You are on page 1of 82

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

-0-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Dalam setiap organisasi pendidikan di semua peringkat, perancangan yang teliti dan strategik merupakan kunci kepada kejayaan mencapai misi dan visi organisasi. Perancangan Strategik 20112013 Sektor Pengurusan Akademik merupakan suatu panduan asas kepada pihak pengurusan pendidikan di semua peringkat dalam melaksanakan peranan, fungsi dan tanggungjawab masingmasing agar berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat yang telah disasarkan khususnya berkaitan dengan pencapaian akademik. PS 2011-2013 SPA harus menjadi rujukan dan kerangka kerja utama dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik peringkat negeri secara berterusan dan menyeluruh. Tempoh ini dianggap kritikal kepada JPN dalam usaha mencapai sasaran NKRA yang telah ditetapkan oleh KPM. Untuk mencapai sasaran setiap KPI yang telah ditetapkan, komitmen dan kerja keras daripada seluruh warga JPN amat penting ditingkatkan secara berterusan. Untuk memastikan PS 2011-2013 SPA berjaya meningkatkan pencapaian pendidikan negeri, akauntabiliti dan responsibiliti perlu dibudayakan dalam seluruh organisasi pendidikan. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menghasilkan PS 2011-2013 SPA yang komprehansif ini. Perancangan ini adalah tepat pada waktunya kerana ianya bukan sahaja untuk panduan semua warga pendidikan, malah dapat memberi maklumat tepat kepada semua stakeholders JPN Kedah mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab JPN ke arah mencapai hasrat dan wawasan pendidikan negara.

HAJI SHAHIDAN BIN ABDUL RAHMAN, K.M.N., P.P.N., B.C.K. PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

-1-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

KATA ALU-ALUAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Perancangan Strategik 2011-2013 Sektor Pengurusan Akademik merupakan satu usaha ke arah mempertingkatkan pembangunan modal insan dengan memperkasakan pencapaian akademik secara keseluruhan di peringkat negeri Kedah Darul Aman. Perancangan ini telah dibina berasaskan analisis isu-isu dan cabaran-cabaran pendidikan semasa serta digarap berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan. Penghasilan PS 2011-2013 SPA juga melibatkan usaha semua pihak yang digemblengkan secara perkongsian bestari untuk memacu pelaksanaan ke arah pencapaian semua matlamat strategik yang digariskan. PS 2011-2013 SPA menggariskan isu-isu dan cabaran-cabaran utama pendidikan di negeri Kedah dalam usaha membina matlamat strategik yang realistik dan relevan. Setiap matlamat strategik akan mempunnyai objektif-objektif yang digariskan bersama Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sasaran pencapaian masing-masing. Strategi-strategi dan pelan tindakan dirancang ke arah mencapai semua matlamat strategik yang telah disenaraikan dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik negeri Kedah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan PS 2011-2013 SPA. Semoga perancangan akan menjadi panduan menyeluruh kepada semua pengurus pendidikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, B.C.K. KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

-2-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman............................ 1 Kata Alu-aluan Ketua Sektor Pengurusan Akademik ............................................ 2 Kandungan ................................................................................................................ Latar Belakang Organisasi ...................................................................................... Mandat ................................................................................................................... Misi dan Visi ........................................................................................................... Tema, Moto dan Matlamat ...................................................................................... Etika Kerja .............................................................................................................. Objektif ................................................................................................................... Piagam Pelanggan ................................................................................................ Dasar Kualiti ........................................................................................................... Nilai Bersama ......................................................................................................... Stakeholders dan Pelanggan ................................................................................. Fungsi Sektor Pengurusan Akademik .................................................................... Maklumat Pengurusan Organisasi........................................................................... Pengurusan Tertinggi 2010 Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman ........... Jawatankuasa Kerja Perancangan Strategik 2011-2013 Sektor Pengurusan Akademik ................................................................................ Senarai Pegawai Sektor Pengurusan Akademik .................................................... 3 6 7 8 8 9 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

-3-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Pencapaian Akademik Peperiksaan Awam ............................................................ Ujian Pencapaian Sekolah Rendah............................................................................. Penilaian Menengah Rendah ..................................................................................... Sijil Pelajaran Malaysia ............................................................................................... Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ............................................................................. Pendahuluan ............................................................................................................. Latar Belakang ........................................................................................................... Isu Dan Cabaran.......................................................................................................... Matlamat Strategik ......................................................................................................

20 21 26 31 36 40 41 42 49

Matlamat Strategik 1 ................................................................................................. 50 Memantapkan Kepimpinan Instruksional dalam kalangan pentadbir Objektif, KPI, TOV dan Sasaran ............................................................................. 51 Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab dan Output/Outcome .......................... 52 Matlamat Strategik 2 ................................................................................................. 53 Memantapkan pengurusan kurikulum sekolah Objektif, KPI, TOV dan Sasaran ............................................................................. 54 Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab dan Output/Outcome .......................... 55

-4-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Matlamat Strategik 3 ................................................................................................. 57 Meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam secara berterusan Objektif, KPI, TOV dan Sasaran ............................................................................. 58 Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab dan Output/Outcome .......................... 60 Matlamat Strategik 4 ................................................................................................. 64 Memastikan murid menguasai kemahiran asas Objektif, KPI, TOV dan Sasaran ............................................................................. 65 Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab dan Output/Outcome .......................... 66 Matlamat Strategik 5 ................................................................................................. 69 Memantapkan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah Objektif, KPI, TOV dan Sasaran ............................................................................. 70 Strategi, Pelan Tindakan, Tanggungjawab dan Output/Outcome .......................... 71 Elemen Penentu Kejayaan ....................................................................................... Pengenalan ................................................................................................................. Cabaran dan Tumpuan ............................................................................................... Harapan ...................................................................................................................... Penutup ..................................................................................................................... 73 74 74 79 80

-5-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

LATAR BELAKANG ORGANISASI

Mandat Misi dan Visi Tema, Moto dan Matlamat Etika Kerja Objektif Piagam Pelanggan Dasar Kualiti Nilai Bersama Stakeholders dan Pelanggan Fungsi Sektor Pengurusan Akademik

-6-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

-7-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

-8-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

-9-

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman Dengan Penuh Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Memastikan semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan. Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Memastikan segala keperluan asas untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap. Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah. Memastikan segala aduan kepada atau mengenai JPN, PPD dan sekolah diberi jawapan dalam tempoh satu minggu dari tarikh penerimaan Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan. Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan responsif terhadap kehendak semua pelanggan. Menentukan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai JPN, PPD dan sekolah-sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan. - 10 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

- 11 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

- 12 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

- 13 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

FUNGSI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan berkaitan akademik yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Merancang, menyelaras dan mengurus strategi pelaksanaan semua mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. 3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program dan projek-projek khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi akademik. 4. Merancang,menyelia, memantau, mengesan dan membuat pengesahan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum sekolah. 5. Merancang, menyelaras dan mengurus pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. 6. Membimbing dan memberi panduan kepada guru-guru berkaitan urusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum sekolah. 7. Merancang, menyelaras dan mengurus program bersepadu guru-guru cemerlang bagi peningkatan kecemerlangan akademik. 8. Merancang, menyelaras dan mengurus pembangunan profesionalisme keguruan berasaskan pedagogi dan mata pelajaran. 9. Merancang, menyelaras, melaksana dan menyebarluaskan dapatan penyelidikanpendidikan dan kajian tindakan bagi peningkatan profesionalisme keguruan. 10. Merancang, menyelaras, mengurus dan menganalisis data dan maklumat berkaitan pelaksanaan program akademik untuk tindakan susulan bagi tujuan penambahbaikan. 11. Mengurus setia dan menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan pelaksanaan kurikulum dan akademik peringkat JPN dan KPM.

