You are on page 1of 5

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (Centre For Islamic Thought & Understanding) UJIAN 2

KURSUS KOD KURSUS SESI MASA

: : : :

HUBUNGAN ETNIK CTU 553 SEMESTER 2 2012-2013 1 JAM

NAMA: EDDY IRWANSYAH BIN DAHLAN NO. PELAJAR: 2011-608-726 KUMPULAN: SBMAM1 ARAHAN KEPADA CALON Jawab semua soalan. 1. Berikut di antara faktor kegagalan integrasi pada peringkat awal kemerdekaan negara i. Penerusan sistem pendidikan vernakular ii. Segrasi perkampungan baru Cina oleh penjajah iii. Polarisasi kaum oleh pegangan ekuiti dalam ekonomi iv. Semangat nasionalisme yang masih membara di kalangan rakyat jelata A. i dan ii B. i, ii dan iii C. i, iii dan iv D. Semua di atas 2. Apakah istilah yang TEPAT bagi menerangkan sifat individu dan masyarakat yang menganggap budaya mereka lebih baik berbanding individu dan masyarakat lain? A. Stereotaip B. Etnosentrik C. Akulturasi D. Amalgamasi

1

3. Berikut adalah sikap toleransi mengikut ajaran Islam, KECUALI: A. Menghormati sesama manusia B. Menghormati kepercayaan orang lain C. Mempermudahkan acara keagamaan D. Meningkatkan kemajuan dalam kehidupan 4. Pilih pernyataan yang TIDAK TEPAT mengenai budaya dan kehidupan masyarakat tempatan sebelum kedatangan Barat: A. Masyarakat di Alam Melayu telah hidup bersuku-suku dan berpuak-puak B. Kuasa politik berada di tangan pembesar atau raja-raja C. Bahasa Melayu telah digunapakai sebagai bahasa perantaraan D. Kegiatan ekonomi berada di tangan-tangan pemodal asing 5. Manakah di antara berikut TIDAK BENAR sebagai kesan penubuhan Malayan Union? A. Tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) B. Kesediaan orang Melayu menerima imigran sebagai warganegara C. Meningkatnya perpaduan di kalangan orang-orang Melayu D. Meningkatnya kesedaran untuk mencapai kemerdekaan 6. Berikut adalah pernyataan yang BENAR kesan penjajahan di Alam Melayu: A. Lahirnya semangat nasionalisme di kalangan masyarakat B. Tertubuhnya negara bangsa di Alam Melayu C. Lahirnya faham sekularisme dalam urusan hidup seharian D. Terbinanya rangkaian istilah dan ilmu yang baru A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv D. Semua di atas 7. Hubungan etnik di Malaysia berdepan cabaran sosial seperti berikut, KECUALI: A. Polarisasi kaum ekoran sistem pendidikan vernakular B. Kepelbagaian anutan agama di kalangan masyarakat C. Proses perbandaran kerana kemajuan ekonomi D. Penguasaan dan pegangan dalam sektor ekonomi

2

8. Kedatangan Barat ke Alam Melayu telah meninggalkan kesan seperti berikut, KECUALI: A. B. C. D. Kemajuan ilmu dan epistemologi baru Penguncupan kuasa pemerintahan raja-raja Kekuatan nilai dan budaya masyarakat tempatan Persempadanan wilayah dan kuasa pemerintahan

9. Jus soli adalah konsep kewarganegaraan berasaskan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. Apakah kaedah jus soli yang dipersetujui di kalangan pelbagai kaum dalam menempa kemerdekaan? A. Imigran Cina dan India diterima kewarganegaraan tanpa sebarang syarat B. Kewarganegaraan diberi kepada mereka yang lahir selepas Malayan Union C. Kewarganegaraan diberi secara automatik kepada yang mencapai umur 21 tahun D. Kewarganegaraan diberi kepada yang lahir di Tanah Melayu selepas hari kemerdekaan 10. Manakah di antara berikut adalah ciri-ciri utama kehidupan sesebuah masyarakat? i. Berbudaya ii. Berkelompok iii. Berinteraksi iv. Bertaraf sama A. i dan ii B. ii dan iii C. i, ii dan iii D. Semua di atas 11. Apakah program yang dilaksanakan dalam rangka mewujudkan integrasi kaum? i. Industri berat ii. Dasar Ekonomi Baru iii. Jabatan Perpaduan Negara iv. Kurikulum Pendidikan Bersepadu A. i dan ii B. i, ii dan iii C. ii, ii dan iv D. Semua di atas

3

12. Berikut adalah perbezaan di antara pluraliti dengan pluralistik, KECUALI: A. Pluraliti berlaku secara semulajadi manakala pluralistik berlaku secara sukarela B. Pluraliti disebabkan faktor tarikan manakala pluralistik disebabkan faktor tolakan C. Pluraliti berlaku secara bebas manakala pluralistik berkaitan campurtangan luaran D. Pluraliti melibatkan alam semulajadi manakala pluralistik berkaitan manusia imigran 13. Apakah proses yang menghasilkan rumpun Baba dan Nyonya yang terkenal di Melaka? A. Asosiasi B. Asimilasi C.Akomodasi D. Amalgamasi 14. Konsep-konsep sosial di bawah adalah diwakili oleh formula berikut KECUALI: A. Asimilasi: A+B+C= A B. Akulturasi: A+B+C = A+B+C C. Akomodasi: A+B+C= ABC D. Amalgamasi: A+B+C= D 15. Apakah kriteria terpenting dalam menentukan kedudukan dan keutamaan sosial menurut Islam? A. Dermawan dan keagamaan B. Darjat dan kedudukan sosial C. Keimanan dan ketakwaan D. Keikhlasan dan kealiman 16. Perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu turut didokong oleh institusi berikut KECUALI: A. Kesatuan Melayu Perak B. Kesatuan Melayu Selangor C. Kesatuan Melayu Singapura D. Persatuan Penulis Melayu Islam 17. Pilih faktor yang TEPAT berkaitan kebangkitan orang Melayu menentang Malayan Union. i. Peribumi hilang keistimewaan kerana hak warganegara yang samarata ii. Kuasa pemerintahan terhapus dari kesultanan dan raja-raja Melayu iii. Taraf kewarganegaraan diberikan secara mudah mengikut prinsip jus soli iv. Semua negeri Melayu dan Singapura di bawah pemerintahan Gabenor British A. i, ii dan iii B. i, iii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas 4

18. Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri bangsa Malaysia? A. Mengekalkan amalan tradisi semua bangsa B. Membina semangat mempertahankan bangsa C. Menghayati norma, budaya dan agama yang sejagat D. Rupa diri yang dibentuk oleh pembudayaan pelbagai bangsa 19. Dasar Pembangunan Negara adalah kesinambungan dari Dasar Ekonomi Baru yang telah tamat pada tahun 1990. Apakah matlamat yang boleh dikongsi kedua-dua dasar ekonomi tersebut? i. Pembasmian kemiskinan ii. Merapatkan jurang pendapatan antara kaum iii. Meningkatkan pegangan ekuiti golongan bumiputera iv. Menghapuskan penglibatan ekonomi berdasarkan kaum A. i dan ii B. ii dan iii C. ii dan iv D. Semua di atas 20. Apakah kewajaran kerajaan menjadikan Islam sebagai panduan dalam segenap penggubalan dasar negara? i. Negara ditadbir oleh kerajaan Islam ii. Majoriti penduduk adalah penganut Islam iii. Islam salah satu unsur tradisi dalam Perlembagaan iv. Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama negara A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. ii, iii dan iv D. Semua di atas

SOALAN TAMAT

5