You are on page 1of 42

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: TEH MARDIANA BINTI ABU BAKAR KHAIRUN NISA’ BINTI SABRI

o Nama sebenar:Abu Nasr Muhammad ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi o Keturunan: Turki o Bapa: seorang angkatan tentera Turki o Tempat lahir:Transoxia (wilayah Wasji di Turki) o Tahun lahir: 874M (260H) o Meninggal dunia: 950M (339H) 76 tahun o Digelar Aristotle kedua

• Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. • mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. • berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah • Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan cinta akan dunia.

• Walaupun Al-Farabi seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. • seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan penulisannya. • menguasai pelbagai bahasa dan cabang ilmu pengetahuan. • terkemuka dalam bidang falsafah, logik, dan sosiologi. • memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah. • seorang pemuzik yang handal (cipta peralatan muzik seperti gambus dan ilmu nota muzik).

• Setelah mahir dalam bahasa Arab, beliau mempelajari ilmu falsafah. • Guru agungnya: Matius bin Yunus(ketua penterjemah buku falsafah) • Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku dalam pelbagai bidang termasuk muzik, sosiologi, falsafah, etika, metafizik, dan perubatan. • Karya agungnya ialah Kitab Ikhsa’ al-`Ulum.
BIDANG Muzik Sosiologi Falsafah BUKU Al-musiqa Ara ahl Al-madina al Fadila Fusus al- Hikam

• Al-Farabi banyak mengkaji mengenai F falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk A menghasilkan teori serta konsep kebahagiaan. L • menulis mengenai ilmu logik Yunani secaraS teratur dalam bahasa Arab. A • memudahkan logik melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu F idea (takhayyul) dan bukti (thubut).

A H

• Al-Farabi mendefinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. • Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan “Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya, apa esensi, apa zatnya” .

P

E
R

U
B

A
T

• Beliau mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. • Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut A keperluan anggota tubuh badan. • N Sememangnya jantung menjadi nadi kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa kepada manusia. Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka terhentilah juga otak manusia.

• Nama : `Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abi Bakr Muhammad bin al-Hassan • Keturunan: Arab@Yaman • Bapa: seorang sarjana terkenal • Tarikh Lahir : 732H @ 1332M di Tunisia • Meninggal Dunia : 808H @ 1406M di Kaherah, Mesir • Umur : 87 tahun

• Keperibadian Ibnu Khaldun : i- Tekun mencari ilmu : Tekun mempelajari ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain.Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan menuntut ilmu. ii- Berjiwa pemimpin : Menjadi pegawai istana dan ketua hakim negara berdasarkan kecekapan dan keupayaan mengemukakan idea untuk kemajuan negara. iii- Kreatif : Pemikiran beliau dalam “Muqaddimah Ibnu Khaldun” lahir hasil daripada pengalaman kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu tersendiri.

PENDIDIKAN IBN KHALDUN • Mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada Abdul Rahman bin Muhammad (bapanya), • Muhammad bin Al-Muhaimin Al-Hadrami, Muhammad bin Saad bin Barral Al-Ansari, Muhammad bin Al-Syawasi Al-Zarzali dan ramai lagi. • Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantik , falsafah , sains, dan matematik daripada Muhammad bin Ibrahim Al-Abili. • Semasa di Fez, mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa orang guru seperti Ahmad bin Al- Qassar dan Lisanuddin bin Al-Khatib iaitu pengarang kitab Tarikh Gharnatah (Sejarah Granada) dan Muhammad bin Abdul Salam..

• Sebagai Sejarawan
Menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan , faktor kegemilangan dan kejatuhan. Memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar dan geografi. Ideanya yang menarik dalam kitab AlMuqaddimah mendorong para pengkaji dan pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan sebelumnya seperti Al-Tabari dan Al-Mas’udi.

• Sebagai Negarawan
Banyak menyandang jawatan penting seperti :
i. Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan Sultan Abu Annan. ii. Anggota Majlis Ilmiah. iii. Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi. iv. Duta Granada. v. Perdana Menteri (Hajib) Bougie. vi. Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).

• Jawatan-jawatan penting tersebut memberi peluang untuk berkhidmad kepada negara dengan lebih berkesan.

• Sebagai Budayawan
Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair. Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi.

• Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan dalam karyanya. • Memberi panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. • Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. • Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. • Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan.

• Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. • Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. • Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.

• Menghasilkan karya-karya yang bermutu :
o Al-Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyamil Arab Wal Ajam Wal Barbar Wa Man Asarahum Min Zawi Al-Sultan Al-Akbar yang lebih dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun o Al-Takrif Bi Ibnu Khaldun Wa Rihlatuhu Gharban Wa Syarqan.

• Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatic kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.

• Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah :
o Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab. o Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. o Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku. o Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.

• Nama : Husin bin Abdullah bin Ali bin Sina.Di Timur beliau dikenali sebagai Ibnu Sina dan di Barat sebagai “Avicenna”. • Lahir : Tahun 370 Hijrah / 980 Masihi di Afshanah , Bukhara, Turkistan. • Bapa beliau : Seorang penguasa Kharmaisan , Bukhara. • Tugas : Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Raid dan penasihat agung amir Ala Al-Daulah di Asfahan. • Meninggal dunia : Di Hamazan pada tahun 428 Hijrah / 1037 Masihi.

KEPERIBADIAN IBN SINA i. Tekun mempelajari ilmu : pernah membaca buku berkenaan metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. ii. Taat beragama : Sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah. iii. Pintar : Berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah ketika berumur 18 tahun. iv. Berinovatif : Banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang terutama perubatan.

PENDIDIKAN IBN SINA • Mempelajari Al-Quran semenjak berumur 5 tahun dan menghafaz ketika berumur 10 tahun. • Mempelajari ilmu feqah dan tasauf daripada Ismail Zahid. • Mempelajari ilmu Hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Massah. • Mempelajari ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al-Natili. • Mempelajari ilmu Sains dan astronomi daripada Al-Biruni. • Telah menguasai ilmu perubatan ketika berumur 16 tahun. • Muncul sebagai pakar perubatan yang terkemuka.

• Pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, penguasa Jurjan Al-Amir Syams Ma’ali Qabus bi Wasyamkir, penguasa Hamazan Al-Amir Ala- Al-Daulah. • Menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan seperti Al-Qanun Fit Tib, AlAdawiyah Al-Qalbiah, dan Al-Fiah Al-Tibbiah. • Karya tersebut diterjemah ke dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Latin , Hebrew dan Inggeris.

• Banyak melakukan beberapa pencapaian , antaranya :
i. Penemuan penyakit baru serta puncanya :
o Pengaruh kuman dalam penyakit. o Jangkitan virus seperti tibi (TB) dan sebagainya. o Penyakit seperti Rubella , alahan (allergy), cacar (smallpox) , penyakit jiwa dan seumpamanya.

ii. Penemuan dalam bidang farmasi :
o Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. o Ubat bius.

iii. Membangunkan teknologi perubatan :
o Mencipta benang khusus untuk menjahit benang luka pembedahan. o Mencipta picagari dan lain-lain.

KESAN PENINGGALAN DALAM ILMU PERUBATAN • Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. • Melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini ilmu perubatan berkembang maju hinga ke hari ini. • Banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 penyakit serta kaedah merawatnya. • Hasil perkembangan Sains dan teknologi telah muncul kaedah-kaedah perubatan baru menggunakan peralatan-peralatan canggih contohnya x-ray dan ultra sound.

• Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah , mantik, matematik, astronomi, kimia , fizik , biologi dan sains politik. • Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. • Pada tahun 1950 ia telah diterjemah ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallaf Ibnu Sina (Karya-karya Ibnu Sina). • Sebuah universiti pendidikan di Hungry telah mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina)

• Nama sebenar: Abu Abdullah Muhammad bin Musa alKhawarizmi • Lahir:Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M • Meninggal: tahun 266H/850M di Baghdad. • Gelaran: Bapa Algebra

KEPERIBADIAN AL KHAWARIZMI • Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan“pencapaianpencapaian yang tertinggi telah diperolehi oleh orangorang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri. • Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

PENDIDIKAN AL KHAWARIZMI • Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. • Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt alHikmah di Baghdad. • Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitunganIndia pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin. • Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

KETOKOHAN AL KHAWARIZMI • Bidang matematik
– al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karyakarya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih alUlum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam. – Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. – Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.

• Bidang astronomi
– juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang]. – Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Spanyol dan Kristian. – Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. 2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. 3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. 2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang. 3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri. 4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra. 5. Al-Amal bi’ Usturlab’ 6. Al-Tarikh 7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

• Nama sebenar: Abu Rayhan Muhammad Ibnu Ahmad AlBiruni • Lahir: 3 Zulhijah 362 H/4 Sept 973M di Parsi • Meninggal: 443H di Ghaznah

PENDIDIKAN AL BIRUNI • Sewaktu kanak-kanak, beliau dikatakan mempelajari ilmu sains hayat atau biologi(mengenai tumbuh-tumbuhan) daripada seorang saintis Yunani yang datang ke Khawarizm. • Ketika usia 18 tahun, beliau telah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur, seorang putera kepada pemerintah Khawarizm yang digelar ustadh.

• Banyak menjalankan kajian dan menghasilkan karya ilmiah serta membuat komentar terhadap tulisan srjana lain. • Merupakan sarhana agung pada akhir abad ke 4H/10M dan pakar dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. • Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. • Antara karya beliau yang teragung ialah Rasa’il al-Biruni,sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. • Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. • beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani.

KETOKOHAN AL BIRUNI Sebagai Ahli Astronomi 1. Teori alam semesta
– Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa, – ‘Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.’

2. Kosmogeni
– Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi alBiruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul alMalik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.

3. Teori geosentrik
– Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.

4. Kalender dan kronologi
– Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir alAzman. Bukunya yang bertajuk Tanqih alTawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala bukuTasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat alGharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar. – Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.

5. Matahari Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut: (a) Sifat fizikal Matahari
– Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.

(b) Gerakan tahunan
– AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit.

(c) Panjang tahun solar (tropika)
– Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat. – Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

(d) Fajar dan senja
– Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku alLam’at mengenai perkara ini.

Sebagai Ahli Sains
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Trigonometri Aritmetrik Cahaya dan bunyi Graviti Ketumpatan Mekanik Berat dan ukuran Geografi