1.

- 14 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MAKLUMAT PENGURUSAN ORGANISASI

Pengurusan Tertinggi 2010 Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman Jawatankuasa Kerja Perancangan Strategik 2011-2013 Sektor Pengurusan Akademik Senarai Pegawai Sektor Pengurusan Akademik

- 15 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENGURUSAN TERTINGGI 2010 JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN Tuan Haji Shahidan bin Abd. Rahman, K.M.N., P.P.N., B.C.K.

TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN Tuan Haji Abdullah bin Saad, B.C.K.

KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK Tuan Haji Asmee bin Haji Tajuddin, B.C.K. KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN SWASTA Tuan Haji Saidin Bin Bakar, B.C.K. KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM KETUA SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN Tuan Haji Abdul Aziz bin Hassan KETUA SEKTOR ICT DAN PENGURUSAN MAKLUMAT Encik Abd Halim bin Ahmad

KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH Tuan Haji Munajat bin Tamrin KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN Tuan Haji Rooslee Bin Ismail, B.C.K. KETUA SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN KETUA SEKTOR JAMINAN KUALITI Tuan Haji Mustaffa B. Abd Hamid KETUA SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Tuan Haji Badrunsham bin Dahalan @Omar

- 16 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

JAWATANKUASA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK Penasihat Tuan Haji Shahidan bin Abd. Rahman, K.M.N., P.P.N., B.C.K. (Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman) Pengerusi Tuan Haji Asmee bin Haji Tajuddin, B.C.K. (Ketua Sektor Pengurusan Akademik) Naib Pengerusi Encik Zulkifli bin Yaacob, B.C.K. (Ketua Penolong Pengarah Sains) Setiausaha Encik Mahadhir bin Ismail (Penolong Pengarah Kanan Fizik) Penolong Setiausaha Tuan Haji Ahmad Sharifuddin bin Musa (Penolong Pengarah Kanan Kimia) Ahli Jawatankuasa Encik Suhaimi bin Haris (Ketua Penolong Pengarah Matematik) Encik Mubarak Ali bin Rakhir Mohamed (Ketua Penolong Pengarah Bahasa I) Puan Zaleha binti Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Bahasa II) Tuan Haji Yusof bin Ismail (Penolong Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan) Encik Saadon bin Nayan (Penolong Pengarah Kanan Perdagangan) Encik Fadil Long bin Mohamed (Penolong Pengarah Kanan ICT dan Pengkomputeran)

- 17 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

SENARAI NAMA PEGAWAI SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK KETUA SEKTOR UNIT SAINS DAN MATEMATIK ZULKIFLI BIN YAACOB SUHAIMI BIN HARIS MAHADHIR BIN ISMAIL ZULKIFLI BIN SALLEH MAHAYADIN BIN ABD RAHMAN CHOONG KOK HUNG ABD AZIZ BIN MOHAMAD NOH AHMAD SHARIFUDDIN BIN MUSA NAZRI BIN MOHD MUHSIN ROSLI BIN HJ. OMAR ZAKARIA BIN HASSAN SULAIMAN BIN DARUS ABDUL HADI BIN HASHIM UNIT BAHASA MUBARAK ALI BIN RAKHIR MOHAMED ZALIHA BINTI AHMAD KEE HANG KUN THAMIL SELVAN A/L PERINAN MAT SHAARI BIN ABU HASSAN ROSITAH BT MOHD ALWI ABRIZA BT BAHAROM BASHIRAH BEGUM BT ZAINUL ABIDIN Ketua Penolong Pengarah Bahasa I Ketua Penolong Pengarah Bahasa II Penolong Pengarah Kanan Bahasa Penolong Pengarah Bahasa Penolong Pengarah Prasekolah Penyelia Kanan (Bahasa) Penyelia (Bahasa) Pegawai Khas Bahasa Inggeris - 18 Ketua Penolong Pengarah (Sains) Ketua Penolong Pengarah (Matematik) Penolong Pengarah Kanan (Fizik) Penolong Pengarah Kanan (Matematik Menengah) Penolong Pengarah Kanan (Sains Teras) Penolong Pengarah Kanan (Matematik Rendah) Penolong Pengarah Kanan (Biologi) Penolong Pengarah Kanan (Kimia) Penolong Pengarah Kanan (Sains Rendah) Penyelia Kanan (Sains Rendah) Penyelia Kanan (Matematik Rendah) Penyelia (Matematik Rendah) Penyelia (Sains Rendah) HAJI ASMEE BIN HAJI TAJUDDIN, B.C.K.

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

KAJIAN KEMASYARAKATAN YUSOF BIN ISMAIL SOID BIN MANSOR ZADUL MUTAALIM BIN RAMLI ABDUL JALIL BIN MAJID HALIM BIN ABD. HAMID ABD. RAZAK BIN DESA UNIT TEKNIK VOKASIONAL SAADON BIN NAYAN ABDUL RAZAK BIN HUSSAIN@NAYAN LUTHFI BIN MOHD RADZI UNIT ICT DAN PENGKOMPUTERAN FADIL LONG BIN MOHAMAD MOHD. ROSLI BIN HJ. SAID Penolong Pengarah Kanan (ICT Dan Pengkomputeran) Penolong Pengarah (ICT Dan Pengkomputeran) Penolong Pengarah Kanan (Perdagangan) Penolong Pengarah Kanan (MPV) Penolong Pengarah (Kemahiran Hidup) Penolong Pengarah Kanan (Kajian Kemasyarakatan) Penolong Pengarah Kanan (Sejarah) Penolong Pengarah Kanan (PSV) Penolong Pengarah Kanan (Geografi) Penyelia Kanan (PSK dan Pendidikan Moral) Penyelia (Pendidikan Muzik dan Kajian Tempatan)

- 19 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENCAPAIAN AKADEMIK PEPERIKSAAN AWAM


- 20 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENCAPAIAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2004 2009


KRITERIA / TAHUN Peratus Mencapai Tahap Minimum Gred Purata Negeri Peratus Mencapai A Semua Mata Pelajaran Peratus Gagal Semua Mata Pelajaran 2004 59.61 2.452 6.28 5.14 2005 62.44 2.397 7.19 5.09 2006 60.11 2.401 8.53 4.39 2007 2008 2009 63.22 2.372 9.33 4.51

64.26 61.84 2.298 2.417 11.50 4.86 8.64 4.27

Pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2004 2009

- 21 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

U P S R
Graf Pencapaian Peratus Mencapai Tahap Minimum Dalam UPSR

- 22 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

U P S R
Graf Pencapaian Gred Purata Negeri Dalam UPSR

- 23 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

U P S R
Graf Pencapaian Peratus Mencapai A Semua Mata Pelajaran Dalam UPSR

- 24 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

U P S R
Graf Pencapaian Peratus Gagal Semua Mata Pelajaran Dalam UPSR

- 25 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENCAPAIAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2004 2009


KRITERIA / TAHUN Peratus Mencapai Tahap Minimum Gred Purata Negeri Peratus Mencapai A Semua Mata Pelajaran Peratus Gagal Semua Mata Pelajaran 2004 59.97 2.910 3.78 0.070 2005 60.90 2.900 4.24 0.130 2006 2007 2008 2009

57.60 59.29 57.85 58.22 2.952 2.914 2.926 2.880 4.08 4.70 4.97 4.94

0.150 0.097 0.103 0.122

Pencapaian Penilaian Menengah Rendah 2004 2009

- 26 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

P M R
Graf Pencapaian Peratus Mencapai Tahap Minimum Dalam PMR

- 27 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

P M R
Graf Pencapaian Gred Purata Negeri Dalam PMR - 28 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

P M R
Graf Pencapaian Peratus Mencapai A Semua Mata Pelajaran Dalam PMR

- 29 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

P M R
Graf Pencapaian Peratus Gagal Semua Mata Pelajaran Dalam PMR

- 30 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENCAPAIAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2004 2009


KRITERIA / TAHUN Peratus Mencapai Tahap Minimum Gred Purata Negeri Peratus Mencapai A Semua Mata Pelajaran Peratus Gagal Semua Mata Pelajaran 2004 44.59 5.783 0.67 1.10 2005 44.93 5.770 0.80 1.56 2006 41.32 5.880 0.91 2.16 2007 2008 2009

42.70 44.10 46.40 5.800 5.663 5.560 0.83 2.57 1.32 2.20 1.33 0.01

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia 2004 2009

- 31 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S P M
Graf Pencapaian Peratus Mencapai Tahap Minimum Dalam SPM

- 32 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S P M
Graf Pencapaian Gred Purata Negeri Dalam SPM

- 33 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S P M
Graf Pencapaian Peratus Mencapai A Semua Mata Pelajaran Dalam SPM

- 34 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S P M
Graf Pencapaian Peratus Gagal Semua Mata Pelajaran Dalam SPM

- 35 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENCAPAIAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2004 2009


KRITERIA / TAHUN Peratus Mencapai Tahap Minimum (1P) Purata Nilai Gred Keseluruhan Negeri Peratus Mencapai 4P/5P Semua Mata Pelajaran Peratus Gagal Memperoleh Sijil 2004 2005 2006 2007 2008 2009 94.87 2.34 50.43 5.13

94.09 93.78 92.18 93.65 95.69 -

45.46 43.74 42.61 44.58 47.41 5.91 6.22 7.82 6.35 4.31

Pencapaian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2004 2009

- 36 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S T P M
Graf Pencapaian Peratus Mencapai Tahap Minimum (1P) Dalam STPM - 37 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S T P M
Graf Pencapaian Peratus Mencapai 4P/5P Semua Mata Pelajaran Dalam STPM - 38 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

S T P M
Graf Pencapaian Peratus Gagal Memperoleh Sijil Dalam STPM - 39 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENDAHULUAN

LATAR BELAKANG ISU DAN CABARAN

o Kepimpinan Instruksional (KI) pemimpin sekolah o Pengurusan kurikulum o Pencapaian akademik dalam peperiksaan awam o Penguasaan kemahiran asas o Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

MATLAMAT STRATEGIK

- 40 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

LATAR BELAKANG Pembinaan modal insan merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara. Modal insan inilah yang perlu diberikan nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkayakan budayanya. Pembangunan modal insan amat perlu untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti negara dan hendaklah dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan keupayaan generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada tahun 2020. Peranan JPN bersama PPD dan kepimpinan sekolah adalah sebagai penyambung misi dan visi KPM untuk menyediakan peluang kepada generasi muda Malaysia bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan melalui kurikulum yang telah dibina memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Kepimpinan dan pengurusan kurikulum memainkan peranan utama dan amat penting untuk dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dalam usaha merealisasikan matlamat sekolah. Kemantapan pengurusan kurikulum akan membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam yang masih menjadi penandaaras kepada kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Kecemerlangan akademik sekolah akan mempengaruhi pencapaian peringkat daerah dan akhirnya menentukan pencapaian keseluruhan peringkat negeri.

- 41 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

CABARAN-CABARAN UTAMA Kepimpinan Instruksional Pemimpin Sekolah Kepimpinan Instruksional (KI) menurut Blas dan Blas (1998) adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum yang berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) termasuk pembelajaran profesional guru dan perkembangan murid. Kepimpinan Instruksional juga adalah proses pengurusan kurikulum yang melibatkan aktiviti perancangan, pengelolaan, pelaksanaan dan pengawasan terhadap kualiti kurikulum di sekolah bagi membentuk sekolah yang cemerlang. Kejayaan akademik sesebuah sekolah sangat bergantung kepada kualiti KI pemimpin sekolah berkenaan. Namun begitu tidak semua pemimpin sekolah yang dapat menumpukan kepada KI sebagai agenda utama mereka kerana beban tugas pengurusan dan pentadbiran yang lain. Hasilnya tidak semua sekolah berada pada tahap kecemerlangan akademik yang sepatutnya berasaskan potensi yang ada di sekolah masingmasing. Pengurusan sekolah yang memfokuskan terhadap kualiti KI telah memperlihatkan hasil yang positif terhadap pencapaian murid dan kecemerlangan sekolah. Justeru itu, salah satu cabaran utama JPN adalah untuk memastikan semua pentadbir sekolah memberikan keutamaan kepada KI dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan sekolah mereka. Antara cabaran utama yang dihadapi adalah untuk meningkatkan kemahiran KI dalam kalangan pemimpin sekolah terutamanya bagi yang baru dilantik. Dalam masa yang sama, usaha juga perlu ditingkatkan untuk memantapkan lagi kualiti KI dalam kalangan pemimpin sekolah yang lama. Latihan berterusan amat penting bagi memastikan kesinambungan perkongsian pengalaman dalam KI bagi memastikan kecemerlangan akademik sekolah.

- 42 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Untuk memastikan pengamalan KI yang berterusan dalam kalangan pemimpin sekolah, pihak JPN dan PPD perlu melaksanakan pemantauan secara berterusan. Mungkin agak sukar untuk memastikan semua sekolah dipantau pada setiap tahun. Namun demikian, pemantauan perlu dilaksanakan berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang diputuskan oleh pihak pengurusan akademik peringkat negeri dan daerah. Pada setiap tahun, pemantauan KI perlu dilaksanakan ke atas pemimpin-pemimpin sekolah yang terpilih berasaskan kriteria tertentu. Hasil pemantauan akan dianalisis untuk menentukan status pencapaian KI setiap pemimpin sekolah yang dipantau. Pemantauan susulan perlu dilaksanakan ke atas mana-mana pemimpin sekolah yang tidak mencapai standard yang dikehendaki oleh pihak JPN atau PPD. Proses ini adalah berterusan agar kualiti KI dalam kalangan pemimpin sekolah sentiasa ditingkatkan.

