You are on page 1of 5

Dapatan Kajian

Data 2 Minit 00: 33:12

Aman Nisbu Najib Ajis

: Saudara Najib, mana setan-setan tue. : Sudah datang tuan. (minit 00:33:12)

: Walau rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.

Manager

:Tidak disangka-sangka kedua-duanya sama bagus. Ini pun bagus tuan director.

Aman Nisbu

: Sudah, pergi panggil setan yang penghabisan. (minit 00:33:19)

Hasil dapatan ini menunjukkan andaian implikatur bagi perkataan setan-setan atau setan merujuk kepada makhluk halus yang jahat (menggalakkan membuat kejahatan) (Kamus Dewan Edisi Keempat: 1479). Kesimpulan andaian yang dapat dihuraikan di sini adalah perkataan setan yang digunakan oleh Aman Nisbu itu merujuk kepada manusia iaitu Ramlee, Ajis dan Sudin yang disamakan perangai mereka seperti setan dan penggunaannya terhasil disebabkan situasi penuturnya iaitu Aman Nisbu dalam keadaan marah. Hasil dapatan data 2 ini, menunjukkan terdapat makna tersirat yang digunakan iaitu penggunaan perkataan setan. Konteks yang terlibat adalah di studio penggambaran filem di mana tiga orang sahabat iaitu Ramlee, Ajis dan Sudin sedang menjalankan ujian penggambaran. Pengarah Aman Nisbu telah menggunakan perkataan setan yang ditujukan kepada tiga orang sahabat itu. Perkataan setan merujuk kepada makhlus halus yang jahat (menggalakkan membuat kejahatan) (Kamus Dewan Edisi Keempat: 1479). Namun dalam situasi ini tiada setan sebaliknya merujuk kepada tiga orang sahabat tersebut yang digelar oleh Aman Nisbu dalam keadaan marah terhadap mereka. Oleh yang

demikian, didapati terdapat penggulangan perkataan setan yang digunakan oleh Aman Nisbu terhadap tiga sahabat itu pada minit 00:33.12 dan minit 00:33:19. Kesan konteks menunjukkan penggunaan perkataan setan oleh Aman Nisbu merujuk kepada Ramlee, Ajis dan Sudin. Perkataan ini yang digunakan oleh Aman Nisbu difahami oleh Najib iaitu pada minit 00:33:12. Namun terdapat penggulangan perkataan setan pada minit seterusnya iaitu pada minit 00:33:19. Dalam konteks ini Najib memahami penggunaan perkataan setan yang digunakan oleh Aman Nisbu dengan mengatakan sudah datang tuan. Perkataan setan yang digunakan ini merujuk kepada tiga sahabat itu bukannya makluk halus. Namun konteks sukar difahami bagi pembaca kerana perkataan setan ini merujuk kepada makhlus halus. Seterusnya kos memproses untuk data ini pada peringkat awalnya rendah memandangkan Najib memahami penggunaan perkataan setan yang digunakan oleh Aman Nisbu bagi merujuk tiga sahabat itu. Perkataan setan itu digunakan untuk merujuk kepada Ramlee, Ajis dan Sudin. Bagi konteks pembaca pula kos memproses adalah tinggi kerana pembaca mungkin tidak dapat memahami penggunaan perkataan setan itu yang merujuk kepada tiga sahabat tersebut tetapi sebaliknya merujuk kepada makhluk halus.

Data 3 Minit 00:48:03

Ramlee : HooiiApa dah jadi korang nie? Ajis : Mana kau dah pergi la. Besok nak shooting kau tak baca dialog ke? Cari mambang ker? Ramlee : Mambang kepala hotak kau! Aku baru balik dari baca dialog. Sudin : Haa..baru balik dari bawah pokok. Baca dialog dengan Cik Salmah.

Andaian implikatur bagi perkataan mambang merujuk kepada sejenis hantu iaitu seperti puntianak, langsuir, pocong dan sebagainya. Namun kesimpulan andaian untuk perkataan ini adalah perempuan yang belum bersuami atau anak gadis.

Hasil dapatan data 3 di atas, menunjukkan terdapat penggunaan makna tersirat yang digunakan dalam dialog filem Seniman Bujang Lapok ini iaitu perkataan mambang. Konteks yang terlibat adalah di dalam rumah sewa mereka. Ajis telah menggunakan perkataan mambang yang pada dasarnya mengikut konteks luaran bermaksud sejenis hantu yang pelbagai seperti puntianak, langsuir, pocong dan sebagainya. .Namun, dalam konteks ini perkataan mambang sebenarnya merujuk kepada perempuan yang belum bersuami atau anak gadis tetapi bukannya hantu. Ini diperkuatkan lagi dengan dialog yang berikutnya yang dinyatakan oleh Sudin mengatakan bahawa Ramlee baru balik membaca dialog dengan cik Salmah di bawah pokok. Oleh yang demikian, dapat dilihat penggunaan mambang ini merujuk kepada perempuan iaitu Cik Salmah bukannya hantu. Kesan konteks dalam penggunaan perkataan mambang ini agak sukar difahami oleh pembaca mahupun pendengar kerana perkataan mambang selalunya digunakan bagi merujuk hantu iaitu seperti puntianak, langsuir, pocong dan sebagainya. Namun, konteks yang sebenar di dalam filem ini tidak menunjukkan Ramlee mencari hantu tetapi sebaliknya menyifatkan Ramlee mencari perempuan yang belum bersuami atau anak gadis. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa Ramlee memahami perkataan mambang yang digunakan oleh Ajis dengan mengatakan bahawa yang dia bukan keluar pergi mencari mambang iaitu mencari perempuan yang belum berkahwin atau anak gadis tetapi sebaliknya pergi membaca dialog. Kos memproses untuk penggunaan perkataan mambang dalam situasi ini pada awalnya rendah memandangkan Ramlee memahami penggunaan perkataan mambang yang digunakan oleh Ajis bagi merujuk mencari perempuan yang belum bersuami atau anak gadis.. Perkataan mambang yang digunakan oleh Ajis ini adalah merujuk kepada mencari perempuan atau anak gadis bukannya mencari hantu. Namun, dalam konteks pembaca kos memproses adalah tinggi. Hal ini kerana pembaca mungkin sukar untuk memahami maksud sebenar berdasarkan penggunaan perkataan mambang yang digunakan oleh Ajis itu. Namun, berdasarkan dialog seterusnya yang dituturkan oleh Sudin iaitu mengatakan Ramlee baru pulang dari membaca dialog bersama cik Salmah di bawah pokok. Secara tidak langsung, Ajis telah memudahkan dalam menyampaikan pengertian makna bagi perkataan mambang tersebut dan kos memproses semakin berkurang.

Data 4 Minit 1:06:00

Doktor : Jangan-jangan kau tiga orang nie yang dimaksudkan haa.. Memang muka kau nie lah bawak penyakit! Hey lain kali, kalau dia nie sakit korang jangan datang klinik ak nie. Ramlee : Apa la.muka kita ini bawa penyakit. Ajis : Sudahlah, kita baliklah.

Hasil dapatan data 4 menunjukkan bahawa andaian implikatur bagi perkataan penyakit adalah merujuk kepada penyakit seperti penyakit barah, penyakit jantung, sakit tua atau masalah kesihatan. Kesimpulan andaian yang dapat dihuraikan di sini adalah perkataan penyakit yang digunakan oleh doktor merujuk kepada masalah yang ditimbulkan oleh Ramlee, Ajis dan Sudin. Berikut merupakan hasil dapatan 4 yang dianalisis dalam filem Seniman Bujang Lapok ini ialah penggunaan perkataan penyakit yang mempunyai makna tersirat. Konteks yang terlibat adalah di sebuah klinik di mana tiga orang sahabat tersebut telah datang ke klinik tersebut untuk menziarahi Aman Nisbu dan seorang doktor yang telah merawat Aman Nisbu. Doktor yang merawat Aman Nisbu menggunakan perkataan penyakit kepada tiga orang sahabat itu untuk menunjukkan bahawa mereka telah banyak menimbulkan dan mendatangkan masalah seperti yang diceritakan oleh Aman Nisbu kepadanya apabila selesai sesi rawatan yang dijalankan. Perkataan penyakit yang digunakan oleh doktor tersebut merujuk kepada masalah yang telah ditimbulkan sebaliknya bukannya menghadapi penyakit atau masalah kesihatan. Dalam konteks luaran, penyakit merupakan masalah yang ditimbulkan atau mendatangkan masalah. Manakala dalam situasi ini, doktor menggunakan perkataan penyakit itu merujuk kepada masalah yang telah ditimbulkan oleh tiga sahabat itu bukannya merujuk kepada masalah kesihatan atau penyakit. Kesan konteks dalam penggunaan perkataan penyakit ini agak sukar difahami oleh pembaca atau pendengar kerana mengikut situasi luaran perkataan penyakit ini lebih membawa maksud kepada mengalami masalah kesihatan atau penyakit seperti sakit barah, sakit jantung dan sebagainya. Namun dalam konteks sebenar di dalam filem ini memberi maksud mendatangkan atau menimbulkan masalah yang telah dilakukan oleh tiga orang sahabat itu. Seperti yang telah dikatakan oleh doktor. Perkataan penyakit yang digunakan

oleh doktor itu merujuk kepada masalah yang telah ditimbulkan oleh tiga sahabat itu terhadap pengarah director. Seterusnya ialah kos memproses untuk data ini pada peringkat awalnya rendah memandangkan Ramlee memahami penggunaan perkataan penyakit yang digunakan oleh doktor itu. Perkataan penyakit yang digunakan oleh doktor itu digunakan untuk merujuk kepada tiga sahabat itu yang telah menimbulkan masalah kepada pengarah director. Oleh yang demikian, pada dialog seterusnya Ramlee mengatakan kepada rakannya iaitu Ajis dan Sudin bahawa sememangnya muka mereka membawa penyakit iaitu masalah. Namun, kos memproses adalah tinggi bagi pembaca kerana pembaca mungkin tidak dapat memahami maksud sebenar perkataan penyakit yang digunakan oleh doktor itu merujuk kepada masalah yang telah ditimbulkan oleh tiga orang sahabat itu bukannya merujuk kepada masalah kesihatan atau menghadapi penyakit.