
2 JAM
OKT 08

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERIAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 6R

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


___________________________________________________________________________________________________________
________

PENGAJIAN AM

KERTAS SATU

2 JAM

________________________________________________________________________

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan
jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan pada
Kertas Objektif yang berasingan.

Baca arahan pada kertas Jawapan Objektif itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah; jumlah
markah
anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas ini dihasilkan oleh, Disahkan oleh,

(PANEL PANITIA PENGAJIAN AM)

_______________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak.


SULIT

1 [LIHAT SEBELAH
1. Antara ciri berikut, yang manakah bukan ciri sebuah negara?

A. Kerajaan sah yang memerintah dan berdaulat


B. Sempadan antara sebuah wilayah dengan wilayah lain jelas.
C. Pembahagian kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.
D. Kerajaan menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain demi kepentingan negara.

2. Antara penyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang Doktrin Pengasingan Kuasa?

A. Montesquieu yang mengasaskan Doktrin Penguasaan Kuasa


B. Kerajaan Pusat harus mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga badan doktrin ini
C. Badan Kehakiman tidak harus mempunyai kuasa dalam badan Perundangan
D. Doktrin Pengasingan Kuasa bertujuan mengelakkan monopoli kuasa pada sesebuah parti
politk atau seseorang individu

3. Antara perkara berikut, yang manakah merupakan cita-cita Rukun Negara?

I. Kebebasan asasi mutlak diberi kepada rakyat


II. Rakyat bersatu ke arah mencapai pengenalan kaum
III. Masyarakat mengutamakan perkembangan sains dan teknologi
IV. Masyarakat yang mengamalkan kebudayaan yang sesuai dan tidak menjejaskan
perpaduan negara

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

4. Malaysia mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa yang menunjukkan ciri saling


bergantungan (relatif) antara badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Antara berikut,
yang manakah bukan ciri-ciri relatif?

I. Menteri-menteri dalam kabinet turut terlibat dalam bidang kehakiman.


II. Parlimen memberi kuasa kepada peguam negara dalam hal-hal pemerintahan dan
Perundangan.
III. Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara dalam ketiga-tiga badan
pengasingan kuasa.
IV. Jabatan Kerajaan Pusat menjalinkan hubungan dengan jabatan Kerajaan Negeri
melalui badan-badan penyelaras.

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SULIT

• Mengamalkan pengasingan kuasa antara Badan Eksekutif,


Perundangan dan Kehakiman.
• Rakyat memilih presiden yang memerintah.
• Rakyatnya memiliki persamaan dan hak-hak asasi.
2

5. Namakan negara yang mengamalkan ciri-ciri jenis kerajaan yang tersenarai di atas.

A. Britain
B. Malaysia
C. Singapura
D. Republik China

6. Antara penyataan berikut, yang manakah bukan amalan demokrasi di Malaysia?

A. Sistem Parlimen ‘Westminister’.


B. Parlimen berbentuk dwidewan.
C. Rakyat berumur 21 tahun ke atas wajib mengundi.
D. Pilihan raya diadakan dari semasa ke semasa.

7. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang Kerajaan Persekutuan yang
diamalkan di Malaysia?

I. Kerajaan Persekutuan mempunyai segala kuasa pemerintahan.


II. Kebanyakan kuasa kerajaan terletak di tangan Kerajaan Negeri.
III. Kerajaan Persekutuan berkuasa membuat undang-undang melalui Parlimen.
IV. Selain Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri berkuasa membuat undang-undang
dalam Senarai Bersama.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

8. Antara penyataan berikut, yang manakah menunjukkan ketertinggian Perlembagaan


Persekutuan?

I. Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugasnya.


II. Hakim Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan kerajaan sebagai tidak sah.
III. Hakim Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan undang-undang yang digubal
sebagai sah.
IV. Segala undang-undang Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
SULIT

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

3
9. Berikut merupakan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atas dasar tolak
ansur antara kaum. Yang manakah bukan dirangka atas dasar tolak ansur antara kaum?

A. Hak mengundi dan penetapan jawatan menteri.


B. Kewarganegaraan dan hak keistimewaan orang Melayu.
C. Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.
D. Kedudukan Raja Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi.

10. Antara penyataan berikut, yang manakah tindakan yang disifatkan sebagai melanggar hak
asasi individu?

I. Pengambilan tanah untuk projek awam dengan pemberian pampasan


II. Kerajaan melaksanakan kerahan tenaga dengan tujuan mempertahankan negara.
III. Penduduk Sabah dan Sarawak dihalang bermastautin di Semenanjung Malaysia.
IV. Seseorang yang ditangkap tidak dibenarkan dibela dan berunding dengan
peguambelanya.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

11.
o Merancang dan menyelaras segala dasar negara
o Memastikan segala dasar negara dijalankan dengan cekap dan berkesan

Pernyataan di atas adalah fungsi-fungsi bagi

A. Kabinet
B. Jabatan Perdana Menteri
C. Unit Perancang Ekonomi
D. Jabatan Perkhidmatan Awam

12. Antara peristiwa berikut, yang manakah akan mengakibatkan terlucutnya taraf
kewarganegaraan seseorang?

A. Encik Ali mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Amerika Syarikat.


B. Warganegara secara pendaftaran telah didapati bersalah melakukan pemberontakan
terhadap Kerajaan Persekutuan.
C. Encik Lee telah tersilap memberi maklumat diri anaknya dan telah melaporkan perkara
itu di pejabat pendaftaran.
SULIT

D. Suami Aminah yang merupakan warganegara Persekutuan meninggal dunia selepas


Aminah memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran.

4
13. Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi

I. hak-hak asasi rakyat


II. sejarah pembentukan dan perkembangan Malaysia
III. garis panduan doktrin pengasingan kuasa dalam bidang perundangan, eksekutif dan
kehakiman
IV. undang-undang yang perlu diikuti dan hukuman yang dikenakan terhadap mereka
yang melanggar undang-undang negara

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

14. Antara penyataan berikut, yang manakah merujuk kepada hak istimewa orang-orang Melayu
dan Bumiputera?

I. Sistem kuota wujud dalam pendidikan pada peringkat pengajian tinggi.


II. Gaji yang lebih tinggi harus diberi kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
III. Sistem kuota wujud bagi pengambilan pekerja yang memegang jawatan dalam
perkhidmatan Awam.
IV. Hanya orang Melayu dan Bumiputera sahaja boleh menjadi pegawai tinggi dalam
sesebuah organisasi kerajaan.

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

15. Apakah akan berlaku sekiranya terdapat percanggahan antara undang-undang Persekutuan
dengan undang-undang Negeri?

A. Keseluruhan Undang-Undang Negeri akan dibatalkan.


B. Keseluruhan Undang-Undang Persekutuan akan dibatalkan.
C. Undang-Undang Persekutuan dan Undang-Undang Negeri akan dipinda agar mencapai
kata sepakat.
D. Undang-Undang Persekutuan akan digunakan, manakala Undang-Undang Negeri terbatal
setakat yang bercanggah sahaja.

16. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan. Namun, bahasa Inggeris juga dibenarkan. Antara situasi berikut, yang manakah
SULIT

memerlukan penggunaan bahasa Inggeris?

I. Bahasa Inggeris digunakan dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan Singapura.


II. Bahasa pengantar bahasa Inggeris digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan.
III. Semua kes dikendalikan di semua peringkat mahkamah mesti dalam bahasa Melayu.
IV. Pelajar mengikuti latihan teknologi maklumat yang dikendali oleh pakar dari
Amerika Syarikat. 5

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa pentadbiran Kerajaan
Persekutuan?

I. Rekod Purbakala dan Sejarah


II. Kawalan terhadap musuh tanaman
III. Penyu dan menangkap ikan di sungai
IV. Perkapalan, pelayaran dan perikanan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

18. Pilih pembahagian peruntukan kuasa yang BETUL dalan sistem Kerajaan Persekutuan.

Keajaan Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama


A Kewangan Pertanian dan perhutahan Biasiswa
B Tanah Kebajikan Ternakan
C Biasiswa Sumber manusia Tanah
D Ternakan Kewangan Perkapalan

19. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong?

I. Mengistiharkan darurat
II. Melantik jemaah Menteri
III. Melantik Perdana Menteri
IV. Menolak permintaan membubarkan Parlimen

A. I dan II
B. I da IV
C. II dan III
D. III dan IV
SULIT

20. Antara yang berikut, yang manakah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ?

I. Menteri Besar di negeri Baginda


II. Yang DiPertua Dewan Negara
III. Setiausaha Politik Perdana Menteri
IV. Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
6
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

21. Antara yang berikut, yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

I. Melantik Perdana Menteri


II. Mengubah sempadan negeri
III. Melantik Menteri Besar
IV. Mempersetujui upacara agama Islam

A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

- Keistimewaan Parlimen
- Hak-hak istimewa kaum lain
- Perbuatan dan amalan yang berkaitan dengan agama, meliputi seluruh
persekutuan

22. Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Majlis Raja-Raja
B. Majlis Agama Islam
C. Majlis Keselamatan Negara
D. Majlis Adat Istiadat Diraja

23. Antara yang berikut, yang manakah mengenai Suruhanjaya Khas?

I. Had umur persaraan anggota Suruhanjaya ialah 65 tahun


II. Bekas ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri boleh dilantik sebagai
anggota suruhanjaya
III. Saraan ahli Suruhanjaya ditanggung oleh Kumpulan Wang Yang Disatukan dan
nilainya ditentukan oleh kabinet
IV. Pemecatan ahli suruhanjaya melalui tribunal adalah muktamad dan tidak boleh dirayu
di mana-mana mahkamah
SULIT

A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

24. Antara yang berikut, yang manakah termasuk dalam Suruhanjaya Perkhidmatan di Malaysia?

I. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia


II. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
III. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
IV. Suruhanjaya Anggota Keselamatan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

25. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Badan Eksekutif di Malaysia?

Persekutuan Negeri
I Kuasa Eksekutif
Tertinggi Yang di-Pertuan Agong Raja/Yang DiPertua Negeri

II Ketua Eksekutif
Tertinggi Perdana Menteri Menteri Besar/Ketua Menteri

III Pegawai Eksekutif


Tertinggi Ketua Hakim Negara Setiausaha Kerajaan Negeri

IV Pegawai Eksekutif
Tertinggi Ketua Setiausaha Ketua Pengarah

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

o Tidak boleh meneruskan profesionnya


o Mesti warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang

26. Pernyataan di atas merujuk kepada

I. Perdana Menteri
II. Ketua Audit Negara
III. Yang Dipertua Negeri
SULIT

IV. Ahli Mjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
8
27. Pegawai tadbir utama negeri ialah

A. Menteri Besar atau Ketua Menteri


B. Ketua Setiausaha
C. Sultan atau Tuan Yang Terutama
D. Setiausaha Kerajaan Negeri

28. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang kabinet?

I. Kabinet merupakan sebuah badan pemerintah


II. Kabinet merupakan jentera pentedbiran Negara
III. Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
IV. Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan
Agong

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

29. Ordinan Pelajaran 1952 adalah berasaskan

A Penyata Razak
B Laporan Barnes
C Laporan Barnes dan Penyata Razak
D Laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu

30. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi Unit Perancang Ekonomi?