Pengurusan Kurikulum Sekolah Pengurusan kurikulum adalah merupakan teras utama yang perlu dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah dalam usaha mereka untuk merealisasikan matlamat sekolah yang cemerlang akademiknya. Secara umumnya, pengurusan kurikulum sekolah perlu melaksanakan peranan berikut : o Menetapkan visi dan misi kurikulum sekolah o Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum yang telah ditetapkan. o Merancang dan mengurus pengajaran dan pembelajaran o Memastikan sumber dan bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan berfungsi o Sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme keguruan o Meningkatkan amalan budaya ilmu dalam kalangan warga sekolah. Pengurusan kurikulum juga melibatkan pemantapan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum dalam kalangan pegawai-pegawai yang berkhidmat di JPN dan PPD. Di peringkat sekolah, pengurusan kurikulum tidak terhad kepada Pengetua atau Guru Besar semata-mata malah turut melibatkan semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia Mata Pelajaran.

- 43 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Pemantapan pengurusan kurikulum merupakan suatu proses yang berterusan dan perlu berlaku di semua peringkat. Ini adalah kerana pada setiap tahun berlaku perubahan-perubahan jawatan dan pelantikan baru yang memerlukan pengurus-pengurus kurikulum ini diberikan latihan dan pendedahan pengurusan secara berterusan. Perubahan kurikulum dan pelbagai program kurikulum yang dirancang oleh KPM perlu dilaksanakan secara menyeluruh oleh semua peringkat pengurusan kurikulum sekolah. Pelaksanaan kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM perlu dipantau secara berterusan bagi memastikan semua sekolah melaksanakan kurikulum berkenaan dengan betul dan mengikut segala panduan yang telah ditetapkan. Usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk memantapkan pengurusan kurikulum di semua peringkat pendidikan. Latihan dan bimbingan perlu dilaksanakan bagi memastikan semua pengurus kurikulum mempunyai kemahiran yang mantap untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM. JPN dan PPD memainkan peranan utama untuk mengenal pasti bidang-bidang utama pengurusan kurikulum yang memerlukan peningkatan dalam kemahiran dalam kalangan pengurus kurikulum di semua peringkat pendidikan. Untuk memastikan pengurus kurikulum melaksanakan semua perancangan yang telah ditetapkan, pemantauan dan bimbingan yang berterusan perlu dilaksanakan. Sekolah-sekolah tertentu akan dipilih berasaskan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan untuk dipantau. Pemantauan akan memberikan fokus kepada aspek latihan dan bimbingan agar sebarang kelemahan yang dikenal pasti dapat diatasi secara berkesan. Usaha meningkatkan kemahiran pengurusan kurikulum serta pemantauan yang berterusan akan berupaya memastikan amalan pengurusan kurikulum yang berkesan dilaksanakan di sekolah. Amalan pengurusan kurikulum secara berkesan akan berupaya meningkatkan pencapaian akademik sekolah secara berterusan sama ada dari segi kualiti ataupun kuantiti.

- 44 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Pencapaian Akademik dalam Peperiksaan Awam Pencapaian akademik dalam peperiksaan awam masih menjadi penandaaras kepada kecemerlangan akademik sesebuah sekolah. Kecemerlangan akademik peringkat sekolah akan turut mempengaruhi pencapaian keseluruhan peringkat daerah dan negeri. Peperiksaan awam utama yang dilaksanakan setiap tahun adalah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kriteria utama yang menjadi perhatian apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan adalah : o Peratus pencapaian lulus tahap minimum iaitu lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM ataupun sekurang-sekurangnya memperoleh 1P dalam peperiksaan STPM. o Pencapaian Gred Purata Negeri dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta PNGK dalam STPM. o Peratus murid memperoleh A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM atau kelulusan 5P atau 4P dalam peperiksaan STPM. o Peratus murid gagal dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peratus yang tidak layak mendapat sijil dalam STPM. Langkah terpenting dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan awam adalah dengan memantapkan sistem penyampaian guru dalam bilik darjah. Usaha perlu dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan P&P melalui latihan pedagogi dan P&P guru-guru secara berfokus serta berterusan. Penglibatan guru-guru yang berpengalaman dan GC amat penting untuk menghasilkan bahan-bahan latihan atau modul tambahan bagi membantu guru melaksanakan P&P secara lebih menarik dan berkesan. Amalan melaksanakan kajian tindakan dan penggunaan ICT oleh guru-guru perlu juga ditingkatkan agar kualiti P&P dapat dimantapkan secara lebih sistematik dan bermatlamat. Proses pemantauan P&P di dalam bilik darjah perlu dilaksanakan oleh semua pentadbir di sekolah melalui Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti bagi memastikan guru-guru melaksanakan P&P yang cemerlang secara berterusan.

- 45 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik juga perlu memfokuskan kepada proses memantapkan kemahiran pengurusan diri dan akademik murid. Murid-murid perlu didedahkan dengan kemahirankemahiran yang dapat membantu mereka merancang pembelajaran kendiri secara sistematik dan berkesan melalui program kemahiran belajar. Penglibatan GC dan guru-guru berpengalaman amat perlu dalam menyediakan bahan-bahan latihan atau modul tambahan untuk pembelajaran kendiri murid-murid. Pembelajaran dalam bilik darjah juga perlu dimantapkan melalui pelbagai aktiviti kokurikulum akademik yang dilaksanakan melalui kelab atau persatuan akademik di sekolah. Program peningkatan prestasi akademik yang berfokuskan peperiksaan perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai ETR yang telah disasarkan oleh sekolah, daerah dan negeri. Antara aspek utama yang perlu diberikan perhatian adalah pemantapan pengurusan Headcount (HC) dan Post-Mortem (PM) peringkat JPN, PPD dan sekolah. Pelaksanaan HC dan PM yang berkesan di semua peringkat adalah kunci utama peningkatan prestasi akademik di semua peringkat. Program peningkatan prestasi akademik yang berasaskan peperiksaan bagi sekolah-sekolah terpilih amat penting dalam membantu sekolah-sekolah tertentu meningkatkan prestasi masing-masing. Setiap kali selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan, analisis teperinci dilaksanakan untuk menentukan sekolah-sekolah yang memerlukan bimbingan untuk meningkatkan prestasi masing-masing sama ada di peringkat peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun STPM. Usaha juga perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti pencapaian di sekolah-sekolah KRK, Sekolah Perkasa dan juga murid-murid kelas KRK di sekolah-sekolah harian. Bagi sekolah-sekolah tertentu yang dikesan mempunyai masalah-masalah yang memerlukan bimbingan khusus, pemantauan secara berpasukan oleh pihak JPN dan PPD perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti isu-isu dan masalah-masalah yang perlu diselesaikan di sekolahsekolah berkenaan.

- 46 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Penguasaan Kemahiran Asas Kegagalan menguasai kemahiran asas merupakan faktor utama yang menyebabkan defisit akademik kumulatif dan perbezaan tahap pencapaian dalam kalangan murid yang normal. Kemahiran asas adalah merujuk kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Bagi mengatasi masalah penguasaan asas literasi dan numerasi, Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) bagi murid Tahun 1 telah dilaksanakan pada tahun 2006. Murid yang tidak melepasi standard yang ditetapkan akan mengikuti Kelas Pemulihan Khas. Cabaran KPM adalah untuk meminimumkan defisit akademik terutama di negeri dan lokasi yang masih tinggi kadarnya. Penguasaan 3M akan terus ditingkatkan melalui peluasan dan peningkatan Program Pemulihan dengan menyediakan Guru Pemulihan Khas terlatih, Bilik Pemulihan Khas dan peruntukan yang mencukupi. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu semasa berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Usaha juga perlu dilaksanakan bagi memantapkan penguasaan asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahap 1 sekolah rendah. Usaha ini memerlukan guru-guru yang berkemahiran dan berkebolehan tinggi untuk mengajar di Tahap 1. Pemantapan pelaksanaan program pemulihan dan pemulihan khas perlu dipastikan agar dapat membantu mengatasi masalah kegagalan murid menguasai kemahiran asas berkenaan secara berterusan. Bagi meningkatkan penguasaan asas literasi dan numerasi di Tahap 1 serta Tahap 2, program Penguasaan Asas Matematik (PAM) dan Program Tiga M (ProTiM) perlu dilaksanakan secara berkesan oleh semua sekolah rendah.

