You are on page 1of 36

Sulit {Lihat sebelah

STPM
900/1
2 JAM
Okt 07

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERIAN

PEPERIKSAAN SEMESTAR AKHIR 2007 (6R)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


___________________________________________________________________________________________________________
________

PENGAJIAN AM

KERTAS SATU

2 JAM

________________________________________________________________________

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan:
anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan menandakan pada Kertas Objektif
yang berasingan.

Baca arahan pada kertas Jawapan Objektif itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah; jumlah markah
anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Digubal oleh, Disemak oleh,

………………………..
(PANEL PANITIA PENGAJIAN AM)

_______________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.

SULIT 1 [LIHAT SEBELAH


Sulit {Lihat sebelah

1. Bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara
ini. Usaha ini asalnya dicadangkan oleh

A. Jawatankuasa Razak
B. Jawatankuasa Rahman Talib
C. Jawatankuasa Barnes
D. Suruhanjaya Ried

2. Ordinan Pelajaran 1952 adalah berasaskan

A Penyata Razak
B Laporan Barnes
C Laporan Barnes dan Penyata Razak
D Laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu

3. Semua pernyataan berikut mengenai ekonomi semasa zaman penjajahan British di Tanah
Melayu adalah benar kecuali

A kegiatan ekonomi adalah bercorak Developmental


B Kebanyakan orang India merupakan buruh di estet
C Kegiatan ekonomi tertumpu di bahagian barat Tanah Melayu
D Ekonomi Tanah Melayu bergantung kepada perusahaan bijih timah dan getah

4. Nama : Mas Joko anak Kurniawan, 40 tahun


Keturunan : Madura, Indonesia
Tempat Lahir : Pulau Sipadan
Catatan : Pulau Sipadan dianggap wilayah Malaysia atas keputusan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa pada Disember 2001

Dengan cara apakah Mas Joko dianggap sebagai warganegara Malaysia mengikut Perlembagaan
Persekutuan ?

A kuat kuasa undang-undang


B pendaftaran
C percantuman wilayah
D naturalisasi

5. Yang manakah antara berikut merupakan asas doktrin pengasingan kuasa?

I Prinsip sekatan dan imbangan


II Pembahagian kuasa pemerintahan yang jalas
III Badan eksekutif harus mempunyai kuasa dalam hal-hal kehakiman
IV Badan kehakiman harus mempunyai kuasa yang lebih daripada badan eksekutif

A I dan II
B I dan III
C II dan III
Sulit {Lihat sebelah

D III dan IV 2

• Satu bentuk pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri untuk kepentingan
bersama
• Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi kuasa sendiri
• Lazimnya terdapat Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri

6. Ciri-ciri di atas menepati ciri-ciri kerajaan

A Kesatuan
B Konfederasi
C Monarki
D Persekutuan

7. Antara pernyataan yang berikut yang manakah merujuk kepada kerajaan autokratik ?

I. Terdapat had-had ke atas persaingan politik


II. Terdapat penggunaan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk mendapat kepatuhan
III. Menghapuskan hak milik tanah untuk kepentingan awam
IV. Prinsip keuntungan persendirian dihapuskan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

8. Menurut Perkara 160 (2) dalam perlembagaan persekutuan, Orang Melayu mestilah

I menganut agama islam


II bertutur dalam bahasa ibunda
III mengamalkan adat istiadat melayu
IV dilahirkan di persekutuan atau singapura selepas Hari Merdeka

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

9. Fungsi utama Jabatan Perdana Menteri ialah untuk

A memberi khidmat sokongan kepada kabinet


B meluluskan dasar-dasar yang dirangka oleh agensi-agensi pusat
C merancang dan meluluskan rancangan pembangunan lima tahun
D merancang, merumus dan menyelaras segala dasar negara di samping
menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh kementerian-
kementerian lain secara cekap dan berkesan
Sulit {Lihat sebelah

3
10. Semua pernyataan berikut tentang Raja atau Yang Dipertua Negeri adalah benar
kecuali

A Seseorang raja boleh didakwa atas sifat peribadi baginda


B Yang Dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
C Di semua negeri beraja (kecuali Perlis dan negeri Sembilan) raja dikenali
sebagai Sultan
D Raja atau Yang Dipertua Negeri merupakan sebahagian daripada badan
perundangan negeri

11. Antara berikut yang manakah terdapat dalam Senarai Bersama?

A Tanah
B Perikanan
C Perumahan
D Hal-ehwal agama

12. Sebab utama pentadbir-pentadbir awam memainkan peranan penting dalam


pembangunan negara ialah mereka

A memegang jawatan tetap


B meluluskan rancangan-rancangan pembangunan ekonomi negara
C mempunyai kata pemutus dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar
awam
D bertanggungjawab terhadap perjalanan pentadbiran harian serta
terlibat dalam proses pembentukan dan pelaksanaandasar-dasar awam

13. Kerenah pentadbiran birokrasi ialah istilah yang merujuk kepada cara pentadbiran sebuah jabatan
atau kementerian kerajaan.Yang manakah antara berikut menjelaskan istilah tersebut?

A Sistem pentadbiran sehala yang tidak boleh dipertikaikan arahannya.


B Sistem pentadbiran tentera yang urusannya dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
C Sistem pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan yang bercorak demokrasi.
D Sistem pentadbiran yang melibatkan berbagai-bagai peringkat dan proses pengurusan
serta peraturan yang banyak.

Dilantik oleh Perdana menteri


Bukan ahli politik
X Menjalankan kewajipan politik
Perlantikan boleh ditamatkan tanpa had masa oleh Perdana Menteri.

14. X merujuk kepada

A. Setiausaha Kerajaan Negeri


B. Ketua Setiausaha Negara
Sulit {Lihat sebelah

C. Setiausaha Politik
D. Setiausaha Parlimen 4
15. Antara berikut yang manakah benar tentang Yang di-Pertua Negeri?

I Mesti dilahirkan di negeri berkenaan


II Terlibat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong
III Melantik Ketua Menteri bagi mengetuai pemerintahan negeri
IV Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh empat tahun

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah benar tentang badan eksekutif di Malaysia

A Perdana Menteri dipilih menerusi pilihanraya umum


B Jemaah Menteri menentukan sesuatu dasar dalam atau luar negara
C Jemaah Menteri mengawal secara langsung perbadanan awam di Malaysia
D Jemaah Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari kalangan ahli Dewan
Rakyat

17. Agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan ialah

A Kabinet
B Jabatan
C Kementerian
D Agensi Pusat

18.
• Memulihkan keyakinan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi negara
• Memperkukuhkan asas ekonomi negara
• Mengelakkan negara daripada kegawatan ekonomi

Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?

A Bank Negara Malaysia


B Kementerian Kewangan
C Majlis Kewangan Negara
D Majlis Tindakan Ekonomi Negara

19.
• Meluluskan hari bekerja kakitangan awam lima hari seminggu
• Meluluskan pemberian bonus kepada kakitangan awam

Antara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas?

A Perbendaharaan
B Jabatan Perdana Menteri
Sulit {Lihat sebelah

C Jabatan Perkhidmatan Awam


D Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
5
20. Antara berikut yang manakah benar tentang Setiausaha Majlis Raja-Raja?

