You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH

JALAN NEW FERRY, 12100 BUTTERWORTH TEL : 04-3237430 FAX : 04-324486

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj. Kami : Bil (01) PIBG/SMKCB/701 Tarikh : 3 MAC 2011

Chief Inspektor Mohd Yusof B. Hj Ibrahim Balai Polis Butterworth Jalan Heng Choon Thian 12000 Butterworth Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJUAL KUPON HARI KANTIN BAGI MEMBIAYAI DANA PIBG. Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMK Convent Butterworth akan mengadakan Hari Kantin pada 16 April 2011. 3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk membuat kutipan derma dengan menjual kupon kepada para pelajar SMK Convent Butterworth, bekas-bekas pelajar, orang awam dan mana-mana pihak yang berminat untuk menderma. Hasil daripada jualan kupon berkenaan akan dimasukan di dalam dana PIBG. 4. Bersama-sama ini disertakan Minit Mesyuarat PIBG kali keempat yang membincangkan persetujuan Hari Kantin ini dijalankan dan surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang .Antara tujuan Hari Kantin ini diadakan ialah : 4.1 Membiayai penyelenggaraan fizikal sekolah. ( Bil Streamyx, penyelenggaraan tandas , peningkatan ICT ) 4.2 Membiayai tabung kebajikan pelajar.( kupon makanan pelajar miskin) 4.3 Menambah dana PIBG bagi menjayakan Program Kecemerlangan Akademik Pelajar. 4.4 Membiayai pendawaian semula bangunan Blok B. 5 Pihak sekolah juga ingin memohon bantuan untuk mengawasi kawasan sekolah pada hari tersebut. 6 Pihak sekolah sangat berbesar hati dan mengharapkan agar pihak tuan dapat memberi sokongan bagi menjayakan projek tersebut demi kemajuan sekolah. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, ................................................................. ( EN. MOHD RIDZWAN GOH B. ABDULLAH) Yang Dipertua PIBG,

SMK CONVENT BUTTERWORTH. .