P. 1
Pertubuhan Malaysia Dan Kesan-kesannya

Pertubuhan Malaysia Dan Kesan-kesannya

4.78

|Views: 35,120|Likes:
Published by Suzie Lim
Faktor-faktor pembentukkan Malaysia yang merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi serta kesan-kesannya sehingga ke abad ini.
Faktor-faktor pembentukkan Malaysia yang merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi serta kesan-kesannya sehingga ke abad ini.

More info:

Published by: Suzie Lim on Feb 09, 2009
Copyright:Attribution

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

09/07/2015

pdf

PERTUBUHAN MALAYSIA DAN KESAN-KESANNYA ABSTRAK Selama 400 tahun lamanya Tanah Melayu telah dijajah oleh

kuasa luar. Keadaan ini telah mendorong rakyat pada masa itu untuk muncul dengan semangat nasionalisme demi memperjuangkan Kemerdekaan. Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ekoran daripada itu, usul penubuhan Persekutuan Malaysia iaitu penggabungan atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei telah dilahirkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dalam satu ucapan penting beliau pada 27 Mei 1961 di Singapura. Walaupun usul ini telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam memperjuangkan matlamat “Gagasan Malaysia”. Namun akhirnya, semangat nasionalisme yang ditunjukkan oleh rakyat dari pelbagai suku-kaum, kepercayaan, agama dan budaya telah menjadi pemangkin kepada Kemerdekaan Malaysia.

PENGENALAN Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada pihak British agar Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dengan persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaaan Malaysia. Namun, kerajaan British menolak cadangan tersebut kerana
Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 1

Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura telah mengubah fikirannya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Singapura, beliau telah menyuarakan hasrat beliau untuk menyatukan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei untuk membentuk Malaysia. Cadangan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. JPPM memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia, memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. JAK ditubuhkan adalah bertujuan untuk merangka perlembagaan Malaysia. Ekoran daripada itu, satu laporan telah dikeluarkan pada 27 Februari 1963. Laporan ini mengandungi 20 perkara yang telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa yang sama, Brunei mengambil kesempatan untuk menarik diri secara

rasminya. Sehubungan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia juga memberi tentangan yang kuat terhadap gagasan Malaysia. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara tersebut dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan pada
Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 2

April 1963 untuk mencapai satu penyelesaian terhadap persengketaan tiga buah negara ini. Pemimpin ketiga-tiga negara bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michealmore

menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan iaitu 31 Ogos 1963 terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya. Maka pada 16 September 1963, penubuhan

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Terdapat beberapa faktor penting yang membawa kepada tertubuhnya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Faktor-faktornya adalah seperti berikut: -

1.

FAKTOR POLITIK i) SENARIO POLITIK DI SINGAPURA Pada tahun 1950an, pengaruh Komunis semakin kuat di Singapura. Ejen-ejen Komunis telah meresap masuk ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja di Singapura. Pucuk pimpinan Lee Kuan Yew melalui Parti Tindakan Rakyat (PETIR) semakin merosot apabila mula dikuasai oleh pihak berhaluan kiri. Pengaruh Komunis

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 3

semakin kuat apabila Lim Chin Siong telah menubuhkan parti Barisan Sosialis yang berhaluan Komunis. Tunku Abdul Rahman yang risau akan perkembangan ini daripada masuk ke Tanah Melayu telah pun mencadangkan gagasan Malaysia dengan bekerjasama dengan Lee Kuan Yew agar hasrat Komunis dapat dibendung.

ii)

SENARIO POLITIK DI SARAWAK Pada tahun 1951, pengaruh Komunis juga telah berkembang ke negeri Sarawak

melalui Liga Belia Demokratik Cina namun telah dibubarkan semasa Darurat. Persatuan Belia Maju Sarawak yang berhaluan Komunis seterusnya ditubuhkan yang berkembang melalui kesatuan sekerja, para pelajar dan juga petani. Mereka menghasut golongan-golongan ini yang terutamanya berbangsa Cina untuk menentang British yang dianggap penindas dan penjajah. Sebuah parti politik lain yang telah wujud di Sarawak pada ketika itu juga telah dipengaruhi oleh pihak Komunis iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Pihak British telah cuba untuk menentang ancaman Komunis tersebut tetapi gagal. Adalah diharapkan bahawa dengan pembentukan bersama di dalam Malaysia ini, pengaruh Komunis dapat dihapuskan dengan wujudnya kestabilan politik di Sarawak.

iii)

KESEIMBANGAN KAUM DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN Penubuhan Malaysia juga bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk.

