You are on page 1of 4

-

.Menurut kamus dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya dan menyebabkan mereka sukar dikawal.

Dr Seto Muryadi memberikan maksud hiperaktif sebagai satu pola perilaku pada kanak-kanak yang menunjukkan sikap tidak boleh diam, tidak terkendali, tidak menaruh perhatian dan impulsif (bertindak sekehendak hatinya). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan asyiknya permainan atau mainan yang disukai seperti anak-anak lain yang seusia dengan mereka dan mudah merasa jemu dengan sesuatu pekara.. kanak-kanak ini tidak fokus kepada sesuatu pekara dan suka mengalih perhatian mereka . Kanak-kanak Hiperaktif juga gagal mengendalikan diri sendiri. Mereka selalunya membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan tanpa memikirkan akibat-akibat buruk sesuatu tindakan tersebut. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah hiperaktif tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal mereka. Perilaku hiperaktif ini dapat dilihat melalui personaliti, perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut. Sama ada normal ataupun tidak, perilaku kanakkanak normal bergantung pada perkembangan sosial dan dan perangainya yang sesuai dengan usia mereka. Jika perilakunya tidak sesuai dengan usia mereka, mereka boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Hiperaktif boleh dikategorikan kepada dua keadaan. Kanak-kanak yang menunjukkan perilaku hiperaktif dan bermasalah dalam memberi tumpuan dipangil ADHD (Attention Deficits Hiperactivity Disorder). Namun ada sesetengah kanakkanak yang tidak mempunyai masalah perilaku hiperaktif namun mempunyai masalah untuk memberi tumpuan dan mengambil perhatian. Masalah ini disebut sebagai Attention Dificit Disoder (ADD). Diagnosis dan perangkaan membuktikan antara tiga hingga lima peratus kanak-kanak menghidap ADHD setiap tahun. ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik. Coleman (1980) menyatakan jika tingkahlaku ini berlarutan berkemungkinan besar terdapat kerosakan pada otak kanak-kanak tersebut.

Kebiasaannya, ADHD dikesan dalam lingkungan lapan ke 10 peratus bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah. Kasmini Kassim (1992) melalui kajiannya mendapati 2 8 % kanak-kanak di Malaysia cenderung dgn tanda-tanda hiperaktif Kanak-kanak lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Ibu bapa boleh memastikan anak mengalami ADHD jika mereka kelihatan lebih bertenaga daripada biasa, cepat gelisah serta hilang tumpuan. Apa yang membimbangkan 35 peratus daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu 18 peratus daripada mereka sering lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, bermasalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kirakira 25 peratus lagi kanak-kanak ADHD, cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit. Walaupun ADHD tidak mengkategorikan mereka yang lemah dalam pelajaran, tetapi sindrom ini boleh menyebabkan gangguan terhadap penumpuan ketika sesi pembelajaran. Ini sekali gus boleh menjejaskan prestasi di sekolah.

Punca utama yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini masih belum dikenal pasti. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia. Namun menurut kajian pakar, ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD.

Faktor kebakaan seperti epilepsy, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinyadengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna. Beberapa kajian dilakukan juga mendapati ibu yang merokok ketika mengandung boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu. Selain daripada itu, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella. Coleman (1980) menyatakan jika tingkahlaku ini berlarutan berkemungkinan besar terdapat kerosakan pada otak kanak-kanak tersebut.

Memanjakan anak secara keterlaluan juga merangsang penonjolan sifat dan sikap hiperaktif dalam diri pengidapnya. Anak yang terlalu dimanja itu sering memilih caranya sendiri agar keinginannya dipenuhi. Ia akan memperdayakan ibu bapanya untuk memperoleh apayang diinginkannya. Kurangnya penekanan disiplin oleh ibu bapa kepada anak tersebut akan mendorong anak- anak untuk berbuat sesuatu mengikut kehendak hatinya. Anak yang dimanja biasanya kurang diberi arahan dan perangai ini akan terbawa-bawa hingga ke alam persekolahan. Muridmurid hiperaktif di sekolah akan berdiri, berjalan-jalan dan melakukan kerja-kerja sendiri daripada menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam bidang akademiknya.

Beberapa kajian dilakukan dan mendakwa factor umur ibu yang terlalu muda,merokok dan mengambil alkohol ketika mengandung boleh menyebabkan

anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella. Faktor pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyumbang kepada permasalahan hiperaktif di kalangan kanak-kanak. Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. James F Balch dan Phyllis A. Balch dalam buku mereka bertajuk Prescription For Nutritional Healing bagi kanak-kanak hiperaktif menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak sesuai diberikan makanan yang mengandungi kandungan kanji dan gula yang berlebihan. Feingold (1976) pula menyatakan kanak-kanak terdorong untuk menjadi hiperaktif kerana banyak memakan makanan yg mengandungi bahan awet atau pewarna tiruan. Ia berdasarkan analisis terhadap 15 kajian yang dijalankan di University Columbia dan University Havard. Dua kajian terkini yang dijalankan oleh Kerajaan Britain mendapati, kanak-kanak yang mengambil makanan yang mengandungi bahan pewarna akan menjadi hiperaktif. Ini kerana kandungan setiap makanan tersebut bersamaan dengan dua hingga empat bungkusan gula-gula seberat 56 gram. Kesatuan Eropah telah mengeluarkan undang-undang yang menyatakan, setiap makanan yang mengandungi bahan pewarna perlu mempamerkan label amaran seperti "mungkin mendatangkan kesan buruk dan kanak-kanak perlu diberi perhatian". Peranan ibu bapa perlu memastikan bahawa pemakanan anak-anak perlu lebih sempurna dan jauhkan mereka daripada makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa, minuman ringan, teh, kicap, keju berwarna, coklat, kepingan daging dan marjerin. Semua makanan ini merangsang minda dan fizikal mereka menjadi lebih aktif dan sukar dikawal. Adalah wajar jika diet harian mereka hanya mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.

You might also like