P. 1
Pengenalan Kepada Kepustakawanan Undang-Undang

Pengenalan Kepada Kepustakawanan Undang-Undang

5.0

|Views: 714|Likes:
This is presentation on Introduction to Law Librarianship on ppt in Malay.
This is presentation on Introduction to Law Librarianship on ppt in Malay.

More info:

Published by: Shaikh Mohamed Noordin on Feb 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

original

Pengenalan Kepada Kepustakawanan Undang-Undang

Disediakan oleh Shaikh Mohamed Noordin
1. 2.

Mengenai Perpustakaan Undang-Undang Mengenai Pustakawan Undang-Undang

Mengenai Perpustakaan Undang-Undang

Apa itu Perpustakaan Undang-Undang?

Perpustakaan Undang-Undang adalah sebuah pusat sumber yang menempatkan segala sumber undang-undang dan maklumat mengenai amalan perundangan untuk disimpan, diatur, dikemaskini dan digunapakai secara sistematik

“Tidak ada undang-undang yang akan berkuatkuasa selagi ianya tidak dicetak”
“No Law shall come into force until it is published” Federal Constitution, Article 66(5)

“Jika ianya adalah undang-undang, ia pasti terdapat di dalam buku. Jika ia tidak terdapat di dalam buku, ia bukanlah undang-undang”
" If it is law, it will be found in our books. If it is not to be found there, it is not law.“ Camden, LCJ, Case of Seizure of Papers (1765) 19 How. St. Tr. 1066

“Peguam tanpa buku seperti seorang tukang tanpa perkakas”
" A lawyer without books would be like a workman without tools"

Thomas Jefferson, Letter to Thomas Turpin, 5 Feb. 1769, in J P Boyd (ed) Papers of Thomas Jefferson, Princeton: Princeton University Press, 1950

“Perpustakaan Undang-Undang adalah sebuah makmal kepada peguam”
“Law library is the lawyer’s laboratory”
By Christopher Columbus Langdell, as quoted in 1887, Dean of Harvard Law School, U.S.A.

Dimanakah lokasi Undang-Undang itu?
Di Perpustakaan Undang-Undang – di bahagian mana?

Dalam buku undang-undang – di bahagian mana?

Apakah Jenis Kategori Perpustakaan Undang-Undang?
Perpustakaan Undang-Undang dikategorikan sebagai salah satu cabang Perpustakaan khusus yang berasaskan kepada pengkhususan dalam subjek undang-undang. Pengguna utama perpustakaan ini adalah pengamal undangundang yang menjadikan perpustakaan ini:
   

Sebagai pusat penyelidikan Sebagai pusat latihan Sebagai pusat perhubungan awam Sebagai pusat rekreasi dalaman

Jenis-jenis Perpustakaan Undang-Undang

Perpustakaan Undang-Undang Akademik
 

Perpustakaan Undang-Undang UM Perpustakaan Undang-Undang UKM

Perpustakaan Undang-Undang Kerajaan
 

Perpustakaan Peguam Negara Perpustakaan Mahkamah Persekutuan

Perpustakaan Undang-Undang Persendirian
 

Perpustakaan Majlis Peguam Perpustakaan Firma Guaman

Apakah misi Perpustakaan UndangUndang?
Misi Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk memberi maklumat undang-undang dengan cepat dan tepat kepada pengguna supaya dapat membantu mereka membuat keputusan dengan tepat.

Apakah fungsi Perpustakaan Undang-Undang?

Untuk memperolehi dan menyediakan maklumatmaklumat perundangan yang berkaitan dan yang diperlukan oleh pengguna-pengguna Untuk memudahkan dan membantu penggunapengguna dalam melakukan penyelidikan undangundang Bertindak sebagai sebuah pusat penyerahan (depository centre) bagi bahan-bahan perundangan untuk sesebuah organisasi

Siapakah pengguna-pengguna Perpustakaan Undang-Undang?
Jenis Perpustakaan Undang-Undang

Perpustakaan Undang2 Akademik

Perpustakaan Undang2 Kerajaan

Perpustakaan Undang2 Persendirian Peguam-peguam Persendirian Kaki-tangan Firma Guaman Pelanggan Firma Guaman

Kakitangan Akademik Pelajar Undang-Undang

Peguam-peguam Kerajaan

Para hakim

Pihak Awam

Mengenai Pustakawan Undang-Undang

Apakah yang dimaksudkan dengan Pustakawan Undang-Undang?

