You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA 59200 LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR PERSATUAN PENCINTA ALAM KOKURIKULUM PERSATUAN (WAJ 3113) PISMP TAHUN 3 SEMESTER 6

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR PISMP KAJIAN SOSIAL DAN MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2010 KE FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM) 17 JULAI 2012

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada M3P yang diketuai oleh Pengarah IPG KBA selaku Pengerusi Mesyuarat untuk PISMP Pengajian Sosial dan Matematik Semester 6 menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras dengan objektif Persatuan Pencinta Alam, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

2.0

LATAR BELAKANG Kertas kerja yang disediakan merupakan cadangan untuk mengadakan kajian dan penyelidikan akademik bagi kumpulan PISMP Pengajian Sosial dan Matematik Semester 6. Lokasi kajian bertempat di Kepong bertarikh 17 Julai 2012 iaitu selama satu hari. Kajian dan penyelidikan yang bakal dilakukan adalah bagi menepati sukatan pelajaran bagi subjek Kokurikulum Persatuan (WAJ 3113) iaitu mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai

profesionalisme keguruan dalam GERKO Persatuan. Sukatan pelajaran Kokurikulum - Persatuan mempunyai 30 jam interaksi. Guru-guru pelatih Semester 6 telah memilih untuk menganggotai Persatuan Pencinta Alam. Justeru itu, kumpulan kami telah merancang untuk menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan tugasan bagi subjek Kokurikulum Persatuan ini.

3.0

OBJEKTIF DAN RASIONAL 3.1 Objektif: 3.1.1 Memenuhi keperluan sukatan pelajaran KokurikulumPersatuan melalui aktiviti berpersatuan (Persatuan Pencinta Alam). 3.1.2 Mendedahkan guru pelatih kepada isu-isu berkaitan alam sekitar yang kian meruncing. 3.1.3 Memupuk kesedaran kepada guru pelatih tentang kepentingan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. 3.1.4 Mengenalpasti langkah-langkah positif ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 3.1.5 Merintis ke aras pembangunan lestari di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

3.2

Rasional Pemilihan Lokasi: 3.2.1 Lokasi yang sesuai kerana terdapat isu-isu alam sekitar yang boleh dikaji bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan baru kepada guru pelatih. 3.2.2 Memberi gambaran dan pengalaman sebenar kepada guru pelatih tentang isu alam sekitar seperti tanah runtuh,

penebangan hutan, pencemaran alam sekitar, pemilikan tanah secara haram dan masalah lain yang terdapat di kawasan kajian.

4.0

BUTIRAN PELAKSANAAN

4.1

Tarikh, masa dan tempat lawatan Tarikh Masa Tempat : 17 Julai 2012 ( Selasa) : 7.00 pagi sehingga 5.30 petang. : Forest Research Institute Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

4.2

SASARAN Guru-guru pelatih PISMP Kajian Sosial dan Matematik Ambilan Januari 2010. Bilangan Peserta Pensyarah Pembimbing Jumlah : 47 orang guru pelatih : 2 orang : 49 orang

Senarai nama peserta yang menyertai lawatan ke FRIM, sila rujuk Lampiran 1A dan 1B. 4.3 Jawatankuasa Pelaksana Sila rujuk Lampiran 2.

5.0

RANCANGAN AKTIVITI Bergerak dari IPG KBA ke FRIM tepat jam 7.30 pagi. 5.1 Aktiviti Aktiviti lawatan yang dicadangkan adalah: 1) Kembara hutan 2) Canopy Walk 3) Melawat Taman Etno-Botanic 5.1 Tentatif Program 7.00 pagi 7.30 pagi 8.15 pagi 8.30 pagi 10.00 pagi 12.00 tengah hari 2.00 petang 4.30 petang 5.30 petang : Berkumpul di garaj bas : Bergerak ke FRIM : Tiba di FRIM : Memulakan aktiviti Kembara Hutan : Canopy Walk : Makan tengah hari : Melawat Taman Etno-Botanic : Bertolak pulang ke IPG KBA : Tiba di IPG KBA

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN 6.1 Antara cadangan perbelanjaan untuk program lawatan ke FRIM ialah: Makanan dan tiket : 1 orang x 1 hari x RM 10 (ditanggung oleh guru pelatih) Pengangkutan : Permohonan pengangkutan bas pergi dan balik daripada pihak IPG KBA.

6.2

Konklusi Anggaran perbelanjaan untuk makanan dan tiket bagi pensyarah dan guru pelatih serta pemandu bas adalah dibawah tanggungan masingmasing manakala perbelanjaan pengangkutan adalah dimohon

mengikut budi bicara pihak IPG KBA.

7.0

PENUTUP Kertas cadangan ini dikemukakan kepada pihak pentadbiran untuk memohon kelulusan khususnya daripada aspek pengangkutan (bas dan pemandu). Diharapkan agar lawatan ini dapat berlaku seperti yang telah dirancang. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang bakal diperolehi akan diaplikasikan kelak. Kerjasama daripada pihak tuan untuk meluluskan kertas cadangan ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, . (Saidatul Nadzrah Binti Shuid) Setiausaha, Persatuan Pencinta Alam. Disemak oleh, .................................................. (Pn. Hajjah Junainah bt Abdon)

Disokong oleh,

......................................... (Encik Baseni bin Jantra) Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

......................................... Pensyarah Penasihat, Persatuan Pencinta Alam Unit Kokurikulum IPG KBA. Disemak oleh, .................................................. (Pn. Saraswathy a/p Vellasamy) Pensyarah Penasihat, Persatuan Pencinta Alam Unit Kokurikulum IPG KBA. Ulasan Pengarah : _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______________________________________ _______ (YM Raja Azizah Hanim binti Raja Abdul Aziz) Pengarah, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.