- 47 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Keupayaan menguasai kemahiran asas dalam kalangan murid turut dipengaruhi oleh keupayaan pendidikan prasekolah untuk membantu menyediakan kemahiran tersebut. Justeru itu, kemahiran pengurusan kurikulum di peringkat prasekolah perlu sentiasa dimantapkan melalui latihan dan bimbingan secara berkesan dan berterusan. Usaha ini perlu diseiringkan dengan matlamat untuk memastikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) digunapakai sepenuhnya oleh semua tadika swasta mulai tahun 2010. Pemantauan perlu dilaksanakan untuk memastikan semua tadika swasta menggunapakai KSPK tersebut sebagaimana yang di arahkan.

Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sistem pentaksiran dan penilaian merupakan salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian potensi serta bakat murid. Pentaksiran dan penilaian adalah salah satu komponen utama proses pembelajaran dan merangsang pembelajaran bagi memotivasikan murid untuk memperbaiki mutu prestasi dan pencapaian akademik. Pada masa ini penekanan lebih ditumpukan kepada pentaksiran sumatif yang hanya mampu memberi maklumat tentang pencapaian murid dalam pembelajaran tetapi tidak berupaya mengenal pasti kelemahan dan masalah murid dalam pembelajaran. Cabaran utama JPN adalah untuk memantapkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kaedah ini akan memastikan pencapaian murid diukur bersandarkan ujian rujukan kriteria yang memberi penekanan kepada task-based assessment. Dengan PBS, semua bentuk pentaksiran yang lebih bersifat holistik boleh dilaksanakan. Latihan dan pemantauan pelaksanaan PBS menjadi cabaran utama untuk dilaksanakan oleh JPN. Kefahaman pengurusan PBS dalam kalangan pengurus sekolah amat perlu ditingkatkan dalam kalangan pentadbir sekolah. Usaha memberi kefahaman berkaitan pelaksanaan PBS perlu melibatkan Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia Mata Pelajaran. Keberkesanan pemantauan pelaksanaan PBS di sekolah amat penting bagi memastikan pematuhan prosedur pelaksanaan PBS sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Kemahiran pemantauan dalam kalangan pentaksir kawasan dan pentaksir sekolah perlu ditingkatkan secara berterusan. Pemantauan pematuhan prosedur pelaksanaan PBS perlu dilaksanakan oleh JPN dan PPD bagi memastikan semua sekolah mematuhi prosedur PBS yang telah ditetapkan. - 48 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

- 49 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MATLAMAT STRATEGIK

Memantapkan Kepimpinan Instruksional dalam kalangan pentadbir


Objektif KPI TOV Sasaran Strategi Pelan Tindakan Tanggungjawab Output / Outcome
- 50 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

SASARAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KPI TOV 2011 O1.1 Meningkatkan pemantauan KI ke atas Pengetua / Guru Besar a. Peratus Pengetua / Guru Besar yang dipantau KI 20.0% 25.0% 2012 30.0% 2013 35.0%

O1.2

Meningkatkan kualiti KI a. Peratus Pengetua / Guru Besar dalam kalangan Pengetua / mencapai tahap cemerlang Guru Besar berasaskan instrumen KI

15.6%

20.0%

25.0%

30.0%

- 51 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S1.1 Mengukuhkan peranan Pengetua/Guru Besar dalam pelaksanaan KI melalui pemantauan berterusan

PELAN TINDAKAN Menyediakan kriteria pemantauan KI ke sekolahsekolah Pemantauan KI ke atas sekolah yang terpilih Memastikan sekolah melaksanakan tindakan penambahbaikan mengikut saranan pemantau Melaksanakan lawatan khas ke atas sekolahsekolah yang tidak mencapai standard yang ditetapkan Mengeluarkan surat penjelasan kepada sekolahsekolah yang gagal menambah baik aspek-aspek tertentu setelah bimbingan diberikan Pemantauan susulan KI ke atas Pengetua terpilih Pemantauan susulan KI ke atas Guru Besar terpilih

T/JAWAB Penolong Pengarah Kanan (Biologi)

OUTPUT / OUTCOME Pengetua / GB yang berkesan dalam pelaksanaan KI

S1.2

Meningkatkan kemahiran KI melalui latihan berfokus

Kursus KI kepada Pengetua dan Guru Besar Baru Taklimat pemantapan KI kepada semua Pengetua dan Guru Besar Lawatan khas untuk bimbingan KI kepada Pengetua / Guru Besar terpilih

Penolong Pengarah Kanan (Biologi)

Pengetua / GB yang menguasai ilmu KI

- 52 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MATLAMAT STRATEGIK

Memantapkan pengurusan kurikulum sekolah


Objektif KPI TOV Sasaran Strategi Pelan Tindakan Tanggungjawab Output / Outcome

- 53 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

SASARAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KPI TOV 2011 O2.1 Meningkatkan pemantauan pengurusan kurikulum sekolah Meningkatkan kualiti pelaksanaan PKB a. Peratus sekolah yang dipantau pengurusan kurikulum a. Peratus sekolah melaksanakan program Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) dengan cemerlang 21.0% 25.0% 2012 30.0% 2013 35.0%

O2.2

17.9%

20.0%

25.0%

30.0%

- 54 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S2.1 Memantapkan pelaksanaan program Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) melalui pemantauan berterusan

PELAN TINDAKAN Menentukan kriteria pemilihan sekolah untuk pemantauan PKB Taklimat pelaksanaan program PKB Pemantauan pelaksanaan program PKB Memastikan sekolah melaksanakan tindakan penambahbaikan mengikut saranan pemantau Melaksanakan lawatan khas ke atas sekolahsekolah yang tidak mencapai standard yang ditetapkan Mengeluarkan surat penjelasan kepada sekolahsekolah yang gagal menambah baik aspek-aspek tertentu setelah bimbingan diberikan Pemantauan susulan dan bimbingan program PKB

T/JAWAB Penolong Pengarah Kanan (Geografi)

OUTPUT / OUTCOME Program PKB dilaksanakan sepenuhnya

- 55 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S2.2 Meningkatkan kemahiran pengurusan kurikulum berasaskan PKB di semua peringkat pendidikan

PELAN TINDAKAN Latihan pengurusan kurikulum pegawai JPN dan PPD Latihan pengurusan kurikulum Penolong Kanan sekolah Latihan pengurusan kurikulum Guru Kanan Mata Pelajaran Latihan pengurusan kurikulum Ketua Panitia Mata Pelajaran

T/JAWAB Penolong Pengarah Kanan (Geografi) Semua Ketua Unit Sektor Pengurusan Akademik

OUTPUT / OUTCOME Pengurusan kurikulum JPN, PPD dan sekolah yang mantap

- 56 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MATLAMAT STRATEGIK STRATEGIK