Pustakawan Undang-Undang adalah salah satu cabang pustakawan khusus yang berasaskan subjek undang-undang. Mereka mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam pengurusan dan penyelidikan maklumat perundangan dan menjalankan tugas-tugas ikhtisas di pelbagai jenis perpustakaan undangundang termasuk di universiti-universiti, jabatanjabatan kerajaan dan firma-firma guaman. Kebanyakan Pustakawan Undang-Undang ini mempunyai kelayakkan ikhtisas di bidang kepustakawanan dan undang-undang atau keduaduanya sekali. Ada juga yang mendapat kemahiran melalui pengalaman berkerja dalam bidang ini.

Perbezaan kepakaran antara Pengamal Undang-Undang dengan Pustakawan Undang-Undang

Pengamal undang-undang adalah orang terlatih dan diberi kuasa untuk mentafsir dan mengamal undang-undang Pustakawan Undang-Undang adalah orang yang terlatih atau mempunyai kepakaran dalam pengurusan dan pencarian maklumat perundangan

"Pengetahuan ada dua jenis, kita sendiri tahu tentang sesuatu subjek itu, atau kita tahu di mana kita boleh dapat mencari maklumat mengenai subjek tersebut”
"Knowledge is of two kinds, we know a subject ourselves, or we know where we can find information upon it”
By Samuel Johnson

“Anda tidak mampu untuk mengetahui semua undang-undang itu dalam sesuatu masa….namun anda mampu mencari apa jua undang-undang itu pada bila-bila masa !”
“You

can’t know all the law on a particular topic at any given point in time… but you can know how to find it !”
By Beatrice A. Tice Foreign an Comparative Law Librarian University of Michigan Law Library

Siapa yang memerlukan perkhidmatan Pustakawan Undang-Undang?

Para peguam yang sedang mencari undang-undang negeri atau Persekutuan atau penghakiman luar negara bagi penyediaan kes-kes mereka… Hakim-hakim yang perlu memeriksa duluan kes (precedent) sebelum membuat penghakiman… Para professor yang terpaksa merujuk berbagai indek, digests dan data sejarah dalam menulis komen-komen perundangan… Warganegara biasa yang mahu membuat persediaan sendiri terhadap kes-kes mereka…

Kenapa perkhidmatan Pustakawan Undang-Undang diperlukan?
Tugas-tugas Utama
Perkhidmatan Teknikal (Pengurusan Maklumat Perundangan) Perkhidmatan Pengguna (Penyelidikan UndangUndang)

Pentadbiran

Pengurusan Kewangan

Kemaskini Undang-undang (Updating Law)

Mencari undangundang (Finding law)

Getting new law Keeping law in order Keeping law current

Within own library In other libraries Within law book

Dimana Pustakawan Undang-Undang itu berkerja?

Pusat-pusat pengajian tinggi: Universiti yang mempunyai fakulti undang-undang biasanya mempunyai Pustakawan yang pakar dalam subjek undang-undang. Koleksi mereka juga dibuka kepada firma guaman tempatan dan juga kepada pihak awam. Jabatan-jabatan kerajaan: Parlimen, jabatan-jabatan kerajaan dan Mahkamah juga mempunyai Pustakawan Undang-Undang. Diantara yang terbesar adalah Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Persekutuan. Firma-firma guaman: Mereka mungkin berkerja bersendirian atau dalam satu pasukan. Perpustakaan firma guaman biasanya menyediakan maklumat perdagangan dan perundangan dan peranan Pustakawan Undang-Undang disini merangkumi pengurusan pengetahuan (knowledge management) organisasi dalaman disamping pengurusan maklumat di perpustakaan.

Jenis-jenis Pustakawan Undang-Undang

Pustakawan Undang-Undang

Pustakawan Akademik

Pustakawan Kerajaan

Pustakawan Persendirian / Sawasta

Bekerja di perpustakaanperpustakaan universiti

Berkerja di jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah Persekutuan

Berkerja di firma-firma guaman dan Persendirian

Bidang pengkhususan dalam Kepustakawanan Undang-Undang
Membina kepakaran

Pengkhususan berasaskan bidang kerja
   

Dalam bidang Rujukan Dalam bidang Bahan-bahan Bersiri Dalam bidang Perolehan Dalam bidang Pengkatalogan

Pengkhususan berasaskan bidang subjek
   

Dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa Dalam bidang Undang-Undang Statut Dalam bidang Undang-Undang Perubatan Dalam bidang Undang-Undang Perniagaan

Apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan Undang-Undang Akademik?

Mendidik pelajar undang-undang dalam penggunaan sumber bahan-bahan bercetak, pangkalan-pangkalan data, CD-ROM dan perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian (online) Membantu fakulti dalam mengarahkan pelajar-pelajar mengikuti perkembangan dan pembangunan dalam hal ehwal perundangan Memberi panduan kepada penyelidik-penyelidik dalam penggunaan sumber-sumber perpustakaan dan memperbaiki kaedah-kaedah penyelidikan mereka Menyediakan bantuan untuk fakulti undang-undang dan kakitangan-kakitangan akademik universiti dalam pencarian maklumat

Apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan Undang-Undang Kerajaan?

Memaklumkan kepada para hakim dan peguam mengenai perkembangan atau pindaan-pindaan perundangan yang boleh mendatangkan kesan kepada keputusan perundangan mereka Menyediakan arahan-arahan yang sejajar dengan perkembangan-perkembangan terbaru dalam sumbersumber perundangan, samada dari bahan-bahan bercetak dan juga elektronik Membantu menyediakan pengaksesan maklumatmaklumat dalam talian (online) dan juga rekod-rekod yang diperlukan kepada mahkamah-mahkamah Menyediakan panduan dan arahan yang dapat membantu penyelidik-penyelidik untuk memperbaiki pencarian mereka

Apa yang boleh dilakukan oleh Pustakawan undang-undang firma guaman?

Menyediakan sokongan penyelidikan kepada manamana peguam yang memerlukan maklumatmaklumat mengenai pelbagai topik termasuk perundangan, perdagangan, sains, kejuruteraan dan perubatan Memantau perkembangan maklumat-maklumat mengenai akta-akta dan perundangan subsidiari Menilai kewibawaan dan kesahihan bahan-bahan perundangan dari sumber Internet tentang kandungan, mutu maklumat dan kos pengendalian bahan-bahan tersebut Membantu peguam-peguam dalam penggunaan sumber-sumber perundangan yang terbaru

Tahap Kemahiran Pustakawan Undang-Undang
Tahap kemahiran Pustakawan Undang-Undang itu adalah berbeza antara satu dengan yang lain mengikut kelayakan akademik, pendedahan kerja dan pengalaman seseorang itu didalam bidang ini.

Tahap Permulaan - Syarat-syaratnya termasuk peringkat siswazah dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat dan mempunyai pengalaman berkhidmat di perpustakaan undang-undang antara 0-3 tahun. Tahap Pertengahan – Syarat-syaratnya termasuk peringkat siswazah dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat dan mempunyai pengalaman ikhtisas dalam mengendali perpustakaan undang-undang selama 4-8 tahun. Kemampuan terbukti melalui program-program atau kursus-kursus yang berkaitan dengan Kepustakawanan Undang-Undang. Tahap Tinggi - Syarat-syaratnya termasuk peringkat siswazah dalam Pengajian Perpustakaan dan Sains Maklumat dan pengalaman Perpustakaan Perundangan selama lebih dari 7 tahun. Mempunyai pembangunan profesional melalui programprogram dan kursus-kursus dalam Kepustakawanan UndangUndang.

Apa kelayakan yang diperlukan?
Kelayakkan ikhtisas Pustakawan Undang-Undang

Kelayakan Ikhtisas

Dalam Perpustakaan Undang-Undang Akademik

Dalam Perpustakaan Undang-Undang Kerajaan

Dalam Perpustakaan Firma-firma guaman

JD/MLIS

MLIS / LIS / LLB

LIS / LLB

MLIS / LLB

Latihan dan Pengalaman Dalam berkerja

MLIS/LIS

Apakah jenis-jenis kemahiran yang diperlukan?
Kelayakan akademik sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan sesaorang pustakawan itu mahir jika tidak disokong dengan pengetahuan yang sesuai, kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dan sikap diri yang betul
KemahiranKemahiran Teras

Knowledge Ilmu yang besesuaian

Skills Skil yang boleh diguna-pakai

Attitude Sikap yang betul

Pengetahuan tentang kepustakawanan & undang-undang

Mempunyai skil komunikasi Dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia Mempunyai skil dalam Teknologu Maklumat dan Komputer

Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kepustakawanan Mempunyai sifat ingin belajar dan bersedia berkongsi pengetahuan

Pengetahuan tentang sistem & sumber perundangan

Pengetahuan tentang Profesion Perundangan

Skil Pengurusan

Kesedaran kepada keutamaan

Pengetahuan tentang bahasa kepustakawanan & Perundangan

Mempunyai komitmen Yang tinggi

Apakah nilai-nilai keperibadian yang diperlukan?
Kemahiran Diri

Perkhidmatan Pentadbiran

Perkhidmatan Teknikal

Perkhidmatan Pengguna

Bertanggungjawab

Teliti (Meticulous)

People oriented

Adaptabiliti

Detail oriented

Interpersonal skills

Fleksibiliti

Service oriented

Beri perhatian (Attentive)

Boleh dipercayai

Kreatif

Berhati-hati (Cautious)

Perkerja berpasukan

Good record keeping

Sense of urgency

Apa yang perlu diketahui oleh seorang Pustakawan Undang-Undang?
      

Mengetahui Misi dan Visi anda Mengetahui “tentang” hal ehwal perundangan Mengetahui tentang Kepustakawanan Undang-Undang Mengetahui tentang profesion undang-undang Mengetahui tentang pengguna-pengguna perpustakaan anda Mengetahui tugas dan tanggungjawab profesion anda Mengetahui kemahiran-kemahiran teras anda
 

Kemahiran-kemahiran umum Kemahiran-kemahiran khusus

 

Mengetahui peranan anda Mengetahui ertika profesion anda
 

Mengetahui apa yang boleh lakukan Mengetahui apa yang tidak boleh dilakukan

Mengetahui Misi dan Visi Pustakawan Undang-Undang

Menghubungkan undang-undang dengan pengguna Percaya bahawa pengaksesan undang-undang itu seharusnya diberi secara percuma, dan memastikan pengaksessan undangundang terbuka untuk semua Percaya bahawa keadilan itu dapat ditegak dengan adanya maklumat yang tepat dan betul Penentangan terhadap penapisan maklumat terutama mengenai undang-undang Menentang diskriminasi dalam pemberian perkhidmatan maklumat

Mengetahui pengguna-pengguna perpustakaan

Who - Siapa pengguna perpustakaan anda – ketahui siapa
mereka, e.g. samada mereka peguam, hakim, pelajar atau profesor;

What - Apakah maklumat yang mereka perlukan –

ketahui jenis-jenis undang-undang yang mereka cari, e.g. samada undang-undang antarabangsa, undang-undang Persekutuan, undangundang negeri, undang-undang kerajaan tempatan dsb;

Where - Dimana maklumat itu boleh dicari – ketahui dibuku
mana undang-undang itu boleh dicari, samada buku itu didalam perpustakaan anda atau dilain-lain perpustakaan;

How - Bagaimana anda boleh membantu mencari maklumat-maklumat tersebut – ketahui format mana yang lebih
mudah dan lebih digemari, samada dari bahan-bahan bercetak (hardcopy) atau maklumat dalam talian (softcopy)

When - Bila maklumat itu diperlukan – ketahui bila maklumatmaklumat itu diperlukan

Mengetahui tugasan & tanggungjawab profesional Pustakawan Undang-Undang
Fungsi-Fungsi Utama

Fungsi-Fungsi Pentadbiran

Fungsi-Fungsi Perkhidmatan Teknikal

Fungsi-Fungsi Perkhidmatan Pengguna

Bajet

Perolehan

Kesedaran Semasa

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Koleksi

Perkhidmatan Rujukan

Pengambilan maklumat (Retrieval)

Penyelidikan Undang-Undang

Penyebaran Maklumat

Mengajar / Melatih

Mengetahui kemahiran-kemahiran Asas Pustakawan Undang-Undang

Kemahiran-kemahiran Umum
  

Memahami latarbelakang sejarah perundangan Malaysia Memahami sistem perundangan Malaysia Memahami jenis-jenis sumber perundangan Malaysia dan bagaimana undang-undang itu dikategorikan Memahami jenis-jenis pekerjaan dalam profesion perundangan (sebagai pengguna utama perpustakaan undang-undang)

Kemahiran-kemahiran Khusus
  

Memahami bagaimana undang-undang itu dibuat, diterbit dan digunakan Memahami kaeadah undang-undang itu disimpan dan dicari Memahami bagaimana mengurus, mengendali dan mengemaskini bahan-bahan perundangan bagi memastikan kesahihan dan ketepatan undang-undang tersebut terjamin.

Mengetahui kemahiran asas dalam bidang Kepustakawanan Undang-Undang

Pengurusan Maklumat Undang-Undang

Bagaimana menyusunatur maklumat-maklumat perundangan

Tahu semua jenis sumber perundangan samada dari sumber utama atau sumber skunder Tahu bagaimana sumber-sumber ini digunakan; bagaimana dan bila menggunakannya dan dimana anda boleh mendapatnya.

Kaedah Penyelidikan Undang-Undang

Bagaimana membantu pengguna mencari sesuatu undangundang dengan berkesan

Tahu tentang sistem perundangan kita dan badan-badan yang mengubal undang-undang itu Tahu siapa yang membuat undang-undang dan bagaimana undangundang itu dibuat, diterbitkan dan disimpan. Tahu samada undang-undang yang dicari itu masih boleh digunapakai atau berkuatkuasa.

Mengetahui Peranan Pustakawan Undang-Undang
Undang-Undang Penyelidik Pustakawan

Maklumat pengguna

sebagai Broker

Pustakawan Undang-Undang mampu:  Menjimatkan masa  Mengelakkan kesilapan  Mendapatkan makna dan  Menambah nilai (kepada maklumat)

Peranan-peranan Pustakawan Undang-Undang

Peranan-Peranan Utama

Pustakawan UndangUndang Akademik

Pustakawan UndangUndang Kerajaan

Pustakawan UndangUndang Firma Guaman Sebagai Pelatih Sebagai Penyelidik Sebagai Pengurus Ilmu

Sebagai Tenaga Pengajar

Sebagai Penyelidik

Peranan masa depan Pustakawan Undang-Undang

Pustakawan undang-undang diperlukan terutamanya dalam hal ehwal pengurusan maklumat perundangan dan membantu para peguam dalam mencari maklumat perundangan. Pustakawan undang-undang harus belajar bagaimana mengurus maklumat yang boleh digunakan untuk memasarkan organisasi anda ke dunia luar Pustakawan undang-undang harus mempromosikan peranan dan kemampuan mereka lebih daripada seorang “pengurus maklumat” kepada seorang “pengurus pengetahuan / ilmu” yang mempunyai tanggungjawab lebih menyeluruh kepada organisasi mereka Pustakawan undang-undang bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana membantu peguam mereka dalam amalan guaman malah mereka juga perlu tahu bagaimana memasarkan perkhidmatan guaman ini jika ingin dilihat sebagai 'broker pengetahuan' yang lebih berjaya dan bermanafaat kepada peguam.

Mengetahui Ertika Pustakawan UndangUndang
Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh Pustakawan Undang-Undang
Adalah menjadi kesalahan kepada sesiapa yang bukan ahli Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) untuk menjalankan amalan guaman seperti memberi nasihat undang-undang. Pustakawan undang-undang tidak pernah diberi tauliah untuk memberi nasihat undang-undang walaupun ada diantara mereka mempunyai ijazah undang-undang, oleh itu mereka masih perlu mematuhi dan mengikuti peraturan terutama ketika melayani pertanyaan-pertanyaan yang membabitkan perundangan.

Apakah perkara yang dibenar dilakukan oleh Pustakawan Undang-Undang:

Mencadangkan buku undang-undang berkaitan, memberi nasihat bagaimana buku-buku ini dapat digunakan dengan effisien seperti menerangkan penggunaan indeks-indeks dan jadual-jadual yang terdapat dalam buku-buku tersebut; Membantu mencari definisi umum kata-kata atau ungkapan-ungkapan perundangan, dengan menggunakan sumber-sumber seperti Law Dictionary, Words and Phrases, dan sebagainya; Membantu pengguna mencari maklumat perundangan dalam talian (online) dengan cara yang lebih berkesan. Mencadangkan terma-terma pencarian ketika menggunakan indek-indek dan lain-lain bantuan pencarian Membantu mencari akta-akta atau kes- kes yang dirujuk kepada pengguna yang tidak tahu membaca citation atau tidak pasti nama-nama pihak yang terlibat didalam kes –kes itu; Mengajar teknik-teknik penyelidikan undang-undang seperti penggunaan digests dan citators;

Apakah perkara yang tidak dibenar oleh Pustakawan Undang-Undang:

Membantu menterjemahkan maksud sesuatu undang-undang atau memberi pandangan perundangan, hanya peguam yang bertauliah saja yang dibenarkan untuk berbuat demikian. Pustakawan mungkin mahir dalam mencari maklumat perundangan, namun mereka tidak dilatih dan ditauliahkan sebagai pegamal undang-undang seperti mana seorang peguam. Oleh yang demikian, terpulanglah kepada penguna itu sendiri untuk menyelidik dan mengenal-pasti undang-undang yang sesuai dengan masalah perundangan mereka. Mencadangkan pengunaan borang-borang perundangan tertentu atau menjelaskan bagaimana hendak mengisi borang-borang tersebut (bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan jika anda hanya merujuk contoh-contoh borang yang terdapat didalam sesebuah buku yang berkaitan dengan masalah perundangan mereka. Pengguna seharusnya dibiarkan untuk membuat pilihan mereka sendiri) Menulis sesuatu arahan (brief), menyediakan sesuatu wasiat (wills) atau mengubal sesuatu kontrak; Mentafsir apa jua dokumen perundangan dari mahkamah atau dari seorang peguam.

Pembangunan Profesional untuk semua kategori Pustakawan Undang-Undang

Menawarkan latihan-latihan praktikal atau mengambil sukarelawan dari pelajarpelajar perpustakaan. Menyertai Persatuan Perpustakaan atau kumpulan Pustakawan-Pustakawan Undang-Undang. Misalnya menyertai mailing lists Pustakawan Undang-Undang seperti MalLawLib Menunjukkan sikap mudah mesra dengan pengguna. Llibatkan diri dengan kursus-kursus pengajian kepustakawanan undang-nndang dan memberi ceramah tentang kerjaya dalam bidang ini. Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan kepustakawanan undang-undang Kerap membaca artikel-artikel dan buku-buku yang berkaitan dengan Kepustakawanan Undang-Undang Menulis artikel-artikel dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sejawatan Menghadiri aktiviti-aktiviti Persatuan Perpustakaan dan mana-mana majlis yang berkaitan.

Pembangunan Profesional khusus untuk Pustakawan Undang-Undang Akademik

Mengenali pelajar undang-undang dengan menyertai majlis perjumpaan mereka. Ini akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkenalan dengan anda dan mengetahui tugas-tugas anda secara lebih dekat. Anda juga dapat berpeluang bercakap tentang kerjaya dalam kepustakawanan undang-undang kepada mereka dan bagaimana ijazah undang-undang itu dapat mencerahkan peluang mereka menceburi dalam bidang ini. Jika anda mempunyai LLB, beritahu pelajar undang-undang tentang kelayakkan akademik anda itu. Kelayakkan LLB itu sudah cukup untuk menunjukkan kredibiliti anda kepada mereka. Beritahu mereka mengapa anda memilih untuk menjadi seorang pustakawan undang-undang dari memilih untuk menjadi sebagai pengamal undang-undang. Mengajar tentang penyelidikan undang-undang dan sesi-sesi orientasi perpustakaan kepada pelajar undang-undang. Ini adalah satu cara yang terbaik untuk menggalakkan pelajar-pelajar melihat sendiri bagaimana cara anda mengajar dan memberi pendedahan tentang peranan dan kemampuan seoarang pustakawan undang-undang sebagai satu kerjaya yang menarik.

Pembangunan Profesional khusus untuk Pustakawan Undang-Undang Kerajaan

Membina hubungan baik dengan semua jabatan-jabatan yang munkin memerlukan perkhidmatan anda dan menyokong anda dimasa depan. Menawarkan sesi-sesi latihan penyelidikan untuk kakitangan-kakitangan yang memerlukan. Iklankan jika ada kekosongan jawatan di jabatan anda melalui mailing-list atau menghubungi terus ke pusat-pusat pengajian kepustakawanan. Graduan-graduan yang baru hendak memulakan kerjaya bersikap lebih terbuka untuk merebut peluangpeluang pekerjaan. Pastikan bahawa anda dapat menerangkan dengan baik dan menarik tentang bidang tugas dan peluang-peluang peningkatan diri di perpustakaan anda. Beri ceramah / taklimat untuk pustakawan-pustakawan kerajaan dari lain-lain jabatan mengenai kerja anda sebagai seorang pustakawan undang-undang, mereka mungkin telah lama meminati kerjaya dalam bidang kepustakawanan undang-undang ini. Menerima pelawat perpustakaan, terutama pelawat-pelawat yang berminat dan ingin mempelajari tentang perpustakaan anda.

Pembangunan Profesional khusus untuk Pustakawan Undang-Undang Firma Guaman

Menawarkan orientasi perpustakaan secara persaorangan dan berkumpulan kepada kakitangan-kakitangan baru. Sesi-sesi ini akan memberi peluang untuk anda mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan dan membantu mereka memahami tugas dan peranan anda, sekali gus dapat menaikkan imej profesion dan status anda dalam organisasi. Menjadikan perpustakaan sebagai pusat latihan kepada pelajar-pelajar perundangan (chambering students). Sediakan kemudahan-kemudahan dan perkhidmatanperkhidmatan yang dibuat khusus untuk membantu pengguna-pengguna menjalankan penyelidikan perundangan di perpustakaan anda. Menggalakkan peguam-peguam di firma anda menghadiri sesi-sesi latihan. Sesi-sesi latihan ini baik untuk tujuan perhubungan awam kerana ia dapat memberi peluang untuk menunjukkan kemahiran profesional anda kepada para peguam. Pilih waktuwaktu latihan yang sesuai dengan jadual-jadual ketat mereka, seperti waktu makan tengah hari, disamping menyediakan makanan ringan jika mampu. Menjadi mentor kepada bakal pustakawan undang-undang atau mereka yang baru menceburi dalam bidang ini. Galakkan mereka untuk menghadiri aktiviti-aktiviti Kumpulan Pustakawan Undang-Undang dengan menemani anda dalam perjumpaanperjumpaan kumpulan-kumpulan tersebut. Berurusan dengan wakil-wakil penerbit. Ramai pustakawan firma guaman mempunyai berbagai pertanyaan yang hendak dikemukakan seperti mengenai produk penerbitan baru, kaedah mengemaskini bahan-bahan terbitan yang boleh diperjelaskan secara langgsung dari wakil-wakil penerbit itu sendiri. Ini mengiktirafkan kedudukkan Pustakawan Undang-Undang itu sebagai wakil kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Kesimpulan

Kemunculan Internet di era pendigitalan maklumat ini telah mengubah dan mengalihkan sumber-sumber perundangan ke dalam format elektronik. Buku-buku percetakan yang dahulunya menjadi satusatunya sumber rujukan sekarang tidak lagi menjadi sumber rujukan utama perundangan. Perpustakaan undang-undang tradisional kini menjadi pilihan kedua berbanding dengan perpustakaan undang-undang maya untuk kegunaan penyelidik-penyelidik undang-undang sekarang. Peranan pustakawan undang-undang juga semangkin meningkat, daripada pengurusan maklumat-maklumat yang datang dari luar organisasi kini meliputi pengurusan maklumat dalaman organisasi, duhulunya hanya terhad kepada maklumat-maklumat dalam perpustakaan sahaja kini merangkumi maklumat-maklumat dari seluruh oraganisasi, dahulunya dikenali sebagai pengurus maklumat (information manager) dan kini lebih kerap dikenali sebagai pengurus pengetahuan/ilmu (knowledge manager).

Soal & Jawab Perbincangan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->