A Memegang jawatan selama 5 tahun


B Dilantik dari kalangan Raja-Raja Melayu
C Mengumumkan keputusan Majlis Raja-Raja
D Berhak mengundi semasa pemilihan Yang di-Pertuan Agong

21. Antara berikut yang manakah benar tentang Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik

Setiausaha Parlimen Setiausaha Politik


A Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Dilantik oleh Perdana Menteri
B Ahli Dewan Rakyat Ahli Dewan Negara
C Saraan di bawah peruntukan Parlimen Saraan ditetapkan oleh Jemaah Menteri
D Membantu menteri dan timbalan menteri Membantu menteri dan timbalan menteri
dalam perbahasan di dalam Parlimen di kementerian

22. Antara berikut, manakah rang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-
raja?

I Melantik Perdana Menteri dan Kabinet


II Mengubah sempadan negeri
III Meminda kedudukan dan kedaulatan raja-raja
IV Melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

23. Antara pernyataan berikut yang manakah benar mengenai Ketua Setiausaha Negara
(KSN) ?

I KSN merupakan Setiausaha Kabinet


II Jawatan KSN biasanya dijawat oleh Setiausaha Sulit Perdana Menteri
III KSN merupakan Ketua Perkhidmatan Kabinet
IV KSN bertanggungjawab melantik pegawai perkhidmatan awam

A I dan III
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

1. Antara berikut yang manakah tergolong dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ?

I Angkatan Tentera Malaysia


II Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Sulit {Lihat sebelah

III Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang


IV Diplomat Malaysia ke negara asing yang ditetapkan oleh Yang Di-Petuan Agong
6
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

25. Antara berikut yang manakah benar tentang fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan bagi
Sabah dan Sarawak ?

I Menjaga ketenteraman di peringkat negeri


II Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan di peringkat negeri
III Memelihara hubungan rapat Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
IV Menyelaras pentadbiran imigresen antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26. Antara berikut yang manakah benar tentang jawatan dan kuasa pelantikannya?

Jawatan Dilantik oleh


I Ketua Menteri Yang di-Pertua Negeri
II Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Jemaah Menteri
III Timbalan Menteri Yang di-Pertuan Agong
IV Ketua Polis Negara Perdana Menteri

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

27. Antara yang berikut, yang manakah merupakan objektif Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN)

I. Berusaha memulihkan keyakinan pelabur asing


II Berusaha memulihkan ekonomi
III. Berusaha mencari pasaran barangan perindustrian kecil
IV. Berusaha meningkatkan import barangan tempatan ke luar negara

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Sulit {Lihat sebelah

7
28. Masalah pendatang haram di Malaysia melibatkan beberapa buah kementerian. Masalah ini
memerlukan penyelarasan antara kementerian yang terlibat. Tugas ini dilakukan oleh

A Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri


B Kementerian Luar Negara
C Majlis Keselamatan Negara
D Majlis Perundingan Negara

29. Antara berikut, yang manakah merupakan badan tidak berkanun Persekutuan?

A Petronas
B Bank Negara Malaysia
C Universiti Kebangsaan Malaysia
D Majlis Amanah Rakyat

30. Antara pernyataan berikut, yang manakah badan-badan berkanun di Malaysia?

I. Bank Negara Malaysia


II. Lembaga Pelabuhan Klang
III. Institut Penyelidikan Perindustrian dan Piawaian Malaysia (SIRIM)
IV. Puspakom

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV

31. Yang manakah antara berikut merupakan pertimbangan dalam perkiraan pemberian
kepada Majlis Perbandaran ?

I Kos purata yang ditanggung oleh sesebuah Majlis Perbandaran bagi


menyelenggara sebatu jalan
II Jumlah panjangnya jalan raya yang layak menerima pemberian
III Kadar bayaran cukai pintu yang diterima
IV Jumlah penduduk dan kenderaan yang menggunakan jalan raya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan IV
D. III dan IV

32. Tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ialah
untuk

A menjalankan pelaksanaan program-program kerajaan


B menyelaraskan kerja-kerja gotong-royong dan kebersihan kampung
C menjadi mata dan telinga kerajaan di kampung
D memberi peluang kepada penduduk kampung mengambil bahagian
dalam proses perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan
Sulit {Lihat sebelah

8
33. Pegawai tadbir utama negeri ialah

A Menteri Besar atau Ketua Menteri


B Ketua Setiausaha
C Sultan atau Tuan Yang Terutama
D Setiausaha Kerajaan Negeri

34. Peranan utama Pejabat Daerah ialah

A mengawal pelaksanaan projek-projek pembangunan daerah


B merancang, melaksana dan menyelaras usaha-usaha pembangunan
daerah
C menyediakan kemudahan-kemudahan awam di peringkat daerah
D menyatukan penduduk berbilang kaum yang tinggal di dalam sesuatu daerah

35.
P Q R
Penduduk melebihi 100,000 Penduduk kurang daripada Penduduk melebihi
orang 100,000 orang 100,000 orang
Hasil pendapatan tahunan Hasil pendapatan tahunan Hasil pendapatan tahunan
melebihi RM20 juta kurang daripada RM5 juta melebihi RM5 juta

Berdasarkan jadual di atas P, Q dan R adalah di bawah kawalan

P Q R
A Dewan Bandaraya Majlis Daerah Majlis Perbandaran
B Majlis Daerah Majlis Perbandaran Majlis Bandaraya
C Majlis Perbandaran Majlis Daerah Majlis Bandaraya
D Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Majlid Daerah

36. Manakah berikut bukan merujuk kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan ?

A. Menetapkan taraf, status dan sempadan Kerajaan Tempatan


B. Menentukan sumber kewangan Kerajaan Tempatan
C. Meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan
D. Melantik anggota majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua

37. Yang manakah di antara yang berikut merupakan tujuan utama akta Kerajaan Tempatan
1976 digubal?

I mengurangkan kuasa autonomi Kerajaan Tempatan


II mengelakkan berlakunya pembaziran tenaga dan wang
III mewujudkan satu jentera pentadbiran yang cekap
IV memudahkan Kerajaan Negeri mengawal kegiatan Kerajaan Tempatan

A I dan II
B II dan III
C I dan III
Sulit {Lihat sebelah

D II dan IV
9
38. Antara berikut yang manakah benar tentang Pihak Berkuasa Tempatan?

A Ahli-ahli majlis dilantik oleh Ketua Negeri bagi tempoh tiga tahun
B Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis adalah pentadbir utama
C Mempunyai kuasa untuk menetapkan sempadan dan status perbandaran
D Mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berdasarkan bilangan
penduduk, jumlah hasil kutipan dan keluasan kawasan

39. Menyelesaikan masalah Y2K menjelang tahun 2000 dalam sistem perkomputeran agensi-
agensi kerajaan

Agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal di atas ialah

A Jabatab Perkhidmatan Awam


B Unit Penyelarasan Pelaksanaan
C Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

40. Antara yang berikut, yang manakah bukan jabatan yang bertanggung jawab kepada
Kerajaan Persekutuan.

A. Jabatan Bomba
B. Jabatan Imigresen
C. Jabatan Pendaftran
D. Jabatan Tanah dan Galian

41. * Mengkaji dan menilai skim bantuan teknik dan kewangan negara daripada
kerajaan asing dan institusi antarabangsa
* Menyediakan rancangan pembangunan kebangsaan lima tahun secara
menyeluruh

Yang manakah di antara yang berikut yang bertanggunjawab melaksanakan tugas


tersebut?