Meningkatkan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam secara berterusan


Objektif KPI TOV Sasaran Strategi Pelan Tindakan Tanggungjawab Output / Outcome

- 57 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

OBJEKTIF O3.1 Meningkatkan peratus pencapaian lulus tahap minimum dalam peperiksaan awam

KPI a. Peratus pencapaian lulus tahap minimum UPSR b. Peratus pencapaian lulus tahap minimum PMR c. Peratus pencapaian lulus tahap minimum SPM d. Peratus pencapaian sekurang-sekurangnya 1P dalam STPM

TOV 63.22% 58.22% 46.40% 94.87% 2.372 2.880 5.560 2.340

SASARAN PENCAPAIAN 2011 69.2% 65.0% 50.0% 98.5% 2.200 2.700 5.363 2.440 2012 70.2% 66.0% 53.0% 99.0% 2.160 2.680 5.263 2.540 2013 73.0% 67.0% 55.0% 100% 2.000 2.500 5.100 2.640

O3.2

Meningkatkan pencapaian Gred Purata Negeri dalam peperiksaan awam

a. Pencapaian Gred Purata Negeri UPSR b. Pencapaian Gred Purata Negeri PMR c. Pencapaian Gred Purata Negeri SPM d. Pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) STPM

- 58 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

OBJEKTIF O3.3 Meningkatkan peratus pencapaian cemerlang dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan awam

KPI a. Peratus murid memperoleh A dalam semua mata pelajaran peperiksaan UPSR b. Peratus murid memperoleh A dalam semua mata pelajaran peperiksaan PMR c. Peratus murid memperoleh A dalam semua mata pelajaran peperiksaan SPM d. Peratus pelajar memperoleh kelulusan 4P / 5P dalam STPM

TOV 9.33% 4.94% 1.33% 50.43% 4.51% 0.122% 0.01% 5.13%

SASARAN PENCAPAIAN 2011 12.5% 6.5% 2.5% 53.0% 2.0% 0.09% 0.005% 4.00% 2012 13.0% 7.0% 3.0% 54.0% 1.8% 0.08% 0.004% 3.00% 2013 15.0% 9.0% 3.5% 58.0% 1.5% 0.07% 0.003% 2.50%

O3.4

Mengurangkan peratus murid gagal dalam semua mata pelajaran dalam dalam peperiksaan awam

a. Peratus murid gagal dalam semua mata pelajaran UPSR b. Peratus murid gagal dalam semua mata pelajaran PMR c. Peratus murid gagal dalam semua mata pelajaran SPM d. Peratus pelajar gagal mendapat sijil dalam STPM

- 59 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S3.1

PELAN TINDAKAN

T/JAWAB Semua Ketua Unit Sektor Pengurusan Akademik

OUTPUT / OUTCOME P&P guru yang berkesan

Memantapkan Latihan pedagogi / P&P guru-guru secara berfokus sistem penyampaian Pembinaan bahan latihan / modul tambahan P&P guru dalam bilik darjah Penghasilan kajian tindakan oleh guru-guru Seminar kajian tindakan peringkat negeri dan daerah Pemantauan P&P di dalam bilik darjah Program Lesson Study Anugerah Guru Inovatif P&P

S3. 2

Meningkatkan penggunaan ICT dan bahan bantu mengajar semasa P&P

Meningkatkan latihan penggunaan ICT secara berkesan oleh guru dalam P&P Meningkatkan penghasilan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah rendah Meningkatkan penghasilan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah prasekolah Pemantauan penggunaan ICT dan bahan bantu mengajar semasa P&P

Semua Ketua Unit Sektor Pengurusan Akademik

Penggunaan ICT dan bahan bantu mengajar semasa P&P secara berkesan

- 60 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S3.3 Memantapkan kemahiran pengurusan diri dan akademik murid

PELAN TINDAKAN Pembinaan bahan latihan untuk pembelajaran kendiri Pembinaan modul tambahan untuk pembelajaran Pemantapan pelaksanaan aktiviti kokurikulum akademik

T/JAWAB Semua Ketua Unit Sektor Pengurusan Akademik

OUTPUT / OUTCOME Murid yang mempunyai kemahiran untuk mengurus diri dan pembelajaran

- 61 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S3.4 Meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

PELAN TINDAKAN Sesi profesionalisme pemantapan dasar MBMMBI peringkat negeri Latihan pedagogi berkesan BM dan BI Pemantauan pelaksanaan aktiviti dasar MBMMBI Program berfokus peningkatan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan awam Program Gemilang Bahasa Inggeris SM dan SR Melaksanakan program berfokus peningkatan Bahasa Melayu UPSR, PMR dan SPM berteraskan HC & PM Melaksanakan program berfokus peningkatan Bahasa Inggeris UPSR, PMR dan SPM berteraskan HC & PM

T/JAWAB Ketua Penolong Pengarah Bahasa I Ketua Penolong Pengarah Bahasa II

OUTPUT / OUTCOME Prestasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris meningkat

- 62 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S3.5 Memantapkan program peningkatan prestasi akademik yang berfokuskan peperiksaan

PELAN TINDAKAN Pemantapan pengurusan HC & PM sekolah Pemantapan pengurusan HC & PM JPN dan PPD Program Peningkatan Prestasi Akademik UPSR Program Peningkatan Prestasi Akademik PMR Program Peningkatan Prestasi Akademik SPM Program Peningkatan Prestasi Akademik STPM Program Peningkatan Prestasi Akademik sekolah khas KRK Program Peningkatan Prestasi Akademik murid kelas KRK Program Peningkatan Prestasi Akademik Sekolah Perkasa Pemantauan berpasukan sekolah terpilih

T/JAWAB Pegawai Meja Program Peningkatan Prestasi Akademik UPSR / PMR / SPM / STPM Pegawai Meja KRK

OUTPUT / OUTCOME Prestasi akademik peringkat negeri melebihi prestasi peringkat kebangsaan dalam semua peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM

- 63 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MATLAMAT STRATEGIK

Memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi


Objektif KPI TOV Sasaran Strategi Pelan Tindakan Tanggungjawab Output / Outcome

- 64 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

OBJEKTIF O4.1 Meningkatkan peratus menguasai asas literasi dalam kalangan murid Tahun 1 Meningkatkan peratus menguasai asas numerasi dalam kalangan murid Tahun 1 Meningkatkan peratus menguasai asas literasi dalam kalangan murid Tahap 1 Meningkatkan peratus menguasai asas numerasi dalam kalangan murid Tahap 1

KPI a. Peratus penguasaan literasi Tahun 1 a. Peratus penguasaan numerasi Tahun 1 a. Peratus penguasaan literasi Tahap 1 a. Peratus penguasaan numerasi Tahap 1

TOV 93.0%

SASARAN PENCAPAIAN 2011 95.0% 2012 100% 2013 100%

O4.2

76.0%

85.0%

100%

100%

O4.3

97.0%

99.0%

100%

100%

O4.4

90.0%

92.0%

95.0%

97.0%

- 65 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S4.1 Memantapkan penguasaan asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahun 1 melalui program LINUS

PELAN TINDAKAN Taklimat program LINUS kepada pentadbir sekolah Saringan 1 LINUS Pelaksanaan program LINUS Saringan 2 LINUS Pelaksanaan program LINUS Saringan 3 LINUS Pelaporan program dan penambahbaikan LINUS

