You are on page 1of 4

TAKLIMAT PENGURUSAN STAF 2012 TEMPAT : DEWAN SEKOLAH GEMILANG TARIKH : SABTU, 13 OKTOBER 2012 MASA : 11.

50 pagi Kehadiran : 1 En Mohamad Kasim B Arbain - Pengetua 2 En Ismail B Abang Mahamud - PK Pentadbiran 3 En Lee Sieng Kwong PK HEM 4 En Wong Yuk Yong - PK Petang 5 Pn Dayang Siti Awa Binti Awang Bunsu - PK T6 6 Pn Ng Siok Leng ( KB Bahasa ) 7 Pn Josephine Jembun ( KB Sains ) 8 Pn Ting Hie Kim ( KB Kemanusiaan ) 9 En Lee Swee Aun ( KB Teknik & Vakasional ) 10 En Ting Sing Teck 11 Pn Lau Huai Ling 12 Pn Feng Mai Nyuk 13 Cik Tiang Siew Ching 14 Cik Chua Fen Nee 15 Pn Asura Binti Roseri 16 Pn Iriwanti Binti Suhaili 17 Pn Suhada Binti Nedri 18 Pn Norita Binti Mahsen 19 Pn Senin Anak Umpang 20 Pn Syarizatul Zarida Binti Zakaria 21 Cik Sendorita Rinya Anak Munan 22 Pn Munirah Binti Ismail 23 Pn Rozita Binti Madrika 24 Pn Mawarni Binti Mohd Zain 25 Cik Nurfaizah Binti Yusuf 26 Cik Tanti Binti Hajimi 27 Pn Rennya Anak Ajang 28 Pn Sofia Binti Syahferi 29 Pn Seloma Binti Jaludin 30 Pn Wong Mee Lang 31 Pn Liew Joon Foong 32 Pn Ling Kiong Yien 33 En Madsom Bin Bujang 34 En Abang Zawawi 35 En Mateni Bin Goos 36 En Tamimiddari Bin Mahsen 37 Pn Mornurida Binti Morshidi 38 Pn Haslinda Binti Edueng 39 En Tong Ing Chiew 40 En Stephen Bin William Otoi 41 En Alex Griffin Danggat 42 En Yik Sie Ho 43 Pn Irene Wong Leng King 44 En Liew Mee Ho 45 En Daniel Ngaran 46 En Johnatan Laja 47 En Simoon Anjoh 48 En Lau Ngie Hoon 49 En Mohd Zulkhiri Hj Ghazali Tidak Hadir Bersebab: 1 Cik Tang Ching Ching 2 Cik Chan Mei Fah 3 En Cain Palun 4 En Joseph Japar 5 Pn Low Boon Lian 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 6 7 8 9 Pn Nor Liyana Binti Ismail Cik Siti Hadidah Binti Muhaini Cik Noraini Binti Mat Noor Cik Rohana Binti Mohd Noor Pn Chin Sze Ngo Pn Chermi Anak Jelani Pn Alina Haji Sidek Cik Winnie Lau Tzieh Yung Pn Lu Hung King Pn Nurshilawati Binti Talip Pn Su Mee Yew Pn Diana Anak Bonoface Cik Chemenda Anak Minggat Pn Chan Ai Cheng Pn Wong Li Chun Pn Anah Binti Abdul Razak Pn Jenny Wong Mig Siew Cik Liong Nguk Mee Cik Kong Nguk Toh Pn Ho Lee Ping Pn Ong Ker Sin Pn Wong Leh Bing Pn Tu Siew Leh Cik Chan Mei Teng Pn Lim Sui Ing Pn Chieng Yan Ting Pn Teresa Panirselvam Cik Iyak Anak Nicholes Pn Yong Lok Kiong Cik Wong Yik Siew Cik Annie Cheng Chu Ming En Radin Molyani En Noorzie Bahrein Bin Ibrahim En Phua Koon Tiong En Derahman Bin Muntul Pn Law Sie Ngo Pn Magdelene Jamba En Winson Tieu Chiong Sin En Franklin Jimmy En Hajmi Hj Shahran En Khairul Hakimi Bin Ahmad Pn Koek Lee Lean En Ng Chin Khong En Sia How Kee En Francis Gudum En Tang Lee Hing En Ismandy Bin Abu Gasah

En Munnau Norman Ben Pn Ling Bee Fong Ustaz Nazhar B Abdul Karim En Asas Anak Ranyaw PK KK

BIL 1

PERKARA Ucapan Pengetua Pengetua mengalukan kehadiran semua guru sesi pagi dan petang untuk Taklimat Ringkas. Seterusnya beliau menegaskan pentingnya taklimat diadakan walaupun bilangan hari persekolahan semakin sangat, sekiranya mesyuarat akhir tahun tidak sempat diadakan, maka taklimat ini akan diandaikan sebagai Mesyuarat Staf Akhir Tahun 2012. Beliau juga memaklumkan bahawa Pegawai Pelajaran Daerah Sarikei yang baharu, En Abdul Kassim Bin Abdul Muin telah datang melawat sekolah. Tarikh tarikh penting yang perlu diberi perhatian para guru ialah : 16 Oktober 2012 - Peperiksaan PMR berakhir 17 Oktober 2012 - Pecutan BM ( SPM ) untuk kelas Tingkatan 5E, 5F dan 5G 17 Oktober 2012 - Raptai Penyampaian Sijil dan Hadiah di Dewan Suarah, jam 2.30 petang 18 Oktober 2012 - Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah di Dewan Sekolah jam 9.30 pagi - Taklimat PBS Ting 1 akan diadakan jam 8.00 pagi untuk ibu bapa disampaikan oleh pegawai dari PPD Sarikei. 18 Oktober 2012 - Kejohanan Olahraga Pembangunan diadakan di Komplek Sukan KPSU 18 Oktober 2012 - Mesyuarat Agung Koperasi 2012 jam 2.30 petang di Dewan Suarah 19 Oktober 2012 - Olahraga Pembangunan masih diadakan di KPSU - Malam Jamuan Akhir Tahun Koperasi di KFC 19 - 21Okt 2012 - Program Khemah Ibadah diadakan di Dewan Gemilang sekolah 22 Okt - 2 Nov 2012 - Program PASCA PMR 01 Nov 2012 - Jamuan Akhir Tahun Staf 2012 di RH Hotel, Sibu. 02 Nov 2012 - Hari terakhir persekolahan tahun 2012 20 Nov 2012 - Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 28 Dis 2012 - Mesyuarat Staf 1/2013, jam 7.45 pagi bersambung ke petang. 29 Dis 2012 - Sesi Pemuafakatan, jam 8.00 pagi di Dewan Gemilang Sekolah 31 Dis 2012 - Pendaftaran Ting 2, 3, 4, 5, dan T6A; jam 7.00 pagi Tuan Pengetua juga menegaskan agar Jawatankuasa Jawatankuasa ( Rujuk Buku Catatan Sekolah ) mesti mesti berfungsi lebih aktif pada tahun 2013 untuk memastikan hala tuju sekolah dapat direalisasikan. Jangan hanya ada pada nama sahaja tetapi tidak bergerak. Menyentuh lebih mendalam MPSH ianya tetap seperti dijadualkan pada 7.45 pagi dan pengisian Taklimat PBS akan diadakan mulai 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi sementara menanti ketibaan tetamu kerhormat YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Bin Awang Nassar hadir pada jam 9.30 pagi untuk pembukaan rasmi majlis. Sepanjang masa MPSH, para guru dimohon memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Protokol dan Jemputan untuk sama-sama menyambut kehadiran para ibubapa dan para jemputan lain serta mengiringi mereka ke tempat duduk yang telah disediakan. Kehadiran pelajar semasa MPSH hanya yang terpilih dan semua pelajar Ting 6 Rendah manakala kehadiran ke Mesyuarat Agung Koperasi sebelah petang ialah wajib untuk pelajar Tingkatan 1 kerana kehadiran ini dijadikan sebagai kelas gantian menggantikan cuti hari raya dan 5 pelajar wakil setiap kelas Ting 2, 3, 4, 5, T6A&R serta wajib kehadiran semua guru. Menyentuh perlaksanaan PBS secara rasmi mulai Jun 2012 yang lepas, beliau berpendapat perlaksanaan ini masih belum terurus sepenuhnya, oleh yang demikian pihak sekolah mesti memberi penerangan mengenai PBS kepada ibubapa pelajar terutama Tingkatan 1. Para guru yang terlibat dengan PBS diingatkan agar memberi perhatian pada tarikh penting untuk key in markah secara atas talian. Seiring dengan itu, sekumpulan guru akan berkursus serentak untuk PBS Ting 2 mulai 5 7 November 2012 nanti. Jamuan Staf Akhir Tahun 2012, Pengetua mencadangkan agar ibu bapa pelajar yang berminat untuk menyertai dijemput melalui surat jemputan. Jamuan akhir tahun ini dibuat kelainan dari seperti biasa kerana semua guru wajib membayar RM 35.00 seorang manakala para guru yang berhasrat untuk membawa pasangan masing-masing hanya perlu membayar RM 60.00 sahaja. Begitu juga dengan ibu bapa yang hendak menyertai Jamuan Akhir Tahun ini dikenakan bayaran yang serupa. Kegiatan Kokurikulum ; Pengetua mengarahkan agar kegiatan ini diberi penekanan lebih serius kerana melalui kegiatan kokurikulum dapat membina disiplin kendiri pelajar yang tinggia disamping semangat berkerjasama. Mulai tahun 2013. kegiatan KK akan dimaksimumkan pengisiannya selaras dengan konsep bermain yang sebenar sesuai dengan proses pembelajaran dan pengajaran berteraskan apa yang pelajar suka hendak buat.

Beliau juga berpendapat, walaupun kegiatan KK untuk Tingkatan 6 diasing daripada kelas lain, tetapi pada ketika tertentu mengikut takwin aktiviti sekolah ia akan digabungkan seperti contoh Hari Sukan Sekolah dan aktiviti aktiviti sekolah yang lain. Terdapat perubahan agihan kelas untuk tahun 2013; Kelas Peralihan akan dipindahkan ke sesi pagi atas rasional untuk memantau serta mengawal disiplin pelajar. Pendaftaran untuk kemasukan Kelas Peralihan dan Tingkatan 1 diawalkan pada 20 November 2012, untuk memudahkan ibubapa pelajar untuk menguruskan perpindahan anak mereka ke sekolah lain. Bagaimanapun, sepertimana persetujuan dalam Mesnyuarat PIBG 3/ 2012 yang lalu, manamana ibu bapa yang memohon untuk memindahkan anak mereka ke sekolah lain dikehendaki untuk membayar yuran PIBG sebanyak RM 20.00 dan yuran ini dianggap sebagai sumbangan kepada PIBG SMKBS dan buku teks tidak akan dibekalkan kepada pelajar yang berpindah ke sekolah lain. Hal-hal lain dari Pengetua: 1. Para guru diingatkan bila menulis surat rasmi, agar menggunakan format yang betul serta sesuaikan gelaran kepada yang dituju. Para guru juga dinasihatkan agar merujuk contohcontoh surat yang terdapat dalam fail. 2. Sebelum bercuti pada 2 Nov 2012, semua guru diarahkan untuk merekod pergerakan guru sepanjang waktu cuti sekolah. Tarikh pergi / balik dan ke mana destinasi guru serta no hp yang boleh dihubungi. Hal ini untuk memudahkan pihak sekolah menghubungi para guru sekiranya perlu. 3. Guru Tingkatan dimohon untuk memanjangkan arahan Pengetua kepada para pelajar tidak untuk mengadakan majlis hari jadi di dalam kelas kerana terdapat kes selepas majlis, kelas ditinggalkan dalam keadaan bersampah dan kotor. 4. Para guru dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan mencetak yang disediakan untuk menyediakan bahan p&p, walau bagaimanapun masih ada segelintir guru tidak menafaatkan kemudahan yang disediakan. 5. Beliau juga mengarahkan sekiranya ada Minit Berangkai diedarkan dan perlu dibaca oleh setiap guru, sebaiknya, sekiranya seseorang guru itu sudah membaca, mohon turunkan tandatangan. 6. Penyediaan Surat Perakuan ( Testimonial ) pelajar terutama Tingkatan 5 dan 6, pastikan perakuan yang ditulis oleh guru tingkatan untuk pelajar berkenaan betul dan sesuai sepertimana penampilan sebenar pelajar itu.

Ucapan PK Hem 23 Oktober 2012 - Pemulangan Buku Teks untuk kelas Ting 1, 2, 3, dan 4 31 Oktober 2012 - Pengedaran Buku Teks untuk Ting 2, dan T4; kecuali untuk pelajar yang akan berpindah 29 Dis 2012 Sesi Pemuafakatan mohon Guru Tingkatan kenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disiplin, kurang bermotivasi, serta kehadiran ke sekolah yang tidak memuaskan, serah senarai nama pelajar tersebut kepada PK Hem untuk tindakan selanjutnya. 31 Dis 2012 - 6.45 pagi : Hari Pendaftaran, semua pelajar wajib hadir dan berhimpun di tapak perhimpunan untuk pemeriksaan kekemasan diri. Sekiranya ada pelajar yang tidak mematuhi peraturan akan diarah balik untuk memastikan kekemasan - 8.00 pagi : Beredar ke kelas masing-masing untuk urusan pendaftaran kecuali pelajar yang belum membayar buku teks yang hilang dan / atau yuran lain-lain Guru Tingkatan juga dikehendaki mengemaskini data pelajar di Pangkalan Data, terutamanya maklumat ibu bapa atau penjaga serta no talipon terkini. 29 Okt 2012 Guru Tingkatan juga dimohon menghantar Fail Peribadi pelajar yang telah disusun mengikut abjab dan kandungan yang lengkap ( kad disiplin, kad kesihatan dll ) serta diikat dengan kemas kepada PK HEM 29 Okt 2012 - Laporan Kes Ponteng untuk bulan November dan Disember dihantar serentak 2 Nov 2012 - GT hantar Laporan Kerosakkan kelas untuk dibaikpulih semasa cuti nanti. 2 Nov 2012 - Buku Rekod Kedatangan pelajar mesti dilengkap dan dikemaskini dan dihantar ke Pejabat Am sebelum jam 9.00 pagi. 2 Nov 2012 GT masuk masa pertama untuk pembersihan kelas dan selepas pembersihan kelas jangan dikunci. Senarai Guru Disiplin yang akan bertugas sepanjang cuti dan semasa peperiksaan sudah diedarkan kepada guru yang terlibat.

File Peribadi untuk pelajar Ting 1 semasa pendaftaran pastikan mengandungi Kad kesihatan, salinan kad pengenalan / sijil lahir, bil api / air untuk bukti alamat kediaman, laporan KK dll.

Ucapan PK 1 15 Oktober 2012 - Mesyuarat Penetapan Subjek untuk semua PK dan KB GT dan GS dinasihatkan agar menyemak skrip jawapan pelajar dalam masa yang ditetapkan, kerana tugasan untuk key-in markah atau analisis keputusan tidak akan dapat dibuat sekiranya 1 atau 2 orang guru gagal menghantar markah kepada GT sepertimana ditetapkan. SPLG mohon semua guru yang telah berkursus supaya sentiasa mengemaskini kehadiran kursus, hal ini penting untuk urusan kenaikan pangkat. GT dan GS juga diminta mengenal pasti prestasi pelajar dalam kelas yang diajar untuk dicadangkan sepenuhnya perlaksanaan Total Streaming menjelang 2013. Tiada hal lain, taklimat merangkap Mesyuarat Akhir Tahun Staf 2012 ditangguhkan pada jam 1.55 petang.

Dicatat oleh,

Disahkan oleh,

PN DAYANG SITI AWA BT AWANG BUNSU PK Tingkatan 6 SMK Bandar Sarikei, Sarikei.

EN MOHAMAD KASIM BIN ARBAIN Pengetua SMK Bandar Sarikei, Sarikei.