A Unit Perancang Ekonomi


B Unit Penyelidikan Sosioekonomi
C Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
D Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

42. Semua yang berikut merupakan fungsi Perbendaharaan kecuali

A Meluluskan anggaran belajawan tahunan persekutuan


B menganalisa kdudukan ekonomi negara dan antarabangsa
C mendapatkan wang untuk kegunaan kerajaan persekutuan
D memberi pelbagai perkhidmatan seperti kontrak pusat dan penilaian
Sulit {Lihat sebelah

bangunan-bangunan

10
43. Urusetia bagi Majlis Pembangunan Negara ialah

A Perbendaharaan
B Unit Perancang Ekonomi
C Unit Penyelarasan Pelaksanaan
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancang Pengurusan Malaysia

44. Semua yang berikut merupakan fungsi Jabatan Perkhidmatan Awam kecuali

A menyediakan skim gaji, elaun, dan pencen


B menyimpan rekod mengenai setiap orang kakitangan kerajaan
C mengkaji semula struktur organisasi jabatan-jabatan kerajaan
D mengeluarkan waran perjawatan bagi jawatan-jawatan baru dalam
perkhidmatan awam

45. Yang manakah antara berikut merupakan urutan yang betul dalam proses penggubalan
Rancangan Lima Tahun Malaysia?

I Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara mengkaji semua aspek dasar


perancangan ekonomi
II Pengumpulan maklumat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri di peringkat
negeri
III Rancangan dibentangkan di parlimen
IV Rancangan dikemukakan kepada Majlis Perancang Negara

A I, II, III dan IV


B II. I. III dan IV
C III, II, IV dan I
D II, I, IV dan III

Soalan 46 berdasarkan maklumat di bawah ini.

46. Berdasarkan bilangan penduduk, Kerajaan pusat bersetuju mengagihkan wang kepada
Kerajaan Negeri mengikut kadar berikut:

Jumlah Ringgit seorang


50 000 orang yang pertama 15
200 000 orang yang kedua 10
Melebihi 250 000 orang 4

Jika sebuah negeri mempunyai penduduk seramai 500 000 orang, berapa banyakkah
wang yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri tersebut ?

A. RM 5 750 000
B. RM 3 750 000
Sulit {Lihat sebelah

C. RM 7 530 000
D. RM 5 370 000
11
47. Penuhkan ruang kosong yang diberikan dalam gambar rajah di bawah secara logik.

○ + ▲ →
– ● ← ▼
♀ □ ↑ ◄
■ ♂ ►
A ○
B ×
C ÷
D ↓

Soalan 48 berdasarkan jadual 1 di bawah.


Jadual 1
Guna Tenaga Mengikut Jenis Pekerjaan Bagi Tahun 1995 dan 2000

Tahun 1995 2000


Sektor Jumlah % Jumlah %
Pengeluaran 2 548 800 32.3 3 046 200 33.6
Profesional dan Teknikal 815 300 10.3 1 097 100 12.1
Pentadbiran dan Pengurusan 213 700 2.7 290 100 3.2
Pertanian 1 662 200 20.9 1 486 900 16.4
Perkhidmatan Lain 2 675 400 33.8 3 145 900 34.7
Jumlah 7 915 400 100 9 066 200 100

48. Jika jadual ini dipindahkan ke dalam bentuk carta pai untuk membandingkan jumlah guna
tenaga antara tahun 1990 denegan tahun 2000, nisbah jejari yang sesuai ialah

A 1: 1.20
B 1: 1.15
C 1: 1.10
D 1: 1.07

Ringgit Malaysia Untuk Satu Mata Wang Asing


Mata Wang Harga Jualan Harga Belian
1 US Dollar 3.8 3.7
1 Euro 3.09 3.05
1 Yen 0.027 0.0265
1 Sterling Pound 6.8020 6.6800
1 Dollar Singapura 2.2490 2.2050

49. Encik Sebastian dikehendaki membayar yuran pengajian anaknya di Amerika Syarikat
sebanyak USD 6 000 setahun selama dua tahun dan di Jepun Y30 000 sebulan selama dua
tahun lagi. Berapakah jumlah perbelanjaan (dalam Ringgit Malaysia) bagi anaknya yang
melanjutkan perbelanjaan di Amerika Syarikat dan Jepun ?
Sulit {Lihat sebelah

A RM 65 040.00
B RM 19 440.00
C RM 47 220.00
D RM 64 320.00 12

50. Encik Bekham membawa anak dan isteri melancong ke England dan Singapura. Apabila
pulang ke tanah air, mereka membawa pulang $S 2038.82 dan £ 1200.00 tunai.
Berapakah dalam ringgit Malaysia yang boleh diperolehi jika Encik Bekham menukarkan
mata wang asing ini dengan ringgit Malaysia.

A RM 12 747.70
B RM 12 511.60
C RM 17 096.91
D RM 12 601.31

Soalan 51 dan soalan 52 berdasarkan jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Statistik Kemalangan Jalan raya
Sehingga Ogos 2003

Kategori kemalangan
Tahun Maut Parah Ringan Kerosakan Jumlah
1997 5703 12158 32 204 165 567 215 632
1998 5190 10129 33 071 162 644 211 034
1999 5219 8536 31 241 178 170 223 166
2000 5440 8067 31 241 208 144 250 429
2001 5230 6942 28 778 222 319 265 175
2002 5372 6706 30 684 236 840 279 237
2003 3628 4660 20 668 164 457 193 413

51. Jika dibandingkan antara tahun 1998 dengan tahun 2003, apakah kategori yang mengalami
perubahan peratus paling tinggi ?

A. Cedera Parah
B. Kerosakan
C. Kemalangan ringan
D. Kemalangan maut

52. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang jadual tersebut.

I Kemalangan yang melibatkan kerosakan pada tahun 2002 merupakan 84.8% daripada
keseluruhan kemalangan yang berlaku pada tahun itu.
II Kemalangan yang melibatkan kecederaan ringan telah menunjukkan perubahan yang
merosot
III Kemalangan yang melibatkan kecederaan parah menunjukkan penyusutan yang agak
ketara antara tahun 1997 hingga tahun 2003.
IV Kemalangan maut mengalami perubahan menurun secara terus menerus.
Sulit {Lihat sebelah

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV 13
53. Azman membeli sebuah kedai pada harga RM 1 525 300.00. Bayaran pendahuluan adalah
sebanyak RM 350 000, manakala selebihnya adalah pinjaman daripada bank dengan purata
kadar faedah adalah sebanyak 12% setahun dan tempoh pinjamannya adalah selama 25
tahun.
Kirakan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh Azman untuk pembelian kedai
tersebut.

A RM 16 570.66
B RM 15 670.66
C RM 10 675.66
D RM 15 760.66

54. Amir ialah anak Ahmad dan Azwan adalah adik Amir. Ketika Arwan lahir, amir berumur 4
tahun. Azwan dilahirkan pada tahun 1989. Jika ibu amir berumur 22 tahun ketika
melahirkan Azwan, berapakah umur beliau jika amir berumur 20 tahun ?

A 38 tahun
B 40 tahun
C 45 tahun
D 35 tahun

Soalan 55 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Upah menyemak kertas jawapan Sejarah bagi seorang calon


STPM : RM 3.50
SPM : RM 2.80
Maksimum sehari : 20 calon

55. Hitung upah maksimum yang dapat diperoleh jika jumlah minimum bagi calon SPM yang
perlu disemak ialah 15 peratus daripada jumlah calon STPM yang disemak sehari.

A. RM 67.90
B. RM 66.50
C. RM 59.50
D. RM 58.10

Soalan-soalan 56 berdasarkan maklumat di bawah ini.

Maklumat Jualan Syarikat Pakaian ROCK Bagi Bulan Mei


• Sebanyak 60 peratus daripada jualan ialah pakaian kanak-kanak dan wanita.
• Nisbah jualan pakaian kanak-kanak dengan pakaian wanita ialah 1 : 1.25
• Jumlah jualan pakaian yang lain ialah 210 helai.

56. Hitungkan jumlah jualan pakaian wanita.


Sulit {Lihat sebelah

A 140 helai
B 175 helai
C 210 helai
D 315 helai
14
Soalan 57 berdasarkan jadual di bawah ini.

Malaysia : Kehadiran Pelancong Di Malaysia Dan Hasil Yang Diperoleh Pada Tahun 1999-
2002

Tahun Kehadiran ( juta orang ) Jumlah hasil ( RM bilion)


1999 7.93 12.3
2000 10.22 17.4
2001 12.77 24.2
2002 13.29 25.8

57. Yang manakah BENAR tentang kehadiran pelancong dan jumlah hasil yang
diperoleh dari tahun 1999 hingga 2002 ?.

I Nisbah kehadiran pelancong pada tahun 2001 kepada tahun


2002 ialah 1: 0.96
II Purata hasil yang diperoleh daripada seorang pelancong pada tahun 2002
ialah lebih kurang RM 1941.00
III Kehadiran pelancong ke Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak
67.6% dalam tempoh 4 tahun.
IV Pada tahun 1999 hingga tahun 2000, peratusan peningkatan hasil yang
diperoleh adalah kurang daripada peratusan penigkatan bilangan pelancong.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 58 berdasarkan pernyataan di bawah.

Gaji Encik Abu = RM 24000 setahun


Gaji Encik Chong = RM 36000 setahun
Gaji Encik Gopal = RM 50000 setahun

58. Jika gaji P kurang daripada gaji Q dan gaji Q pula kurang daripada gaji R, manakala
gaji
R lebih daripada gaji P , pilih susunan label yang berturutan bagi Encik Abu, Encik
Chong dan Encik Gopal.

A R, Q, P
B Q, P, R
C P, Q, R
Sulit {Lihat sebelah

D P, R, Q

15

59. Enam orang kanak-kanak , Daud , Tan, Peter, Tina, Danny dan Raju bermain
bersama-sama dengan berdiri membentuk satu bulatan. Raju berdiri berselang seorang
dengan Daud dan bersebelahan dengan Danny. Tina berdiri di sebelah kanan Peter yang
berdiri berselang seorang dengan daripada Daud. Raju dan Tina berdiri bersebelahan.
Kedudukan kanak-kanak di atas ialah

A Daud, Tan, Peter, Tina , Raju dan Danny


B Daud, Danny, Raju, Tina, Peter dan Tan
C Daud, Tan, Danny, Tina, Peter dan Raju
D Daud, Raju, Tina, Tan, Peter dan Danny

Soalan 60 berdasarkan rangsangan di bawah.

• Semua kayu adalah keras


• Sesetengah kayu berwarna perang
• Semua almari di situ diperbuat daripada kayu

60. Berdasarkan rangsangan di atas , pilih pernyataan yang tepat.

I Semua almari adalah keras.


II Hanya sesetengah almari diperbuat daripada kayu
III Semua kayu adalah keras dan berwarna perang
IV Semua almari yang diperbuat daripada kayu adalah keras.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Sulit {Lihat sebelah

KERTAS SOALAN INI TAMAT

16

STPM
900/2
3 jam
OKT 2006

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERIAN

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER (6R)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

___________________________________________________________________

PENGAJIAN AM

KERTAS DUA

3 JAM
___________________________________________________________________

Arahan kepada calon :

Jawab lima ( 5) soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, D dan E.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

PERINGATAN :

Bahagian A dan B perlu dihantar kepada Cikgu Rafi/ Cikgu


Desmond /Cikgu Norazman manakala Bahagian C,D dan E kepada
Cikgu Liaw/ Cikgu Ratno/ Cikgu Tsai (Sila asingkan)

Kertas ini dihasilkan oleh, Disahkan oleh,


Sulit {Lihat sebelah

(PANEL PANITIA PENGAJIAN AM) (GLADDY LEGAN ABDULLAH)

________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.(tidak termasuk kulit muka)

SULIT [LIHAT SEBELAH

BAHAGIAN A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk berikut dan tulis karangan yang panjangnya 250
hingga 300 patah kata.

1. Kementerian Pelancongan telah menyasarkan bahawa pada tahun 2007 jumlah


pelancong yang melawat negara kita berjumlah 20 juta orang dan berjaya
menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada negara.

Bincangkan sumbangan pelancongan terhadap sosio-ekonomi negara.


. (25 markah)

2. Mutu sukan tanah air kian tidak menentu walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan sukan.

Bincangkan kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi dalam memartabatkan


sukan tanah air.
(25 markah)

BAHAGIAN B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk berikut dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
antara 300 hingga 350 patah perkataan.

3. Air merupakan kegunaan asas manusia dan menjamin kesihatan manusia. Namun
begitu, kini air semakin tercemar dan jika langkah drastik tidak diambil untuk
menangani masalah ini, kesihatan manusia akan terancam. Dalam menangani masalah ini,
punca- punca berlakunya pencemaran air harus diteliti.

Ulaskan pernyataan tersebut.


(25 markah)
Sulit {Lihat sebelah

4. Amalan pemakanan dan gaya hidup baru merupakan punca utama munculnya
penyakit masa kini.

Bincangkan pernyataan ini.

(25 markah)

2
Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini; satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5 (a) “Satu sistem yang lebih komprehensif perlu diwujudkan bagi memastikan
kes-kes keganasan seksual disiasat dengan segera oleh pihak polis. Mangsa kes
keganasan seksual tidak mampu mengekalkan bukti-bukti pada badan mereka untuk
jangka masa yang lama. Oleh itu, keperluan supaya kes tersebut segera disiasat
sememangnya mendesak….”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Utusan Malaysia, 16 November 2002.)

(i) Apakah yang diharapkan oleh mangsa keganasan seksual daripada pihak
berkuasa dalam usaha membela nasib mereka?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


cara-cara membendung keganasan seksual.

(b) “Penduduk kampung yang ingin menyertai “program homestay” perlu


menghadiri latihan seperti cara-cara melayan tetamu dan memastikan rumah mereka
mempunyai bilik dan bilik air yang sempurna. Kebanyakan pelancong berminat tinggal
bersama-sama dengan masyarakat tempatan untuk mengenali cara hidup dan mengikuti
aktiviti seharian seperti melihat kebudayaan dan kraf tangan yang terdapat di kampung
tersebut.”

(Dipetik dan diubah suai daripada


Berita Harian, 15 Februari 2006)
Sulit {Lihat sebelah

(i) Apakah yang anda faham tentang konsep “homestay”?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,


bincangkan faedah-faedah ”program homestay” kepada penduduk
setempat.

6 (a) “Vaksin penyakit kencing manis yang diuji pertama kalinya pada bulan
Ogos 2005, memberi harapan sebagai penawar penyakit tersebut. Kini, pesakit kencing
manis memerlukan suntikan insulin pada setiap hari. Sekiranya keadaan ini berada pada
tahap yang kronik, kesan penyakit ini boleh menyebabkan penghidapan itu buta,
kehilangan anggota dan mati.”

(Dipetik dan diubah suai daripada


Utusan Malaysia, 24 September, 2005)

(i) Bagaimanakah rawatan penyakit kencing manis dijalankan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan,


bincangkan langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi mengurangkan
risiko menghidapi penyakit kencing manis.

Atau

(i) ” Pencemaran air yang berlaku bukan bersifat semula jadi tetapi berpunca
daripada aliran sisa buangan ke sungai dan laut. Amalan pembuangan sisa
cecair dan pepejal ke dalam sungai oleh pengusaha kilang, peniaga pasar
harian dan malam serta penduduk yang tinggal berhampiran dengan
kawasan tepi sungai akan memusnahkan habitat hidupan akuatik.”

(Dipetik dan diubah suaikan daripada


Dewan Kosmik, Oktober 2005)

(ii) Bagaimanakah air sungai boleh tercemar?

(iii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


kesan-kesan pencemaran air kepada hidupan?
Sulit {Lihat sebelah

BAHAGIAN D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan maklumat di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan
bilangan penduduk yang terlibat dalam sektor pertanian di negara-negara yang sedang
membangun dan negara-negara maju dalam tempoh 1950-2020.

Bilangan penduduk yang melibatkan diri dalam sektor pertanian di negara-negara


maju dan negara-negara yang sedang membangun telah meningkat daripada 1 817 juta
orang pada tahun 1950 kepada 2 741 juta orang pada tahun 2020. Angka ini merupakan
pertumbuhan sebanyak 33.6% dalam tempoh tahun 1950 hingga tahun 2010.
Pada tahun 1950, sebanyak 75.5% daripada jumlah penduduk yang terlibat dalam
pertanian adalah di negara-negara yang sedang membangun. Bilangan ini telah
meningkat kepada 1 600 juta orang pada tahun 1960. Bilangan penduduk yang terlibat
dalam pertanian di negara-negara maju pula meningkat sebanyak 50 juta orang dalam
tempoh yang sama. Angka ini menurun kepada 180 juta orang pada tahun 1970. Pada
tahun tersebut bilangan petani di negara-negara yang sedang membangun ialah sebanyak
1 884 juta orang.
Sepuluh tahun kemudian, jumlah penduduk yang terlibat dalam sektor pertanian
ialah 2 100 juta orang. Daripada jumlah ini, 82.5% adalah di negara-negara sedang
membangun. Pada tahun 1990, bilangan penduduk di negara-negara sedang membangun
yang terlibat di dalam sektor pertanian bertambah kepada 2 255 juta orang dan 110 juta
orang di negara-negara maju yang terlibat dalam sektor yang sama. Dijangkakan bilangan
ini akan terus meningkat menjelang tahun 2000 kepada 2 550 juta orang dalam sektor
yang sama. Pada tahun tersebut, dianggarkan bilangan penduduk yang terlibat dalam
sektor pertanian di negara-negara maju akan menurun kepada 70 juta orang sahaja.
Bilangan ini dijangka menurun sebanyak 2% pada tahun 2010. Walau bagaimanapun,
sebanyak 2 695 juta orang di negara-negara sedang membangun dijangka terlibat dalam
sektor ini. Akan tetapi bilangan ini dijangka akan menurun sebanyak 2 juta orang pada
tahun 2020 berbanding dengan bilangan pada tahun 2010. Bilangan penduduk yang
terlibat dalam sektor pertanian di negara-negara maju dijangka akan merosot sebanyak
30% pada tahun 2020.
Sulit {Lihat sebelah

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Food and Agricultural Organisation Report, The United Nations, Rome, 1990)

8. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk
membandingkan pendapatan Kerajaan Persekutuan mengikut punca pendapatan antara
tahun 2003 dengan 2004.

Pendapatan Kerajaan Persekutuan mencatat peningkatan positif sepanjang tahun


2000-an. Sumber pendapatan melalui pinjaman semakin berkurangan. Jumlah pendapatan
KerajaanPersekutuan meningkat lebih 3 peratus menjadi RM109 990 juta pada tahun
2004 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM106 700 juta. Antara sumber hasil yang
menunjukkan peningkatan ialah duti import dan pendapatan bukan cukai.
Sumber pendapatan utama Kerajaan Persekutuan ialah cukai pendapatan. Kutipan
cukai pendapatan pada tahun 2003 berjumlah RM48 015 juta, dan menjelang tahun 2004
kutipan cukai ini merosot kepada RM46 965.73 juta. Kemerosotan ini pada asasnya
kerana pelepasan cukai pendapatan kepada golongan yang berpendapatan rendah. selain
itu, hasil kutipan duti eksport turut merosot sedikit daripada RM853.6 juta kepada
RM769.93 juta antara tahun 2003 hingga 2004.
Pendapatan duti import pula mencatat peningkatan berbanding duti eksport. Pada
tahun 2003, sejumlah RM3521.1 juta diperoleh sebagai duti import, dan pada tahun 2004,
hasil ini meningkat sebanyak RM878.5 juta atau 4.0 peratus daripada jumlah pendapatan
tahun berkenaan.
Hasil kutipan cukai tidak langsung yang lain mencatat perolehan kedua terbanyak
pada tahun 2003. Nilai kutipan cukai ini mencecah angka RM20 669.8 juta atau hampir
20 peratus daripada jumlah pendapatan cukai tahun 2003. Sebahagian besar daripada
cukai ini diperoleh melalui cukai jualan dan perkhidmatan. Namun, kutipan cukai ini
merosot kepada RM20 678.12 juta pada tahun 2004.
Perolehan melalui pinjaman dan penggunaan aset kerajaaan mengalami kejatuhan
paling ketara. hasil pendapatan sumber ini merosot lebih 15 peratus atau RM2556.61 juta
pada tahun 2004 berbanding kutipan tahun 2003 yang berjumlah RM16 965.3 juta.
Kejatuhan ini menunjukkan amaun pinjaman kerajaan semakin berkurangan. Sebaliknya,
pendapatan bukan cukai pula mencatat pertambahan hasil paling tinggi, iaitu meningkat
lebih 36 peratus antara tahun 2003 hingga 2004. Perolehan hasil ini meningkat sebanyak
RM6122.73 juta menjadi RM22 767.93 juta pada tahun 2004 berbanding tahun 2003.
Peningkatan besar dalam kutipan pendapatan bukan cukai mendorong
pertambahan sebanyak RM3290 juta dalam pendapatan Kerajaan Persekutuan berbanding
tahun 2003 yang berjumlah RM106 700 juta. Pertambahan ini dianggap ketara
Sulit {Lihat sebelah

memandangkan sumber pendapatan utama seperti cukai pendapatan dan pinjaman


mencatat kemerosotan.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi, 2003/2004)

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan jadual, huraikan perubahan kes kebakaran mengikut punca-punca


terpilih dalam tempoh yang dinyatakan. Jelaskan mengapa berlaku peningkatan
dalam beberapa kes kebakaran.

Malaysia: Bilangan Kebakaran Mengikut Punca-Punca Terpilih


Dari Tahun 1999 Hingga 2002

Tahun 1999 2001 2002


Punca (kes) (kes) (kes)
Kilang 246 195 161

Rumah Kediaman 1242 1207 1445

Kawasan Setinggan 102 145 167

Bangunan lain(a) 386 428 454

Kenderaan 1055 1002 956

Kebun/Hutan/Belukar/Lalang 4927 6560 13047

Lain-lain(b) 3715 3750 3651

Jumlah 11,673 13,287 19,881

Nota : (a) – termasuk gudang/sekolah/asrama/institusi/tempat hiburan/hospital dan klinik


(b) – termasuk kapalterbang dan kapal laut

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,2003)
Sulit {Lihat sebelah

10. Berdasarkan carta aliran di bawah, huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi


masalah-masalah remaja.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH REMAJA

DIRI REMAJA KAWAN-KAWAN SEKOLAH


• Kurang didikan agama Pengaruh • Tekanan kerja
• Lari dari rumah Diugut • Sifat malas
• Kongsi gelap Keseronokan • Kegagalan dalam
• Ponteng sekolah Ingin mencuba peperiksaan
• Jenayah • Peraturan ketat

RUMAH
PUNCA-PUNCA • Pertengkaran
MEDIA MASSA
MASALAH REMAJA
Elektronik Cetakan ibu bapa atau
• Televisyen majalah perceraian
• Internet surat khabar ibu bapa
• Filem buku • Peraturan
atau kawalan
ketat
• Penagih
dadah atau
kaki botol

(Dipetik dan diubahsuai berdasarkan Berita harian, 31 0gos 2003)


Sulit {Lihat sebelah

10. (a) Berdasarkan gambar rajah di bawah, huraikan kesan-kesan pembangunan kepada alam
Sekitar.
(b) Bagaimanakah masalah kesihatan yang berlaku akibat daripada proses pembangunan dapat
diminimumkan?
Hubung Kait Proses Pembangunan dengan Kesan terhadap
Persekitaran dan Kehidupan Manusia
Sulit {Lihat sebelah

Perubahan cuaca

Penerbangan dan Pembangunan bandar


penerokaan angkasa lepas

Pencemaran udara

Penerokaan hutan

Ketandusan tanah dan Pencemaran air


hutan

Kehilangan dan keindahan alam


dan kepelbagaian biologi

Perindustrian baru

Pusat nuklear

Kebocoran sisa radioaktif


Penempatan baru

Penyalahgunaan dadah,
peningkatan kes jenayah,
Kesesakan lalu lintas
dan lain-lain

Kesihatan
Sulit {Lihat sebelah

Skema Jawapan

Soalan 5
5 (a) “Satu sistem yang lebih komprehensif perlu diwujudkan bagi memastikan kes-
kes keganasan seksual disiasat dengan segera oleh pihak polis. Mangsa kes keganasan seksual
tidak mampu mengekalkan bukti-bukti pada badan mereka untuk jangka masa yang lama. Oleh
itu, keperluan supaya kes tersebut segera disiasat sememangnya mendesak….”
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Utusan Malaysia, 16 November 2002.)
Sulit {Lihat sebelah

(i) Apakah yang diharapkan oleh mangsa keganasan seksual daripada pihak
berkuasa dalam usaha membela nasib mereka?

Mangsa keganasan seksual berharap agar pihak berkuasa dapat mewujudkan


suatu sistem yang lebih komprehensif untuk memastikan kes-kes mereka
disiasat dengan segera oleh pihak polis. [2]

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan cara-cara
membendung keganasan seksual.

- Hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap mereka yang melakukan


jenayah seksual.
- Ibu bapa dan pihak sekolah perlu memberikan didikan agama dan moral
- Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran
- Ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak.
- Para remaja perlu memantapkan disiplin kendiri dan harga diri.
[8]
-
Pemarkahan bagi soalan (ii) bahagian C iaitu I=2, H=4, B=2)

(b) “Penduduk kampung yang ingin menyertai “program homestay” perlu


menghadiri latihan seperti cara-cara melayan tetamu dan memastikan rumah mereka mempunyai
bilik dan bilik air yang sempurna. Kebanyakan pelancong berminat tinggal bersama-sama dengan
masyarakat tempatan untuk mengenali cara hidup dan mengikuti aktiviti seharian seperti melihat
kebudayaan dan kraf tangan yang terdapat di kampung tersebut.”
(Dipetik dan diubah suai daripada
Berita Harian, 15 Februari 2006)

(i) Apakah yang anda faham tentang konsep “homestay”?

Konsep ’homestay’ bermakna pelancong tinggal bersama-sama dengan


masyarakat tempatan untuk mengenali cara hidup mereka. [2]

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan


faedah-faedah ”program homestay” kepada penduduk setempat.

• Peluang pekerjaan – penduduk setempat berpeluang memiliki pekerjaan


atau pendapatan sampingan.
• Persekitaran dijaga – penduduk setempat lebih menjaga kawasan
persekitaran rumah dan kampung mereka agar lebih kemas dan bersih.
• Kemudahan prasarana – banyak kemudahan asas dan prasarana lain
dibina.
[8]

Pemarkahan bagi soalan (ii) bahagian C iaitu I=2, H=4, B=2


Soalan 6
6 (a) “Vaksin penyakit kencing manis yang diuji pertama kalinya pada bulan Ogos
2005, memberi harapan sebagai penawar penyakit tersebut. Kini, pesakit kencing manis
memerlukan suntikan insulin pada setiap hari. Sekiranya keadaan ini berada pada tahap yang
Sulit {Lihat sebelah

kronik, kesan penyakit ini boleh menyebabkan penghidapan itu buta, kehilangan anggota dan
mati.”

(Dipetik dan diubah suai daripada


Utusan Malaysia, 24 September, 2005)

(i) Bagaimanakah rawatan penyakit kencing manis dijalankan?

Rawatan penyakit kencing manis dijalankan dengan menyuntik insulin ke


badan pesakit menggunakan vaksin. [2]

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, bincangkan


langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi mengurangkan risiko menghidapi
penyakit kencing manis.

• Pemakanan– mengurangkan gula dan garam dalam makanan serta


mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.
• Rawatan berterusan- Bertemu doktor secara berkala untuk membuat
pengesanan penyakit dan rawatan.
• Aktiviti fizikal atau riadah- Bersenam secara tetap atau berkala. [8]

Pemarkahan bagi soalan (ii) bahagian C iaitu I=2, H=4, B=2)

(b) ” Pencemaran air yang berlaku bukan bersifat semula jadi tetapi berpunca
daripada aliran sisa buangan ke sungai dan laut. Amalan pembuangan sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai oleh pengusaha kilang, peniaga pasar harian dan malam serta penduduk yang
tinggal berhampiran dengan kawasan tepi sungai akan memusnahkan habitat hidupan akuatik."

