You are on page 1of 19

SISTEM GEOMORFOLOGI

PEMBENTUKAN , CIRI DAN JENIS BATUAN (IGNEUS , ENAPAN DAN METAMORFOSIS)

KONSEP BATUAN
Boleh ditakrifkan sebagai komponan semula jadi mineral seperti mika,kuartza,feldsfar,kalsium dan karbonet. Ia terikat secara langsung menerusi proses pembekuan magma atau diikat oleh bahan perikat yang lain seperti kaolin,kapur,oksida-oksida menerusi proses simentasi atau penyimenan. Klasifikasi geologi di dunia ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu;batuan igneus,batuan enapan(medak) dan batuan metamorfosis(jelmaan).

Ciri-ciri fizikal batuan meliputi; Keras/lembut mineral pembentukan batuan. Warna batuan. Struktur dan tekstur batuan. Rekahan dan ira. Keporosan batuan. Ciri-ciri kimia batuan pula meliputi; Komposisi mineral. Kestabilan mineral. Darjah mobiliti mineral.

CIRI-CIRI BATUAN

SKALA KEKERASAN MINERAL PEMBENTUKAN BATUAN OLEH MOHS

SKALA KEKERASAN 1(Amat lembut) 2 3 4

MINERAL PEMBENTUKAN BATUAN Talkum Gipsum Kalsit Florit

5 6
7 8 9 10(Amat keras)

Apatit Feldspar
Kuartza Topez Korundum Intan

1. Kandungan dan jenis mineral dalam batuan. 2. Tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineralnya. 3. Struktur batuan,iaitu susunan hablur mineralnya.

Proses pembentukan batuan


Batu igneus terbentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma yang cair dan panas dalam lapisan kerak bumi atau permukaan bumi. Batuan metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batu mendak dan batu igenus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Batuan enapan terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir ,ais,dan angin. 2 proses penting iaitu proses pemandatan dan penyimenan.

Jenis batu-batuan

Batuan Igneus

Batuan Enapan Batuan Metamorfosis

Batuan igneus
Terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan magma dari dalam kerak bumi. Berbentuk hablur,tidak berlapis dan tidak mengandungi fosil. Pembekuan magma=batuan igneus rejahan Penyejukan magma=batuan igneus terombosan Boleh dikelaskan kepada 2:

1.Batuan Igneus Plutonik atau Rejahan

Yang terjadi di bahagian bawah kerak bumi Penyejukan dan pembekuan cecair ini berlaku secara perlahan-lahan.

2.Batu Gunung Berapi atau Terobosan


Batu gunung berapi adalah batu cecair yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkan berbentuk halus. Batu igneus keras lagi kukuh dan biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya,tugu-tugu peringatan dan batu-batu nisan yang berukir.

Batuan enapan
Tejadi daripada enapan yang terkumpul di kawasan perairan.kejadiannya memakan masa yang lama, sifatnya yang berlapis,bentuknya kasar atau berbijibiji halus,dan lembut atau keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin diangkut oleh sungai-sungai,glasier,angin atau binatang. Dikelaskan berdasarkan umurnya. 3 jenis batuan enapan:

1.Batuan enapan yang terjadi secara mekanik.

Terjadi daripada pemaduan bahanbahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batuan pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak. Batuan ini terjadi daripada pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza.Susunan,kandungan dan warnanya sangatlah berbeza.

2.Batuan enapan terjadi secara organik

Batu ini terjadi daripada bangkai hidupan yang halus. Batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis kalkeria termasuklah batu kapur. Batu mengandungi karbon juga terjadi secara organik batuan ini terjadi daripada pemendapan tumbuhan yang telah reput.

3.Batuan enapan terjadi secara kimia

Terjadi melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis Natrium klorid (garam batu) berpunca daripada lapisan di dasar laut atau tasik Gipsum @ kalsium sulfat serta Kalium karbonat dan nitrat-didapati daripada penyejatan yang berlaku di tasik-tasik masin seperti Laut Mati

Batuan metamorfosis
Mengalami perubahan fizikal dan kimia akibat haba dan tekanan yang sangat tinggi. Perubahan tersebut berlaku dari segi tekstur,struktur dan komposisi mineral batuan. Mungkin berasal daripada batuan igneus,enapan atau metamorfosis yang lain. Suhu yang diperlukan ialah 100c-800c. -batuan berkeadaan lembut Proses metamorfisma terma -berlaku apabila magma panas yang mengalir keluar ke permukaan muka bumi,batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah menjadi batuan metamorfosis. -batu marmar dan slat bintik terbentuk

Metamorfisma serantau -berlaku secara besar-besaran.


Jadual 5.4 Ciri-Ciri batuan metamorfosis
JENIS TEKSTUR BATUAN ASAL Slat,Basalt, Granit Granit BENTUK MUKA BUMI Tanah Tinggi & Permatang Tanah Tingi KAWASAN

Syis Gneisi

Sederhana kasar Kasar

Rutland, Vermont Caroline Utara,USA

Batu Marmar
Kaurzit

Kasar
Sederhana Kasar

Batu kapur
Batu Pasir

Tanah Pamah & Bukit


Bukit Sisa

Puau Langkawi
Utah Tengah,USA

i. i.

2 jenis batuan metamorfosis yang lain: Batuan berjalur Mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari. Batuan tidak berjalur Tidak mempunyai lapisan. Contoh batuan metamorfosis ialah Batu Loh dan Amfibolit.

Batu Loh (Slate)


-Berbijian halus -Gred yang rendah -Suhu pembentukan (200C-400C) -Terhasil daripada metamorfisme batu lumpur (mud stone),syal @ batu kelodak (Siltstone) -Punya ira yang tersusun selari dengan paksi rataan

Amfibolit
-Berbijian sederhana kasar -Kaya dengan batu hornblend dan batu plagio -Dihasilkan oleh metamorfisme batuan igneus yang bergred sederhana tinggi

You might also like