A. Menyiapkan program pembangunan tahunan untuk seluruh persekutuan


B. Memastikan dasar-dasar ekonomi mencapai matlamat sebagaimana yang dirancang
C. Membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kontraktor bumiputera
D. Menyemak dan menilai prestasi pelaksanaan Rancangan-Rancangan Pembangunan Lima
Tahun Malaysia

o Menjadi urusetia Majlis Pembangunan Negara


o Memastikan Dasar Pembangunan Nasional, Penswastaan dan Dasar Pandang ke
Timur mencapai matlamat

31. Agensi Pusat yang dimaksudkan di atas ialah


SULIT

A. Unit Permodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia


B. Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan
C. Unit Perancangan Ekonomi
D. Unit Penyelidikan Soioekonomi

32. Antara kementerian berikut, yang manakah berfungsi di peringkat Persekutuan sahaja?

I. Kementerian Pelajaan
II. Kementerian Kesihatan
III. Kementerian Kewangan
IV. Kementerian Pertahanan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

33. Antara yang berikut, yang manakah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan
Malaysia?

I. Bank Islam Malaysia Berhad


II. Bank Industri Malaysia Berhad
III. Bank Simpanan Nasional Berhad
IV. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

34. Antara yang berikut, yang manakah BENAR tentang badan berkanun dan badan tidak
berkanun?

Badan Berkanun Badan Tidak Berkanun


A Pegawai tadbir utama ialah pengarah Mesti didaftar di bawah Akta Syarikat
B Membolehkan kerajaan menceburi Membolehkan kerajaan membuat keuntungan
bidang yang tidak mampu dikendalikan kewangan
oleh sektor swasta
C Melantik pegawai kanan kerajaan sebagai Terletak di bawah pengawasan kementerian
ahli lembaga pengarah berkenaan
D Membantu kerajaan menguatkuasakan Membolehkan kerajaan melaksanakan
undang-undang tanggungjawab tanpa terikat dengan peraturan
pentadbiran

o Memberi nasihat tentang agama Islam kepada Sultan


SULIT

35. Tugas di atas dilaksanakan oleh

A. Mufti
B. Menteri Besar
C. Majlis Agama Islam
D. Jabatan Hal-Ehwal Islam
10
36. Antara yang berikut, yang manakah ahli-ahli Ex-officio yang tidak dibenarkan menghadiri
persidangan Dewan Undangan Negeri?

A. Selangor
B. Kelantan
C. Pulau Pinang
D. Sarawak

37. Nama : Mas Joko anak Kurniawan, 40 tahun


Keturunan : Madura, Indonesia
Tempat Lahir : Pulau Sipadan
Catatan : Pulau Sipadan dianggap wilayah Malaysia atas keputusan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa pada Disember 2001

Dengan cara apakah Mas Joko dianggap sebagai warganegara Malaysia mengikut Perlembagaan
Persekutuan ?

A kuat kuasa undang-undang


B pendaftaran
C percantuman wilayah
D naturalisasi

38. Di Sabah, badan yang mengandungi Exco Negeri yang memerintah Sabah dinamakan

A. Kabinet Negeri
B. Majlis Tertinggi
C. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
D. Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah

39. Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri, badan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan
semua aspek pembangunan di peringkat negeri ialah

A. Majlis Pembangunan Negeri


B. Majlis Kewangan Negeri
C. Jawatankuasa Keselamatan Negeri
D. Jawatankuasa Pembangunan Negeri

40. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber kewangan bagi sesebuah kerajaan tempatan
untuk menjalankan tugas-tugasnya?

I. Hasil cukai dan sewa


SULIT

II. Hasil kutipan cukai tanah


III. Pinjaman daripada bank perdagangan
IV. Bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV 11
41. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Akta Kerajaan tempatan 1976 digubal?

I. Memudahkan Kerajaan negeri memantau kegiatan Kerajaan Tempatan


II. Mengurangkan kuasa autonomi Kerajaan Tempatan
III. Mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan wang
IV. Mewujudkan satu jentera pentadbiran yang cekap

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

42. Antara yang berikut, yang manakah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri?

I. Bekalan kuasa
II. Pertanian
III. Pengairan
IV. Perkhidmatan Kerajaan Tempatan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

43. Antara yang berikut, yang manakah mengenai keanggotaan ahli Majlis Perbandaran?

I. Anggota-anggotanya dilantik daripada pemastautin tempatan


II. Pelantikan ahli majlisnya untuk tempoh satu tahun setiap penggal
III. Ahli-ahli majlis dilantik oleh ketua negeri bagi yang berkenaan
IV. Ahli majlis boleh memegang jawatan untuk tempoh dua penggal sahaja

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

44. Antara berikut, yang manakah merupakan badan tidak berkanun Persekutuan?

A Petronas
B Bank Negara Malaysia
C Universiti Kebangsaan Malaysia
D Majlis Amanah Rakyat
SULIT

45. Agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan ialah

A Kabinet
B Jabatan
C Kementerian
D Agensi Pusat
12

Soalan 46 dan 47 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Jadual : Cukai Keuntungan Perniagaan Tahun 2005 dan 2006

Keuntungan Kadar Cukai (%)


RM 5000 pertama 4
RM 5000 berikut 6
RM 10000 berikut 10
Jumlah yang berikutnya 13

• Pengecualian cukai kewangan tambahan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar ialah
10%.
• Zakat perniagaan dikecualikan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

46. Jika suatu perniagaan mendapat untung berjumlah RM 40000 pada tahun 2005,
berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar?

A. RM 410
B. RM 3350
C. RM 3690
D. RM 4100

47. Jika pada tahun 2006,untung sesuatu perniagaan naik kepada RM 70000 dan zakat yang
dibayar berjumlah RM 800 , berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar?

