P. 1
Maktubat Imam Rabbani - Surat 54 Jilid 2

Maktubat Imam Rabbani - Surat 54 Jilid 2

|Views: 86|Likes:

Maktubat Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'Alaih berkenaan tujuh Peringkat Mengikuti Nabi

Maktubat Hadhrat Imam Rabbani Mujaddid Alf Tsani Syaikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah 'Alaih berkenaan tujuh Peringkat Mengikuti Nabi

More info:

Published by: Jalalludin Ahmad Ar-Rowi on Jan 05, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/07/2015

pdf

text

original

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Kedua

SURAT 54 MAKTUBAT IMAM RABBANI JILID 2
Tujuh Darjat Mengikuti Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam Segala Puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Semoga Allah Ta’ala memberikan keselamatan kepada mereka yang mengikuti Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang merupakan Wasilah kebahagiaan Dunia dan Akhirat. Ittiba’ mengikuti Nabi mempunyai beberapa peringkat tingkatan darjat dan martabat: Darjat Pertama: Adalah untuk orang-orang Ahli Islam yang awam dan untuk mereka yang sesudah mencapai Tasdiq Qalbi namun belum mencapai Ithminan Nafs sebagaimana yang dicapai dalam Darjat Wilayat. Mereka yang melaksanakan Ahkam Syari’at dan Mutabi’at mengikut Sunnah Saniyyah dan Para ‘Ulama Zahir dan Para ‘Abid yang Zuhud yang muamalah mereka masih belum lagi mencapai Ithminan Nafs, semua pengikutan Mutabi’at tersebut adalah termasuk dalam darjat yang pertama ini. Dalam menghasilkan rupabentuk Ittiba’ kesemuanya adalah sama darjatnya. Pada maqam darjat ini masih terdapat lagi kekufuran dan keingkaran pada Nafs, kerana itulah pada darjat ini, ianya dikhususkan untuk pengikutan Mutabi’at pada rupabentuk Sunnah. Rupabentuk bagi pengikutan Mutabi’at Sunnah ini adalah sepertimana Haqiqat bagi pengikutan, kerana ianya akan mewajibkan kejayaan dalam kehidupan di Akhirat dan akan menyelamatkan seseorang dari azab api Neraka dan mendapat khabar gembira tentang kemasukan ke dalam Syurga. Allah Ta’ala dengan kesempurnaan kemuliaanNya tidak mengambil sebarang iktibar atas segala keingkaran Nafs dan adalah mencukupi dengan Tasdiq Qalbi terhadapNya dan kejayaan adalah di atas Tasdiq Qalbi tersebut. Wahai yang menjadikan titisan kepada permata Semoga dengan titisan air mataku, menjadi asbab penerimaanNya. Darjat Kedua Ittiba’ mengikuti Nabi adalah termasuk dalam Aqwal perkataan dan A’mal perbuatan yang bertakluk dengan hal batin seseorang. Misalnya Tahzib Akhlaq dengan menjauhkan sifat-sifat yang buruk dan meninggalkan segala penyakit-penyakit batin dan sebagainya. Darjat ini adalah bertakluk dengan Maqamat dalam Tariqat. Ittiba’ pada darjat ini adalah dikhususkan kepada Para Arbab Suluk yang mana seseorang itu menjalani Tariqat pada jalan Sufi dengan mengambil bimbingan pengajarannya dari seseorang Syaikh Muqtada yang membimbing lalu membawanya melakukan Sayr Ila Allah iaitu perjalanan menuju Allah Ta’ala dan menempuh melalui lembah-lembah dan hutan rimba dalam melakukan Sayr Ila Allah.
1 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Kedua
Darjat Ketiga Adalah termasuk dalam Ittiba’ mengikuti segala Ahwal, Azwaq dan Mawajid yang mana pada martabat ini ianya bertakluk dengan Wilayat Khassah. Darjat ini dikhaskan kepada sekalian Arbab Wilayat dari kalangan Mazjub Salik dan Salik Mazjub. Apabila martabat Wilayat sampai ke penghujungnya maka Nafs juga akan menjadi Mutmainnah dan dia akan mula meninggalkan segala perkara-perkara yang buruk. Daripada sikap ingkar, dia akan mula beralih kepada sikap ikrar taat dan daripada Kufur, mula menuju kepada Islam. Sesudah itu, sebanyak mana