Tunku Abdul Rahman menjangkakan bahawa kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memupuk perpaduan bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian kekayaan warisan budaya. Penggabungan ini akan

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 4

mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera. Manakala Singapura pula mempunyai 80% penduduk cina.

iv)

MENYEGERAKAN PROSES KEMERDEKAAN Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan

Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan dengan lebih awal jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di negara ini dan dapat menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu dari ancaman kuasa luar.

2.

FAKTOR EKONOMI i) MEMAJUKAN EKONOMI SERANTAU Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai

kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Sarawak dimajukan. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Hal ini dimaksudkan kekayaan dari kawasan maju akan

dipindahkan ke kawasan yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.

3.

FAKTOR SOSIAL i) MEMUPUK PERPADUAN BANGSA MALAYSIA YANG MAJMUK. Soal memupuk persefahaman serantau dan melahirkan satu bangsa yang kaya dengan warisan kebudayaannya. Pihak British juga menekankan bahawa melalui

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 5

penyatuan negeri sebagai satu wilayah besar akan dapat memupuk persefahaman dan identiti sendiri.

KESAN-KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA Dalam beberapa tahun pertama wujudnya Persekutuan Malaysia, Malaysia telah menghadapi cabaran-cabaran yang serius. Berikut adalah cabaran-cabaran yang telah dihadapi, kesan daripada pembentukan Malaysia: -

1.

DASAR KONFRONTASI INDONESIA Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu pada 16 September 1963 kerana pembentukan Malaysia telah menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah melayu. Selain itu, beliau terasa tersinggung kerana tidak diajak dalam perundingan mengenai penubuhan Malaysia.

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 6

Pada bulan September 1963, serangan gerila dilancarkan oleh Indonesia. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. pengintip juga dihantar. Akibatnya: Pengintip-

i)

Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan terhadap serangan Indonesia.

ii) iii) iv) v) vi)

Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan. Britain memberi bantuan ketenteraan. Australia, New Zealand dan Canada memberi bantuan senjata. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan. Dato’ Abdul Razak melawat ke Negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukan nama Malaysia. Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal.

Konfrontasi menjadi berkurangan.

Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha Hasrat

menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantikan Sukarno.

Hasilnya,

perjanjian damai telah ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas rundingan Tun Abdul Razak dengan Adam Malik di Bangkok.

2.

PENGIKTIRAFAN FILIPINA KE ATAS SABAH Apabila Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting pada ketika itu. Walau

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 7

bagaimanapun, atas usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan, akhirnya Filipina telah mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

3.

SINGAPURA KELUAR DARI PERSEKUTUAN MALAYSIA Pada tahun 1965, Singapura mengambil keputusan keluar dari persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah Negara Republik.

4.

TERCETUSNYA RUSUHAN KAUM Selepas kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, telah berlaku beberapa rusuhan kaum akibat dari masalah pengagihan ekonomi yang tidak sekata di antara kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan juga India. Sebenarnya masalah ini telah pun bermula sebelum merdeka lagi iaitu pada tahun 1956 di Pulau Pinang ketika perayaan pemberian taraf bandaraya kepada Pulau Pinang. Selanjutnya wujud lagi

beberapa rusuhan yang lain seperti di Pulau Pangkor (1960), Bukit Mertajam (1966) dan sekali lagi di Pulau Pinang pada tahun 1967. Usaha yang serius telah diambil oleh kerajaan untuk membendung rusuhan kaum selepas berlakunya rusuhan berdarah pada 13 Mei 1969 dengan menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MAGERAN) di bawah Undang-undang Darurat dan telah diwartakan pada 29 Januari 1970.

5.

PENUBUHAN RUKUN NEGARA Ekoran dari penubuhan MAGERAN tersebut, mesyuaratnya yang pertama telah memutuskan untuk menubuhkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-13. Prinsip Rukun Negara adalah penting untuk diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia bagi mewujudkan perpaduan nasional, demokrasi dan keadilan. Terdapat lima

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 8

prinsip Rukun Negara yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Kepada Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara menjadi pedoman agar rakyat yang berbilang kaum dapat bersatu-padu dan menjamin kesejahteraan masyarakat secara demokratik, adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.

6.

PENUBUHAN DASAR-DASAR PEMBANGUNAN MALAYSIA. Beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan selepas Kemerdekaan negara dicapai dalam mengatasi masalah seperti ekonomi dan sosial yang dialami ketika itu. Dasar-dasar tersebut bolehlah dibahagikan kepada berikut: i) DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI Faktor-faktor asas kepada Pengenalan dasar ini adalah kedudukan ekonomi yang terbuka, sistem ekonomi campuran, masyarakat berbilang kaum dan kerajaan persekutuan. Urutan dasar ini memakan masa 5 tahun setiap satunya seperti

Rancangan Malaya pertama (1956-1960) hinggalah kepada Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995). Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula telah diperkenalkan pada 17 Jun 1991 dengan strategi asasnya adalah untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk membaiki ketidak-seimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan Negara. Dasar-dasar lainnya adalah seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Wawasan Negara, Pelan Induk Perindustrian dan lain-lain lagi.

ii)

DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL Page 9

Sus.LHP/Bns/Oum/08

a)

Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dilaksanakan pada tahun 1970 dan Bahasa

Malaysia menjadi bahasa pengantar utama di semua sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi. Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan Negara dan mampu menghadapi sebarang persaingan serta cabaran masa hadapan. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia dan memberikan penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

b)

Dasar Wanita Negara Peranan yang dimainkan oleh wanita di dalam setiap bidang seperti ekonomi,

pembangunan keluarga dan masyarakat, sosial an politik negara adalah penting. Penggubalan Dasar Wanita Negara merupakan pengiktirafan Kerajaan terhadadap sumbangan wanita di dalam pembangunan Negara, dan menempatkan wanita sebagai rakan yang sama penting dalam usaha membina Negara. Objektif Dasar Wanita Negara adalah untuk menjamin perkongsian saksama di antara lelaki dan perempuan di dalam menikmati peluang dan faedah dari pembangunan; dan mengintegrasikan sumbangan wanita dalam proses pembangunan Negara selaras dengan kemampuan dan keperluan wanita. Dasar Wanita Negara menggariskan pelbagai strategi pelaksanaan bagi

menjamin kecekapan, keberkesanan, keselarasan dan keseragaman dasar dan tindakan-tindakan yang telah dikenalpasti.

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 10

Oleh itu, Dasar ini mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita yang aktif dan bererti dalam politik. Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan

penglibatan kerajaan, kehendak-kehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan jentera penggerak di peringkat Kerajaan Pusat, iaitu Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA). c) Dasar Belia Negara Dasar Belia Negara ini mensasarkan kepada belia yang berumur 18-25 tahun yang berteraskan kepada 6 strategi iaitu:  Meningkatkan usaha untuk meluaskan pengetahuan.  Menanam nilai-nilai murni dan sikap positif.  Melengkapkan belia dengan kemahiran vokasional dan kemahiran.  Meningkatkan kemudahan yang sesuai untuk menggalakkan interaksi sosial yang sihat.  Menggalakkan amalan gaya hidup sihat.  Membina semangat bekerjasama dan perkongsian antara agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

iii)

PENUBUHAN DASAR LUAR NEGARA SELEPAS MERDEKA Objektif-objektif dasar luar Negara secara ringkas adalah:  Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.  Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.  Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain.

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 11

 Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa.  Mempertahankan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang.  Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain. Kementerian Luar Negara yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hubungan luar Negara. Kementerian ini menguruskan perkara-perkara berhubung

dengan hubungan politik, hal ehwal, eknomi, keselamatan dan promosi sosial dan kebudayaan. Misi kementerian ini adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.

a)

Kerjasama Serantau Kerjasama serantau banyak ditumpukan kearah memajukan ASEAN.

Keutamaan dikenalpasti kearah meningkatkan daya saing dan pembangunan sektor kewangan serantau termasuk membangunkan ASEAN sebagai satu kelas asset, memperkasakan liberalisasi perkhidmatan kewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan pembiayaan prasarana. Tahun 2004-2005, Asean terus

mempromosikan rantau ini sebagai destinasi pelaburan utama dengan mengambil kira integrasi ekonomi serantau lebih erat. b) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ASEAN (Association of South East Asian Nations) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah Negara termasuk Malaysia menandatangai deklarasi penubuhan ASEAN di Bangkok. Kini, ASEAN dianggotai 10 buah Negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Laos dan
Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 12

Myanmar.

Menerusi ASEAN, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan

perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan Negara anggota lain.

c)

Malaysia dan Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) OIC telah ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Tunku Abdul

Rahman merupakan Setiausaha Agung OIC yang pertama. Jeddah, Arab Saudi.

Pejabat OIC terletak di

Pertubuhan Persidangan dianggotai oleh 57 negara Islam

daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC merupakan fokus khusus untuk menyatu-padukan kesemua negara-negara Islam di dunia demi kebaikan semua pihak.

d)

Malaysia dalam Komanwel Komanwel merupakan pertubuhan Negara-negara bekas tanah jajahan British

termasuklah Malaysia.

Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai

kemerdekaan pada tahun 1957. Matlamat penubuhan ini adalah untuk mewujudkan persahabatan dan

perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan British. Dalam persidangan ketua-ketua Negara komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah ,menyaran badan dunia ini memainkan

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 13

peranan dalam menangani isu-isu ketidak adilan perdagangan dunia , penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid.

e)

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia juga telah menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 17

September 1957 selepas merdeka. Dengan penyertaan Malaysia dalam PBB maka salah satu amalan utama yang dasar luar Negara ini adalah menyokong PBB dalam semua aktivitinya. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal Negara lain. Selain itu. PBB bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Oleh itu, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan. PBB

memainkan peranan dalam dua perkara yang berkaitan dengan politik dunia iaitu:  Perhimpunan Agung PBB  Majlis Keselamatan

f)

Pertubuhan Negara-nagara Berkecuali (NAM) NAM (The Non-Aligned Movement) telah diasaskan pada tahun 1961.

Bersempena sidang kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia. Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata olej dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak

kepada Blok Barat atau Blok Timur. Dalam hal ini, NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negara lain. g) Kumpulan G-15 dan Kerjasama Selatan-selatan Page 14

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Kumpulan G-15 telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan berfungsi sebagai pemangkin ke arah kerjasama Selatan-selatan. Tiga buah projek G-15 telah dirintis oleh Malaysia, iaitu Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Negaranegara Selatan (SITTDEC), Peraturan Pembayaran Dua Hala (BPA) dan Mesyuarat Kumpulan Pakar Bagi Pertukaran Maklumat mengenai Dasar Ekonomi Negara (EINEP) telah mencapai kemajuan yang cemerlang. Penubuhan SITTDEC di Malaysia

merupakan pencapaian penting G-15 dalam usaha menjadikan Negara-negara Selatan lebih maklum dalam hal ehwal perdagangan, pelaburan dan aktiviti ekonomi yang lain.

PENUTUP DAN RUMUSAN Kerajaan Malaysia setapak demi setapak telah maju ke hadapan sepertimana yang kita dapat lihat dan dinikmati pada hari ini, berbandingkan dengan keadaan semasa era praKemerdekaan yang memecah-belahkan rakyat menurut pemecahan ekonomi seperti yang dipraktikkan oleh kerajaan Inggeris sebelum merdeka. Hasil daripada jajahan Inggeris, reaksi negatif rakyat dan Negara jiran serantau terhadap penubuhan Malaysia, menyebabkan pemimpin-pemimpin kita berikhtibar untuk mencari jalan penyelesaian demi memantapkan lagi perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan politik serta mengekalkan keselamatan Negara. Oleh yang demikian, banyak dasar-dasar telah diwujudkan bagi mencapai objektif Dasar

Pembangunan Negara dan salah satunya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk menyatu-padukan rakyat yang berbilang suku-kaum, kepercayaan, agama dan memajukan ekonomi serta menjamin keamanan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. RUJUKAN

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 15

1.

Malaysia history to 1963 [article]. (2008). In The Hutchinson Unabridged Encyclopedia with Atlas and Weather guide. Abington: Helicon. In Credo Reference (OUM Digital Collection).

2.

Hasnah Hussin., & Dr. Seri Lanang Jaya Hj. Rohani. (2008). Malaysian Studies MPW1133/2133. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia (OUM).

3.

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). (2003). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

4.

Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia (Edisi Ketiga). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

5.

Hasnah Hussin, & Mardiana Nordin (2002). Pengajian Malaysia (Edisi Kedua). Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sus.LHP/Bns/Oum/08

Page 16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->