A. RM 6250
B. RM 6480
C. RM 7200
D. RM 8000

48. Harga belian kereta : Euro 30000


Kos Pengangkutan : Euro 2500
Cukai import kereta : 80 % daripada harga belian yang dikira dalam RM
Kadar pertukaran : Jualan Belian
(RM) (RM)
Satu Euro : 5.10 5.03

Berdasarkar butir-butir di atas, berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Encik
Tan yang tinggal di Kuala Lumpur,Malaysia untuk mengimport sebuah kereta
SULIT

dari Eropah?

A RM 260,051.00
B RM 285,215.00
C RM 288,150.00
D RM 298,350.00

13
Soalan 49 berdasarkan makluma di bawah ini.

Sebuah sekolah mempunyai 1800 orang pelajar. Sebanyak 40peratus daripadanya


ialah pelajar lelaki. Sebanyak 40 peratus daripada pelajar perempuan tinggal di
bandar. Sebanyak 25 peratus daripada pelajar perempuan di luar bandar pergi ke
sekolah dengan menaiki bas, manakala selebihnya pergi ke sekolah dengan basikal.

49. Hitung bilangan pelajar perempuanyang pergi ke sekolah dengan basikal

A. 162 orang
B. 444 orang
C. 486 orang
D. 648 orang

Soalan 50 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Sebuah kereta mempunyai tangki minyak yng mengandungi 40 liter petrol. Setelah
bergerak sejauh 172 km, tangki minyak kereta tersebut masih mengandungi 20 liter
petrol.

50. Jarak dalam kilometer yang dilalui oleh kereta tersebut bagi setiap liter petrol ialah

A. 8.4 km
B. 8.6 km
C. 4.5 km
D. 4.3 km

Soalan 51 dan 52 berdasarkan jadual di bawah

Negara Eksport ( % ) Import ( % )


Jepun 20 30.2
Singapura 22.3 14.3
Indonesia 12.1 6.2
Britain 5.4 5.0
Amerika Syarikat 10.7 8.2
Jerman 6.2 6.4
Negara-negara lain 23.3 29.7
Jumlah nilai (RM juta ) 75220 70920

51. Berdasarkan Jadual di atas, yang manakah Benar tentang jadual di atas.
SULIT

I Nilai import Malaysia dari Singapura melebihi RM 1000 juta.


II Nilai import Malaysia dari negara-negara lain melebihi nilai eksport Malaysia ke
Jepun.
III Perdgagangan dengan Amerika Syarikat merugikan Malaysia dari segi tukaran mata
wang asing.
IV Jumlah nilai eksport Malaysia ke Jerman dan Amerika Syarikat adalah melebihi RM
13 ribu juta. 14

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

52. Sekiranya Malaysia ingin mewujudkan perdagangan yang seimbang dengan negara-
negara lain, Malaysia perlu menambah eksport ke negara-negara lain sebanyak

A. 3.7 %
B. 4.7 %
C. 27 %
D. 28 %

53. Encik Ahmad dan Encik Nazri masing-masing ditugaskan untuk memotong rumput di
dua buah padang yang sama luasnya. Encik Nazri mengambil masa 1 jam 30 minit
untuk memotong rumput seluas satu per tiga daripada padang itu. Berapa minitkah
masa yang diambil oleh Encik Ahmad untuk menyempurnakan pemotongan rumput
seluruh padang jika keupayaan Encik Ahmad adalah tiga kali ganda keupayaan Encik
Nazri ?

A. 45 minit
B. 75 minit
C. 90 minit
D. 270 minit

54. Sebanyak 20000 orang calon telah menduduki suatu peperiksaan . Sebanyak 25
peratus daripada calon tersebut adalah lelaki. Sejumlah 20 peratus daripada calon
wanita dan 40 peratus daripada calon lelaki telah lulus. Berapakah peratus calon
wanita yang gagal daripada jumlah keseluruhan calon peperiksaan ?

A. 20 %
B. 25 %
C. 27 %
D. 60 %

Soalan-soalan 55 dan 56 berdasarkan Jadual di bawah.

Jadual : Bilangan Personel Perubatan yang Berdaftar


Bidang 2000 2001 2002
SULIT

Doktor 15619 16146 17442


Doktor gigi 2144 2225 2297
Jururawat 23255 24543 35280
Penolong 5819 5325 7319
jururawat
Bidan 7711 8747 9360
15
55. Antara yang berikut, personel perubatan yang manakah mengalami peratusan
peningkatan paling besar dalam tempoh 2000 hingga 2002 ?

A Bidan
B Doktor
C Doktor gigi
D Penolong jururawat

56. Antara yang berikut, yang manakah Benar tentang jadual di atas?

A Semua personel perubatan yang berdaftar mengalami peningkatan berterusan


dalam tempoh 2000 hingga 2002
B Secara keseluruhannya, bilangan personel perubatan telah mengalami
peningkatan lebih daripada 30 % dalam tempoh 2000-2002
C Bilangan jururawat yang berdaftar pada tahun 2002 meliputi separuh daripada
bilangan personel perubatan pada tahun itu.
D Pertambahan bilangan jururawat adalah lebih daripada tujuh kali ganda
berbanding dengan pertambahan bilangan doktor.

Soalan 57 berdasarkan maklumat di bawah.

Andaian : Penyataan :
Ketinggian Chong :1.56m Ketinggian P kurang daripada Q
Ketinggian Alex :1.68 m Ketinggian Q kurang daripada R
Ketinggian Gopal :1.48 m Ketinggian R kurang daripada S
Ketinggian Suhana :1.65m Ketinggian S lebih daripada P

57. Berdasarkan andaian dan penyataan di atas , pilih padanan yang betul tentang Alex, Suhana ,
Chong , dan Gopal.

P Q R S
A Alex Suhana Chong Gopal
B Chong Alex Gopal Suhana
C Gopal Chong Suhana Alex
D Suhana Gopal Alex Chong
SULIT

16
Soalan 58 berdasarkan maklumat di bawah ini

P dan Q perlu mendaftarkan diri di sebuah IPTA yang sama pada pukul 2.00
petang. Jarak rumah P ke IPTA tersebut ialah 145 km manakala jarak rumah Q ke
IPTA itu pula ialah 90 km.

58. Pada pukul berapakah P dan Q perlu bertolak jika mereka memandu dengan kelajuan 65 km
sejam ?

P Q
A 11.37 pagi 12.21 tengah hari
B 11.46 pagi 12.37 tengah hari
C 12.46 tengah hari 1.21 petang
D 12.37 tengah hari 1.37 petang

Soalan 59 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Sebuah peti cabutan bertuah mengandungi 520 nombor bertuah. Sebanyak lima per
lapan daripada nombor itu ialah hadiah sagu hati. Sebanyak satu per empat daripada
nombor itu pula ialah hadiah kedua dan ketiga. Bakinya ialah hadiah utama.

59. Hitungkan bilangan nombor cabutan baagi hadiah utama.

A. 65
B. 85
C. 120
D. 130

Tarif Air
100000 liter yang pertama 13 sen setiap 1000 liter
150000 liter yang berikutnya 25 sen setiap 1000 liter
500000 liter yang berikutnya 38 sen setiap1000 liter

60. Sekiranya sebuah kilang menggunakan sebanyak 35000 liter air sehari, berapakah yang
harus dibayar oleh syarikat tersebut bagi bil air bulan Mac?

A. RM 233.80
SULIT

B. RM 271.30
C. RM 310.50
D. RM 367.80

17
STPM
900/2
3 jam
OKT 2008

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERIAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 6R

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

___________________________________________________________________

PENGAJIAN AM

KERTAS DUA

3 JAM
___________________________________________________________________

Arahan kepada calon :

Jawab lima ( 5) soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D dan E.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

PERINGATAN :

Bahagian A dan B perlu dihantar kepada secara berasingan dengan


bahagian C,D dan E.

Kertas ini dihasilkan oleh, Disahkan oleh,


SULIT

(PANEL PANITIA PENGAJIAN AM)

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

[LIHAT SEBELAH
Bahagian A

Pilih satu soalan daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya
antara 250 hingga 300 patah perkataan.
[ 25 ]

1. Pelbagai faktor dikenalpasti menyumbang kepada peningkatan harga barang di negara


ini. Langkah-langkah tertentu wajar diambil bagi membendung masalah tersebut.
Bincangkan.

2. Pelancongan kesihatan merupakan produk baru pelancongan yang semakin diberi


penekanan dalam industri pelancongan negara.
Bincangkan potensi dan langkah-langkah untuk meningkatkan pelancongan kesihatan
di negara kita.

Bahagian B

Pilih satu soalan daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya
antara 250 hingga 300 patah perkataan.
[ 25 ]

3. Kecemerlangan prestasi sukan sesebuah negara pada masa kini banyak dipengaruhi
oleh kemajuan bidang sains dan teknologi.
Bincangkan.

4. Isu makanan segera sering kali diperkatakan dewasa ini. Pelbagai pihak berwajib
telah mengambil inisiatif bagi menerangkan pelbagai kesan pengambilan pelbagai
makanan segera ini.
SULIT

Jelaskan sebab-sebab makanan segera ini popular dewasa ini dan bincangkan
implikasinya kepada individu yang mengamalkan tabiat pemakanan ini.

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini; satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5 (a) “Satu sistem yang lebih komprehensif perlu diwujudkan bagi memastikan
kes-kes keganasan seksual disiasat dengan segera oleh pihak polis. Mangsa kes
keganasan seksual tidak mampu mengekalkan bukti-bukti pada badan mereka untuk
jangka masa yang lama. Oleh itu, keperluan supaya kes tersebut segera disiasat
sememangnya mendesak….”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Utusan Malaysia, 16 November 2002.)

(i) Apakah yang diharapkan oleh mangsa keganasan seksual daripada pihak
berkuasa dalam usaha membela nasib mereka?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


cara-cara membendung keganasan seksual.

ATAU

(b) “Penduduk kampung yang ingin menyertai “program homestay” perlu


menghadiri latihan seperti cara-cara melayan tetamu dan memastikan rumah mereka
mempunyai bilik dan bilik air yang sempurna. Kebanyakan pelancong berminat tinggal
bersama-sama dengan masyarakat tempatan untuk mengenali cara hidup dan mengikuti
aktiviti seharian seperti melihat kebudayaan dan kraf tangan yang terdapat di kampung
tersebut.”

(Dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian, 15 Februari 2006)
SULIT

(i) Apakah yang anda faham tentang konsep “homestay”?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,


bincangkan faedah-faedah ”program homestay” kepada penduduk
setempat.

6 (a) “Vaksin penyakit kencing manis yang diuji pertama kalinya pada bulan
Ogos 2005, memberi harapan sebagai penawar penyakit tersebut. Kini, pesakit kencing
manis memerlukan suntikan insulin pada setiap hari. Sekiranya keadaan ini berada pada
tahap yang kronik, kesan penyakit ini boleh menyebabkan penghidapan itu buta,
kehilangan anggota dan mati.”

(Dipetik dan diubah suai daripada


Utusan Malaysia, 24 September, 2005)

(i) Bagaimanakah rawatan penyakit kencing manis dijalankan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,


bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi mengurangkan
risiko menghidapi penyakit kencing manis.

ATAU

(b) ” Pencemaran air yang berlaku bukan bersifat semula jadi tetapi berpunca
daripada aliran sisa buangan ke sungai dan laut. Amalan pembuangan sisa cecair
dan pepejal ke dalam sungai oleh pengusaha kilang, peniaga pasar harian dan
malam serta penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan tepi sungai
akan memusnahkan habitat hidupan akuatik.”

(Dipetik dan diubah suaikan daripada


Dewan Kosmik, Oktober 2005)

(i) Bagaimanakah air sungai boleh tercemar?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


kesan-kesan pencemaran air kepada hidupan?
SULIT

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas
graf. [15]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta
pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan peruntukan mengurus Kerajaan
Persekutuan bagi tahun 2005 dan anggaran tahun 2007.

Dalam pembentangan belanjawan kerajaan setiap tahun, peruntukan kerajaan adalah


berubah dari semasa ke semasa. Sebahagian besar peruntukan adalah dikhususkan untuk
perbelanjaan mengurus. Pada tahun 2005, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan secara
keseluruhan adalah sebanyak RM 97 744 juta. Jumlah tersebut terus meningkat sebanyak RM15
242 juta menjelang tahun 2007 dengan peningkatan sebanyak 15.59 peratus.

Bagi tahun 2005, RM25 587 juta telah diperuntukkan untuk pembayaran emolumen yang
menyumbang sebanyak 26.18 peratus daripada keseluruhan peruntukan pada tahun tersebut.
Perbelanjaan untuk emolumen terus meningkat kepada RM25 815 juta pada tahun 2007.
Manakala perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula ialah sebanyak RM7 049 pada
tahun 2007 yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM240 juta berbanding dengan tahun
2005.

Bayaran khidmat hutang dan serahan kepada kerajaan negeri juga merupakan sebahagian
dari perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2005, Kerajaan Persekutuan
memperuntukkan sejumlah RM11 604 juta untuk bayaran khidmat hutang dan RM2 614 juta pula
diperuntukkan untuk serahan dan pemberian kepada kerajaan negeri. Berbanding tahun 2007,
dengan kecekapan pengurusan kewangan kerajaan, peruntukan untuk khidmat bayar hutang telah
meningkat kepada RM13 127 juta. Manakala pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri pula
telah menunjukkan peningkatan sebanyak RM1 031 juta berbanding tahun 2005.

Peruntukan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan melibatkan 18.4 peratus daripada
keseluruhan perbelanjaan pada tahun 2005 yang melibatkan kos sebanyak RM 17 984 juta. Bagi
tahun 2007 pula perbelanjaan tersebut terus meningkat menjadi RM 23 147 juta. Bagi tahun 2007
juga sejumlah RM11 908 juta telah diperuntukan bagi pemberian subsidi. Peruntukan ini
menunjukkan penurunan sebanyak RM1 479 juta berbanding dengan peruntukan pada tahun
2005. Peruntukan selebihnya bagi kedua-dua tahun tersebut adalah dikhususkan kepada
perbelanjaan mengurus untuk lain-lain perbelanjaan.

Secara perbandingan, sebahagian besar peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi setiap


tahun adalah untuk bayaran emolumen, bekalan dan perkhidmatan serta lain-lain perbelanjaan.
SULIT

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Buku


Tahunan Perangkaan Malaysia, 2007)

5
8. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,
sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi
kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat sarjana muda di institusi pengajian tinggi
awam bagi tempoh 2001-2005.

Selaras dengan keperluan untuk menambah bilangan profesional bagi menampung


perkembangan kegiatan industri dan ekonomi serta keperluan untuk meningkatkan
keupayaan penyelidikan dan pembangunan negara, maka bilangan pengambilan pelajar
bagi kursus-kursus sains dan teknik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
ditingkatkan dari tahun ke tahun, dan nisbah pengambilan pelajar antara aliran sains
dengan aliran sastera telah menjadi 60:40.

Pada tahun 2001, sebanyak 12 467 orang pelajar diambil untuk mengikuti
pelbagai kursus dalam aliran sains dan teknik. Daripada jumlah ini, 1 346 orang diambil
untuk kursus perubatan dan pergigian, 2 266 orang untuk kursus teknologi maklumat,
3 594 orang untuk kursus sains tulen, 2 618 orang untuk kursus kejuruteraan, manakala
yang selebihnya akan mengikuti kursus-kursus sains dan teknik yang lain.

Pengambilan pelajar bagi kursus perubatan dan pergigian semakin meningkat,


iaitu 1 744 orang pada tahun 2002, 1 846 orang pada tahun 2003, 2 053 orang pada tahun
2004 dan 2 461 orang pada tahun 2005. Pengambilan pelajar bagi kursus teknologi
maklumat tidak konsisten. Pengambilan pelajar pada tahun 2002 ialah sebanyak 3 625
orang sahaja, dan bilangan ini bertambah 162 orang lagi pada tahun 2003. Pengambilan
pelajar pada tahun 2004 telah menurun menjadi 3 299 orang dan bertambah menjadi
3 509 orang tahun 2005.

Pengambilan pelajar bagi kursus sains tulen banyak bertambah berbanding


dengan kursus-kursus yang lain dalam tempoh 2001 hingga 2005. Pada tahun 2002,
sebanyak 5 399 orang mengikuti kursus sains tulen. Bilangan ini bertambah kepada
5 810 orang pada tahun 2003, 6 730 orang pada tahun 2004, dan menurun kepada
6 541 orang pada tahun 2005.

Kursus kejuruteraan dan kursus-kursus sains dan teknik yang lain memperlihatkan
pertambahan bilangan pengambilan pelajar yang paling besar bagi tempoh 2001-2005.
Pada tahun 2002 dan 2003, pengambilan pelajar bagi kursus kejuruteraan meningkat
dengan banyak, iaitu masing-masing 4 641 orang dan 6 802 orang. Bilangan ini terus
meningkat kepada 7 781 orang pada tahun 2004 dan 8 228 orang pada tahun 2005.

Pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik yang lain pun
menunjukkan peningkatan yang besar juga, iaitu dari 3 726 orang pada tahun 2002, dan
SULIT

3 878 orang pada tahun 2003 kepada 4 445 orang pada tahun 2004 dan 4 818 orang pada
tahun 2005. Kursus-kursus sains dan teknik yang lain ini meliputi sains gunaan,
perancangan bandar, farmasi, dan teknologi.

(Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Tahunan 2006, Jabatan Pengurusan Sektor IPT)
6
Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini. [15m]

9 Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola jenis-jenis ternakan mengikut


negeri pada tahun 2006 dan nyatakan langkah-langkah yang efektif bagi meningkatkan
lagi jumlah pengeluaran hasil ternakan negara.

Malaysia: Jenis-Jenis Ternakan Mengikut Negeri Pada Tahun 2006

2006
BIL NEGERI KERBAU LEMBU KAMBING BEBIRI
BILANGAN (EKOR)
1 Perlis 65 5 634 5 239 3 024
2 Kedah 10 186 82 331 42 179 20 472
3 Pulau Pinang 479 15 246 8 221 587
4 Perak 17 376 51 327 29 249 2 951
5 Selangor 668 23 746 22 154 2 600
6 Negeri Sembilan 4 582 36 889 32 881 13 899
7 Melaka 5 153 27 887 23 690 7 368
8 Johor 3 205 103 276 31 493 8 545
9 Pahang 18 460 151 037 33 679 11 148
10 Terengganu 11 571 93 245 22 060 3 487
11 Kelantan 7 299 125 611 42 948 36 951
12 Wil. Persekutuan - 161 78 71
13 Sabah 44 144 45 802 30 280 1 824
14 Sarawak 9 150 12 210 9 811 1 824
Jumlah 132 338 774 402 333 926 116 697

(Dipetik dan diubahsuai daripada


Berita Harian, 13 April 2008)
SULIT

10. Berdasarkan carta aliran di bawah, huraikan tentang faktor-faktor secara langsung
dan faktor-faktor secara tidak langsung yang mempengaruhi kedudukan sesuatu industri.

FAKTOR-FAKTOR PENENTUAN KEDUDUKAN


SESUATU INDUSTRI

DASAR KERAJAAN
Polisi
Insentif

BEKALAN PEMBINAAN DAN BEKALAN


TENAGA JENIS INDUSTRI BAHAN
MANUSIA MENTAH

- Kemahiran - Bekalan
- Kesesuaian - Harga
- Kos Gaji - Kesesuaian

PASARAN BAHAN API DAN


- Tempatan TENAGA
- Luar Negara Harga
- Saiz Pasaran Jenis
Kesesuaian dengan
industri
SULIT

8
Soalan 1 dan 2 berdasarkan maklumat di bawah ini.
Jadual : Cukai Keuntungan Perniagaan Tahun 2005 dan 2006
Keuntungan Kadar Cukai (%)
RM 5000 pertama 4
RM 5000 berikut 6
RM 10000 berikut 10
Jumlah yang berikutnya 13

• Pengecualian cukai kewangan tambahan daripada jumlah cukai yang perlu


dibayar ialah 10%.
• Zakat perniagaan dikecualikan daripada jumlah cukai yang perlu dibayar.

1. Jika suatu perniagaan mendapat untung berjumlah RM 40000 pada tahun 2005,
berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar?
A RM 410 C RM 3690
B RM 3350 D RM 4100

2. Jika pada tahun 2006,untung sesuatu perniagaan naik kepada RM 70000 dan zakat
yang dibayar berjumlah RM 800 , berapakah jumlah cukai yang perlu dibayar?
A RM 6250 C RM 7200
B RM 6480 D RM 8000

3. Harga belian kereta : Euro 30000


Kos Pengangkutan : Euro 2500
Cukai import kereta : 80 % daripada harga belian yang dikira dalam RM
Kadar pertukaran : Jualan Belian
(RM) (RM)
Satu Euro : 5.10 5.03

Berdasarkar butir-butir di atas, berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Encik
Tan yang tinggal di Kuala Lumpur,Malaysia untuk mengimport sebuah kereta
dari Eropah?
A RM 260,051.00 C RM 288,150.00
B RM 285,215.00 D RM 298,350.00

Soalan 4 berdasarkan makluma di bawah ini.


Sebuah sekolah mempunyai 1800 orang pelajar. Sebanyak 40peratus
daripadanya ialah pelajar lelaki. Sebanyak 40 peratus daripada pelajar
SULIT

perempuan tinggal di bandar. Sebanyak 25 peratus daripada pelajar


perempuan di luar bandar pergi ke sekolah dengan menaiki bas, manakala
selebihnya pergi ke sekolah dengan basikal.

4. Hitung bilangan pelajar perempuanyang pergi ke sekolah dengan basikal


A 162 orang C 486 orang
B 444 orang D 648 orang

Soalan 5 berdasarkan maklumat di bawah ini.


Sebuah kereta mempunyai tangki minyak yng mengandungi 40 liter petrol.
Setelah bergerak sejauh 172 km, tangki minyak kereta tersebut masih
mengandungi 20 liter petrol.

5. Jarak dalam kilometer yang dilalui oleh kereta tersebut bagi setiap liter petrol ialah
A 8.4 km C 4.5 km
B 8.6 km D 4.3km

Soalan 6 dan 7 berdasarkan jadual di bawah


Negara Eksport ( % ) Import ( % )
Jepun 20 30.2
Singapura 22.3 14.3
Indonesia 12.1 6.2
Britain 5.4 5.0
Amerika Syarikat 10.7 8.2
Jerman 6.2 6.4
Negara-negara lain 23.3 29.7
Jumlah nilai (RM juta ) 75220 70920

6. Berdasarkan Jadual di atas, yang manakah Benar tentang jadual di atas.

I Nilai import Malaysia dari Singapura melebihi RM 1000 juta.


II Nilai import Malaysia dari negara-negara lain melebihi nilai eksport Malaysia ke
Jepun.
III Perdgagangan dengan Amerika Syarikat merugikan Malaysia dari segi tukaran mata
wang asing.
IV Jumlah nilai eksport Malaysia ke Jerman dan Amerika Syarikat adalah melebihi RM
13 ribu juta.

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

7. Sekiranya Malaysia ingin mewujudkan perdagangan yang seimbang dengan negara-


SULIT

negara lain, Malaysia perlu menambah eksport ke negara-negara lain sebanyak

A 3.7 % C 27 %
B 4.7 % D 28 %

8. Encik Ahmad dan Encik Nazri masing-masing ditugaskan untuk memotong rumput di
dua buah padang yang sama luasnya. Encik Nazri mengambil masa 1 jam 30 minit
untuk memotong rumput seluas satu per tiga daripada padang itu. Berapa minitkah
masa yang diambil oleh Encik Ahmad untuk menyempurnakan pemotongan rumput
seluruh padang jika keupayaan Encik Ahmad adalah tiga kali ganda keupayaan Encik
Nazri ?

A 45 minit C 90 minit
B 75 minit D 270 minit

9. Sebanyak 20000 orang calon telah menduduki suatu peperiksaan . Sebanyak 25


peratus daripada calon tersebut adalah lelaki. Sejumlah 20 peratus daripada calon
wanita dan 40 peratus daripada calon lelaki telah lulus. Berapakah peratus calon
wanita yang gagal daripada jumlah keseluruhan calon peperiksaan ?

A 20 % C 27 %
B 25 % D 60 %

Soalan-soalan 10 dan 11 berdasarkan Jadual di bawah.

Jadual : Bilangan Personel Perubatan yang Berdaftar


Bidang 2000 2001 2002
Doktor 15619 16146 17442
Doktor gigi 2144 2225 2297
Jururawat 23255 24543 35280
Penolong 5819 5325 7319
jururawat
Bidan 7711 8747 9360

10. Antara yang berikut, personel perubatan yang manakah mengalami peratusan
peningkatan paling besar dalam tempoh 2000 hingga 2002 ?
SULIT

A Bidan C Doktor gigi


B Doktor D Penolong jururawat

11. Antara yang berikut, yang manakah Benar tentang jadual di atas?

A Semua personel perubatan yang berdaftar mengalami peningkatan berterusan


dalam tempoh 2000 hingga 2002
B Secara keseluruhannya, bilangan personel perubatan telah mengalami
peningkatan lebih daripada 30 % dalam tempoh 2000-2002
C Bilangan jururawat yang berdaftar pada tahun 2002 meliputi separuh daripada
bilangan personel perubatan pada tahun itu.
D Pertambahan bilangan jururawat adalah lebih daripada tujuh kali ganda
berbanding dengan pertambahan bilangan doktor.

Soalan 12 berdasarkan maklumat di bawah.


Andaian : Penyataan :
Ketinggian Chong :1.56m Ketinggian P kurang daripada Q
Ketinggian Alex :1.68 m Ketinggian Q kurang daripada R
Ketinggian Gopal :1.48 m Ketinggian R kurang daripada S
Ketinggian Suhana :1.65m Ketinggian S lebih daripada P

12. Berdasarkan andaian dan penyataan di atas , pilih padanan yang betul tentang Alex,
Suhana , Chong , dan Gopal.

P Q R S
A Alex Suhana Chong Gopal
B Chong Alex Gopal Suhana
C Gopal Chong Suhana Alex
D Suhana Gopal Alex Chong

Soalan 13 berdasarkan maklumat di bawah ini


P dan Q perlu mendaftarkan diri di sebuah IPTA yang sama pada pukul 2.00
petang. Jarak rumah P ke IPTA tersebut ialah 145 km manakala jarak rumah
Q ke IPTA itu pula ialah 90 km.
SULIT

13. Pada pukul berapakah P dan Q perlu bertolak jika mereka memandu dengan kelajuan
65 km sejam ?

P Q
A 11.37 pagi 12.21 tengah hari
B 11.46 pagi 12.37 tengah hari
C 12.46 tengah hari 1.21 petang
D 12.37 tengah hari 1.37 petang

Soalan 14 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Sebuah peti cabutan bertuah mengandungi 520 nombor bertuah. Sebanyak lima
per lapan daripada nombor itu ialah hadiah sagu hati. Sebanyak satu per empat
daripada nombor itu pula ialah hadiah kedua dan ketiga. Bakinya ialah hadiah
utama.

14. Hitungkan bilangan nombor cabutan baagi hadiah utama.

A 65 B 85 C 120 D 130

Tarif Air
100000 liter yang pertama 13 sen setiap 1000 liter
150000 liter yang berikutnya 25 sen setiap 1000 liter
500000 liter yang berikutnya 38 sen setiap1000 liter

15. Sekiranya sebuah kilang menggunakan sebanyak 35000 liter air sehari, berapakah
yang harus dibayar oleh syarikat tersebut bagi bil air bulan Mac?

A RM 233.80 C RM 310.50
B RM 271.30 D RM 367.80

JAWAPAN

1 C 2 B 3 C 4C 5B
SULIT

6A 7B 8 C 9D 10 D

11 B 12 C 13 B 14 A 15 D

5. Isu susu formula dari Negara China yang dikatakan mengandungi melamin baru-baru
ini banyak menghantui para ibu bapa yang gemar memberikan anak-anak mereka
pelbagai jenama susu formula. Namun penggunaan susu formula tidak boleh
dikesampngkan sama sekali.
Bincangkan.