Ittiba’ yang diusahakannya maka sebanyak itulah Haqiqat Ittibak’ terhasil baginya. Jika dia melakukan Solat maka dia melakukan Haqiqat Ittiba’ dalam Solat tersebut. Dan jika dia berpuasa, dia akan membawa Haqiqat Ittiba’ dalam Puasa dan begitu jugalah jika dia melakukan Zakat. Atas perkara ini, dapatlah dikiaskan juga bahawa dia akan membawa Haqiqat Mutabi’at pengikutan dalam setiap Ahkam Syari’at. Soalan 1: Apakah makna bagi Haqiqat Solat dan Puasa? Kerana kedua-dua Solat dan Puasa adalah termasuk dalam Af’al perbuatan yang khusus dan jika Af’al perbuatan ini dilakukan menurut petunjuk Syari’at, maka Haqiqatnya juga adalah dilakukan. Apakah sebenarnya keadaan Haqiqat itu? Jawapan 1: Bagi Para Sufi Mubtadi, Nafs mereka adalah masih lagi memiliki Nafsu Ammarah kerana Nafsu Ammarah pada zatnya, masih ingkar terhadap hukum-ahkam yang turun dari langit dan bagi Para Sufi yang Mubtadi, dalam melaksanakan Ahkam Syari’ah ianya sekadar dapat diiktibarkan dengan rupa bentuk zahirnya. Dan bagi golongan Para Sufi Muntahi yang mana Nafs mereka telah mencapai Ithminan dan dari sudut penerimaan Ahkam Syari’ah, mereka sudah mencapai Ridha dan Rughbat yakni sudah ada dorongan untuk menta’ati Ahkam Syari’ah. Maka oleh kerana itulah dalam mereka melaksanakan Ahkam Syariah ini, ianya diiktibarkan dengan Haqiqatnya. Para Sufi Muntahi taat atas dasar Ridha dan sudah ada dorongan dan tidak seperti Para Sufi Mubtadi yang taat atas dasar keterpaksaan. Sebagai contoh, seorang Munafiq dan seorang Muslim, kedua-duanya melakukan Solat. Tetapi seorang Munafiq oleh kerana dalam batinnya terdapat keingkaran, maka oleh kerana itu Solat yang dikerjakannya adalah hanya sekadar rupabentuk zahirnya sahaja. Dan seorang Muslim pula bersolat atas dorongan ketaatan batinnya, maka Solatnya dihiasi dengan Haqiqat Solat. Maka atas perkara ini, iktibar bagi rupabentuk dan Haqiqat adalah berdasarkan kepada keingkaran dan pengikraran Batin. Pada darjat ini, yakni Darjat Ithminan Nafs dan Darjat Haqiqat dalam amalan Salih adalah terhasil sesudah terhasilnya Kamalat Wilayat Khassah yang bertakluk dengan Darjat Ketiga.
2 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Kedua
Darjat Keempat Pada darjat yang sebelumnya adalah rupabentuk bagi pengikutan Mutabi’at dan di sini adalah Haqiqat Ittibak. Pengikutan Ittiba’ pada Darjat Keempat ini adalah dikhususkan kepada Para ‘Ulama Rasikhin iaitu Para ‘Ulama yang teguh ilmu pengetahuan Agamanya Zahir dan Batin. Selepas mereka mencapai Ithminan Nafs, mereka dikurniakan dengan Haqiqat Mutabi’at. Meskipun Para Awliya Allah juga berhasil mencapai sebahagian Ithminan Nafs sesudah mencapai ketetapan pada Qalb, akan tetapi kesempurnaan Ithminan Nafs adalah terhasil di dalam Kamalat Nubuwwat. Para ‘Ulama Rasikhin berhasil mendapat bahagian dalam Kamalat Nubuwwat ini atas jalan perwarisan. Maka bagi Para ‘Ulama Rasikhin, dengan terhasilnya Ithminan Nafs yang sempurna, Haqiqat Syari’at yang merupakan Haqiqat Ittiba’ Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga akan terhasil padanya. Bagi golongan yang lain, oleh kerana kesempurnaan Kamalat Nubuwwat ini tidak terhasil pada mereka, kerana itulah adakalanya terhasil padanya rupabentuk Syari’at dan adakalanya terhasil padanya Haqiqat Syari’at. Faqir ingin menyatakan suatu tanda bagi Para ‘Ulama Rasikhin supaya tiada seorang pun golongan Para ‘Ulama Zahir yang akan mendakwa kerasikhan mereka dan jangan menyangka Nafsu Ammarah mereka sudah mencapai Mutmainnah. ‘Alim Rasikh adalah seseorang yang telah terhasil padanya bahagian yang besar berkenaan dengan Takwilan bagi Ayat-ayat Mutasyabbihat daripada Kitab dan Sunnah dan seseorang yang betul–betul tahu berkenaan rahsia Huruf-huruf Muqatta’at yang merupakan huruf-huruf di awal permulaan Surah-surah Al-Quran. Takwil bagi Ayat-ayat Mutasyabbihat adalah dari rahsia-rahsia yang tersembunyi, maka ianya tidak perlu difikirkan dan Takwilnya juga tidak perlu difikirkan. Sepertimana Takwil bagi Tangan Allah adalah Qudrat Allah dan Wajah Allah adalah Zat Allah, oleh kerana takluknya adalah dengan ‘Ilmu Zahir, ianya tidak ada sebarang perhubungan dengan rahsiarahsia. Pemilik bagi rahsia-rahsia ini adalah Para Anbiya dan dengan rumuz dan isyaratisyarat ini jugalah mereka bermuamalah dengan Para Burzurg ataupun dengan orang-orang yang dikurniakan dengan perwarisan dan pengikutan. Martabat pada Darjat Keempat ini yang merupakan darjat Ithiminan Nafs dan telah sampai kepada Haqiqat Ittiba’ Nabi dalam setiap perkara Syari’at. Adakalanya ianya akan terhasil tanpa memerlukan sebarang Wasilah Fana dan tanpa Suluk dan tanpa Wasilah Jazbah, dan adakalanya juga akan berlaku bahawa tiada sebarang Ahwal, Mawajid, Tajalliyyat dan Zhuhurat penzahiran dan dia berhasil mencapai daulat kemuliaan darjat ini. Akan tetapi, jika dinisbatkan dengan jalan-jalan yang lain, Jalan Wilayat adalah lebih mudah dan sangat dekat untuk sampai ke daulat kemuliaan darjat ini. Pada fikiran faqir, jalan yang lain adalah dengan Ittiba’ Sunnah Saniyyah dan menjauhi segala nama dan resam Bida’ah. Selagi mana tidak menjauhi Bida’ah Hasanah sebagaimana Bida’ah Sayyiah, maka selagi itulah bauan daulat kemuliaan darjat ini tidak akan sampai ke otak Ruh.
3 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Kedua
Pada hari ini perkara ini dianggap susah kerana seluruh tempat sudah ditenggelami oleh sungai Bida’ah dan digelapkan oleh kegelapan Bida’ah. Siapakah yang akan menjauhkan diri dari perkara-perkara Bida’ah dan siapakah yang mendakwa akan menghidupkan Sunnah? Kebanyakan Para ‘Ulama pada zaman ini membudayakan amalan Bida’ah dan melupakan amalan Sunnah. Perkara-perkara Bida’ah diperdiamkan dan diperbolehkan dan dikatakan sebagai baik dan mereka membimbing orang ramai ke arah perkara yang Bida’ah. Dan mereka berkata bahawa jika kesesatan yang tersebar dan perkara batil sudah menjadi masyhur dan dikenali maka hendaklah didiamkan sahaja. Akan tetapi, dia tidak tahu bahawa diam itu bukannya dalil bagi Istihsan yakni perkara yang boleh dipertimbangkan. Ta’ammul yang muktabar adalah yang datang daripada kurun yang awal ataupun yang terhasil dari Ijma’ kesepakatan keseluruhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Fatawa Al-Ghiyatsiyyah bahawa Hadhrat Syaikh Islam Asy-Syahid Rahmatullah ‘Alaih telah berkata, “Kami tidak memberi fatwa di atas Istihsan Para Masyaikh Balkh. Bahkan, kami memberi fatwa yang menurut Istihsan dari Ashab Mutaqaddimin orang yang terdahulu. Sesebuah bandar yang berta’ammul ke atas sesuatu perkara, ianya tidak boleh dijadikan sebagai dalil perkara itu boleh dilakukan. Bahkan, Ta’mmul adalah menunjukkan bahawa perkara tersebut boleh dilakukan yang mana perkara tersebut telah berlaku pada kurun yang awal secara berterusan supaya ianya menjadikan ucapan Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai dalil dan segala kelakukan orang ramai tidak boleh dijadikan sebagai hujjah. Jika seluruh penduduk bandar tersebut, orang ramai dikalangan mereka menuruti jalan Ijma’, maka diperbolehkan kerana Ijma’ adalah hujjah. Adakah tidak kamu ketahui bahawa jikalau seseorang itu berta’ammul dalam jual-beli arak dan atas perkara riba, maka tidak boleh diberikan fatwa bahawa ianya adalah halal.” Atas perkara ini, tiada sebarang syak bahawa Ta’ammul seluruh makhluk dan ilmu pengetahuan tentang amal setiap bandar dan daerah adalah di luar kemampuan insan. Yang tinggal hanyalah Ta’ammul kurun awal yang pada Haqiqatnya adalah Taqrir Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan adalah merujuk kepada Sunnah. Dalam perkara ini di manakah Bida’ah dan Bida’ah Hasanah? Bagi Para Sahabat yang mulia, untuk mereka mencapai kesemua tahap kesempurnaan adalah cukup dengan bersuhbat dengan Hadhrat Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Khair Al-Basyar. Dari kalangan Para ‘Ulama Salaf, mereka telah dikurniakan dengan Daulat Rusukh tanpa menempuh sebarang Tariqat Sufiyyah dan tanpa menempuh jalan Suluk dan Jazbah. Mereka telah mencapai Daulat Rusukh dalam ilmu pengetahuan dengan jalan pengikutan Mutabi’at Sunnah Saniyyah dan dengan sepenuh kesungguhan menjauhi perkaraperkara yang Bida’ah. “Ya Allah, tetapkanlah kami atas menuruti Sunnah dan peliharalah kami dari perkara Bida’ah dengan keberkatan Sahib Sunnah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
4 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Kedua
Darjat Kelima Pengikutan Mutabi’at pada Maqam Darjat Kelima ini adalah Ittiba’ Kamalat kesempurnaan Hadrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana dalam penghasilannya tidak memerlukan ilmu dan amal. Bahkan, penghasilannya adalah semata-mata bergantung sepenuhnya atas fadhzal dan kekurniaan Allah Ta’ala. Darjat ini adalah sangat tinggi. Darjat ini jika dibandingkan dengan darjat-darjat sebelumnya, tiada apa-apa Haqiqat pada darjat yang sebelumnya. Kamalat kesempurnaan ini pada asalnya, dikhususkan kepada Para Nabi Ulul ‘Azmi dan dikurniakan daulat ini kepada mereka yang berada atas jalan perwarisan dan pengikutan. Darjat Keenam Darjat pengikutan Mutabi’at mengikuti Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang dikhususkan dengan Daerah Maqam Mahbubiyyat yakni maqam yang dikasihi sebagaimana pada Darjat Kelima, limpahan Faidhz Kalamat adalah terhasil semata-mata atas fadhzal dan kekurniaan Allah Ta’ala. Pada Darjat Keenam ini adalah semata-mata atas ciri-ciri Mahbubiyyat yang mana Mahbubiyyat adalah lebih besar dari fadhzal kekurniaan dan ehsan. Sangat kurang sekali orang yang mencapai Mutabi’at pada darjat ini. Selain daripada darjat Mutabi’at yang pertama, lima darjat yang seterusnya adalah bertakluk dengan ‘Uruj dan untuk menghasilkannya perlu kepada ‘Uruj. Darjat Ketujuh Mutabi’at pada Darjat Ketujuh adalah bertakluk kepada Nuzul. Darjat ini adalah Jami’ atau keterhimpunan bagi semua darjat-darjat yang sebelumnya. Kerana pada Maqam Nuzul, terdapatnya Tasdiq Qalbi dan mungkin terdapat Tamkin Qalbi dan Nafs Muthmainnah dan segala juzuk-juzuk Qalib juga menjadi seimbang yang mana dia mula meninggalkan segala perkara-perkara yang keji dan buruk. Darjat-darjat yang sebelumnya adalah seumpama sebahagian daripada juzuk-juzuk Mutabi’at manakala darjat ketujuh ini adalah seumpama keseluruhan bagi juzuk-juzuk Mutabi’at. Pada maqam ini, akan berlaku sejenis penyerupaan di antara Tabi’ iaitu yang mengikuti dan Matbu’ iaitu yang diikuti bahawa Tabi’iyyat pengikutan akan terangkat di antara Tabi’ dan Matbu’. Dan untuk membezakan antara Tabi’ dan Matbu’ menjadi semakin kabur dan dari hal keadaan ini dapatlah diketahui bahawa seolah-olah Tabi’ adalah sepertimana Matbu’ bahawa apa yang diambilnya adalah diambil dari sumber yang asal, seolah-olah keduaduanya minum dari dari satu mata air yang sama dan kedua-duanya berada pada satu sungai yang sama dan berada pada satu bantal yang sama, sebagaimana gula dan susu yang sama. Tidak diketahui siapakah Tabi’ dan siapakah Matbu’ dan Tabi’iyyat adalah untuk siapa?

5 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani

Maktubat Imam Rabbani – Jilid Kedua
Dalam penyatuan Nisbat, perbezaan Nisbat tidak mendatangkan sebarang apa-apa masalah. Muamalah atau urusan yang ajaib berlaku pada maqam ini yang mana dengan pemikiran dan pemerhatian yang mendalam, ianya dapat dikenalpasti bahawa Nisbat Tabi’iyyat tidak dapat diperhatikan dan perbezaan antara Tabi’iyyat dan Matbu’iyyat adalah sama sekali tidak dapat disaksikan. Walaubagaimanapun, perbezaan adalah dengan suatu kadar bahawa hendaklah menganggap diri kamu sebagai Tufail yakni hamba pengiring dan pewaris Nabi. Dalam perkara ini, tiada sebarang syak bahawa Tabi’ adalah suatu perkara lain dan Tufaili dan pewaris adalah perkara lain. Meskipun pada Tabi’iyyat semuanya adalah sama, akan tetapi pada Tabi’ secara pada zahirnya adalah purdah bagi Matbu’ dan bagi Tufaili dan pewaris adalah tiada sebarang purdah. Tabi’ adalah orang yang makan makanan dan Tufaili adalah seseorang yang mendapat jaminan kebesertaan dan merupakan suatu daulat kemuliaan dan ianya dikurniakan menerusi keberkatan Para Anbiya ‘Alaihimus Solatu Wassalam dan ianya merupakan kejayaan bagi Ummat bahawa mereka menerima sebahagian daripada daulat kemuliaan sebagaimana Tufail Para Anbiya ‘Alaihimus Solatu Wassalam dan makan makanan di samping mereka. Itulah Kafilah, mereka sedang berada di sana, Faqir mengetahuinya namun tak dapat sampai ke sana, Cukuplah daku mendengar hanya suara locengnya Walaupun bunyi kedengarannya dating dari jauh. Seseorang yang Ittiba’ dengan sempurna adalah seorang yang dapat Ittiba’ mengikuti ketujuh-tujuh darjat ini. Seseorang yang Mutabi’at dengan sebahagian daripada darjat-darjat ini dan tidak dengan sebahagian darjat yang lain adalah menurut tahap yang berbeza-beza dan secara Ijmalnya mereka adalah Tabi’. Para ‘Ulama Zahir berpuas hati berada pada darjat yang pertama. Alangkah baiknya jika mereka ini mendapat bahagian dari darjat yang pertama. Mereka Mutabi’at dengan berdasarkan kepada rupabentuk Syari’at. Selain dari itu mereka tidak memikirkan apa-apa lagi. Oleh yang demikian mereka menganggap Tariqat Sufiyyah yang merupakan perantaraan untuk menghasilkan darjat-darjat Mutabi’iyyat yang lebih tinggi sebagai suatu usaha yang tidak berguna. Dan dari kalangan mereka itu kebanyakannya tidak mengetahui sebarang urusan yang lain kecuali Kitab Al-Hidayah Fi Fiqh Hanafiyyah dan Kitab Bazdawi sebagai Pir atau pembimbing mereka. Cacing yang tersembunyi di dalam batu, Padanya itulah bumi dan langit baginya. Ya Allah! Jadikanlah para pembaca dan diri kami dapat menyedari tentang Haqiqat yang paling diridhai dan dikurniakan kepada kami dengan mengikuti apa yang Engkau sukai. Segala Puji-pujian bagi Allah. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan Salawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan ke atas Ahli Keluarganya, Para Nabi, Para Malaikat dan semua pengikut mereka sehingga Hari Qiyamat.

6 Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->