Jadual Kuliah Mingguan

Bil. Minggu 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Tarikh 12/09/2012 13/09/2012

Masa 10.00 - 12.00 ptg 4.00 – 6.00 ptg

Tempat B08-00-02 TS 7A TS 7A TS 7A TS 7A TS 7A

Aktiviti / Proses Pembelajaran dan Pengajaran Penerangan & Pembahagian Tugas Kuliah 1 & 2 Kuliah 2 & 3 Kuliah 3 & 4 Kuliah 5 & 6 Ujian Penilaian MEDSI, Kuliah 7 & Pembentangan Kumpulan 1 & 2 Kuliah 8 & Pembentangan Kumpulan 3, 4 & 5 Kuiz I Individu, Kuliah 9 & Pembentangan Kumpulan 5, 6 & 7 Kuiz II Individu, Kuliah 10 &Pembentangan Kumpulan 8, 9 10 & 11 KELAS BATAL

28/09/2011 4.30 – 7.30 ptg 29/09/2011 05/10/2011 4.30 – 7.30 ptg 06/10/2011 12/10/2011 13/10/2011 19/10/2011 20/10/2011 02/11/2011 03/11/2011 16/11/2011 17/11/2011 23/11/2011 24/11/2011 30/11/2011 01/12/2011 24/03/2011 07/12/2011 08/12/2011 14/12/2011 4.00 – 6.30 ptg 4.00 – 6.30 ptg 4.00 – 7.30 ptg 4.00 – 6.30 ptg 4.00 – 6.30 ptg 4.00 – 6.30 ptg 4.00 – 6.30 ptg 4.00 – 6.30 ptg 4.30 – 7.30 ptg

7. 8.

TS 7A TS 7A

9.

TS 7A

10.

TS 7A

11. 12. 13.

TS 7A TS 7A TS 7A

Kuliah 11 &12, Pembentangan Kumpulan 12, 13, 14 & 15 Kuliah 13 & 14, Pembentangan Kumpulan 16, 17, 18 & 19 Pembentangan Kumpulan 20, 21, 22, 23, 24 Kuliah Akhir

Perincian Kuliah dan Ulasan Minggu 1 Pada kuliah minggu pertama ini, Encik Hassanusi Ahmad Zabidi telah menerangkan tentang rancangan instruksional kursus pengurusan pembelajaran. Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Pelajar akan dikenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepemimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini akan menyediakan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya membolehkan mereka beraksi dalam semua aktiviti pembelajaran. Pengurusan pembelajaran ini meliputi cara untuk mengurus pembelajaran, kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar, organisasi kepimpinan, pengurusan murid, pengurusan bilik darjah, pengurusan sumber, starategi mengurus bilik pembelajaran, pengurusan tingkah laku dan disiplin, pengurusan penasihatan murid, pengurusan murid pelbagai upaya, sekolah dan persekitaran dan pengurusan alam pembelajaran. Encik Hassanusi juga telah memberitahu kami tentang tugasan yang perlu dilaksanakan. Tugasan tersebut ialah    Tugasan kumpulan a ( 20%) - 4 hingga 5 ahli wajib membina modul dan bahan pembelajaran dalam bentuk hard dan soft copy. Tugasan kumpulan b ( 20%) - setiap kumpulan wajib membentangkan modul perbentangan mengikut giliran bermula dari minggu ke enam ) Tugasan individu (20 %) - sediakan portfolio ( portfolio mengandungi nota-nota kuliah dari minggu pertama dan nota bentang dan segala jenis aktiviti yang dijalankan dalam pada waktu kelas.Setiap tugasan wajib dihantar pada minggu ke 12   Kuiz – (20%) Final 40 soalan 40 minit

Kuliah pertama yang dipelajari ialah pengenalan kepada pengurusan pembelajaran. Pengurusan pembelajaran ini merangkumi definisi pengurusan pembelajaran, kepentingan, implikasi terhadap pelajar, guru, sekolah, masyarakat dan negara, faktor mempengaruhi, langkah mengatasi, cabaran, kekangan dan halangan. Di mana guru yang professional haruslah mampu

menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan iaitu pelajar, pedagogi, kurikulum, konten pedagogi, kandungan mata pelajaran, konteks pendidikan di Malaysia, serta tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia. Umumnya, pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Pengurusan pembelajaran ini difokuskan kepada pengurusan sekolah. Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis, pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat, dan pembangunan potensi manusia. Sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa. Oleh itu, pengurusan strategik dalam kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi mewujudkan sekolagh yang berkesan. Matlamat pembelajaran pula dicapai melalui pendidikan. Kuliah dua pula membincangkan pendidikan dalam Islam pula, pendidikan diertikan dalam konsep tarbiah, ta‟dib dan ta‟lim. Tahap pengurusan kurikulum bilik darjah serta prinsip pengajaran dan pembelajaran turut dititikberatkan agar murid lebih bersedia dan dapat menerima pembelajaran.

Refleksi Minggu 1 Aktiviti kuliah Penerangan aktiviti : Pengenalan kursus, kuliah 1 dan kuliah 2 : -Kursus : -KPS 3014 : Pengurusan Pembelajaran -Kuliah 1 : Pengurusan Pembelajaran Hasil Pengajaran dan Pembelajaran:         Menilai faktor-faktor pengurusan pembelajaran yang berkesan. Mengorganisasikan prinsip dan amalan pengurusan yang bersesuaian dalam mengurus pembelajaran Mempertahankan pengurusan pembelajaran yang dilaksanakan Kebolehan membentangkan faktor-faktor pengurusan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang positif Merancang pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan Meningkatkan tahap kesediaan belajar dan boleh menggunakan motivasi yang sesuai Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang seronok Membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru Membimbing pelajar untuk mencari makna, operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya Merancang strategi pembelajaran yang berkesan, menilai dan membuat refleksi tentang pembelajarannya Mempraktikkan dan mengaplikasi pembelajaran selari dengan teori pembelajaran kea rah pengurusan pembelajaran yang efektif Ambit kira perbezaan Individu: Murid mempunyai keupayaan, minat dan bakat berbeza. Perhatian perlu diberi di atas kewujudan uinsur kepelbagaian tersebut. Langkah: beri perhatian, ulang-ulang isi, latih tubi, darjah kesukaran kurikulum perlu diambil kira. Guru perlu peka kepada reaksi pelajar seperti bising, resah, murung, tiada reaksi, lesu dll keran ini mencerminkan reaksi terhadap pengajaran guru Guru perlu sentiasa muhasabah sepanjang proses mengajar dengan kecerdikan akal budinya.

   

Perincian Kuliah dan Ulasan Minggu 2 Prinsip pembelajaran ini membincangkan
Merancang : pengajaran perlu dirancang mengikut fasa dan turutan

 

Set induksi: aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian Penyampaian: Apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian

 

Penutup: mengukuh isi, penilaian, merumus Kepelbagaian teknik: -Memerlukan kreativiti guru. -Mengekalkan tumpuan pelajar -Unsur kepelbagaian -(ambil kira faktor masa, jumlah murid, bahan, kesukaran dll)

Penglibatan pelajar: -Bersifat dua hala, mesra, kondusif, aktif -Semua terlibat/ tiada yang tersisih -Interaksi lebih membina -Ch. Menyoal, beri pandangan, pendapat, masalah, melakun, berhujah,dll

Teori pembelajaran ini merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi pembelajaran. Di mana pendidik dapat memahami tentang cara pelajarnya belajar, iaitu pendidik dapat menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan. Contoh teori ialah teori pembelajaran sosial, teori pemodelan Bandura, teori behavioris, teori humanis, dan teori kognitif.

Teori pembelajaran sosial mempunyai tiga unsur utama melibatkan individu (motivasi intrinsik), persekitaran (rangsangan luaran) dan tingkah laku (tindak balas). Teori pemodelan Bandura pula mempunyai empat unsur utama iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Teori-teori ini dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, pembelajaran teori-teori pembelajaran diperincikan menerusi kenal pasti ciri-ciri teori serta prinsip pelaksanaan dan implikasi teori. Teori pembelajarn Rogers dan Mazhab Humanis turut dijelaskan sepanjang kuliah. Pelajar juga turt didedahkan kepada teori keperluan Maslow yang menjadi asas keperluan manusia. Teori ini dipelajari melalui pengelasan keperluan manusia mengikut keperluan dan kehendak. Pembelajaran sepanjang minggu ni lebih mendedahkan kepada apa itu pengurusan pembelajaran? Mengapa penting? Implikasinya, faktor mempengaruhi, langkah mengatasi, cabaran, kekangan dan halangannya serta sejauhmanakah kefahaman kepada teori-teori pembelajaran membantu ke arah pengurusan pembelajaran yang efektif. Matlamat pengajaran yang agak sukar dicapai menjadi persoalan utama kepada bakal-bakal guru. Sehubungan itu, aspek penyampaian maklumat, penguasaan kemahiran, pembentukan nilai dan sikap, pemikiran secara kritis dan kreatif amat perlu bagi seorang guru dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi Minggu 2 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Kuliah 1 : Kuliah 1 : Pengurusan Pembelajaran Hasil Pengajaran : dan Pembelajaran

            

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah Mengenalpasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran; Mengenalpasti peraturan yang sesuai untuk mengurus bilik darjah Menghuraikan bagaimana mengurus tingkah laku pelajar Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum bagi menentukan aktiviti-aktiviti kokurikulum berjalan lancar Mengenalpasti kaedah dan strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan untuk memajukan dan menambahbaikan sekolah Menjelaskan tiga bahagian kesediaan yang mempengaruhi pelajar untuk belajar Memaksimumkan aktiviti pembelajaran, meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang lebih efisyen.

Aktiviti Mingguan KuliahPerincian Kuliah dan Ulasan Minggu 3 Pengurusan bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru untuk mengkaji latar belakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya. Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurus sebuah bilik darjah, maka dalam mengaplikasi sosiologi dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada struktur sosial di dalam bilik darjah iaitu guru dan pelajar. Tiga bahagian utama iaitu; bahagian pertama, latar belakang pengurusan bilik darjah, konsep sosialisasi, teoriteori sosiologi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan bilik darjah dan bahagianketiga, menghuraikan mengenai aplikasi teori sosiologi dalam menangani isu pengurusan bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialah rumusan. Dalam bahagian pertama, huraian pengajaran dan pembelajaran lebih memfokuskan kepada komuniti di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah, latarbelakang dan peranan setiap anggota komuniti. Dalam konteks ini, subjek yang dikaji terdiri daripada guru danpelajar. Selain itu, teknik-teknik pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru di dalam bilik darjah turut diterangkan. Dalam bahagian kedua pula, tumpuan pembelajaran mengenai teoriteori sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah.Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas dan aplikasi pengunaannyaditerangkan secara mendalam dalam bahagian yang seterusnya. Bahagian ketiga pula, huraian menjurus kepada pengunaan teori sosiologi dalam menangani isu-isu pengurusan bilik darjah. Dalam bahagian ini, pembelajaran juga menumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesananpengurusan bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampir keseluruhan sub topik yangdihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topik dalam bahagian pertama. Bahagian terakhir pula ialah rumusan. Bahagian ini memberi kesimpulan keseluruhan mengenai tajuk dan skop pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ini. Semoga hasil daripada pembelajaran ini akan dapat digunakan oleh para guru dan juga para

pelajar bidang perguruan dalam memahami konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke arah menghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Kuliah kelima pula membincangkan tentang tajuk teori fungsionalisme. Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan dan keharmonian masyarakat. Brinkerhorff dan White (1989:9), merumuskan tiga andaian utama ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Merton (1957) pula melihat kesan struktur sosial kepada dua iaitu fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam sesuatu aktiviti sosial manakala fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari. Oleh itu, jelaslah bahawa persefahaman dalam kalangan masyarakat amat penting bagi mencapai kestabilan masyarakat dan setiap perlakuan anggota masyarakat akan memberikan kesan terhadap struktur sesebuah masyarakat.Teori konflik pula mengutamakan kaedah determinisme di mana ada kuasa yang meramalkan sesuatu. Konflik bukan bermaksud di dalam keadaan yang ganas, tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persaingan dalam institusi agama dan sebagainya. Konflik ialah sesuatu yang semulajadi dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu konflik boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian di dalam sesuatu kelompok sosial. Tiga andaian penting mengenai teori konflik iaitu, konsep dialektik, determinisme, dan aktivisme sosial. Teori konflik yang dipelajari ialah teori konflik Karl Marx dan teori Max Weber. Teori konflik Karl Marx berdasarkan tafsiran-tafsiran sosiologikal terhadap karya-katya Marx. Di mana teori bukanlah semata-mata sebagai satu cara menganalisis struktur masyarakat tetapi lebih kepada cara bagaimana sesuatu reformasi sosial berlaku dalam masyarakat. Weber pula menghujahkan bahawa perubahan sosial masyarakat bukanlah hanya disebabkan oleh faktor konflik kelas sosial yang berpunca daripada faktor ekonomi semata-mata tetapi turut berpunca daripada pelbagai faktor. Weber menyatakan konflik dan perjuangan yang berlaku dalam masyarakat bukan disebabkan faktor ekonomi semata-mata tetapi disebabkan memperjuangkan hak masing-masing supaya dipandang tinggi oleh masyarakat. Jika Weber terkenal dengan menganalisis kelas,status, dan kuasa, tokoh sosialogis Islam iaitu Ibnu Khaldun juga mengkaji faktor-faktor sosial, ekonomi dan politik. Sosialogi Islam menyedari bahawa konflik dalam masyarakat sukar dielakkan dalam proses berinteraksi antara satu sama lain. Apa yang menyebabkan konflik ialah

niat sosial manusia untuk mencapai hasratnya yang mungkin tidak sama dengan kehendak pihak lain.

Refleksi Minggu 3 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pengajaran dan pembelajaran kuliah 4 dan 5 : Kuliah 4: Sosiologi Pendidikan Kuliah 5: -Teori Fungsionalisme, teori konflik -Konsep dialektik, determinisme dan aktivisme sosial -Tokoh sosialogis Islam dan pandangan sosialiogis Islam Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :  Mengaitkan kursus dengan bidang sosiologi  Menjelaskan definisi sosiologi sebagai sains moden  Membincangkan konsep pengurusan daripadaperspektif interaksi  Mengorganisasikan kepentingan pengurusan dalam pembelajaran  Menghayati sosiologi sebagai asas kepada ilmu pengurusan pembelajaran  Merumuskan tiga andaian utama dala teori fungsionalisme  Mengandaikan masyarakat seperti anggota tubuh manusia yang mempunyai fungsifungsinya tersendiri  Menyatakan struktur-struktur sosial dalam masyarakat yang akan menetukan kelancaran dan keharmonian masyarakat  Menumpukan pada fungsi perlakuan sosial dan atau institusi dalam memberi sumbangan kepada masyarakat  Dapat merumuskan bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan kepada peraturan dan perubahan semasa  Menjadikan sekolah sebagai agen sosialisasi yang paling berpengaruh dalam sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia

Perincian Kuliah dan Ulasan Minggu 4 Umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif dan menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada pelajar untuk proses pembelajaran. Implikasi teori ialah dapat merangsang ingatan pelajar di mana dalam pembelajaran kognitif, ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid bagi membantu proses pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran kognitif boleh merangsang semula ingatan pelajar. Teori pembelajaran sosial pula merupakan perluasan daripada teori belajar perilaku yang tradisional (behavioristik). Teori ini dikembangkan oleh Albert Bandura (1986). Teori ini menerima sebahagian besar daripada prinsip-prinsip teori-teori pelajar perilaku, tetapi memberi lebih banyak penekanan dari isyarat. Teori ini menggunakan penjelasan-penjelasan reinforcement eksternal dan pembelajaran kognitif. Internal untuk memahami bagaimana kita belajar dari orang lain. Dalam pandangan belajar sosial, manusia itu tidak didorong. Hal ini menekankan bahawa lingkungan-lingkungan itu kerap kali dipilih dan diubah oleh orang itu melalui perilakunya sendiri. Menurut Bandura: (Kardi, S, 1997), “sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orang lain. Inti daripada teori pembelajaran sosial ialah pemodelan (modelling) dan ini merupakan salah satu langkah yang paling penting dalam pembelajaran berpadu. Pengamatan (observational learning) pula terjadi melalui persekitaran yang dialami orang lain atau vicarious conditioning. Konsep dan definisi pengurusan bilik darjah turut diperincikan menurut Weber (1999) dan Moore (2001). Kuasa yang ada pada guru ialah legitimate power, expert power, reward power, coercive power dan referent power. Gaya kepimpinan pula terbahagi kepada tiga iaitu authoritarian, democratic dan laissezfaire. Di samping itu, wujud masalah dalam bilik darjah seperti masalah motivasi, pengajaran, prosedur dan gangguan. Oleh itu, pengurusan pencegahan perlu bagi mengatasi semua masalah tersebut.

Pengurusan tingkah laku pula bertujuan menangani salah laku pelajar dengan menghentikan salah laku. Guru menghentikan salah laku dengan renungan dan ada kalanya salah laku boleh dibarkan sahaja. Salah laku yang tidak begitu serius, dihentikan segera sama ada dengan perkataan atau perbuatan atau kedua-duanya sekali. Selain itu, seorang guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam bilik darjah supaya dapat meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran, membantu guru mengubah amalan mengajar, mengumpul data dengan sistematik bagi mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Hal ini kerana data yang dianalisis memberi gambaran jelas kepada guru tentang aspek yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Profesor Othman bin Lebar, melalui kajian tindakan, guru akan dapat melihat bahawa kerja mengajar bukan sesuatu yang rutin kerana setiap strategi yang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan konteks. Guru akan dapat melihat strategi mana yang sesuai digunakan dalam situasi dan keadaan yang bagaimana. Kajian tindakan yang dijalankan boleh menyumbang kepada perkembangan kendiri, menambah baik amalan profesional, meningkatkan keberkesanan institusi dan memberi sumbangan kepada kebaikan masyarakat. Model penyeliaan klinikal pula melibatkan pra-persidangan dengan guru, pemerhatian bilik darjah, menganalisa dan mentafsir pemerhatian serta menentukan pendekatan persidangan dan pasca-persidangan dengan guru. Model lain ialah pemerhatian generik, pemerhatian terbuka berkecuali, kritikan pendidikan dan pola soalan beserta respon. Penyeliaan ini melibatkan penyeliaan sebelum, semasa pelajaran dan selepas pembelajaran.

Refleksi Minggu 4 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Kuliah 6 dan kuiz individu : -Kuliah 6 : Kajian tindakan di dalam bilik darjah (kajian dan penyelidikan) -Kuiz individu : 15 soalan setiap orang (berdasarkan pengajaran dan pembelajaran kuliah) Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :   Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu guru mengubah amalan mengajar Melalui pemerhatian pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, guru mengumpul data dengan sistematik bagi mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan di mana data yang dianalisis memberi gambaran jelas kepada guru tentang aspek yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat perancangan untuk sebarang tindakan Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru sekaligus meningkatkan prestasi pencapaian murid Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek Membantu pelajar mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri Menekankan keperluan guru memahami situasi sosial sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran sebenar dengan tujuan memperbaiki amalan gurU

 

     

Refleksi Minggu 5 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan : Kumpulan 1 dan 2 : Kumpulan 1: Sosiologi dan pembelajaran Kumpulan 2 : Interaksi dan pembelajaran Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :  Mempelajari seluruh aspek pendidikan, baik dari segi struktut, dinamika, masalahmasalah pendidikan mahupun aspek-aspek lain secara mendalam melalui analisis atau pendekatan sosiologis Menganalisis proses sosialisasi pelajar Menganalisis perkembangan dan kemajuan sosial Menganalisis status pendidikan dalam masyarakat Menganalisis penyertaan individu berpendidikan dalam kegiatan sosial Menentukan tujuan pendidikan Memberi para pendidik latihan efektif dalam sosiologi supaya dapat menyelesaikan masalah pendidikan Merungkai masalah pendidikan yang fundamental Menyediakan bahan yang baik dan mudah difahami, pengurusan pembelajaran dan bilik darjah yang sistematik Menjalinkan bentuk-bentuk interaksi yang bersesuaian dengan konsep-konsep yang dikemukakan dalam teori asas pembelajaran Mewujudkan interaksi yang baik antara guru dan pelajar Membolehkan guru memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah

          

Refleksi Minggu 6 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan : kumpulan 3 dan 4

: Kumpulan 3 : Kajian pengurusan dan pembelajaran melalui perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran Kumpulan 4 : Gaya kepimpinan dan organisasi sekolah yang berkesan Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :               Mengenal pasti tentang sesuatu yang boleh memberikan kefahaman melalui proses mempelajari dan pengajaran yang berlaku sama ada secara formal atau tidak formal Menguasai sesuatu topik atau ilmu yang diajarkan serta dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi serta kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan ilmu tersebut Menghasilkan sesuatu yang atau memberikan idea-idea yang berkaitan dalam usaha penambahbaikan tentang ilmu yang dipelajari Menghubungkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dapat menjadikan pelajar berfikir dengan kreatif dan kritis Membentuk keperibadian pelajar-pelajar untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara Melatih pelajar-pelajar menerima dan mematuhi undang-undang, peraturan-peraturan, kawalan-kawalan dan arahan secara insaf dan bertanggungjawab. Melahirkan suasana disiplin sekolah yang sempurna untuk melicin dan menjamin kejayaan pelajaran dan pendidikan Membentuk dan melahirkan akhlak yang mulia dalam kalangan pelajar dalam hubungan mereka dengan sekolah dan masyarakat Menyesuaikan gaya kepimpinan mengikut keadaan atau keperluan yang wujud. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar Membuat persediaan mengajar seperti menyediakan alat bantuan mengajar. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar Menzahirkan wawasan pendidikan negara di mana segenap pihak yang memikul tugas dan tanggungjawab perlu menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhl

Perincian Kuliah dan Ulasan Minggu 7 Pelajar adalah aset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiapguru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik. Terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arahpembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalamcara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Apabila seorang gurumenggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan terhadap pelajarnya,secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebihdinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentudapat diterap dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yangberkesan kepada pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “GuruPenyayang” yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkandengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akanmempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada pelajarnyaterlaksana. Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satuaspek penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukanpenghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnyamenggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang denganmenghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan apabila merekamempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat prosespengajaran suratpengiktirafan dan atau pembelajaran sebatang kurang menyerlah. tanda Sekeping penghargaan kertas sudah berbentuk mampu

pen

sebagai

untukmenunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi anak didik mereka.

Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan mewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniah pelajardengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segala tingkah-lakunegatif. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada menggunakan pendekatan yangbertentangan dengan norma kemanusiaan yang boleh menggalakkan pelajar untuktidak menghargai pertumbuhan pengetahuan dan kemahiran diri. Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukannilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru. Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari kalangan pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru dan rakan sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang. Hal ini dapatmemberi peluang yang terbaik kepada pelajar untuk mengembangkan potensi dirimereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng danpermasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yangberkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjahbukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelastersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang ditunjukkanoleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”. Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang gurutidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesansekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilikdarjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapiseharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segalapermasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajaryang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnyamenjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran dalam bilik darjah. Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan perananpenting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan puncapermasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi „pak turut‟ semata-mata.Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebihdahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahantersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan

banyakberinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakandirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah-lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perluditerapkan dengan cara yang berhemah yang boleh menampakkan bahawaketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi sebagai pengajaran sekiranyapelajar berkenaan perlu diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yangmenggambarkan bahawa guru menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu.Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudiandiikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosananpelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan perkaraperkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi di samping jenaka „sense humor‟ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dantidak membosankan. Menurut Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah sebagai okestra kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam meikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul. Menurut Hall (2000) pula mendefinisikan sebagai pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan yang melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan mengurus kerja murid. Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

Seorang guru perlu menguasai pengurusan bilik darjah dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Pengurusan bilik darjah asas meliputi cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar, penyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungan dua hala yang mesra dan pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar. Menurut Edmund dan Caaroly (2009) dalam „Classroom Management For Middle & High School Teacher, terdapat lima cara pengurusan bilik darjah yang baik iaitu menggunakan penyusunan bilik darjah yang tetap dengan matlamat instruksional. Penyusunan yang dilakukan hendaklah bersesuai dengan aktiviti instruktsional yang hendak dilakukan. Contohnya, jika aktiviti berkehendakkan guru menyampaikan ilmu secara kuliah, demonstrasi dan

pembentangan, penyusunan yang dilakukan hendaklah membolehkan mereka melihat kawasan utama dan memerlukan kawasan simpanan peralatan bantu mengajar yang berdekatan. Jika aktiviti yang dilakukan dalam kumpulan kecil, susunan tempat duduk pelajar perlu diubah semula supaya keadaan selesa dan senyap dapat diwujudkan walaupun perbincangan dilaksanakan. Selain itu, cara pengurusan bilik darjah yang seterusnya ialah memastikan trafik kawasan tumpuan lancar. Kawasan tumpuan bertrafik tinggi yang dimaksudkan adalah kawasan yang menjadi pusat tumpuan pembelajaran dilaksanakan serta menjadi tumpuan untuk pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Contohnya, kawasan kerja berkumpulan, kawasan keluar masuk, ruang sumber maklumat dan sumber bahan, meja pelajar dan meja guru. Kawasankawasan ini hendaklah sentiasa dipastikan terpisah dan mudah untuk dimasuki (access the area). Penyusunan bilik darjah yang baik adalah berasaskan kepada kefahaman kepada tingkah laku yang dijangka daripada pelajar. Perancangan sistem peraturan dan prosedur yang teliti akan memudahkan komunikasi seorang guru dengan pelajarnya. Pengawasan pelajar pula merupakan salah satu tugasan mengurus yang besar. Jika guru sukar melihat muridnya, ia akan memberi kesusahan sekiranya pelajar tersebut memerlukan bantuan atau mengelakkan diri dari tugasan yang diberikan serta membuat gangguan. Alat mengajar dengan terancang dan sumber murid juga tersedia untuk digunakan. Bahan atau alat mudah digunakan serta penyimpanan yang efektif memberi kelancaran pada perjalanan aktiviti

dan berakhir dengan jayanya. Hal ini dapat meminimumkan penggunaan masa untuk penyediaan dan penyimpanan semula barangan. Pelajar mudah melihat setiap proses pembentangan dan penayangan. Setiap penyusunan hendaklah memastikan semua pelajar dapat memerhati layar putih atau papan hitam tanpa perlu mengubah kedudukan meja, kerusi mahupun berpaling. Jika keadaan ini berlaku, ia mendorong pelajar untuk tidak memberi perhatian serta menyusahkan pelajar mengambil nota dan menyalin maklumat. Penyusunan bilik darjah yang baik adalah berasaskan kepada kefahaman kepada tingkah laku yang dijangka daripada pelajar. Perancangan sistem peraturan dan prosedur yang teliti akan memudahkan komunikasi seorang guru dengan pelajarnya. Refleksi Minggu 7 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan : Kumpulan 5: Pengurusan Murid Kumpulan 6: Pengurusan bilik darjah Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :               Guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk pelajar sebagai modal insan yang berguna. Pelajar perlu mempunyai inisiatif bagi memajukan diri. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran Merancang, mengurus, dan melaksanakan pendidikan khas bermasalah pembelajaran Memperoleh pengetahuan terkini dari segi idea, konsep, dan pengurusan Menentukan keperluan peralatan dan penggunaannya Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah Mengenal pasti ilmu mengurus bilik darjah Menganalisis kemahiran mengurus bilik darjah Mengenal pasti strategi yang sesuai untuk mencapai suasana bilik darjah yang diingini Merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem Membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah Menghasilkan bilik darjah yang harmonis, kondusif dan perlaksanan pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif Menguruskan hal bilik darjah adalah penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seiring dengan matlamat dan isi pembelajaran yang ingin disampaikan

Perincian Kuliah dan Ulasan Minggu 8 Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalammelaksanakan sesuatu pengajaran.Seseorang guru itu perlu tahu caramenyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, menguruspergerakan pelajar didalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelassupaya pengajaran dapat bejalan dengan lancer. Ada guru yang menekankanpenyediaan bilik darjah yang selesa untuk belajar serta mewujudkan hubungandua hala yang mesra. Kajian Kounin (1970) terhadap pengurusan bilik darjah menunjukkanterdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepadastrategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif. Kedua-dua strategi mengambil pendekatan bersifat mengelakkan sesuatu kejadian yangtidak diingini daripada berlaku dan tidak semata-mata mengenakan hukumankepada pelajar.Didapati kebanyakan pengurus bilik darjah yang berkesan adalahmereka yang mengamalkan strategi preventif.Banyak lagi aspek pengurusan bilikdarjah yang perlu diterokai oleh guru untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan. Menurut Levin dan Nolan (2004) pula, memberi tumpuan aspekkeberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapatbahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yangmempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untukmemudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajarandan pembelajaran. Secara ringkasnya, matlamat dalam memberi arahanmerupakan kaedah yang terus membantu dalam pencapaian akademik pelajar.Dalam pengurusan pula, bertujuan untuk memupuk dan memelihara tingkah lakupelajar yang menerapkan arahan yang efektif dan efisien. Aspek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku pelajar amat penting bagiguru dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.Guru perlu memahami konsep pengurusan bilik darjah, faktor yang mendorong wujudnya masalah disiplin dan cara menangani masalah yang timbul bagi memudahkan tugas seorang guru apabila masuk ke bilik darjah.

Refleksi Minggu 8 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti :Pembentangan tugasan berkumpulan : Kumpulan 7: Pengurusan sumber Kumpulan 8: Isu-isu interaksi dalam bilik darjah Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :              Mengetahui definisi pembelajaran berasaskan sumber Mencapai subjek dan objektif literasi maklumat melalui pendedahan dan aktiviti yang melibatkan maklumat dari banyak sumber. Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum. Mengetahui perkhidmatan di pusat sumber berfungsi sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan sebagai proses pembelajaran. Memilih dan menilai bahan sebelum digunakan Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum Menggalakkan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat Mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri Mengetahui penyediaan terkini teknologi pendidikan Berupaya mendapat dan menggunakan maklumat Mempraktikkan kemahiran akses sumber pembelajaran Membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri dan mempelbagaikan daya pembelajaran mereka Mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu Menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham Menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan dalam kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

Refleksi Minggu 9 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan : Kumpulan 9 : Pengurusan tingkah laku dan disiplin Kumpulam 10: Pengurusan penasihatan murid Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :  Membezakan tingkah laku yang ditakrifkan sebagai yang bermasalah atau yang bukan bermasalah. Jika bermasalah tingkah laku atau disiplin tersebut mempunyai darjat keseriusan yang tidak kurang penting juga kita ketahui puncanya, kesan atau implikasi tingkah laku bermasalah tidak kira di sekolah ataupun luar agar kita lebih memahami pelajar yang menimbulkan masalah disiplin. Bertindak mengawasi bilik darjah agar tidak bertambah lagi teruk sehingga mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Jika berat kesalahan seseorang pelajar, harus dikenakan tindakan yang sepatutnya Menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang/ peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka ataupun tidak. Mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan Merangka atau membuat peraturan-peraturan sekolah. Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan guru besar di dalam hal disiplin muridmurid. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh guru besar Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa/ penjaga di dalam masalah disiplin Menyelia dan memastikan keselamatan dan mengambil langkah yang proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar munasabah Guru yang cemerlang, perlu juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. Pelajar ini dianggap masih boleh mendengar nasihat yang diberikan oleh guru dalam bentuk memberi peringatan atau teguran agar tidak mengulangi kesalahannya Pelajar memerlukan nasihat bukan sahaja di dalam pelajarannya, tetapi juga dalam aspek kehidupan agar mereka boleh menghadapi cabaran yang mungkin menjadi penghalang & menjejaskan prestasi akademik mereka Bimbingan dan penasihatan dikenalpasti sebagai satu strategi untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh dan antara tujuan yang utama adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta memotivasikan pelajar.

            

Refleksi Minggu 10 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan : Kumpulan 11 : Pengurusan murid pelbagai upaya Kumpulan 12: Pengurusan pelbagai budaya Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :    Memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar Menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah Membentuk pelajar melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang indentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya Menyeimbangkan tahap kecerdasan pelajar-pelajar lemah agar mereka dapat bersaing dengan rakan-rakan pelajar yang lain Berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarny yang datang dari pelbagai sudut dan aspek Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya Mempunyai stail pengajaran yg bitara utk mengendalikan pelajar yang terdiri drpd pelbagai budaya Membuat kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik Mewujudkan perpaduan dlm klgn murid yg berbagai bangsa dan latar belakang Memupuk semangat integrasi antara pelajar drpd pelbagai aliran Melahirkan generasi yg mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yg tinggi demi mewujudkan sebuah negara yg bersatu padu Menggalakkan interaksi yg maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

         

Perincian Kuliah dan Ulasan Minggu 11 Persediaan guru ke alam persekolahan dapat dilihat daripada persediaan sebelum menjadi guru. Di mana guru perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah, mengetahui kaedah yang terbaik dalam proses pembelajaran, mempunyai sahsiah yang baik, celik IT, dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya serta pengetahuan am yang lain. Sebelum masuk ke dalam kelas guru perlulah melakukan persediaan seperti menyediakan rancangan pengajaran sebelum masuk ke kelas dan menyediakan buku rekod mengajar.

Refleksi Minggu 11 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan

: Kumpulan 13: Sekolah dan persekitaran Kumpulan 14 : Persediaan guru ke alam persekolahan Kumpulan 15 : Sekolah dan persekitaran Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :  Mengetahui cabaran persekitaran sekolah dalam pembelajaran yang kondusif untuk remaja  Mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar  Mengambil kira aspek-aspek persekitaran yang tertentu  Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran  Mevariasikan kaedah pengajaran  Merancang variasi penyampaian  Memastikan keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai persekitaran sekolah yang berkesan  Menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan berkait rapat dengan iklim sekolah  Menyusun, merancang, memperbaiki, memperkukuh dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini  Menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah  Mengetahui kaedah terbaik dalam proses pembelajaran  Memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu yang telah diajar  Membina matlamat yang jelas,keyakinan diri yang tinggi, falsafah kejayaan hidup, pelan tindakan yang mantap dan memfokuskan tindakan dan tenaga sebagai seorang guru  Mempunyai kemahiran mengajar yang tinggi  Mahir dalam teknologi  Mempelbagaikan kaedah mengajar dan mahir dalam pengurusan bilik darjah  Mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran  Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai  Dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan

Refleksi Minggu 12 Aktiviti Kuliah Penerangan Aktiviti : Pembentangan tugasan berkumpulan

: Kumpulan 16: Pengurusan murid Kumpulan 17: Pengurusan murid pelbagai upaya Kumpulan 18: Kepimpinan guru di peringkat sekolah Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :  Mengenalpasti pelaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi  Mewujudkan perasaan yakin dan percaya terhadap diri sendiri  Menerangkan kuasa dorongan(motivasi) pelajar remaja dan kebangkitan pelajar untuk belajar  Menerangkan hubungan motivasi remaja dan pembelajaran  Mengenal pasti seorang model yang berkemahiran untuk dijadikan contoh agar pelajar terus maju dalam pencapaian matlamat  Memuji sekirannya pelajar telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Sekirannya, pelajar telah gagal mencapai hasrat maka guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan supaya terus berusaha  Mendorong pelajar mencapai matlamat dan hasil pembelajaranyang ditetapkan oleh guru  Mengelakkan tingkahlaku negatif yang boleh menghalang kelicinan proses P&P seperti mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah  Menghuraikan kepentingan ilmu kecerdasan pelbagai dalam membantu guru mengenali bakat pelajar remaja  Menerangkan kecerdasan emosi dan pembelajaran remaja yang efektif  Membincangkan sumbangan kecerdasan pelbagai dalam menyelesaikan masalah pembelajaran remaja  Menjelaskan tiga bahagian kesediaan yang mempengaruhi pelajar untuk belajar  Menerangkan kategori pelajar yang berkeperluan khas  Menceritakan punca masalah kesihatan mental pelajar serta cabaran guru dalam menangani masalah kesihatan mental remaja pada masa kini  Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pelajar dalam konteks pengurusan pembelajaran  Meningkatkan kemahiran memimpin, bersiap sedia dengan segala ilmu kepengetuaan dengan situasi semasa  Mempunyai nilai dan etika di dalam organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi  Menegaskan bahawa sokongan dan kerjasama para pemimpin kurikulum dan kokurikulum yang terlibat dalam perlaksanaan organisasi sekolah adalah amat penting

Refleksi Minggu 13 Aktiviti Kuliah Penerangan Kuliah : Pembentangan tugasan berkumpulan : Kumpulan 19: Strategi mengurus bilik pembelajaran Kumpulan 20: Fungsi dan konflik dalam pembelajaran Kumpulan 21: Organisasi dan kepimpinan Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :               Merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan Menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran suasana bilik darjah mungkin menjadi „kawan‟ atau „lawan‟ dalam pembelajaran Mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas, bersih dan teratur Menyesuaikan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran digalakkan Mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani Memotivasi, menggerakkan murid-murid berfikir dan mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murid Menukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini Mencapai objektif rancangan pengajaran guru Menggunakan teknik sosiometri (kelebihan dan kelemahan) Mengenal pasti perhubungan individu dengan pelajar lain Menentukan sama ada individu diterima oleh kumpulannya atau tidak Memperoleh sesuatu kefahaman atau konsep dan mengubah serta mengabaikan kefahaman atau konsep tertentu yang telah dipelajari itu Mencapai salah satu matlamat persekolahan, pengetahuan yang diperoleh menerusi proses pembelajaran itu kemudiannya diuji dan dinilai dalam bentuk peperiksaan yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut perbezaan potensi individu serta menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan daan sebagainya Menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi

Refleksi Minggu 14 Aktiviti Kuliah Penerangan Kuliah :Pembentangan tugasan berkumpulan dan kuliah akhir : Kumpulan 22: Pengurusan devian dan salah laku peraturan dan pekeliling Kumpulan 23: Kajian pengurusan dan pembelajaran pelajar Kuliah akhir : penilaian akhir kursus, rumusan sesi pengajaran dan pembelajaran dan tips peperiksaan akhir Hasil Pengajaran dan Pembelajaran :  Kepentingan pengurusan tingkah laku dapat menyediakan persekitaran yang selamat  Mendorong pembelajaran pelajar dan mengelakkan gangguan  Memudahkan organisasi bilik darjah iaitu masa pembelajaran menjadi lebih efisien bagi mata pelajaran akademik  Melatih pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patut kepada tatatertib  Menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang/ peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau tidak  Peka, berinovatif dan bertenang ketika menjatuhkan hukuman atau dendaan  Sebelum hukuman dijalankan, guru perlu memahami terlebih dahulu latar belakang sosial dan budaya murid, guru boleh berbincang bersama ibu bapa dan mencari jalan penyelesaian  Memahami peranan guru bahawa tiap-tiap mereka bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah kerana semua guru berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid  Mengetahui keupayaan guru mengawal tingkah laku dan salah laku pelajar  Mengenalpasti amalan pengurusan guru di dalam kelas, pengurusan kokurikulum dan kaedah dan strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah untuk penambahbaikkan sekolah  Menekankan budaya kerja bermatlamat dan berfokus  Memerlukan teori dan pendekatan pengurusan pendidikan terkini serta peka dengan keadaan setempat  Mempunyai warga sekolah yang yang berkongsi visi dan misi, sepakat, adil, mesra, saling hormat-menghormati terhadap diri dan warga sekolah  memastikan pengurusan pentadbiran sekolah lebih dinamik dan sempurna di mana pengurusan dan pembelajaran pelajar juga dapat ditekankan melalui proses pengajaran di dalam kelas yang melibatkan komunikasi antara guru dengan pelajar

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful