You are on page 1of 2

Biskut Kacang Mazola Bahan-Bahan: 1 kilo tepung gandum (diayak) 1 cawan gula halus 2 cawan kacang tanah (digoreng

g dan ditumbuk halus) 1 botol minyak jagung mazola (size kecil) Cara: Gaulkan tepung gandum, gula, kacang tanah hingga serata. Kemudian tuangkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat ditangan. Kemudian terapkan adunan tadi mengikut bentuk acuan yg anda suka. Masukkan dalam ketuhar bersuhu 180 atau bakar sehingga kekuningan. Biskut Cornflake Bahan-Bahan: 2 cawan tepung gandum cawan tepung ubi cawan gula halus 1 biji telur 1 cawan cornflake, diramas cawan mentega 1 camca teh esen vanila Sedikit cornflake untuk hiasan Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, adun sehingga sebati. Masukkan cornflake yang telah diramas tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan juga tepung ubi. Kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat. Hiaskan dengan cornflake dan bakar.

Biskut Kelapa Bahan: 200 gm mentega 200 gm gula halus 2 biji kuning telur 1 camca teh esen vanilla 50 gm badam kisar 200 gm tepung gandum 200 gm tepung jagung 1 tin kelapa (kelapa kering) 2 camca kecil nescafe putih telur Cara: Kacau mentega bersama gula hingga kembang. masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan esen vanilla, badam kisar, tepung gandum, tepung jagung, nescafe dan kelapa. uli hingga sebati. Bulatkan adunan seperti bola dan celupkan ke dalam putih telur serta taburkan kelapa. Hias. Bakar hingga masak. Biskut London Almond Bahan-Bahan: 230 gm tepung red rose 1 biji telur (diambil kuningnya) sudu teh esen vanila 1 kotak cooking chocolate 125 gm mentega 60 gm gula icing 1 paket badam (dipanggang / dibakar) sedikit badam yang dikisar halus. Cara: Mentega & gula dipukul separa kembang. Pukul mentega dan gula hingga separa kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau. Akhir sekali masukkan tepung red rose tadi sehingga boleh diuli. Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit. Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi. Kemudian masukkan ke dalam paper cups. Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.