(Dipetik dan diubah suaikan daripada


Dewan Kosmik, Oktober 2005)

(i) Bagaimanakah air sungai boleh tercemar?

Pencemaran air sungai berlaku kerana amalan pembuangan sisa cecair dan
pepejal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. [2]

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan-
kesan pencemaran air kepada hidupan?

• Merosakkan kesihatan hidupan – Mikrobiologi dalam air tercemar menyebabkan


manusia dan hidupan lain mengalami cirit-birit, merosakkan organ dan sistem
pencernaan.
• Memusnahkan spesies – Hidupan akuatik mati, memusnahkan habitat dan kepupusan
spesies akuatik.
• Ketidaksuburan tanah – kemusnahan nutrien dalam tanah menyebabkan
mikroorganisma dalam tanah mati yang seterusnya mengakibatkan tumbuhan mati.

Pemarkahan bagi soalan (ii) bahagian C iaitu I=2, H=4, B=2)


Sulit {Lihat sebelah

Soalan 7

Graf yang sesuai :- Graf Bar Kompaun


Paksi Y :- Bilangan Penduduk (juta orang)
Paksi X :- Tahun
Tajuk :- Bilangan Yang Terlibat Dalam Pertanian Di Negara-negara Yang
Sedang Membangun dan Negara-negara Maju Dalam Tempoh 1950
-2020.

Jadual

Bilangan Yang Terlibat Dalam Pertanian Di Negara-negara Yang Sedang Membangun dan
Negara-negara Maju Dalam Tempoh 1950 -2020.

Negara-negara sedang Negara-negara Jumlah


Tahun membangun Maju (juta orang)
(juta orang) (juta orang)
1950 1 371.8 445.2 1 817.0
1960 1 600.0 495.17 2 095.17
1970 1 884.0 180.0 2 064.0
1980 1 732.5 367.5 2 100.0
1990 2 255.0 110.0 2 365.0
2000 2 550.0 70.0 2 620.0
2010 2 695.0 68.6 2 763.6
2020 2 693.0 48.0 2 741.0

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Food


and Agricultural Organisation Report, The United Nations, Rome,
1990)

Soalan 9

Pengenalan
Jadual menunjukkan jumlah kebakaran mengikut jenis dari tahun 1999 hingga tahun 2002 yang
dipetik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

A:
1. Pola Keseluruhan didapati meningkat
1999 – 11,673 kes
2001 – 13,287 kes (Meningkat sebanyak 1614 kes dari tahun 1999)
2002 – 19,881 kes (Meningkat sebanyak 6594 kes dari tahun 2001)
Sulit {Lihat sebelah

Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 70.32% atau 8208 kes

2. Pola Meningkat Berterusan


i. Kawasan Setinggan
ii. Bangunan lain dan isinya
iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang

i. Kawasan Setinggan
1999 – 102 kes
2001 – 145 kes (Meningkat sebanyak 43 kes dari tahun 1999)
2002 – 167 kes (Meningkat sebanyak 22 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 63.73% atau 65 kes

ii. Bangunan lain dan isinya


1999 – 386 kes
2001 – 428 kes (Meningkat sebanyak 42 kes dari tahun 1999)
2002 – 454 kes (Meningkat sebanyak 26 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan1999 – 2002 ialah sebanyak 17.62% atau 68 kes

iii. Kebun/Hutan/Belukar/Lalang
1999 – 4927 kes
2001 – 6560 kes (Meningkat sebanyak 1633 kes dari tahun 1999)
2002 – 13,047 kes (Meningkat sebanyak 6487 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan 1999 – 2002 ialah sebanyak 164.81% atau 8120 kes

3. Pola Menurun Berterusan


i. Kilang
ii. Kenderaan

i. Kilang
1999 – 246 kes
2001 – 195 kes (Menurun sebanyak 51 kes dari tahun 1999)
2002 – 161 kes (Menurun sebanyak 34 kes dari tahun 2001)
Peratus penurunan 1999 – 2002 ialah sebanyak 34.55% atau 85 kes

ii. Kenderaan
1999 – 1055 kes
2001 – 1002 kes (Menurun sebanyak 53 kes dari tahun 1999)
2002 – 956 kes (Menurun sebanyak 46 kes dari tahun 2001)
Peratus penurunan1999 – 2002 ialah sebanyak 9.38% atau 99 kes

4. Pola tidak konsisten


i. Rumah Kediaman
ii. Lain-lain

i. Rumah Kediaman
1999 – 1242 kes
2001 – 1207 kes (Menurun sebanyak 35 kes dari tahun 1999)
2002 – 1445 kes (Meningkat sebanyak 238 kes dari tahun 2001)
Peratus penurunan dari 1999 hingga 2001 ialah sebanyak 2.82%
Peratus peningkatan dari tahun 2001 hingga 2002 ialah sebanyak 19.72%
Sulit {Lihat sebelah

ii. Lain-lain
1999 – 3715 kes
2001 – 3750 kes (Meningkat sebanyak 35 kes dari tahun 1999)
2002 – 3651 kes (Menurun sebanyak 99 kes dari tahun 2001)
Peratus peningkatan dari 1999 hingga 2001 ialah sebanyak 0.94%
Peratus penurunan dari tahun 2001 hingga 2002 ialah sebanyak 2.64%

B:
Punca Peningkatan Beberapa Kes:

1. Kecuaian manusia – membuang puntung rokok merata-rata


- pembakaran terbuka
- tiada alat pemadam api
2. Sistem pendawaian yang usang/tiada penyelenggaraan – bangunan lama
3. Faktor cuaca - kemarau
4. Aktiviti pertanian tradisional – pembakaran jerami, penerokaan tanah secara haram
5. Penggunaan bahan kimia yang mudah terbakar
6. Litar pintas
7. Tidak mematuhi peraturan – guna lilin/memasak di asrama/ubat nyamuk

Penutup:
Semua pihak harus bersikap prihatin bagi mengelak kejadian kebakaran yang boleh
menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Skema: 3 + 1

Isi - 4
Huraian- 8 (4x2)
Bahasa - 1
Rumusan - 2

Nota:
Calon mesti mengemukakan nilai mutlak dan peratus sebagai bukti data mengikut tahun

Soalan 10

(a)
• Perubahan cuaca – pembangunan bandar, penerokaan hutan, dan aktiviti penerbangan serta penerokaan
angkasa lepas menyumbang kepada peningkatan suhu dunia – pembebasan gas toksik ke ruang angkasa –
kurangnya fungsi hutan – cuaca menjadi tidak menentukan dan kerap berubah-ubah.
• Pencemaran udara akibat aktiviti perindustrian baru, penerokaan hutan, kesesakan lalu lintas, dan
kebocoran sisa radioaktif – kadar pencemaran udara yang tinggi telah menjejaskan mutu alam sekitar –
komposisi gas karbon dioksida semakin bertambah.
Sulit {Lihat sebelah

• Pencemaran air – pembangunan bandar, penerokaan hutan, dan perindustrian baru telah menyebabkan
kualiti air semakin merosot – memberikan ancaman kepada kehidupan flora dan fauna.
• Ketandusan tanah dan hutan – aktiviti penebangan hutan menjadikan tanah tandus dan menghilangkan
keindahan alam serta kepelbagaian biologi – ekosistem turut terganggu apabila kepelbagaian biologi tidak
berfungsi lagi.
• Manusia gagal untuk mengurangkan kesan negatif pembangunan terhadap alam sekitar walaupun
perancangan pembangunan terhadap alam sekitar walaupun perancangan pembangunan telah
dilaksanakan – langkah drastik perlu diambil supaya kualiti alam sekitar terpelihara.

