Ahmad Termizi Bin Jawawi PT122008CT

1. Modal RM1 juta. Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa?

Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG? saya akan menjalankan perniagaan yang bertumpu kepada keperluan penduduk setempat. sekiranya di kawasan sekitar ums ini, saya akan membuka perniagaan rumah sewa, pengangkutan dan makanan. ini kerana bagi kawasan sekitar sepanggar ini,permintaan bagi ketiga-tiga perkara ini amat tinggi dan kawasan sekitar sepanggar ini terdapat banyak ipt seperti UMS, UiTM, Politeknik dan kolej-kolej swasta. disamping itu, terdapatnya pejabat-pejabat kerajaan seperti Kompleks pentadbiran persekutuan sabah dan pengkalan tentera laut di sepanggar menunjukkan betapa luasnya pasaran bagi perniagaan yang ingin saya jalankan tersebut. bagi memastikan keuntungan 100%, saya akan menyediakan pelan perniagaan strategik, mengambilkira faktor-faktor seperti persaingan, taraf ekonomi penduduk setempat/sasaran, lokasi yang strategik, pengurusan perniagaan/kewangan yang baik serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. contohnya menyediakan rumah sewa yang lengkap, selesa dan memberikan kadar sewa yang berpatutan/sesuai dengan kemampuan pelajar/ penyewa. selain itu, bagi perkhidmatan yang lain, perkhidmatan yang diberikan hendaklah lebih bermutu dan berkualiti daripada pesaingpesaing yang lain serta menepati kehendak pelanggan. bagi menarik pelanggan serta mempunyai pelanggan yang setia, saya mengutamakan hubungan yang baik dengan pelanggan serta menghargai mereka.

2. Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak

dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan? Bagi memastikan keuntungan 100%, saya akan menyediakan pelan perniagaan strategik, mengambilkira faktor-faktor seperti persaingan, taraf ekonomi penduduk setempat/sasaran, lokasi yang strategik, pengurusan perniagaan/kewangan yang baik serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. contohnya menyediakan rumah sewa yang lengkap, selesa dan memberikan kadar sewa yang berpatutan/sesuai dengan kemampuan pelajar/ penyewa. selain itu, bagi perkhidmatan yang lain, perkhidmatan yang diberikan hendaklah lebih bermutu dan berkualiti daripada pesaing-

pesaing yang lain serta menepati kehendak pelanggan. bagi menarik pelanggan serta mempunyai pelanggan yang setia, saya mengutamakan hubungan yang baik dengan pelanggan serta menghargai mereka. (jawapan ini saya telah hantar sekali dalam soalan 1

3. Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction? Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction. apa yang saya faham mengenai teori multi modaliti dan multi modality instruction ialah mempelbagaikan kaedah dan bahan penyampaian dalam pengajaran, iaitu guru menggunakan/menggabungkan kaedah/cara yang pelbagai dalam P&P sesuai dengan jenis/bentuk yang bersesuaian dengan pelajar. contohnya guru tidak hanya bergantung kepada buku teks, papan tulis dan sebagainya. sesuai dengan perkembangan teknologi dan komunikasi, guru boleh menggunakan intenet, tv dan sebagainya yang boleh menarik minat dan meningkatkan pemahaman pelajar. dengan ini, pelajar boleh faham dengan lebih cepat dan seronok. contohnya apabila guru memberi penerangan yang disertakan dengan gambar/slideshow/pencarian secara online, pelajar akan lebih cepat faham dan menumpukan perhatian berbanding apabila guru hanya menggunakan pembacaan/rujukan pada buku teks. selain itu, ia juga lebih meransang minda dan memori pelajar dalam pelbagai tahap kecergasan.

4. Sila respon untuk isu ini pula i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran. i) penggunaan video mengubah stail pembelajaran daripada kaedah P&P biasa menjadi lebih menarik kerana melibatkan elemen multimedia. selain itu, ia juga membantu meningkatkan pemahaman dan daya ingatan pelajar kerana penggunaan video juga merangkumi 4 gaya pembelajaran iaitu visual auditori kinestetik dan read. contohnya bagi matapelajaran sejarah, selain unsur audio terdapat juga unsur visual

read dan kinestetik iaitu pelajar mendengar, melihat/menonton, membuat catatan dan dan membaca. ini boleh meningkatkan motivasi bagi pelajar yang terangkum dalam 4 jenis kecergasan ini. ii) penggunaan video dengan ubiquitous learning mebolehkan pelajar untuk belajar secara maya dimana pelajar dan guru tidak perlu berjumpa untuk membuat perbincangan. ini bermakna sekiranya faktor-faktor seperti jarak membataskan pergerakan guru dan pelajar ianya boleh diselesaikan dengan penggunaan video dan sebagainya. kaedah ini sebenarnya telah banyak dipraktikkan di negara barat terutamanya negara maju. malah mereka turut mengadakan perniagaan seperti tuisyen secara jarak jauh, merekod video untuk pembelajaran dan sebagainya. ini bermaksud pelajar boleh mengakses maklumat dan dokumen yang diperlukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. ini memudahkan corak pembelajaran seseorang. iii) penggunaan video membantu meningkatkan HOTS seseorang pelajar kerana melibatkan pemikiran yang kritis, kemahiran dalam ICT serta pencarian maklumat tanpa batasan yang boleh membuka minda pelajar. selain itu, ia juga membantu pelajar berfikir secara lebih kritis , kreatif dan pantas melalui penbincangan secara online dalam forum-forum dan sebagainya. pencarian maklumat juga akan menambah dan meningkatkan tahap pengetahuan pelajar menjadikan mereka seorang yang kaya dengan maklumat. iv) dari segi sosial, ia juga membantu pelajar bersosial melalui perkenalan dengan rakan-rakan baru tanpa mengira jarak dan bangsa. selain itu, ia juga membantu seseorang mengenali dan memahami budaya masyarakat lain dengan lebih mendalam sekaligus membantu seseorang untuk bersosial dengan lebik baik apabila bergaul dengan masyarakat luar. v) pengunaan video membantu memberi kesedaran kepada pelajar dengan lebih baik. ini kerana sekiranya video yang kita tayangkan dapat dihayati oleh pelajar maka mereka akan lebih mudah faham dan mampu menyelami mesej yang cuba disampaikan dalam video tersebut. penggunaan visual yang baik selain unsur muzik serta verbal, boleh menyentuh hati penonton sekaligus memberi kefahaman secara mendalam kepada penonton.

v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran pelajar yang sering menggunakan video mempunyai kesedaran yang lebih terutamanya

dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam penayangan video kesan kegiatan manusia terhadap lam sekitar dam matapelajaran geografi.

5.

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas? 1. tiada kemudahan untuk tayangan video yang lengkap 2. tiada/gangguan bekalan elektrik 3. gangguan daripada pelajar dari kelas lain/luar yang lalu lalang 4. audio yang terhad kerana khuatir akan menggangu kelas bersebelahan

6.

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas? 1. sehari sebelum kelas, kita hendaklah mempastikan peralatan yang diperlukan ada dan dalam keadaan baik. sebelum memulakan video, kita mesti memberi arahan kepada pelajar tentang apa yang perlu mereka fokus, lakukan dan catat. 2. semasa video ditayangkan, guru memantau pelajar dan memastikan pelajar memberi tumpuan, dan mengelakkan apa2 gangguan yang mgkin berlaku. 3. selepas tayangan video, guru hendaklah menyimpan peralatan yang telah digunakan supaya tidak diganggu oleh pelajar. guru juga hendaklah membuat perbincangan, soal jawab serta rumusan daripada video yang ditayangkan.

7.

Assignment manipulatives?

3. Bagi saya, saya akan menggunakan real objects. Ini kerana ia amat mudah didapati dan agak mudah dikenali atau diteka oleh pelajar. Contoh real objects ialah syiling, alatalatan, artifak, tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh bagi pengajaran sejarah tingkatan 2, dalam tajuk kuasa-kuasa asing di Asia Tenggara, saya akan membawa bahan bantu mengajar seperti peta dan bendera-bendera negara-negara yang berkenaan. Misalnya British, Perancis dan Belanda. Pelajar-pelajar pula akan memberi respon berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada mereka. Bendera-

bendera ini pula akan dilekatkan pada peta. Tujuannya ialah supaya pelajar lebih jelas tentang tapak-tapak kuasa asing di Asia Tenggara melalui bahan-bahan yang ditunjukkan. 4. saya akan menggunakan dua cara sama ada secara real atau virtual bergantung kepada mana-mana yang termampu. Contohnya dalam kesan penjajahan Jepun di Sabah, saya akan membawa pelajar membuat lawatan ke muzium Sabah. Di muzium tersebut, pelajar akan diminta membuat catatan dan melihat secara terperinci tentang kesan-kesan penjajahan di Sabah. Di situ juga ada disediakan tayangan video pada waktu-waktu tertentu. Sekiranya tiada kemampuan untuk membuat lawatan, saya akan membawa pelajar menonton video-video kesan peninggalan penjajah di Sabah. Ia boleh didapati di http://www.muziumnegara.gov.my/.

8. Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video. 3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 5) Nyatakan pros

Q1. Meaning of video literacy? Video literacy encompasses the knowledge and skills needed to "consume" or meaningfully view video as well as to produce video. Q2. Core concept of viewing and producing video: a. Viewing • Who created this message? • What creative techniques are used to attract my attention? • How might various people understand this message differently? • What is the purpose of the message? b. Producing-

• • • •

What am i authoring? Does the message reflect understanding in format, creativity and technology? Is my message engaging and compelling for my target audience? Have i communicated my purpose effectively?

Q3. How enhancing of learning in video application? a. Cognitive domain- students can observe dramatic recreations of historical events and actual recordings of more recent events. For example, teachers may use video to interest students in reading about topic. b. Affective domain- role models and dramatic messages on video can influence attitudes. for example, documentary programs bring the hardships of that era to students who have never known hard times. c. Psychomotor domain- video is great for showing processes involving the use of student's motor skills. for example, teachers may use Colonial Cooper (a short educational video) to show students regarding how an 18th century artisan makes a barrel at Colonial Willamsburg. d. Interpersonal domain- By viewing a video program together, a diverse group of students can build a common base of experience as a catalyst for discussion. Q4. Types of educational videos: a. Documentary- any documentaries attempt to depict essentially true stories about real situations and people . b. Dramatization- Literature classics available as video can expand student learning oppotunities as they compare and contrast the differences between the text and video. c. Video Storytelling- stories can be incorporated into instruction through video such as the free Artic Stories video series. its allow situdents to be creative while developing their writing visual literacy, and video production skills. d. Vitrual Field Trips- Videos can take students to places they might not be able to go otherwise. Students can also go on a virtual tour like an Egyptian pyramids, walk on the Great Wall of China etc. Q5. Process of selecting and evaluating - using video in the classroom:

Video is suitable in all instructional environments and works with whole classes, small groups, and individual students. teachers can take the learner almost anywhere and extend students's interests beyond the walls of the classroom.

9. Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual? Visual ialah salah satu bahan bantu mengajar yang boleh digunakansebagai media dalam pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model. visual mempunyai beberapa proses yang akan membolehkan ianya bertindak sebagai medium komunikasi iaitu mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan harus diberi perhatian utama. ‘Mudah’ di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaik–baiknya tumpuan kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan selain ianya mudah dilihat dan mudah dibaca. Segala bahan lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas, ringkas dan mengandungi bahan utama sahaja. ‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung kait diantara satu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan elemen garis, bentuk, warna atau ruang. ‘Penumpuan’ bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam satu–satu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan–garisan kasar ; warna–warna paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan kerana pergerakan mata manusia bermula dari kiri ke kanan. ‘Perseimbangan’ bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk ‘formal’ dan yang ‘bukan formal’. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat di antara susunan kiri dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza dengan perseimbangan tidak formal. Perseimbangan ini memerlukan lebih daya gubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian adalah lebih menarik.

Terdapat enam prinsip reka bentuk visual. i. Simplisiti • Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas • Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian ii. Dominan • Pusat penumpuan atau minat • Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan • Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan • Rule of Third • Warna dan bentuk yang kontras • Saiz yang lebih besar • Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama • Menggunakan garis yang menunjuk item utama • Mewujudkan gerakan • Menggunakan lampu atau cahaya memancar • iii. Pola • Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. • Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat • Menarik penglihatan mata ke arah item utama • Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul • Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir • * Kesimpulannya, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung dalam visual iv. Seimbang • Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual • Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang • Terdapat dua jenis seimbang • Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah • Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata.

v. Variasi • Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual • Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup vi. Harmoni • Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan kesatuan mesej.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful