P. 1
Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta'wil Mukhtalif al-Hadith

Metodologi Ibn Qutaibah Dalam Kitabnya Ta'wil Mukhtalif al-Hadith

|Views: 1,839|Likes:
Published by sakinahsaptu
Assignment Subjek Musykil al-HADITH
Assignment Subjek Musykil al-HADITH

More info:

Categories:Types, Research
Published by: sakinahsaptu on Feb 08, 2009
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

METODOLOGI IBN QUTAIBAH DALAM KITABNYA

TA’WIL MUKTALIF AL-HADITH
Sakinah Saptu
Nor Rahayu Mujahid
1.0 PENDAHULUAN
Kitab Ta’w l Mukhtalif al- ad th, karangan Imam
c
Abdull h bin Muslim bin Qutaibah
al-Dain r adalah sebuah kitab masyhur yang membincangkan mengenai hadith-hadith
yang bercanggah. Ibn Qutaibah telah menghuraikan banyak permasalahan hadith-hadith
yang dianggap bercanggah di dalam kitab ini.
Untuk mengetahui metodologi yang digunakan oleh Ibn Qutaibah dalam
merungkaikan setiap permasalahan hadith yang bercanggah, satu kertas kerja ringkas
telah dihasilkan oleh pengkaji. Di dalam kertas kerja ini, terlebih dahulu pengkaji akan
membahaskan biodata Ibn Qutaibah, pengenalan ringkas kitab dan seterusnya
membincangkan metodologi yang digunakan.

1.1 Biodata Ibn Qutaibah
Nama sebenar Ibn Qutaibah ialah Abū Mu ammad
c
Abdull h bin Muslim bin Qutaibah
al-Dainūr . Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang sastera, sejarah dan Bahasa
Arab. Beliau dilahirkan di Baghdad pada tahun 213H bersamaan 628M dan menetap di
Kufah. Kemudian beliau telah berpindah dan menjadi qadi di Kota Dain r. Beliau juga
dikenali sebagai seorang yang sangat thiqah. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada
tahun 276H bersamaan 988M.
1

Beliau banyak mengarang kitab dan antaranya ialah Kitab Ta’w l Mukhtalif al-
ad th, Kitab Adab al-Kh ib, Kitab al-Ma
c
ārif, Kitab al-Syi
c
ir wa al-Syu
c
arā’ dan Kitab
al-Imāmah yang juga dikenali sebagai Tār kh al-Khulafā’. Selain itu, beliau juga telah
1
Al-Dain r , Abdull h bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rah m (Pnyt.), Ta’w l
Mukhtalif al- ad th, D r al-Fikr, 1995, hlm 6.
1
mengarang Kitab I
c
r b al-Qur n, Kitab Jāmi
c
al-Na w, Kitab al-Qirāāt, Kitab Musykil
al-Qur n, Kitab al-Fiqh, Kitab Ghar b al- ad th dan banyak lagi.
2
2.0 PENGENALAN RINGKAS KITAB TA’W L MUKHTALIF AL- AD TH
Kitab Ta’wil Mukhtalif al- ad th oleh Ibn Qutaibah yang dianalisa oleh pengkaji ialah
kitab yang telah ditahqiq oleh Mu ammad
c
Abd Ra m. Kitab ini telah diterbitkan oleh
D r al-Fikr, Beir t pada tahun 1995.
Dr Muhammad
c
Ajj j al-Khat b menyatakan dalam kitabnya U l al- ad th
Ul muhu wa Mu al huhu bahawa Kitab Ta’w l Mukhtalif al- ad th merupakan kitab
yang paling masyhur selepas kitab al-Shafi e (Ikhtil f al- ad th). Tujuan kitab ini
dibukukan adalah untuk menjawab dakwaan anti hadith yang menuduh ahli hadith
meriwayatkan hadith-hadith yang bertentangan dan mengandungi kemusykilan.

Justeru
itu, Ibn Qutaibah telah mengumpulkan hadith-hadith yang didakwa oleh mereka sebagai
bertentangan dan telah memperbetulkan pandangan–pandangan yang mengelirukan
terhadap sebahagian hadith tersebut.
3

Menurut Dr Mu ammad
c
Ajj j al-Khat b lagi, kitab ini telah mendapat tempat
yang layak sebagai kitab turath Islamiyyah kerana ianya telah menutup setiap lubang
(dakwaan-dakwaan) yang direka-reka oleh sesetengah Mu tazilah dan puak-puak yang
mengelirukan dan selainnya.
4
Pentahqiq kitab ini, Mu ammad
c
Abd Rah m juga ada menyatakan pandangannya.
Menurutnya, kitab ini adalah kitab yang tiada tandingannya. Ibn Qutaibah telah membela
golongan ahli hadith dan mempertahankan mereka. Beliau telah menolak kenyataan-
kenyataan kumpulan yang menyanggah kepada peringkat yang mungkin terlalu
2
Al-Dain r , Abdull h bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rah m (Pnyt.), Ta’w l
Mukhtalif al- ad th, hlm 6 & 7.
3
Al-Khat b, Mu ammad
c
Ajj j, U l al-H d th
c
Ul muhu wamu al huhu, D r al-Fikr, 1989,
hlm 285.
4
Ibid.
2
melampau dengan mengkritik dan mentajrih tokoh-tokohnya dan bahkan mungkin hingga
ke tahap mengutuk mereka.
5

2.1 Isi Kandungan Kitab
Kitab ini dimulai dengan muqaddimah pentahqiq
6
seterusnya diikuti dengan muqaddimah
Ibn Qutaibah. Di dalam muqaddimahnya, Ibn Qutaibah lebih membincangkan berkenaan
tohmahan-tohmahan golongan yang menyeleweng terhadap ahli hadith yang mana terdiri
di kalangan para sahabat seperti Ab Bakar al-Siddiq, Umar dan Uthm n r.a. Satu
demi satu kenyataan tokoh-tokoh golongan yang menyeleweng
7
dikemukakan dan
kemudiannya dibentangkan pula hujah-hujah yang mampu menyangkal dan menjatuhkan
dakwaan mereka.
Perbincangan berkaitan hadith Mukhtalif pula bermula daripada muka surat 84
dan sebanyak 149 hadith telah dihuraikan kemusykilannya oleh Ibn Qutaibah. Hadith-
hadith yang dibincangkan adalah hadith-hadith yang didakwa oleh puak Qadariah, Khaw
rij dan Raw fi sebagai hadith yang mengandungi kekeliruan dan percanggahan.
3.0 METODOLOGI IBN QUTAIBAH DALAM MENGHURAIKAN HADITH
MUKHTALIF DAN CONTOHNYA
3.1 Penyusunan
Dalam menghuraikan hadith Mukhtalif yang didakwa oleh golongan anti hadith, Ibn
Qutaibah mempunyai metodologinya yang tersendiri ketika menulis perbahasannya.
5
Muhammad Abd. Rah m, hlm 6.
6
Pentahqiq Muhammad Abd Rah m telah menyenaraikan perkara-perkara yang ditahqiq untuk
kitab ini. Beliau telah menyatakan surah dan nombor ayat bagi ayat-ayat al-Quran, mentakhrij hadith-
hadithnya, meletakkan baris bagi setiap ucapan untuk mengelakkan kekeliruan,meletakkan makna bagi
perkataan perkataan yang sukar difahami dan akhir sekali menyediakan indeks di akhir kitab ini. Indeks-
indeks tersebut ialah: indeks al-Quran, indeks hadith, indeks nama-nama tokoh, indeks tempat, indeks
syair, indeks nama tumbuh-tumbuhan dan indeks nama haiwan.
7
Tokoh golongan yang menyeleweng: seperti al-Na am, Thum mah, al-Jahidh. Mereka
kebanyakannya terdiri di kalangan puak Khaw rij, Mu tazilah, Sy ah dan Qadariah.
3
Pertama sekali Ibn Qutaibah menyatakan sama ada percanggahan itu berlaku
antara hadith dengan hadith atau selainnya. Perlu untuk diketahui bahawa Ibn Qutaibah di
dalam kitabnya ini bukan sahaja membahaskan hadith yang didakwa bercanggah dengan
hadith yang lain, malah beliau juga membahaskan hadith-hadith yang didakwa
bercanggah dengan ayat al-Quran, ijma , qiy s, logik akal dan sebagainya. Contohnya,
jika sekiranya percanggahan itu berlaku antara hadith dengan hadith, beliau menyatakan
seperti ini: ناضقانتم ناثيدح :اولاق) ( dan jika ianya berlaku antara hadith dan ayat al-Quran,
beliau menulis seperti ini:( ةيآ فلاي ثيدح :اولاق).

Setelah itu, beliau mendatangkan hadith-hadith yang didakwa oleh golongan anti hadith
sebagai mempunyai kekeliruan dan percanggahan serta pandangan mereka. Sebagai
contoh:
اوريات لو ,تم نب سن وي ىلع نولضفت ل" :لاق هن أ ملسو هي لع لا ىلص لا لوسر نع مت يور :اولاق
."ءايبنلا يب
"رخف لو ,ضرلا قشنت نم لوأ انأو, رخف لو ,مدآ دلو ديس انأ" :لاق هنأ متيور ث
.ضقانتو فلتخا اذهو :اولاق
8
Setelah itu, barulah Ibn Qutaibah, menyanggah dakwaan tersebut dengan katanya:
.ضقانت لو فلتخا انهه سيل هنإ : لوقن ننو :دمم وبأ لاق
9

Dan seterusnya diikuti dengan perbahasan-perbahasan lanjutnya bagi menafikan
adanya percanggahan dan kemusykilan.
8
Al-Dain r , Abdull h bin Muslim bin Qutaibah, Muhammad Abd. Rah m (Pnyt.), hlm 108.
9
Al-Dain r , hlm 109.
4
3.2 Metodologi Menghuraikan Permasalahan
Dalam menghuraikan permasalahan hadith Musykil dan Ikhtilaf, Ibn Qutaibah
menggunakan kaedah dengan menolak hadith atau mana-mana pandangan yang dianggap
lemah (rad al- a f). Namun begitu, beliau lebih menggunakan kaedah pengharmonian
(al-Jam u wa al-Tauf q) dalam kebanyakan perbahasannya dan tidak pula mengabaikan
kaedah pemansukhan hukum (al-N sikh wa al-Mans kh).
3.2.1 Menolak yang Dhaif (Rad al- a 
Ibn Qutaibah menggunakan kaedah Rad al- a dalam menghuraikan hadith yang
didakwa adanya percanggahan dan kemusykilan. Kaedah tersebut boleh dilihat pada
hadith yang terletak di bawah tajuk: Malu adalah cabang daripada iman
(نايلا نم ةبعش ءايلا).
10
Puak Raw fi mendakwa bahawa hadith berikut mempunyai percanggahan dengan
logik akal:
نايلا نم ةبعش ءايلا
11
Mereka mengatakan bahawa iman adalah sesuatu yang diperolehi dan malu itu pula
merupakan naluri yang ada di dalam diri setiap individu. Lalu bagaimana naluri itu boleh
disamakan dengan sesuatu yang boleh kita perolehi? Inilah keraguan yang telah
ditimbulkan oleh golongan menyeleweng. Mereka seolah-olah beranggapan bahawa malu
dan iman tiada langsung kaitan di antara satu sama lain.
10
Ibid., hlm 217.
11
Al-Bukh ri dalam Kitab a nya: Kit b al-I m n, B b Bay n Um r al-I m n, No. 9, Jil.
1, hlm 12 & Muslim dalam kitab a nya; Kit b al-I m n, B b Bay n Adad S u al-I m n wa af
aluh wa adn h wa fa lah al-Hay ’ wa kaunuhu min al-I m n, No. 57 dan 58, Jil. 1, hlm 63. . (Semua
hadith di dalam penulisan ini ditakrij melalui CD Maktabah al- ad th al-Syar f Wa Ul muhu).
5
Ibn Qutaibah telah menyelesaikan dan menjawab masalah keraguan yang
ditimbulkan oleh golongan menyeleweng ini dengan mendatangkan dalil logik akal.
Beliau mengatakan sesungguhnya individu yang mempunyai sifat malu dapat
mengelakkan diri daripada kemaksiatan dengan perasaan malu itu sebagaimana iman
dapat mengelakkan seseorang daripada melakukan maksiat dan ini menunjukkan seolah-
olah ia adalah cabang daripadanya. Dan orang Arab melaksanakan sesuatu pada
tempatnya jika sekiranya perkara itu mempunyai persamaan atau menjadi sebab baginya.
Setelah mendatangkan dalil dengan logik akal, Ibn Qutaibah mendatangkan pula
dalil dalam bentuk ayat al-Quran untuk kita fikirkan. Beliau mengatakan adakah mereka
tidak melihat, rukuk dan sujud itu juga dinamakan solat??. Maksud asal solat ialah doa.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. :
 
12

Maksudnya :
“Doakanlah untuk mereka”
13
Perkataan “solli” dalam ayat di atas membawa maksud doa. Dalam firman Allah s.w.t.
yang lain:
 
14

Maksudnya :
“Kalau tidak ada doa ibadah kamu kepadanya”
Perkataan “du
c
āukum” dalam ayat di atas membawa maksud solat mereka.
Apabila kita perhatikan dua ayat di atas, didapati bahawa solat dan doa
mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu sama lain. Asal perkataan solat membawa
erti doa dan doa itu pula adalah sebahagian daripada solat. Atas dasar itu ianya dinamakan
solat. Dan begitulah jua halnya dengan malu dan iman.
12
Al-Quran, Y suf, 9 : 103.
13
Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Rahman
kepada pengertian al-Quran 30 Juzuk, edisi keenam, (Kuala Lumpur, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri, 1983).
14
Al-Quran, Furq n, 25 : 77.
6
3.2.2 Kaedah Pengharmonian (al-Jam u wa al-Tauf q)
Antara contoh untuk kaedah ini ialah dua hadith yang dianggap adanya percanggahan di
bawah tajuk minum air dengan keadaan berdiri (امئاق ءالا برش ف).
15
Puak yang menyeleweng mengatakan bahawa hadith ini:
لجرلا برشي نأ ملسو هيلع لا ىلص لا لوسر ىن لاق سنأ نع ةداتق نع رمعم نع كرابلا نب نع
.هنم دشأ لكلا :لاق ؟لكلاف :تلق امئاق
16
Bercanggah dengan hadith:
ناك ملسو هي لع لا ىلص لا لوسر نأ رم ع نب نع عف ان نع بويأ نع رم عم نع قازرلا دب ع نع
.مئاق وهو برشي
17
Untuk menjawab dakwaan ini Ibn Qutaibah telah mengharmonikan kedua hadith
tersebut dengan menjelaskan bahawa kedua hadith itu disampaikan dengan maksud dan
tujuan yang berbeza. Ini kerana hadith yang pertama adalah bertujuan melarang seseorang
daripada makan dan minum dalam keadaan berjalan supaya adanya uma’n nah ketika
15
Ibid., hlm 300.
16
Muslim dalam kitab a nya; Kit b al-Asyribah, B b Kar hiyyah al-Syurbi Q im n, No
2024, Juz 3, hlm 1600. Ab D ud dalam kitab Sunannya; Kit b al-Asyribah, B b F al-Syurbi Q im n,
No 3717, Juz 2, hlm 362. Al-Tirmidh dalam kitab Sunannya; Abw b al-Asyribah, B b M J a F al-
Syurbi Q im n, No 1879, Juz 4, hlm 300
Hukum hadith: Dihukum sahih oleh al-Alb n dalam kitabnya a al-J mi (6829), a
Ab D ud (3717) dan a al-Tirmidh (1879).
17
Al-Tirmidh dalam kitab Sunannya; Abw b al-Asyribah, B b M J a al-Rukh ah F al-Syurbi
Q im n, No 1883, Juz 4, hlm 301. Al-Nas i dalam kitab Sunannya; Kit b ifah al- al h, B b al-In ir
f Min al- al h, No 1361, Juz 3, hlm 81.
Hukum hadith: Dihukum Hasan oleh al-Alb ni dalam kitabnya a al-Tirmidhi (1883) dan
beliau menyatakan bahawa sanadnya sahih dalam kitab a al-Nas i (1360)
7
makan dan minum. Manakala hadith yang kedua pula bermaksud minum bukan dalam
keadaan berjalan atau berlari.
18

Contoh lain pula ialah dua hadith yang didakwa adanya percanggahan di bawah
tajuk menghadap kiblat ketika membuang air kecil dan besar (طئاغ وأ لوبب ةلبقلا لابقتسا).
19
Golongan yang menyeleweng mengatakan bahawa hadith ini:
.لوب لو طئاغب ةلبقلا اولبقتست ل لاق ملسو هيلع لا ىلص لا لوسر نأ
20
Bercanggah dengan hadith:
انأ اه هنع لا يضر ةشئاع نع كلام نب كارع نع ءاذلا دلاخ نع ةناوع بأ نع سنوي نب ىسيع نع
بنلا رمأف لوب وأ طئاغب ةلبقلا اولبقتسي نأ نوهركي اموق نأ ملسو هيلع لا ىلص لا لوسرل ركذ تلاق
.ةلبقلا هب لبقتساف هئلب ملسو هيلع لا ىلص
21
Ibn Qutaibah menolak dakwaan mereka dengan mengharmonikan kedua hadith
tersebut dan menjelaskan bahawa keduanya berlaku di tempat dan suasana yang berbeza.
18
Ibid., hlm 301.
19
Ibid., hlm 86.
20
Al-Bukh r dalam kitab a nya; Kit b al-Qiblah, B b Qiblah ahl al-Mad nah wa Ahl al-Sh
m wa al-Mashriq, No 386, Juz 1, hlm 154. Ab D ud dalam kitab Sunannya; Kit b al- ah rah, B b Kar
hiyyah Istiqb l al-Qiblah inda Qad ’ al- jah, No 9, Juz 1, hlm 49. Al-Tirmidh dalam kitab Sunannya;
Abw b al- ah rah, B b F al-Nahy an Istiqb l al-Qiblah bi Gh i Au Baul, No 8, Juz 1, hlm 12.
Hukum hadith: Dihukum a oleh al-Alb n dalam kitabnya a Ab D ud (9) dan a
al-Tirmidh (8).
21
Diriwayatkan oleh A mad ibn anbal dalam Musnadnya; Musnad al-An r, ad th al-
Sayyidah Aishah r.a, No 25339, Juz 6, hlm 183 dengan lafaz matan yang berbeza seperti berikut:
كلذ نوهركي سانلا نأ هغلب ال ةلبقلا هب لبقتسي نأ هئلب رمأ ملسو هيلع لا ىلص بنلا نأ : ةشئاع نع
Hukum hadith: tidak diketahui.
8
Tempat yang melarang membuang air kecil dan besar dengan menghadap ke arah kiblat
ialah padang pasir dan kawasan luas yang tidak mempunyai pokok dan tumbuh-
tumbuhan. Ini kerana ketika mereka bermusafir dan berhenti untuk solat, ada antara
mereka yang menghadap kiblat untuk solat dan ada pula yang menghadap kiblat untuk
membuang hajat mereka. Atas sebab itu, baginda s.a.w melarang mereka membuang air
menghadap kiblat sebagai tanda penghormatan kepada kiblat dan penyucian untuk ibadah
solat itu sendiri.
22
Berikutan hal ini, mereka menyangka bahawa larangan tersebut juga perlu
diaplikasikan di rumah dan tandas. Lalu baginda mengarahkan menutup tempat itu dan
boleh menghadap ke arah kiblat. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada mereka bahawa
menghadap kiblat ketika membuang air dibolehkan di rumah dan lain-lain tempat yang
tertutup dan juga tempat-tempat yuang tidak seharusnya dilaksanakan solat di situ.
23
3.2.3 Kaedah al-N sikh wa al-Mans kh
Ibn Qutaibah tidak banyak mengaplikasikan kaedah al-N sikh wa al-Mans kh dalam
menghuraikan masalah hadith Musykil dan Ikhtilaf. Antara huraian yang ditemui oleh
pengkaji dengan menggunakan kaedah ini adalah hadith yang didakwa oleh anti hadith
sebagai bercanggah dengan ayat al-Quran yang terletak di bawah tajuk: Hukum wasiat
yang menolak ayat al-Quran (باتكلا هعفدي ةيصولا ف مكح).
24

Puak Khawarij mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ثراول ةيصو ل
25
22
Ibid., hlm 86.
23
Ibid., hlm 87.
24
Ibid., hlm 178.
25
Ab D ud dalam kitab Sunanya; Kit b al-Wa y , B b M J a F al-Wayyah li al-W rith,
No. 2870, Juz 2, hlm 127. Al-Nas i dalam kitab Sunannya; Kit b al-Wa y , B b Ib al al-Wa y li
al-
W rith, No 3641 & 3643, Juz 6, hlm 247. Ibn M jah dalam kitab Sunannya, Kit b al-Wa y , B b L
Wa yyah li al-W rith, No 2713 & 2714, Juz 2, hlm 905.
9
Dan menurut mereka, hadith ini jelas bercanggah dengan ayat al-Quran:
     
     

Maksudnya:
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang antara kamu
kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta
yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan saudara-maranya
secara makruf, (Ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang
bertakwa.
26
Menurut mereka, kedua ibu bapa adalah waris dalam apa jua keadaan tidak ada apa
yang boleh menghalang keduanya daripada mendapat harta warisan dan jelas riwayat ini
bertentangan dengan ayat al-Quran.
27
Namun begitu, Ibn Qutaibah telah menyanggah dakwaan golongan Khaw rij ini
dengan mengatakan bahawa ayat ini telah dimansukhkan dan ianya telah dinasakhkan
oleh ayat al-Maw rith (ayat berkenaan pembahagian harta).
28
4.0 PENUTUP
Setelah mengkaji Kitab Ta’w l Mukhtalif al- ad th ini, pengkaji mendapati bahawa Ibn
Qutaibah hanya menggunakan tiga daripada lima metodologi yang digunakan oleh para
imam dalam menyelesaikan masalah percanggahan hadith ini. Metodologi yang
Hukum hadith: Dihukum a oleh al-Alb n dalam kitabnya a al-J mi (7570) dan a
Ibn M jah (2211).
26
al-Qur n, al-Baqarah, 2:180.
27
Al-Dain r , hlm 178.
28
Ayat al-Maw rith: 2 ayat yang menceritakan tentang pembahagian harta terdapat di dalam surah
al-Nis ’, 4: 11-12.
10
digunakan oleh beliau ialah Rad al- a , al- a u wa al-Tauf q dan al-N sikh wa al-
Mans kh. Pengkaji berpendapat bahawa Ibn Qutaibah tidak menggunakan kesemua
metodologi dalam kitab beliau kerana tiga metodologi tersebut telah mencukupi untuk
menyelesaikan masalah percanggahan yang dikupas di dalam Kitab Ta’w l Mukhtalif al-
ad th ini. Oleh yang demikian, Ibn Qutaibah tidak menggunakan dua metodologi yang
lain iaitu al-R ji wa al-Tarj dan tawaqquf.
Kitab Ta’w l Mukhtalif al- ad th ini juga merupakan sebuah kitab yang layak diangkat
sebagai kitab Turath Islamiyyah yang unggul. Ini kerana perbahasan Ibn Qutaibah
mengenai percanggahan hadith di dalam Kitab Ta’w l Mukhtalif al- ad th sangat baik
dan boleh dijadikan rujukan dari masa ke semasa. Penerangannya mudah difahami. Gaya
perbahasan di dalam kitab ini juga sistematik, kemas dan tersusun. Para pembaca juga
tidak akan keliru dan pasti berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Semoga kertas kerja ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang
ingin mengenali metodologi Ibn Qutaibah dalam kitab Ta’w l Mukhtalif al- ad th.
5.0 RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
___________. 1983. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran 30Juzuk.
Pnys. Sheikh
c
Abdullah bin Muhammad Basmih. Ed. Ke-6. Kuala Lumpur :Dar
al-Fikr.
Al-Dain r ,
c
Abdull h bin Muslim bin Qutaibah. 1995/1415. Takwīl Mukhtalif al-
Hadīth. Mu ammad
c
Abdul Ra m (pnyt.). Beir t: D r al-Fikr.
Al-Khat b, Mu ammad
c
Ajj j. 1989. U l al-H d th
c
Ul muhu Wa Mu al huhu.
Beir t: D r al-Fikr.
Maktabah al- ad th al-Syar f wa Ul muhu. t.th. (CD-ROM) [17 Januari 2009]
11
12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->