You are on page 1of 20

BAHASA MELAYU

KOMUNIKASI

YUSDY BIN ROSLE
MERLVIN SIMON TIKAU
FIKIRKAN DAHULU...
APA ITU BAHASA KEBANGSAAN?

APA BEZANYA BAHASA RASMI DENGAN BAHASA
KEBANGSAAN?

SEJAUHMANA BAHASA MELAYU MEMAINKAN
PERANANNYA SEBAGAI BAHASA PERPADUAN?

LAYAKKAH BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
ILMU UNTUK ILMU SAINS & MATEMATIK?
FUNGSI BAHASA MELAYU

q BAHASA KEBANGSAAN
q BAHASA RASMI
q BAHASA PERPADUAN
q BAHASA PENGANTAR
q BAHASA KOMUNIKASI
BAHASA KEBANGSAAN
BAHASA JIWA BANGSA
Semenjak merdeka, negara Malaysia memerlukan satu
bahasa kebangsaan untuk menjadi dasar bagi saatu
identifikasi kebangsaan.
Menurut Tunku Abdul Rahman:

“... adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun
kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa
kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan
nyawa ...”
(Wong & Ee, 1971, hal.78)
Sejarah

Setiap negara memiliki bahasa kebangsaan yang
melambangkan identiti negara
Lambang penyatuan rakyat
Desakan semangat kebangsaan

Maka ekoran itu, Bahasa Melayu telah dipilih
sebagai BAHASA KEBANGSAAN
Mengapa bahasa Melayu

1. Peratus bilangan penduduk ketika itu.
1. Melayu 43 %
2. Cina 36 %
3. India 8 %
2. Kedudukan sebagai lingua franca
3. Bahasa Melayu agak seragam
Perenggan 152,
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
“...152(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah
ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan
dengan undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa:
(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi),
atau daripada mengajar atau mengajar, apa-apa bahasaa lain...”

Dengan itu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
berfungsi mencipta satu lambang untuk menimbulkan satu
identiti kebangsaan yang boleh mengatasi segala perbezaan dari
segi bangsa daan kebudayaaan.
BAHASA RASMI

...bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi,
iaitu dalam urusan pemerintahan dan
pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan
perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi,
kehakiman dan sebagainya...
Maka...

Bahasa kebangsaan juga boleh menjadi
BAHASA RASMI sesebuah negara.

NAMUN, bahasa rasmi tidak perlu merupakan
bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah
bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat
untuk tujuan tertentu yang tidak perlu
dikaitkan dengan bahasa kebangsaaan
samb
Selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah
menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
tunggal di Msia.
Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu telah
digunakan sepenuhnya sebagai bahasa urusan
pentadbiran kerajaan dan sebagai bahasa
perbahasan di Parlimen dan Dewan Perundangan
Negeri
Dalam bidang pentadbiran undang-undang,
kehakiman dan mahkamah; kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa bertambah baik setelah
Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991)
Bahasa Perpaduan
Masyarakat majmuk mewujudkan banyak
penggunaan bahasa penuturan sama ada bahasa
pendatang mahupun bahasa serumpun.

Setiap bahasa itu hanya menjadi alat komunikasi
yang terbatas di dalam lingkungan kaumnya
sendiri.

Di Sabah dan Sarawak: bahasa-bahasa bumiputera
tidak mempunyai bahasa tulisan yang cukup lama
untuk dijadikan bahasa pengantar.
samb
Selain itu, bahasa Inggeris tidak dapat menyatu-
padukan rakyat Msia kerana hanya segelintir
sahaja yang mampu bertutur dalam bahasa
tersebut.

Bahasa Inggeris TIDAK PERNAH menjadi
bahasa bersama untuk rakyat Msia

Maka, hanya satu bahasa sahaja yang dapat
berfungsi sebagai bahasa pengantar oleh semua
penduduknya=bahasa kekitaan
BAHASA PENGANTAR
(sistem pendidikan)

Semasa pemerintahan British bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar hanya wujud di:
 sekolah-sekolah Melayu hingga ke darjah VI
 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim
 Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka

Senario ini berubah selepas Penyata Razak (1956)
Penyata Razak (1956)
Perenggan 12

“... tujuan dasar pelajaran di alam negeri ini ialah
bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa
dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini
tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan
diperbuat dengan beransur ...”
samb
Tahun 1958: bahasa pengantar di sekolah menengah
Melayu (Sekolah Menengah Kebangsaan)
Bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar di Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Inggeris di Semenanjung dan Sabah
mulai tahun 1968
 Latihan Jasmani, Ilmu Kesihatan, Seni Lukis dan
Pertukangan Tangan, Pelajaran Tempatan, dan Muzik di
darjah I hingga III
 Pelajaran Tatarakyat, Sejarah, dan Geografi di darjah IV
pada tahun 1969
samb

Tahun 1970, menjadi bahasa pengantar untuk
semua mata pelajaran dalam Darjah1 kecuali
subjek Inggeris dan bahasa ibunda lain kecuali
bahasa Melayu.
Tahun 1975, semua Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Inggeris menggunakan sepenuhnya
bahasa Melayu.
Di Sarawak, dasar ini bermula pada tahun 1977
Sekolah Menengah

Tahun 1973
 Semua subjek aliran sastera di Tingkatan 1
Tahun 1976
 Semua Tingkatan 1
 Semua subjek sastera Tingkatan IV

Tahun 1980
 Semua sekolah menengah menggunakan sepenuhnya
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dari
Tingkatan I hingga IV
Peringkat IPT

Berlaku beransur-ansur sejak tahun 60-an
beralih dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu
Tahun 1970:
 Maktab-maktab perguruan kursus SR dan SM
 UKM ditubuhkan dengan bahasa pengantar bahasa
Melayu.
Tahun 1973:
 Hampir semua subjek di maktab dikendalikan dalam
bahasa Inggeris
Bermula tahun 1984, semua universiti awam
menggunakan bahasa Melayu
BAHASA KOMUNIKASI

?
RUJUKAN

Bahasa Melayu Komunikasi 1: Penguasaan dan
Penggunaan Bahasa Melayu & Bahasa Melayu
Merentasi Kurikulum.