T/JAWAB Ketua Penolong Pengarah Bahasa 1 Ketua Penolong Pengarah Matematik

OUTPUT / OUTCOME Murid Tahun 1 menguasai asas literasi dan numerasi murid

- 66 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S4.2 Memantapkan penguasaan asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahap 1 melalui program ProTiM dan Penguasaan Asas Matematik (PAM)

PELAN TINDAKAN Memastikan guru-guru yang berkemahiran dan berkebolehan tinggi untuk mengajar di Tahap 1 Saringan Pra-ProTiM Pelaksanaan program ProTiM Saringan Post-ProTiM Pelaporan pencapaian dan penambahbaikan ProTiM Saringan Pra-PAM Pelaksanaan program PAM Saringan Post-PAM Pelaporan pencapaian dan penambahbaikan program PAM

T/JAWAB Ketua Penolong Pengarah Bahasa 1 Ketua Penolong Pengarah Matematik

OUTPUT / OUTCOME Murid Tahap 1 menguasai asas literasi dan numerasi murid

- 67 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S4.3 Memantapkan pelaksanaan kurikulum di peringkat prasekolah melalui latihan dan pemantauan berterusan

PELAN TINDAKAN Melaksanakan latihan pelaksanaan kurikulum di peringkat prasekolah Melaksanakan pemantauan pelaksanaan kurikulum prasekolah Membuat pemantauan dan bimbingan ke atas guru prasekolah terpilih

T/JAWAB Penolong Pengarah (Prasekolah)

OUTPUT / OUTCOME Pelaksanaan kurikulum di peringkat prasekolah yang mantap

- 68 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

MATLAMAT STRATEGIK STRATEGIK

Memantapkan Pengurusan Penilaian Berasaskan Sekolah


Objektif KPI TOV Sasaran Strategi Pelan Tindakan Tanggungjawab Output / Outcome

- 69 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

OBJEKTIF O5.1 O5.2 Meningkatkan pemantauan pelaksanaan PBS di sekolah Memastikan semua sekolah mematuhi pelaksanaan PBS di sekolah

KPI a. Peratus sekolah yang dipantau pelaksanaan PBS a. Peratus pematuhan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan jadual pelaksanaan oleh pentadbir sekolah.

TOV 28.0% 50.0%

SASARAN PENCAPAIAN 2011 30.0% 100% 2012 30.0% 100% 2013 30.0% 100%

- 70 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S5.1 Meningkatkan kefahaman berkaitan pelaksanaan PBS dalam kalangan pengurus sekolah

PELAN TINDAKAN Taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pentadbir sekolah Bengkel pemantapan pelaksanaan PBS untuk Penolong Kanan Pentadbiran ( Penyelaras PBS sekolah ) Taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk Ketua Pentaksir Sekolah Bengkel pemantapan pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk Ketua Pentaksir Sekolah

T/JAWAB Semua Ketua Unit Sektor Pengurusan Akademik

OUTPUT / OUTCOME Kefahaman pengurusan PBS yang mantap

- 71 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

STRATEGI S5.2 Memastikan pelaksanaan PBS adalah mematuhi semua prosedur dan jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

PELAN TINDAKAN Memastikan semua sekolah menerima panduan dan jadual pelaksanaan PBS Melaksanakan pemantauan pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah Mengenal pasti masalah-masalah pelaksanaan PBS di sekolah-sekolah Membuat pemantauan susulan ke atas sekolahsekolah yang terpilih Menyediakan laporan pemantauan PBS kepada pihak KPM

T/JAWAB Semua Ketua Unit Sektor Pengurusan Akademik

OUTPUT / OUTCOME Pentadbir sekolah mematuhi peraturan dan prosedur PBS

- 72 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

ELEMEN PENENTU KEJAYAAN

PENGENALAN CABARAN DAN TUMPUAN


o o o o o o o o o

Kepimpinan Berteladan Pembangunan Sumber Manusia Persekitaran yang Kondusif Budaya Kerja Cemerlang Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan Sistem Penyampaian Pendidikan Sistem Pemantauan dan Penilaian Kerjasama dengan Pihak Berkepentingan Kajian Semula Perancangan Strategik

HARAPAN
- 73 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENGENALAN Bagi memastikan kejayaan Perancangan Strategik 2011-2013 Sektor Pengurusan Akademik (SPA) adalah wajar memastikan setiap warganya mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. Koordinasi antara pihak yang terlibat, kerjasama sepasukan dan rasa sepunya dalam kalangan warga SPA juga amat penting. Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan setiap pihak melihat segala pelan tindakan yang dilaksanakan sebagai projek bersama SPA dan bukan sebagai projek seseorang individu ataupun sesuatu sektor tertentu sahaja. Kejayaan Perancangan Strategik 2011-2013 SPA memerlukan sistem pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang berkesan agar setiap program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang disasarkan.

CABARAN DAN TUMPUAN Kepimpinan Berteladan Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan Perancangan Strategik 2011-2013 SPA. Seluruh kepimpinan pendidikan negeri yang merangkumi peringkat JPN, PPD dan sekolah seharusnya mempunyai iltizam yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas serta berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diberikan. Kepimpinan pendidikan perlu menampilkan komitmen dan menunjukkan teladan yang baik serta berhemah tinggi dalam memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat strategik yang telah digariskan. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri sedemikian akan dapat memberikan inspirasi kepada seluruh warga pendidikan dan seterusnya berupaya menggembleng segala kekuatan mereka untuk mencapai sasaran SPA..

- 74 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Pembangunan Sumber Manusia Fokus perlu diberikan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran sumber manusia yang menjadi teras kejayaan bidang pendidikan. Usaha ini dilaksanakan melalui program pembangunan kompetensi yang sesuai dalam bidang-bidang yang kritikal dan strategik. Bidang-bidang berkenaan termasuk pentadbiran dan pengurusan, pemantapan pedagogi, proses perekayasaan, inovasi dan kreativiti, perancangan dan pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi serta pengurusan prestasi. Pendekatan latihan berfokus, pemantauan dan bimbingan, mentor-mentee, coaching and mentoring dan pengurusan pembangunan kerjaya perlu diberikan fokus bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja serta mengekalkan kecemerlangan SPA.

Persekitaran yang Kondusif Persekitaran yang kondusif merujuk kepada suatu suasana yang memberikan sokongan secara positif terhadap seluruh warga SPA untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang. Iklim organisasi yang sihat serta infrastruktur asas yang lengkap adalah amat penting dalam memastikan kejayaan pelaksanaan segala strategi dan pelan tindakan yang telah dirancang. Melalui penyediaan infrastruktur asas yang lengkap dan sempurna, pelaksanaan segala perancangan akan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Budaya Kerja Cemerlang Kejayaan organisasi dapat diperkukuhkan melalui pengamalan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan warga pendidikan di semua peringkat. Budaya ini dapat diwujudkan melalui amalan etika kerja yang mantap dan integriti yang tinggi. Pengamalan ini akan terus berkembang secara sihat jika ianya diterajui sendiri oleh seluruh kepimpinan pendidikan.

- 75 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan Kejayaan Perancangan Strategik 2011-2013 SPA juga bergantung kepada kerjasama dan komitmen warga pendidikan dalam melaksanakan sistem pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap dan berkesan. Seluruh warga pendidikan perlu mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta fokus, strategi dan pelan tindakan yang hendak dilaksanakan. Kepimpinan yang mantap pada semua peringkat untuk memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang menepati sasaran. Pemimpin pendidikan perlu memiliki pengetahuan, kemahiran dan keterampilan serta mempunyai sikap dan nilai-nilai positif. Kerjasama sepasukan dan semangat sepunya warga SPA amat penting dalam mengoptimumkan sumber tenaga dan kewangan untuk menjayakan program pendidikan melalui sistem dan prosedur kerja yang telus, kemas dan cekap serta penyebaran maklumat dan aliran komunikasi yang berkesan termasuk mempunyai sistem maklum balas yang cekap. Program latihan dan pembangunan profesional yang bersesuaian dan berterusan serta penggunaan ICT sebagai pengupaya bagi membantu P&P serta pengurusan dan pentadbiran, termasuk pengurusan maklumat dan pengutipan data perlu dimantapkan secara berterusan.

Sistem Penyampaian Pendidikan Dasar JPNK juga adalah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian pendidikan untuk merealisasikan matlamat dan dasar pendidikan. Selari dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan karenah birokrasi, SPA perlu memperbaiki prosedur, mekanisme dan pelaksanaan program pendidikan. Matlamat dasar JPNK ini adalah untuk memastikan semua projek dan program pendidikan dapat dilaksanakan secara telus, cekap dan berkesan, tanpa pertindihan dan pembaziran serta dapat dinikmati oleh golongan sasaran tepat pada waktu yang ditetapkan. Penyelarasan program, sumber tenaga, kewangan dan kepakaran penting bagi memastikan kesan sinergi dan impak yang maksimum untuk setiap program yang akan dilaksanakan.

- 76 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Sistem Pemantauan dan Penilaian SPA juga akan berusaha memantapkan mekanisme pemantauan pada semua peringkat bagi menjayakan Perancangan Strategik 2011-2013 SPA. Setiap sektor di JPNK, PPD dan sekolah perlu menyediakan KPI di peringkat masing-masing. Sistem pangkalan data yang bersepadu dibangunkan agar prestasi setiap sektor, PPD dan sekolah dapat dinilai secara telus. Mekanisme pemantauan perlu ditingkatkan untuk memastikan setiap pelan tindakan yang dilaksanakan menepati objektif dan sasaran yang digariskan.

Kerjasama dengan Pihak Berkepentingan Pendidikan merupakan bidang yang memerlukan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Dasar JPNK adalah untuk meningkatkan penglibatan semua pihak yang berkepentingan bagi menjayakan agenda pendidikan kebangsaan dan negeri. Matlamat utama adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. SPA sentiasa bersikap terbuka terhadap cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh pihak-pihak luar JPNK. SPA harus sentiasa melibatkan pelbagai pihak dalam perancangan dan pelaksanaan program dan projek pendidikan.

Kajian Semula Perancangan Strategik Isu-isu semasa dalam pendidikan menuntut semua pihak untuk sentiasa memerhati dan mengkaji segala dasar dan strategi secara berterusan. Dunia pendidikan yang amat dinamik memerlukan pemantauan dan penelitian berterusan terhadap segala perubahan semasa sama ada di arena antarabangsa atau di dalam negara. Oleh itu, kajian semula Perancangan Strategik 2011-2013 SPA akan dijalankan secara berterusan sehingga tahun 2013 untuk melihat keperluan perubahan sama ada secara makro atau mikro agar ianya sentiasa releven dengan dasar dan strategi semasa kerajaan dan KPM. Semua pihak di semua peringkat organisasi pendidikan perlu peka terhadap segala perubahan yang berlaku dan bersama-sama memberikan pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan berterusan Perancangan Strategik 2011-2013 SPA.

- 77 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Elemen Penentu Kejayaan

- 78 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

HARAPAN Kejayaan Perancangan Strategik 2011-2013 SPA bergantung kepada keupayaan menangani elemenelemen yang menjadi penentu kejayaan untuk mencapai matlamat strategik yang telah digariskan. Kekuatan kepimpinan organisasi pendidikan akan menjadi teras pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang telah digariskan. Kekuatan kepimpinan perlu disokong oleh program pembangunan sumber manusia secara berterusan serta penyediaan persekitaran kerja yang kondusif bersama amalan budaya kerja yang cemerlang. Kerjasama dan komitmen yang jitu daripada warga pendidikan akan meningkatkan keupayaan sistem pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap dan berkesan. Sistem penyampaian pendidikan yang cekap dan berkesan akan memastikan program, sumber tenaga, kewangan dan kepakaran memberikan kesan sinergi dan impak yang maksimum untuk setiap program yang akan dilaksanakan. Sistem pemantauan dan penilaian memastikan setiap pelan tindakan yang dilaksanakan menepati objektif dan sasaran yang digariskan. Kerjasama oleh pihak berkepentingan akan membantu memastikan semua maklumat, aliran komunikasi, sumber kewangan, sumber tenaga dan kepakaran dapat digembleng dan diurus dengan cekap dan berkesan dalam menjayakan agenda pendidikan. Kajian berterusan terhadap Perancangan Strategik 2011-2013 SPA akan menentukan agar semua objektif, KPI, strategi dan pelan tindakan adalah relevan dengan keperluan semasa.

- 79 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

PENUTUP

- 80 -

2011SEKTOR PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

Tempoh tiga tahun Perancangan Strategik 2011-2013 SPA adalah tempoh yang sangat signifikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Kedah untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah pencapaian Wawasan 2020. Perancangan Strategik 2011-2013 SPA dirangka untuk mencapai matlamat strategik yang berteraskan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan organisasi pendidikan, pemantapan integriti warga pendidikan, peningkatan prestasi akademik, pembangunan modal insan, peningkatan penyertaan serta pencapaian kokurikulum dan sukan, penyediaan infrastruktur dan persekitaran untuk P&P serta pemantapan hubungan profesional dengan agensi luar. Pelbagai strategi dan pelan tindakan telah dirancang untuk mencapai matlamat strategik yang digariskan bagi memenuhi matlamat pendidikan dan negara serta memastikan pendidikan yang berkualiti ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan sendiri. Kejayaan Perancangan Strategik 20112013 SPA bergantung kepada kepimpinan yang berteladan, pembangunan sumber manusia berterusan, persekitaran kerja yang kondusif, budaya kerja yang cemerlang, kerjasama dan komitmen warga pendidikan, kemantapan sistem penyampaian pendidikan, keberkesanan sistem pemantauan dan penilaian, kerjasama dengan pihak berkepentingan dan kajian semula perancangan strategik. Perancangan Strategik 2011-2013 SPA juga merupakan panduan kepada seluruh warga pendidikan di negeri Kedah agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing secara lebih terancang, terarah dan berfokus. Melalui dokumen ini, warga pendidikan dapat menghayati setiap dasar yang diwujudkan, memahami sepenuhnya matlamat strategik dan sasaran yang ingin dicapai dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam bentuk tindakan di peringkat masing-masing. Perancangan Strategik 20112013 SPA amat penting dalam menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia. Asas ini juga amat penting ke arah membantu kejayaan Misi Nasional dan pencapaian Wawasan 2020.

- 81 -

You might also like