You are on page 1of 3

1.

RASIONAL

1.1)Para pelajar perlu diberi dorongan dan kesedaran agar mereka dapat
melakukkan tugas sebagai pemimpin pelajar secara berkesan.
1.2)Kemahiran kepimpinan yang berkesan perlu diberikan kepada setiap
pelajar agar mereka boleh bertugas dengan kaedah yang betul dan
mampu mencapai kecemerlangan dalam menjalankan tugas harian
yang telah diamanahkan.
1.3)Potensi kepimpinan perlu dicungkil dan digilap dari masa ke semasa
agar pelajar mampu membantu sekolah menangani masalah pelajar
disamping menjadi model kepada pelajar lain

2. OBJEKTIF
2.1)Memberi dorongan atau motivasi kendiri para pelajar agar mereka
mahu berusaha secara bersungguh-sungguh sebagai pemimpin pelajar.
2.2)Memberi bimbingan tentang kaedah kepimpinan yang berkesan dan
melahirkan pelajar yang mampu memimpin tanpa paksaan.
2.3)Memberikan pendedeahan mengenai teknik komunikasi dan ilmu-ilmu
kepimpinan agar mereka akan bertugas dengan rasa seronok
sepanjang masa
3. MATLAMAT

Melahirkan golongan pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin,
tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai
tugas kepimpinan.

4. SASARAN : Minimum 50 orang pelajar
5. JANGKA MASA :
6. TEMPAT : Kem Kaizen Gunung Pulai
7. PENGISIAN
7.1)Pendaftaran
7.2)Taklimat dan Suaikenal
7.3)IceBreaking dan Pembentukan Kumpulan
7.4)Ceramah: Tajuk ( kepimpinan atau kecemerlangan Diri)
7.4.1. Menjadi pemimpin cemerlang atau pelajar cemerlang
7.4.2. Mencungkil bakat kepimpinan atau potensi Diri
7.4.3. Teknik pengurusan masa berkesan & Strategy pengurusan Diri
cemerlang
7.5)Latihan dinamika kumpulan
7.6)Kembara pemantapan fardu ain
7.7)Pengisian Kerohanian (Solat berjemaah,Kuliah,Zikir dan sebagainya)
7.8)Latihan kecergasan fizikal
7.9)Penghayatan Malam
7.10)Azam dan Janji
8. KOS PERKHIDMATAN
8.1)Bagi pakej 3 hari 2 malam
a. RM 60.00 seorang bayaran secara tunai untuk khidmat
kemudahan makanan,tempat tinggal,pengendalian aktiviti dan
tempat berkhusus
b. RM 70.00 seorang, bayaran secara LO untuk perkhidmatan
kemudahan makanan,tempat tinggal, pengendalian aktiviti dan
tempat berkursus
c. Percuma dua orang guru pengiring dan bayaran guru selebihnya
adalah rm50 bagi makan dan penginapan
d. Sijil penyertaan ialah RM 1.50 seorang.
9. PENILAIAN DAN PROGRAM SUSULAN
9.1)Penilaian semasa program dijalankan oleh pengendali dan urusetia
kursus
9.2)Melalui borang-borang penilaian kuasa
9.3)Maklumbalas dari pengetua
10.ALATAN KEPERLUAN PERIBADI YANG PERLU DIAWA PESERTA
10.1)Pakaian sekola sepasang
10.2)Pakaian biasa
10.3)Pakaian untuk solat
10.4)Pakaian untuk riadah
10.5)2 pasang kasut (untuk aktiviti biasa dan riadah)
10.6)Selipar (untuk kegunaan dalam dorm dan ke surau)
10.7)Berus dan ubat gigi serta sabun mandi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

En Salamian Bin Surip (Pengurus)
Mohd Sofiyuddin Bin Salamian (Penolong Pengurus)
D/A Kem Kaizen Gunung Pulai, Kampung Saeri Gunung Pulai 2
Jalan Bakar Arang 81500 Pekan Nenas Johor Darul Takzim.

Tel: 07-5101842/0197987134/0137770626
Fax:07=5101842