You are on page 1of 6

HELAIAN PENERANGAN

(Information Sheet)

NAMA KURSUS TAJUK MODUL TAJUK SUB MODUL

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK MEMBUAT PENDAWAIAN SUIS SATU HALA Mendawai Satu Suis Satu Hala Mengawal Satu Mata Lampu Membuat pendawaian satu suis satu hala mengawal satu mata lampu dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan dan bahan-bahan yang sesuai supaya pendawaian tersebut berfungsi dan mengikut piawaian ST, IEE dan MS IEC 60364. MUKA: NO. K/P 1 DRP: 6

OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO) KOD RUJUKAN NAMA

TAJUK

Alat Kelengkapan Pepasangan

TUJUAN : Sebagai seorang pendawai elektrik pengetahuan mengenai jenis-jenis alat kelengkapan pepasangan amatlah penting bagi seorang Pendawai elektrik sebelum kerja-kerja sesuatu pemasangan lampu dilakukan Selepas mempelajari tajuk ini, peserta boleh menerangkan kawalan suis satu hala ,litar pencahayaan, serta jenis-jenis lampu . PENERANGAN Pencahayaan ialah satu bentuk tenaga sinaran dan dapat dihasilkan dengan mengalirkan arus elektrik melalui filamen karbon, rod karbon atau tiub-tiub yang berisi gas. Tenaga elektrik yang dialirkan itu ditukarkan kepada bentuk tenaga haba dan kemudiannya menjadi cahaya yang menyinar keluar. Jenis-jenis Pencahayaan Pencahayaan yang baik mestilah dapat memenuhi kehendak pengguna dari segi fizikal dan sosialnya. Sewaktu menentukan banyaknya cahaya yang diperlukan oleh sesuatu tempat, faktor-faktor berikut perlu diambil kira: a). Jenis Lampu dan pemantulan. b). Sudut pemasangan lampu. c). Kedudukan lampu jauh / dekat. d). Warna / cat Lantai, dinding, siling.

KOD RUJUKAN

MUKA: 2 DRP: 6

Rekabentuk dan susunatur lampu dalam bangunan memberikan peranan yang penting bagi mencapai pencahayaan yang baik atau skim pencahayaan yang dikehendaki bersesuaian dengan tempat dan tujuannya. Oleh itu, reka bentuk dan skim pencahayaan yang baik, mestilah: a). Dapat memberikan cahaya yang mencukupi. b). Tidak menyilaukan / memberikan bayang. c). Cahaya dapat disebarkan secara seimbang. d). Sesuai dengan kehendak tugasnya. e). Mempunyai jenis lampu yang betul. Pengenalan jenis Lampu Lampu-lampu elektrik boleh dikenali dan dibezakan berdasarkan kepada yang berikut: a). Bentuk Mentol / Tiub b). Jenis kemasan. c). Warna cahaya. d). Lumen / Watt. e). Jenis Kepala (jenis skru atau jenis pin). (a). itu, Bentuk Mentol / Tiub. Pengenalan sesuatu jenis lampu boleh dilihat pada bentuk mentol contohnya: i. Bentuk silinder panjang - Lampu pendarflour. ii. Bentuk silinder bulat - Lampu pendarflour iii. Bentuk bulat - Lampu pijar. iv. Bentuk cendawan - Lampu pijar berfilamen (b). Jenis kemasan. Lampu biasanya dibuat dalam tiga bentuk kemasan iaitu; i).Jernih - Digunakan apabila cahaya yang terang diperlukan. ( Lampu

atau tiub

menghias & kediaman ) (c).

pintu kedai ) ii).Mutiara - Digunakan bagi mengelakkan bayang-bayang wujud. ( Lampu pesta perayaan ) iii).Argenta - Hasilkan cahaya putih kabut(putih )dan tidak silau.( Rumah Warna Cahaya Lampu. Warna kemerahan Warna biru kehijauan Kuning keemasan Biru pucat Merah, jingga, biru, putih

- Lampu filamen. - Lampu wap merkuri - Wap natrium - Lampu Pendarflour - Lampu neon

Warna-warna lampu ini merujuk kepada warna cahaya asal, bukan warna yang dicat atau di selaput dengan kertas. Umumnya lampu-lampu elektrik yang digunakan pada hari ini jika disenaraikan adalah terlalu banyak. Bagi memudahkan penyenaraian, lampu-lampu ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: 1. Lampu Pijar dan 2. Lampu Nyahcas.

KOD RUJUKAN

MUKA: 3 DRP: 6

1. Lampu Pijar i. Cahaya lampu ini dipancarkan terus hasil pemanasan unsurnya (dawai ) hingga ke suhu yang tinggi dan habanya yang panas ditukarkan menjadi tenaga cahaya dan menyinar keluar dalam warna putih kemerahan. ii. Filamen lampu pijar dibuat dalam bentuk pegas (gegelung ) bagi menambah haba dan cahaya agar lebih terang. iii. Lampu pijar juga diisi dengan gas tertentu (argon, nitrogen, kripton) bagi mengatasi masalah pemeluwapan. Diantara lampu-lampu yang termasuk dalam kumpulan lampu pijar ialah:

i.
ii. iii. iv. v.

Lampu Lampu Lampu Lampu Lampu

berfilamen berfilamen berfilamen berfilamen berfilamen

( gegelung ). arka karbon. tungsten. bergas.

2. Lampu Nyahcas. Lampu ini mengeluarkan cahaya dengan cara mengalirkan arus (elektron ) melalui wap atau gas tertentu. Cahayanya tidak panas dan keluar dalam bentuk sinar lar.

Diantara lampu-lampu Nyahcas ialah: i. Lampu pendarflour ii. Lampu wap merkuri tekanan tinggi iii. Lampu wap natrium tekanan rendah / tinggi iv. Lampu neon. v. Lampu Xenon

KOD RUJUKAN

MUKA: 4 DRP: 6

2.1 Lampu Pendarflour. Lampu ini termasuk dalam kumpulan lampu nyahcas. Cahaya yang dihasilkan oleh aliran elektron ini adalah dalam bentuk cahaya ultra ungu. Cahaya ini lebih sejuk berbanding dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu pijar. Terdapat dua jenis lampu pendaflour, iaitu: (a). Jenis katod sejuk lampu nyahcas yang memerlukan voltan tinggi (lampu wap merkuri). (b). Jenis katod panas - lampu nyahcas voltan rendah ( lampu pendaflour biasa).

Perbandingan Mutu Lampu 1. Lampu Pijar Biasa Kelebihan 1. Kecil ( padat) 2. Tidak perlu pencekik / choke 3. Kawalan cahaya yang baik. 4. Lepasan warna - baik 5. Boleh dimalapkan 6. Murah Kelemahan 1. Usia pendek 2. Kecekapan rendah 3. Kesan pancaran haba

2. Lampu Pendaflour
Kelebihan 1. Kecekapan tinggi. 2. Cahaya penyinaran sejuk. 3. Kurang silauan. 4. Tahan lebih lama ( usia panjang ). 5. Dapat memberi banyak warna. Kelemahan 1. Kos permulaan mahal. 2. Menghasilkan kelip padam. 3. Cahayanya dipengaruhi suhu sekeliling. 4. Banyak gangguan / jenis kerosakan. 5. Menyebabkan faktor kuasa rendah.

Faktor Pemilihan Jenis Lampu Diantara faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa membuat pemilihan jenis lampu, ialah: 1. Kemujaraban Fluks Cahaya 2. Haba Lampu 3. Saiz Lampu 4. Hayat Lampu 5. Kesan Getaran 6. Warna Lampu 7. Kos penggunaan elektrik.

KOD RUJUKAN

MUKA: 5 DRP: 6

1.

Kemujaraban Fluks Cahaya.

Nilai Kemujaraban lampu diperolehi dengan membahagikan jumlah lumen yang dapat dikeluarkan oleh lampu dengan kuasa (watt) yang digunakan.Pada amnya lampu Nyahcas memberikan kemujaraban fluks cahaya yang lebih tinggi berbanding dengan lampu pijar. 2. Haba Lampu. Lampu yang berkuasa rendah mempunyai jumlah haba (bahang) yang rendah berbanding dengan lampu yang berkuasa tinggi. Bahangan lampu nyahcas adalah kurang dari lampu pijar. 3. Saiz Lampu. Terdapat pelbagai jenis saiz bagi lampu-lampu yang sama. Pemilihan yang sepadan dengan keluasan tempat adalah lebih baik. 4. Hayat Lampu. Pemilihan jenis lampu yang tahan lebih lama adalah lebih baik berbanding yang sering rosak / terbakar. 5.Kesan Getaran. Lampu yang digunakan di tempat yang bergetar dipilih dari jenis yang tahan getaran. 6. Warna Lampu. Warna yang dipilih mestilah yang sesuai, tidak menyilaukan atau memberi bayang. 7.Kos penggunaan elektrik. Pemilihan jenis lampu mestilah yang berpatutan kadaran kuasanya (watt) agar pengguna tidak menanggung kos bil yang keterlaluan. Istilah-istilah Berkaitan 1. Keamatan berkilau. Kekuatan cahaya yang keluar dari satu sumber cahaya pada satu arah yang tertentu. Kekuatan cahaya ini disukat dalam unit kandela atau lumen/watt dan diberi simbol (I). 2. Fluks berkilau ( Fluks cahaya ). Ditakrifkan sebagai banyaknya cahaya yang menimpa di sesuatu permukaan yang dipancarkan oleh suatu sumber keamatan berkilau. Fluks berkilau diukur dalam unit lumen. 3. Fotometer. Fotometer ialah alat yang digunakan bagi menyukat pencahayaan di tempat-tempat yang pencahayaannya hendak diketahui. 4. Kaedah Lumen. Adalah satu cara pengiraan untuk menentukan bilangan dan jenis lampu yang diperlukan.

KOD RUJUKAN

MUKA:

DRP: 6

Peraturan IEE berkaitan Lampu Neon. i. Tiubnya yang mudah tersentuh letakkan tanda BAHAYA VOLTAN TINGGI ii. Pengubah sadap tengah yang digunakan belitan sekunder dibumikan iii. Voltan maksima ke bumi pengubah tidak lebih 5000 V. iv. Litar akhir pengubahnya hendaklah diasingkan. v. Suis kawalannya mestilah suis dua kutub vi. Kabel voltan tinggi yang digunakan mesti berperisai. vii. Penyambungan antara kabel dengan tiub dibuat daripada kaca berbentuk loceng bagi elak air bertakung. Kaedah pemasangan suis Suis sehala Suis sehala mempunyai dua tamatan yang juga disebut satu kutub satu hala. Suis jenis ini digunakan dalam litar sebagai alat pengawal atau pemutus litar atau sebahagian daripada litar elektrik.

L N e u t r a l

K L K a b e l S H u i d i s u p S e

Dalam pendawaian terdapat nama-nama kabel yang lazim disebut mengikut sebutannya i s bagisesuatu litar yang lengkap,sepertimana Rajah disebelah satu litar lampu yang dikawal oleh satu suis satu hala

l a

Rajah : Pemasangan Satu Suis satu hala

Kabel yang disambung dari MCB tamatan hidup pada kotak agihan pengguna
ketamatan suis dinamakan kabel hidup (live).

Kabel dari tamatan suis kepada point lampu atau ros siling dinamakan kabel
suis.

Kabel yang dipasang dari point lampu atau ros siling balik semula kepada punca
bekalan tamatan neutral di kotak agihan pengguna dinamakan kabel neutral.

RUJUKAN : Mohamed Nazi Bin Mustafa,Abd Ghani Ikhwan (2003). Pendawaian Domestik Tingkatan 4 Kuala Lumpur: Edusystem Sdn Bhd.

You might also like