You are on page 1of 27

ISU KURIKULUM

PEPERIKSAAN vs PENTAKSIRAN
FADHILATUL FAIZAH NORLIZA SHARIAAH WAN RABIATUN ALAWIAH

DEFINISI
PEPERIKSAAN Salah satu kaedah, sistem atau mekanisme yang digunakan dalam proses pentaksiran Mengandungi beberapa siri ujian yang terancang untuk mendapatkan ukuran tentang sejauh mana proses P&P berkesan PENTAKSIRAN Integrasi mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat

Cara Perlaksanaan
Peperiksaan Perlaksanaan peperiksaan di Malaysia terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu : Peringkat sekolah rendah Peringkat sekolah menengah Peringkat pendidikan tinggi Penilaian berasaskan sekolah Perlaksanaan PBS terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu : Pentaksiran Pusat Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Cara Perlaksanaan
Peperiksaan Guru dan pelajar tertumpu kepada kaedah dan strategi belajar bagi mendapat A dalam peperiksaan. Dibebani dengan peperiksaan penilaian dalaman peringkat sekolah. Kesemua penilaian ini adalah untuk mengukur kognitif para pelajar. Penilaian berasaskan sekolah Sistem PBS ini diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Kemahiran ini merangkumi penilaian dalam kerja kursus iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan juga kajian kuar mengikut keperluan mata pelajaran.

KELEBIHAN SISTEM PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Sistem Peperiksaan
Menguji kefahaman pelajar
- Guru dapat memahami kelemahan pelajar. - Guru memikirkan cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.

Sistem Peperiksaan samb


Merangsang kesungguhan belajar - Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. - Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang terbaik.

Sistem Peperiksaan samb


Mengetahui hala tuju dalam pembelajaran - Perkembangan pencapaian pelajar dapat diukur dengan tepat kerana pelajar mengetahui hala tuju dalam pembelajaran mereka. - Pelajar perlu mengetahui apakah yang mereka pelajari kerana perkara tersebut akan ditanya dalam peperiksaan kelak

Sistem Peperiksaan samb


Mewujudkan budaya persaingan yang sihat - Melalui peperiksaan, pelajar akan saling bersaing sesama sendiri untuk mencapai kecemerlangan yang pastinya akan memberi kegembiraan dan kepuasan di dalam diri mereka. - Secara tidak langsung, pelajar akan bersemangat untuk belajar demi mencapai kecemerlangan dalam diri sendiri.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


Meringankan beban pelajar dan guru - Pelajar dapat belajar tanpa sebarang tekanan.
- Tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan pembelajaran dalam tempoh enam tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. - Beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan dan beban para guru di sekolah juga dapat dikurangkan. - Guru tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja tamat sesi persekolahan pada setiap hari.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum - Pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai kegiatan kokurikulum seperti kegiatan persatuan, kelab mahupun permainan. - Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri mahupun antarabangsa.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Mendidik guru berintegriti - PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. - PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. - Guru boleh menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Mudah merujuk pencapaian murid - Sistem PBS bakal memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, mereka akan mempelajari kandungan kurikulum berbeza pada skala kecil dalam setiap penggal. - Justeru, pelajar boleh lebih fokus menghadapi pembelajaran dan mempunyai peluang lebih besar untuk melakar kecemerlangan.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Memberi makna kepada gred pelajar - Guru akan melaporkan sejauh mana pelajar itu telah memperoleh dan mencapai pertumbuhan di dalam pembelajaran berdasarkan pencapaian pelajar yang dinilai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pengajaran dan pembelajaran
- Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu

menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. - Merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Taburan markah / gred tidak ditetapkan - Guru akan melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan pembelajaran murid berdasarkan kepada standard. Standard ini dirujuk dengan menggunakan dokumen atau manual yang menerangkan standard sesuatu domain.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Tidak membanding bezakan murid dengan gred - Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Tiada had peratusan murid untuk mencapai standard - Kejayaan murid diukur bersandarkan standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. - Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang, PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Dilaksanakan sepanjang tahun sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan - Seluruh aktiviti pelajar dalam dan luar bilik darjah boleh diolah supaya proses pembelajaran dapat dijalankan secara lebih bersahaja, holistik dan menyeronokkan. - Guru perlu adil terhadap semua pelajar kerana setiap individu mempunyai keupayaan dan keistimewaan tersendiri.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Pentaksiran menyeluruh jasmani, emosi, rohani dan intelek - Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) samb


Menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan - Pelaksanaan PBS dapat menyebabkan pembayaran gaji untuk penggubal dan pemeriksa soalan peperiksaan tidak diperlukan. - Ini membantu kerajaan menjimatkan pembayaran emolumen yang mencecah jutaan ringgit dalam perbelanjaan mengurus setiap tahun. - Maka, keadaan defisit dalam akaun negara dapat dibaik pulih dengan pemansuhan peperiksaan awam iaitu UPSR dan PMR.

KELEMAHAN PEPERIKSAAN & PBS

PEPERIKSAAN
Lebih menekankan kepada kognitif pelajar; hal ini akan menunjukkan perbezaan diantara pelajar yang mempunyai tahap IQ yang tinggi dengan pelajar yang mempunyai tahap IQ yang rendah. Walhal, jika diperhatikan tidak semestinya pelajar yang mempunyai IQ (kognitif) yang rendah tidak mempunyai bakat lain (kemahiran) Membezakan murid dari segi gred Pembelajaran pelajar adalah lebih kepada Peperiksaan (Exam Oriented), bukannya untuk diaplikasikan dalam hidup (skills).

PEPERIKSAANSAMB
Memerlukan kemahiran Faham dan Hafal Sebagai contoh: Pelajar yang ingin menduduki peperiksaan PMR perlu memahami setiap subjek yang dipelajari semenjak dari Tingkatan 1, 2 dan 3. Tekanan peperiksaan Kos tadbiran tinggi elaun untuk guru yang menjaga peperiksaan, menyemak kertas peperiksaan Keselamatan tidak berapa terjamin Beban kepada pelajar

Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)


Guru perlu menilai setiap murid yang diajar. Jika dikaji secara menyeluruh, bagaimana guru mampu menilai 40 orang murid dan memberi tahap penguasaan murid (band) terhadap subjek yang diajar hanya dalam tempoh 40-80minit per hari. Hal ini juga secara tidak lansung boleh mengundang sikap tidak telus mahupun pilih kasih kerana kekangan masa yang dihadapi oleh guru.

Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)SAMB


Kebolehpercayaan serta kesahan tahap penilaian guru terhadap penguasaan murid (band) boleh diragui Masalah yang dihadapi ketika guru-guru penilai ingin memasukkan data berkenaan pentaksiran; menggunakan sistem online serentak boleh mengundang bandwidth capacity Beban kepada guru

KESIMPULAN

Peperiksaan dan pentaksiran haruslah dilaksanakan secara serentak bagi memastikan sistem pendidikan negara menjadi lebih sempurna.

You might also like