(b)

• Perancangan bandar yang sistematik – penumpuan terhadap penempatan baru dan sistem lalu lintas yang
efektif – perancangan yag lebih teliti dengan mengambil kira aspek penjagaan alam sekitar.
• Kerajaan melaksanakan pelan induk pembangunan sebagai garis panduan dalam perancangan
pembangunan negara – aspek penguatkuasaan undang-undang yang digubal untuk memelihara
kepentingan alam sekitar patut dilaksanakan dengan berkesan.
• Penumpuan kepada gaya hidup sihat – penubuhan dan pembukaan tempat-tempat riadah dan bersukan –
aktiviti senaman mengurangkan tekanan – gaya hidup sihat menghindarkan penduduk terjerumus dalam
kancah penyalahgunaan dadah.
• Penumpuan kepada aspek penjagaan kesihatan mampu melahirkan rakyat Malaysia yang sihat –
keseimbangan dalam memelihara alam sekitar penting ketika membangunkan negara.

Simpanan

40. Antara berikut pilih padanan yang tepat.

Badan Kerajaan Peranan


I Eksekutif Menjalankan pemerintahan negara
II Kehakiman Menggubal dasar negara
III Perundangan Menggubal atau membuat undang-undang
IV Perundangan Mentadbir sesebuah kerajaan

A I dan II
B I dan III *
C II dan IV
D III dan IV

2. Tujuan penubuhan Suruhanjaya Cobbold 1961 ialah untuk

A mengkaji tuntutan Filipina ke atas Sabah


B mengkaji ancaman komunis di Borneo
C meninjau rakyat Singapura tentang gagasan Malaysia
D meninjau pendapat orang Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia

4. Akta Pendidikan 1961 adalah berasaskan penyata


Sulit {Lihat sebelah

A Razak C Fenn Wu
B Banrnes D Rahman Talib

41. Antara berikut yang manakah benar tentang amalan demokrasi di Malaysia?

V Semua ahli Majlis Parlimen dipilih menerusi pilihanraya


VI Rakyat bebas memilih calon yang bertanding dalam pilihan raya
I Parti yang menang majoriti dalam pilihanraya akan membentuk kerajaan
II Rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun diwajibkan mengundi dalam pilihanraya

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III*
D. III dan IV

42. Antara berikut yang manakah boleh menyebabkan terlucutnya taraf kewarganegaraan
seseorang?
1. Menjadi pengundi dalam pilihanraya Presiden Indonesia
II Warganegara secara kuatkuasa undang-undang telah dihukum penjara selama 2
tahun
III Menjalankan urusan perniagaan dengan negara musuh Persekutuan semasa
peperangan
IV Bermastautin di negara asing selama 4 tahun secara berterusan tanpa mendaftar
diri di Pejabat Konsul Persekutuan

A I dan II
B I dan III *
C II dan IV
D III dan IV

43.
• Encik Osman berasal dari Thailand dan merupakan pemastautin tetap Malaysia
• Isterinya warganegara Singapura telah melahirkan anak di Malaysia

Antara berikut yang manakah benar tentang kewarganegaraan anak Encik Osman?

A Bukan warganegara
B Warganegara cara masukan
C Warganegara cara Pendaftaran
D Warganegara cara kuatkuasa undang-undang*

44. Antara berikut yang manakah merupakan komponen Badan Perundangan Negeri ?

I Sultan
II Dewan Undangan Negeri
III Setiausaha Kerajaan Negeri
IV Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
A I dan II *
Sulit {Lihat sebelah

B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

45. Antara berikut yang manakah benar tentang keahlian Dewan Undangan Negeri ?

I Boleh menjadi ahli Dewan Rakyat


II Mesti mewakili sesebuah parti politik
III Mesti bermastautin dalam negeri yang berkenaan
IV Dibataskan kepada warganegara berumur 30 tahun ke atas
A I dan II
B I dan III *
C II dan IV
D III dan IV

46. Antara berikut yang manakah benar mengenai proses pilihan raya di Malaysia ?

I Jumlah perbelanjaaan pilihan raya bagi Dewan Rakyat tidak boleh melebihi
RM500,000.00
II Setiap calon dibenar mendirikan tidak lebih daripada 20 pondok di luar sempadan
tempat mengundi
III Calon bebas akan menggunakan lambang atau simbol yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya
IV Calon Dewan Rakyat yang memperoleh bilangan undi kurang daripada satu perlapan
akan hilang wang pertaruhannya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV*

47. Antara berikut yang manakah merupakan susunan yang betul mengenai perkara-perkara yang
perlu dilaksanakan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan ?

I Penamaan calon pilihan raya


II Perlantikan yang Dipertua Dewan
III Pilihan raya Dewan Undangan Negeri
IV Perlantikan Menteri Besar/Ketua Menteri
V Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

A I, II, III, IV dan V


B I, III, IV, II dan V*
C I, IV, III, V dan II
D I, III, II, V dan IV

48. Antara berikut yang manakah benar tantang pemakaian Common Law di Malaysia ?

I Apabila wujud keraguan tentang undang-undang terdahulu


II Peruntukan undang-undang tempatan kurang menyakinkan
III Apabila tiada terdapat statut tempatan mengenai sesuatu perkara
Sulit {Lihat sebelah

IV Bahagian undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan kegunaan tempatan


sahaja
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV*

49. Antara berikut siapakah yang dibenarkan untuk mengundi secara pos ?

I Encik P yang sedang menjalani rawatan di hospital sakit jiwa


II Encik Q yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun
III Encik R yang merupakan seorang duta yang sedang bertugas di Amerika Syarikat
IV Encik S yang merupakan salah seorang kakitangan tidak tetap Suruhanjaya Pilihan
Raya

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV*

17. Pentadbiran awam seringkali dianggap sebagai ”cabang keempat” kerajaan kerana

A pentadbir-pentadbir awam dilantik oleh ketua eksekutif kerajaan


B pentadbiran-pentadbiran awam menggubal undang-undang negara
C pentadbiran-pentadbiran awam terlibat dalam proses penggubalan dan
perlaksanaan dasar- dasar awam
D pentadbiran-pentadbiran awam memainkan peranan penting dalam mengawal
ketenteraman awam

50. Antara berikut yang manakah kebebasan asasi yang boleh disekat oleh undang-undang?

I Kebebasan diri
II Kebebasan bergerak
III Kebebasan daripada perhambaan
IV Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuatkuasa kebelakangan

A I dan II *
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV