You are on page 1of 10

KERTAS PERCUBAAN PMR Portal Pendidikan Utusan BAHASA MELAYU (SET 1) KERTAS 2 MASA : DUA JAM 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. 2. Bahagian A terdiri daripada Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki menjawab kedua-dua bahagian tersebut. 3. Bahagian B tidak mempunyai pilihan. 4. Bahagian C mempunyai lima pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. 5. Bahagian D juga tidak mempunyai pilihan. Bahagian A (i) [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan remaja dalam menghayati kemerdekaan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah kata. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Setiap tahun, sambutan kemerdekaan diadakan meriah supaya warganegara Malaysia mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan dan meningkatkan rasa cinta akan negara. Remaja negara ini seharusnya bersyukur kerana lahir dalam suasana pascamerdeka yang serba aman makmur. Namun, di sebalik kemakmuran dan kejayaan yang dicapai, para remaja harus menyedari kepentingan menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar agar kemerdekaan negara dijaga dan dihormati. Dalam usaha menyambut kemerdekaan, remaja juga seharusnya merenung dan menghayati hakikat kemerdekaan itu sendiri. Kemerdekaan bukan sahaja bermaksud merdeka daripada penjajahan kuasa asing malahan bermakna bebas daripada penjajahan pemikiran. Era globalisasi kini banyak memberikan pendedahan kepada golongan remaja terhadap kepelbagaian budaya dan idealisme. Pengaruh media massa yang amat kuat menyebabkan sesetengah daripada golongan remaja memandang tinggi terhadap segala yang datang dari Barat itu. Sungguhpun dunia Barat amat maju dalam pelbagai bidang namun kemodenan mereka ada kepincangannya. Kemodenan dan kesenangan yang dimiliki tiada maknanya andai anak- anak semakin tidak menghormati ibu bapa, pelajar tidak menghormati guru, atau ajaran agama ditinggalkan. Hal ini merupakan satu pengajaran buat kita dalam usaha kita untuk mencapai kemajuan. Kita masih boleh maju, namun remaja perlu mempunyai acuan tersendiri untuk maju tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang kita miliki. Seandainya kita masih berpegang dengan pendirian bahawa segala yang datang dari Barat itu adalah
Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

baik, bermakna kita belum merdeka sepenuhnya. Dalam erti kata lain, Barat tidak salah, tetapi kita harus berwaspada terhadap proses pembaratan. Dalam menikmati kebebasan, para remaja seharusnya tidak lalai dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan. Remaja seharusnya sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk memajukan diri dan negara. Apabila negara membangun dalam keseimbangan, negara akan lebih disegani dan dihormati oleh negara lain. Sekiranya ini tidak menjadi asas pegangan, maka negara akan jauh ketinggalan daripada aspek pembangunan fizikal dan rohaniah. Sememangnya setiap sambutan ulang tahun kemerdekaan itu menyediakan peluang untuk remaja bergembira atau bersuka ria. Namun remaja harus bijak memilih agar tidak terjebak dengan acara-acara yang mungkin membawa remaja ke arah mendekati perkara negatif. Apa yang menyedihkan, kita sering mendengar kisah remaja yang terlibat dengan gejala negatif pada malam sambutan kemerdekaan, seperti meminum arak, penyalahgunaan dadah, kegiatan lumba haram dan pergaulan bebas.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Menghormati Kemerdekaan Negara, oleh Mohd Farid Md. Alias, dalam Utusan Malaysia, 23 Ogos 2007.)

Bahagian A (ii) Pemahaman Berdasarkan petikan bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Apakah maksud acuan tersendiri untuk maju? [2 Markah] 2. Berdasarkan petikan, apakah maksud kemerdekaan yang sebenar? [4 Markah] 3. Jelaskan dua aktiviti bermanfaat yang boleh diadakan dalam sambutan Bulan Kemerdekaan. [4 Markah]

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 25 minit] [20 markah]

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada masalah yang berlaku sebagai akibat penebangan hutan.. Berikan pendapat anda tentang kesan-kesan penebangan hutan yang tidak terkawal. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kepupusan haiwan liar Hutan semakin kurang

PENEBANGAN HUTAN

Tanah runtuh

Banjir kilat

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 45 minit] [40 markah]

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

(a)

Pencapaian rakan anda dalam pelajaran kurang memuaskan. Sebagai rakan yang prihatin, anda ingin membantu rakan anda. Cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah rakan anda itu. Sekolah anda telah mengadakan gotong-royong. Beberapa masalah telah timbul semasa gotong-royong tersebut dijalankan. Jelaskan masalah tersebut dan cara mengatasinya. Andaikan anda wartawan sebuah majalah, anda telah ditugaskan untuk menemu bual seorang usahawan tani yang telah menerima anugerah Usahawan Jaya. Tulis teks wawancara tersebut. Semangat kejiranan semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan? Sekolah anda akan mengadakan satu majlis perpisahan bagi meraikan seorang guru yang akan bersara. Anda sebagai ketua pelajar diminta untuk menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Tulis ucapan tersebut selengkapnya.

(b)

(c)

(d)

(e)

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Bahagian D [Masa yang dicadangkan: 10 minit] [10 markah]

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1 dan dua persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 3. SENARAI NOVEL TINGKATAN 1 Meniti Kaca Raja Sabarudin Raja Abdullah Anak Din Biola Maaruf Mahmud Limpahan Darah di Sungai Semur, Zakaria Salleh Aku Anak Timur Siti Aminah Haji Yusuf SENARAI NOVEL TINGKATAN 3 Panas Salju Talib Samad Ekspedisi Mohd Ghazali Tocheh Kanang: Cerita Seorang Pahlawan Maznan Nordin Merdeka! Merdeka! A. Rahman Hanafiah

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Jawapan Bahagian A (i) 1. Bersyukur kerana lahir dalam suasana pascamerdeka yang serba aman makmur. 2. Menyedari kepentingan menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar agar kemerdekaan negara dijaga dan dihormati. 3. Merenung dan menghayati hakikat kemerdekaan itu sendiri. 4. Mempunyai acuan tersendiri untuk maju tanpa mengabaikan nilai-nilai murni yang kita miliki. 5. Tidak lalai dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan. 6. Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk memajukan diri dan negara 7. Harus bijak memilih agar tidak terjebak dengan acara-acara yang mungkin membawa remaja ke arah mendekati perkara negatif Bahagian B (ii) 1. ...melangkah ke hadapan tanpa terikut-ikut dengan budaya asing 2. ... kemerdekaan bukan sahaja bermaksud merdeka daripada penjajahan kuasa asing tetapi bebas daripada penjajahan pemikiran ... kita masih belum merdeka sepenuhnya jika masih beranggapan segala yang datang dari Barat itu adalah baik 3. ... pameran buku-buku tentang tokoh kemerdekaan dapat mengetahui sumbangan tokoh kemerdekaan ... pertandingan mendeklamasikan sajak patriotik menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar Bahagian B Pendahuluan - penebangan hutan dilakukan sewenang-wenang tanpa kawalan tindakan ini membawa kesan yang negatif Isi-isi - kawasan hutan semakin kurang oksigen yang dibekalkan oleh hutan akan berkurangan menjejaskan kuliti hidup - kepupusan haiwan liar habitat haiwan terganggu kerana kemusnahan hutan generasi akan datang mungkin tidak mengenali beberapa jenis haiwan liar - tanah runtuh berlaku kerana hakisan berlaku membahayakan manusia - banjir kilat berlaku kerana air hujan mengalir dengan deras tanpa sekatan hutan tidak lagi dapat menyerap air hujan Penutup - pembalakan perlu dijalankan secara terkawal

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Bahagian C (a) Format: Tiada Pendahuluan - pencapaian rakan dalam pelajaran kurang memuaskan mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil Isi-isi - membuat jadual waktu dapat mengulang kaji pelajaran dengan sistematik - membuat nota ringkas dan peta minda mudah mengingati isi pelajaran - berbincang dengan rakan-rakan dapat bertukar-tukar pandangan - rajin bertanya kepada guru memahami sesuatu yang diajar dengan lebih berkesan Penutup - berusaha bersungguh-sungguh tidak lupa berdoa kepada Tuhan (b) Format: Tiada Pendahuluan - Gotong-royong diadakan untuk membersihkan kawasan sekolah timbul beberapa masalah yang perlu diatasi Isi-isi - ada kawasan sekolah yang tidak dibersihkan menyediakan pelan kawasan gotong-royong - kekurangan peralatan menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk meminjam alat dan mendapatkan kemudahan - murid tidak tahu tindakan yang perlu dilakukan mengagihkan tugas mengikut bahagian melantik ketua bagi setiap bahagian - tiada minuman untuk membasahkan tekak menyediakan air mineral melantik petugas khas Penutup - gotong-royong perlu dirancang dengan teliti sebelum dilaksanakan

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

(c) Format: Wawancara Pendahuluan - Latar belakang temu bual masa dan tempat Isi-isi - memulakan pertanian secara kecil-kecilan menanam sayur di belakang rumah menjualnya sendiri di pasar - mendapat bantuan kewangan membesarkan kebun sayur-sayuran dan membina kolam ternakan ikan air tawar - perlu berusaha dengan gigih tidak malu untuk bertanya mendapat khidmat nasihat daripada pegawai pertanian - galakan daripada keluarga dan rakan-rakan keluarga memahami kesibukan anak dan isteri turut membantu Penutup - berharap mencapai kejayaan cemerlang melebarkan perniagaan ke peringkat antarabangsa (d) Format: Tiada Pendahuluan - hubungan jiran semakin renggang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing Isi-isi - saling menziarahi jiran prihatin terhadap jiran tidak hidup seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing - menubuhkan badan kebajikan di kawasan perumahan membantu jiran yang dalam kesusahan menguruskan perkahwinan dan kematian - mengadakan sambutan pada hari perayaan disambut dalam satu majlis yang diadakan bersama-sama - mengadakan gotong-royong bekerjasama membersihkan kawasan perumahan

Penutup - walaupun sibuk mestilah mengambil tahu tentang jiran jiran sepakat membawa berkat (e) Format: Ucapan Pendahuluan - kata alu-aluan mengucapkan terima kasih kerana diminta berucap Isi-isi

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

mula bertugas di sekolah ini lima tahun yang lalu guru Matematik yang dedikasi ajarannya mudah difahami prihatin terhadap masalah pelajar disenangi oleh pelajar seorang yang berhemah dan sentiasa tersenyum jurulatih pasukan hoki sekolah membawa pasukan hoki menjadi juara tiga tahun berturut-turut pada peringkat daerah jasa guru akan dikenang nasihat yang diberi akan diingati dan diamalkan

Penutup - mengucapkan terima kasih kepada guru selamat bersara berkunjung ke sekolah jika ada masa

Bahagian D Zon 1 Meniti Kaca Kasih sayang anak terhadap ibunya - Nazar tetap sayang akan ibunya walaupun ibunya mengalami sakit mental dan dirawat di hospital Sikap bantu-membantu dalam masyarakat - keluarga Kim Moi yang berlainan bangsa dan agama sering membantu Pak Sahar dan Nazar Panas Salju Membantu golongan yang bernasib malang - Zulkifli yang berusaha mengubati penyakit kronik anaknya, Nadhirah mendapat bantuan daripada pelbagai pihak Keprihatinan golongan kaya membantu golongan yang kurang berkemampuan - Tan Sri Shamsuddin telah menghulurkan bantuan kewangan untuk merawat Nadhirah

Zon 2 Anak Din Biola Melaksanakan amanat orang yang telah meninggal dunia - Budiman berusaha untuk menunaikan amanat arwah bapanya yang berharap dia menjadi pemain biola Anak yatim yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan - Budiman, Chong dan Chandra mampu berdikari setelah sekian lama dibantu oleh Pak Jais dan kakitangan rumah bonda

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

Kanang: Cerita Seorang Pahlawan Semangat cinta akan tanah air - Kanang sanggup bertugas di mana-mana demi keselamatan tanah air Penghargaan terhadap perajurit yang berjasa - Kanang telah dianugerahi pingat dan anugerah sebagai menghargai jasanya mempertahankan negara Zon 3 Aku Anak Timur Masalah dihadapi kerana tidak mendengar nasihat - Zarina menghadapi masalah kerana tidak mendengar nasihat ibu bapanya Pengalaman berada di luar negara - Pelbagai pengalaman diperoleh Zarina sewaktu melawat beberapa buah kota di Eropah Merdeka! Merdeka! Penderitaan pada zaman penjajahan - Orang-orang Melayu hidup menderita pada zaman penjajahan Penentangan terhadap penjajah - Orang-orang Melayu telah berjaya menghalang penubuhan Malayan Union oleh pihak Inggeris Zon 4 Limpahan Darah di Sungai Semur, Semangat juang anggota keselamatan - Jamaluddin dan rakan-rakannya berjuang dengan penuh keberanian berdepan dengan musuh Peperangan menyusahkan rakyat - rakyat menderita akibat kekurangan makanan dan kekejaman penjajahan Jepun Ekspedisi Masalah dihadapi kerana bertindak melulu - Pak Salleh telah membenci Cikgu Murad tanpa usul periksa dan akhirnya menyedari bahawa tindakannya itu salah Semangat setia kawan dalam menghadapi cabaran - Hadi dan rakan-rakannya mempamerkan semangat setia kawan yang tinggi dalam menghadapi cabaran semasa mendaki gunung

Portal Pendidikan Utusan 2008 Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

10

You might also like