P. 1
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Akta 32, Kemas Kini 2006

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, Akta 32, Kemas Kini 2006

4.5

|Views: 2,362|Likes:
Published by Mohd Isa Abd Razak
Untuk rujukan.
Untuk rujukan.

More info:

Published by: Mohd Isa Abd Razak on Feb 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

032b.

fm Page 1 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA

Akta 32

AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG - UNDANG , MALAYSIA DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG - UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD

2006

032b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

2 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 Pertama kali diperbuat … … 1963 (Akta No. 10 tahun 1963); dan 1967 (Akta No. 7 tahun 1967) 1971 (Akta 32 m.b.p. 1 Julai 1971)

Disatukan dan disemak

C ETAKAN S EMULA YANG TERDAHULU Cetakan Semula Yang Pertama Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 1993 1999

DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006

032b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67

SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa Bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi Penggunaan terjemahan Penggunaan berterusan bahasa Inggeris boleh dibenarkan Penggunaan bahasa Inggeris boleh dibenarkan dalam Parlimen dan Dewan Undangan Teks sahih undang-undang Undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum 1 September 1967 Bahasa Mahkamah Tulisan bagi bahasa kebangsaan Bentuk angka Borang

032b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

032b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

5 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubung dengan penggunaan bahasa kebangsaan. [Semenanjung Malaysia—Seksyen 9 hingga 11— 11 April 1963, Akta 10 tahun 1963; Yang lain-lain—1 September 1967, Akta 7 tahun 1967] Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai di seluruh Malaysia. (2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Negeri Sabah dan Sarawak pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing, melalui enakmen Badan Perundangan Negeri masing-masing dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini di Negeri-Negeri itu. Bahasa rasmi kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud

2. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini dan tertakluk kepada perlindungan-perlindungan yang terkandung dalam Perkara 152(1) Perlembagaan berhubung dengan manamana bahasa lain dan bahasa mana-mana kaum lain di Malaysia bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Penggunaan terjemahan 3. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan mana-mana Negeri untuk

032b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 32

menggunakan apa-apa terjemahan dokumen atau perutusan rasmi dalam mana-mana bahasa lain bagi apa-apa maksud yang difikirkan perlu demi kepentingan awam. Penggunaan berterusan bahasa Inggeris boleh dibenarkan 4. Yang di-Pertuan Agong boleh membenarkan penggunaan berterusan bahasa Inggeris bagi apa-apa maksud rasmi sebagaimana yang difikirkan patut. Penggunaan bahasa Inggeris Parlimen dan Dewan Undangan boleh dibenarkan dalam

5. Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Undangan mana-mana Negeri, atau seseorang lain yang sedang menjalankan fungsi mana-mana jawatan itu, boleh membenarkan seseorang anggota mana-mana satu Majlis Parlimen atau seseorang anggota Dewan Undangan menggunakan bahasa Inggeris apabila memberikan ucapan kepada, ataupun apabila mengambil bahagian dalam kerja, Majlis Parlimen atau Dewan Undangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Teks sahih undang-undang 6. Teks— (a) bagi segala Rang Undang-Undang yang akan dikemukakan atau pindaan kepadanya yang akan dicadangkan dalam Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri; bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan; bagi segala Enakmen dan perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri; dan bagi segala Ordinan yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong,

(b) (c) (d)

hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, dan teks dalam bahasa kebangsaan itu adalah sahih melainkan jika

032b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

Bahasa Kebangsaan

7

Yang di-Pertuan Agong menetapkan sebaliknya sama ada secara am atau bagi mana-mana undang-undang atau jenis undangundang yang tertentu. Undang-undang September 1967 bertulis yang diperbuat sebelum 1

7. (1) Jika mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967 telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan terjemahan undang-undang itu sebagai sahih. (2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 6 boleh dipakai bagi pindaan mana-mana undang-undang bertulis yang diperbuat sebelum satu hari bulan September 1967, sehingga undangundang bertulis itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan terjemahan itu telah ditetapkan sebagai sahih. Bahasa Mahkamah 8. Segala prosiding (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau mana-mana Mahkamah Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan: Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding dan selepas menimbangkan kepentingan keadilan dalam prosiding itu, memerintahkan supaya prosiding itu (selain pemberian keterangan oleh seseorang saksi) dijalankan sebahagiannya dalam bahasa kebangsaan dan sebahagiannya dalam bahasa Inggeris. Tulisan bagi bahasa kebangsaan 9. Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan. Bentuk angka 10. Bentuk angka dalam bahasa kebangsaan ialah bentuk angka Arab.

032b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

8 Borang

Undang-Undang Malaysia

AKTA 32

11. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dengan nyata, apabila sesuatu borang dalam bahasa Inggeris ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis, terjemahan borang itu dalam bahasa kebangsaan oleh orang atau pihak berkuasa yang ditetapkan dari semasa ke semasa dengan perintah oleh Perdana Menteri boleh digunakan bagi segala maksud yang baginya borang itu boleh digunakan jika borang itu dalam bahasa Inggeris.

032b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

9 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A554 Akta A765 Akta A885 Akta A901

Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983 Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1990 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan) 1994

13-05-1983 30-03-1990 24-06-1994 09-09-1994

032b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 4:55 PM

10 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 32 AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1 5 8

Akta A554 Akta A554 Akta A765 Akta A885 Akta A901

13-05-1983 13-05-1983 30-03-1990 24-06-1994 09-09-1994

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->