You are on page 1of 19

IPG Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

PKP 3118 Asas Mengenal Nombor untuk Guru Pemulihan

Teori Nombor Untuk Murid Sekolah Rendah


Disediakan oleh: Anis Naquiah Bt. Sabri Athirah Bt. Abu Hanipah Choah Mong Wei Chong Tzer Sheng

Teori Nombor ialah salah satu cabang tertua dalam matematik tulin dan memfokus kepada kajian tentang nombor asli.

Aritmetik diajar di sekolah kepada kanak-kanak dan dimulakan dengan mempelajari nombor dan operasi nombor.
Set nombor pertama diperkenalkan kepada kanak-kanak ialah set nombor yang boleh bilang atau nombor asli.

Di dalam matematik,
Kanak-kanak mula mempelajari nombor asli : 1,2,3, ............... dengan empat operasi asas iaitu operasi penambahan,penolakan,pendaraban dan pembahagian.

Kemudian, nombor bulat 0,1,2, .... diperkenalkan, diikuti oleh integer termasuk nombor negatif.

Langkah seterusnya termasuklah nombor nisbah dan nombor bukan nisbah.

Nombor Nyata

Nombor Nisbah

Nombor Bukan Nisbah

Integer

Pecahan
Nombor Genap

Integer Negatif

Sifar

Integer Positif

Nombor Asli Nombor

Asli

Nombor Ganjil

Nombor Bulat

Nombor Perdana

Nombor Gubahan

Suatu nombor nyata merujuk kepada sebarang nombor yang terletak pada garisan nombor .

Nombor nyata mengandungi semua nombor nisbah ( iaitu nombor perpuluhan berulang yang infiniti, nombor positif, negatif dan sifar) bersama dengan satu set nombor dipanggil nombor bukan nisbah.

Contoh:
3 = 3.0000... -3/2= - 0.66666... pi () = 3.141592...

Nombor nisbah ialah integer atau nombor di antara integer

p/q ; p dan q ialah integer, q bukan sifar


Contoh: Pecahan: -1/2, -3/4, 5/11, 7/8 Integer juga adalah nombor nisbah kerana m= m/1

Nombor nisbah boleh ditulis dalam bentuk perpuluhan, iaitu sama ada perpuluhan

1 2 0.5 dan 0.67 2 3

Integer ialah nombor bulat (positif) atau nombor bulat negatif.

N = { -3, -2, -1, 0, 1, 2, 3..}

Nombor bulat ialah nombor asli dan sifar

N = { 0, 1, 2, 3, 4, 5..}

bermula dengan nombor asli

sifar

termasuk

semua

Ialah nombor nyata yang boleh ditulis sebagai nombor perpuluhan yang tak berakhir. {x | x ialah nombor perpuluhan tak berulang dan tak terhad. }
Contoh: pi () 3.14159

Nombor asli ialah nombor membilang / semua nombor boleh bilang bermula dengan 1

N = { 1, 2, 3, 4, 5..}

Nombor perdana ialah nombor yang tidak mempunyai faktor selain daripada 1 dan nombor itu sendiri.

Set Nombor Perdana : { 2, 3, 5, 7, 11, 13,..}

Nombor gubahan ialah nombor asli yang bukan nombor perdana, Nombor ini boleh dibentuk dengan mendarab dua nombor asli (kecuali 1).

Set Nombor Gubahan : { 4, 6, 8, 9,..}

Nombor Genap
Dalam bidang matematik, nombor genap ialah integer yang boleh dibahagi dengan 2. Dibahagi tanpa meninggalkan baki. Bermula daripada 2, 4, 6, 8,

Nombor Ganjil
nombor ganjil ialah integer yang tidak boleh dibahagi dengan 2 nombor yang apabila dibahagi dengan 2 bakinya adalah 1. bermula daripada 1, 3, 5, 7, 9, 11,...

Nombor Nyata