P. 1
Seminar al-Sunnah dan Isu-isu Semasa

Seminar al-Sunnah dan Isu-isu Semasa

5.0

|Views: 1,052|Likes:
Published by sakinahsaptu

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: sakinahsaptu on Feb 09, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/10/2014

pdf

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

KITAB-KITAB SYARAH KUTUB AL-SITTAH Mohd Akil Muhamed Ali Tengku Intan Zarina Tengku Puji Sakinah Saptu Nurul Syuhada Mohd Muzni Nurulhuda Ahmad PENDAHULUAN
Al-Qur'an dan Hadith merupakan dua sumber penting pensyariatan Islam. Rasulullah s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia seluruhnya untuk menjelaskan perkara-perkara yang dibicarakan di dalam al-Quran. Justeru, adalah penting bagi setiap Muslim untuk memahami dan menghayati setiap pengajaran dan hukum-hakam yang terdapat di dalam hadith di samping memastikan bahawa hadith-hadith tersebut terpelihara daripada sebarang pemalsuan atau rekaan yang boleh menyebabkan kesahihannya dipersoalkan oleh golongan-golongan yang cuba memesongkan dan merosakkan akidah umat Islam. Para ulama' terdahulu sehinggalah sekarang sentiasa menyumbang kearah mempertahankan kesahihan dan ketulenan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Antara usaha-usaha yang dilakukan ialah membukukan hadith-hadith yang diyakini kesahihannya dan mengarang kitab-kitab syarah yang boleh membantu umat Islam bagi memahami dan menghayati hukumhakam serta pengajaran yang terdapat di dalam setiap hadith Nabi s.a.w sekaligus menerapkannya di dalam kehidupan seharian. Kitab Hadith yang masyhur ialah “Kutub al-Sittah” iaitu enam buah kitab hadith yang dihasilkan oleh enam orang ahli hadith yang terkenal. Mula dipelopori oleh Imam al-Bukhari dan kemudiannya diikuti pula oleh ahli hadith yang lain seperti Imam Muslim, Imam al-Tirmidhi, Imam Abu Dawud, Imam al-Nasai dan Imam Ibnu Majah. Setiap Kitab Hadith ini mempunyai kitab syarahnya yang tersendiri yang dikarang dan disusun dalam pelbagai gaya dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kertas kerja ini cuba memperkenalkan kepada pencinta ilmu khususnya umat Islam berkenaan keenam-enam kitab hadith tersebut serta diikuti dengan sebahagian kitab-kitab syarah utama yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan ianya dapat mempertingkatkan tahap keintelektualan dan iman kita semua.

IMAM AL-BUKHARI
Nama penuh Imam al-Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju’fi al-Bukhari. Dilahirkan di Bukhara pada hari Jumaat, 13 Syawal tahun 194H bersamaan 21 Julai 810M. Beliau terkenal dengan panggilan al-Bukhari kerana dinisbahkan kepada daerah tempat kelahirannya. Beliau meninggal dunia pada 30 Ramadhan 256H. Bapa Imam Bukhari merupakan seorang

1

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

ahli hadith yang telah mempelajari hadith daripada ulama yang terkenal seperti Malik Ibn Anas dan Ibn al-Mubarak. Bapanya meninggal dunia sewaktu usia Imam Bukhari masih kanak-kanak. Beliau telah mula mempelajari hadith ketika berusia 11 tahun serta telah menghabiskan masa selama 5 tahun di Basrah untuk mempelajari ilmu hadith dan ilmu lain. Ketika berusia 16 tahun beliau juga telah berjaya menghafal kitab yang dikarang oleh Ibn al-Mubarak dan al-Waqi’. Pada usia tersebut juga beliau telah berhijrah ke Makkah, Madinah, Hijaz, Mesir dan Kufah untuk mempelajari untuk mempelajari ilmu hadith dengan mendalam.

KITAB SAHIH AL-BUKHARI

Nama kitab Sahih Al-Bukhari sebenarnya adalah ringkasan bagi judul asal karangan Imam al-Bukhari iaitu: Al-Jami’ al-Sahih Li Musnad Min Hadith Rasulullah Wa Ayyamuhu. Kitab ini mengandungi tidak kurang daripada 9082 hadith sahih termasuk hadith-hadith yang berulang-ulang. Ini tidak termasuk hadith-hadith yang bertaraf mauquf dan maqtu’ iaitu hadith yang bersumberkan sahabat dan tabiin. Imam alBukhari mengambil masa lebih kurang 16 tahun bermula di Makkah kemudian disambung di Madinah dan diakhiri di tempatnya iaitu Bukhara. Hadith-hadith yang dimuatkan dalam sahihnya itu diambil daripada 600,000 hadith yang dihafaznya. Daripada jumlah hadith yang sedemikian banyak, beliau hanya memasukkan sebanyak 9000 lebih sahaja ke dalam sahihnya setelah beliau melakukan sembahyang hajat bagi memastikan sesuatu hadith itu benar-benar sahih. Selain itu

2

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

beliau juga hanya memasukkan hadith yang diriwayatkan oleh golongan pertama sahaja dan meninggalkan riwayat golongan lain. Kitab Sahih al-Bukhari yang masyhur ini mengandungi 97 kitab atau tajuk yang membahaskan tentang berbagai-bagai perkara antaranya iman, ibadat, wasiat, hutang, nafkah, jihad dan banyak lagi.

KITAB SYARAH SAHIH AL-BUKHARI 1. Fath al-Bariy Bisyarh Sahih al-Bukhari Penulis kitab ini ialah al-Imam al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalaniy (773H852H). Kitab syarah ini telah ditahqiq oleh al-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Abdullah bin Baz. Kitab ini adalah cetakan Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan pada tahun 1996M. Ia mempunyai 15 juzuk. Manakala kulit bukunya berwarna hitam.

Kitab ini pada juzuk pertama dimulakan dengan pengenalan penerbit, kata-kata aluan bagi kitab al-Hafiz Ibn Hajar dan sanad-sanad Ibn Hajar ke sahih Al-Bukhari. Berikutnya barulah dimulakan syarahnya dengan dimulakan dengan basmalah, kitab bab dan syarah.

2. ‘Umdat al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari

3

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Kitab ini dihasilkan oleh al-Syaikh al-Imam al-'Allamah Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud Ibn Ahmad al-'Aini. Kitab ini dicetak pada tahun 1998M. Ia mengandungi sebanyak 25 juzuk. Kulit hadapan kitab ini berwarna hitam dan tulisannya berwarna emas.

Buku ini dimulai dengan basmalah, nama kitab serta syarahnya, nama bab beserta syarahnya dan hadith bersama syarahnya. Setiap juzuk ada isi kandungan. Bagi juzuk yang terakhir terdapat kata-kata penutup. 3. Sahih Abi Abdullah al-Bukhari Bisyarh al-Kirmaniy Kitab ini dihasilkan oleh al-Syaikh Syams al-Din Muhammad Ibn Yusof Ibn Ali alKirmaniy adalah cetakan dari Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabiy, Beirut. Ia juga merupakan cetakan yang kedua iaitu pada tahun 1981M bersamaan 1401H. Ia mengandungi sebanyak 16 juzuk. Kulit hadapan kitab ini berwarna coklat muda dan tulisannya berwarna kuning emas.

4

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Buku ini dimulakan dengan Basmalah pada setiap kitab, barulah diikuti dengan bab dan hadith. Syarahnya pula terletak pada nota kaki. Manakala di belakang sekali terdapat isi kandungan buku. 4. Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Battal Kitab ini dikarang oleh Abu al-Hasan Ali bin Khalaf bin Abdul Malik yang lebih dikenali sebagai Ibn Battal. Ia didhabit nasnya dan diulas oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim. Ia dicetak oleh Maktabah al-Rusyd, al-Riyadh. Ia merupakan cetakan yang pertama iaitu pada tahun 2000M dan mempunyai 10 juzuk.

5

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Kitab ini dimulai dengan tajuk kitab dan hadis. Seterusnya barulah diberi keterangan tentang sesuatu hadith dan dibawakan pendapat ulama’. Ia juga mempunyai nota kaki bagi menjelaskan makna sesuatu kalimat. Selain itu pada nota kaki juga diletakkan nama ayat dan surah bagi sesuatu ayat al-Quran yang didatangkan. Di hujung kitab terdapat indeks untuk mengetahui halaman bagi sesuatu hadith.

5. Al-Tausyih Bisyarh al-Jami’ al-Sahih Kitab ini dihasilkan oleh Imam al-Hafiz Abi al-Fadl Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuti. Kemudian ditahqiq oleh Ridhwan Jami’ Ridhwan. Kitab ini adalah cetakan Maktabah al-Rusyd, al-Riyadh. Ia merupakan cetakan yang pertama pada tahun 1998M. Buku ini mempunyai sebanyak 5 juzuk.

Pada juzuk yang pertama ia dimulai dengan pendahuluan daripada pentahqiq serta pendahuluan daripada penulis kitab ini. Kemudian diikuti dengan bab dalam menerangkan syarat-syarat al-Bukhari berserta tajuk-tajuknya. Nota kaki yang terdapat dalam buku ini merupakan takhrij hadith, athar dan juga penerangan kalimat-kalimat yang gharib. Kitab ini juga mengandungi indeks berkenaan tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini. Di dalam kitab indeks tersebut, terdapat thabit al-Maraji’, thabit alasya’ar al-Waridatu fi al-Tausyih, thabit al-kutub al-waridah fi al-Tausyih, indeks hadith dan athar, indeks ayat, dan indeks hadith dan athar dalam al-Sahih.

6. A’lam al-Hadith Fi Syarh Sahih al-Bukhari

6

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Kitab ini ditahqiq dan dikaji oleh Dr Muhammad bin Said bin Abdurrahman Aali Su’ud. Kitab ini telah dicetak oleh al-Turath al-Islamiy. Buku ini berwarna hijau putih dan bertulisan hitam.

Buku ini dimulakan dengan tajuk kitab, hadis dan syarah. Terdapat nota kaki bagi keterangan sesuatu berserta dengan takhrij hadithnya. Kitab ini mempunyai banyak indeks iaitu sebanyak 14 indeks yang mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu seperti indeks amthal dan kata-kata masyhur, masalah fiqh, tajuk-tajuk kajian, syair, rujukan dan lain-lain lagi.

IMAM MUSLIM
Nama sebenar Imam Muslim ialah Abu al-Husain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn al-Warid Ibn Kusyaz al-Qusyairi al-Naisaburi. Dilahirkan di Naisabur pada tahun 204H bersamaan 820M. Beliau meninggal dunia di Kota Nasr Abad, Naisabur pada 261H bersamaan 875M dalam usia 57 tahun. Imam Muslim berasal daripada keturunan yang mulia dan terhormat. Beliau terdidik dalam suasana dan keluarga yang berilmu. Imam Muslim juga adalah seorang yang kuat beribadat, bertaqwa, warak, berani dan tawaduk. Pada peringkat awalnya Imam Muslim mempelajari hadith di Naisabur. Selepas itu beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang tersebut dengan ulama terkemuka khususnya di Makkah, Madinah, Iraq, Syam dan Mesir. Beliau memberi penumpuan yang penuh untuk mempelajari dan mendalami hadith ketika berusia 15 tahun. Antara tempat yang dikunjunginya untuk mempelajari ilmu hadis ialah Makkah, Iraq, Hijaz, Syria, Khurasan juga Mesir. Pada tahun 259 Hijrah

7

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

beliau telah mengunjungi Baghdad dan mendalami ilmu hadith dan agama daripada ulama di situ. Beliau juga telah banyak mempelajari ilmu hadith dengan Imam Bukhari.

KITAB SAHIH MUSLIM

Kitab sahih Muslim ini diakui oleh ulama’ hadith sebagai kitab yang kedua selepas sahih al-Bukhari. Kedua-dua kitab ini merupakan kitab yang paling sahih. Kedudukan Sahih Muslim yang kedua selepas Sahih al-Bukhari kerana dari segi syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim adalah lebih ringan daripada Imam al-Bukhari. Sahih Muslim mengandungi 4000 hadith tidak termasuk hadith yang disebut secara berulang. Sekiranya dikira semua hadith yang disebut secara berulang ia berjumlah sebanyak 12,000 hadith. Hadith sahih tersebut juga merupakan hasil kajian dan pengumpulan hadith yang dibuat oleh beliau daripada jumlah asalnya sebanyak 30,000 hadith.

KITAB SYARAH SAHIH MUSLIM 1. Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi Kitab ini adalah dikarang oleh al-Imam Muhyiddin Abi Zakaria Ibn Syaraf al-Nawawi. Al-Nawawi dinisbahkan kepada tempat asalnya iaitu al-Nuwa, di Hawran, Syiria. Kulit kitab ini berwarna hijau tua dan tulisannya pula berwarna emas. Ianya dicetak pada tahun 1990M dan mempunyai 18 juzuk.

8

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Bagi syarah kitab ini ia bermula dengan basmalah kemudian hadith berserta syarahnya. Di atas muka surat, diletakkan nama kitab dan nombor bab bagi memudahkan pencarian hadith. Pada setiap juzuk diletakkan isi kandungan. Kitab ini juga mempunyai satu buku khusus bagi indeks. Indeks ini meliputi: tajuk, kitab dan bab, hadith-hadith qawliyah mengikut abjad, nama-nama perawi daripada kalangan sahabat dan penerangan hadithhadith setiap daripada mereka dan indeks-indeks khusus seperti ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

2. Syarh Sahih Muslim Lil Qadiy ‘Iyadh al-Musamma Ikmal al-Mu’lim Bifawaidi Muslim Kitab ini adalah hasil karangan al-Imam al-Hafiz Abi al-Fadhil ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh al-Yahsabiy dan ditahqiq oleh Dr. Yahya Ismail. Ia merupakan cetakan pertama yang diterbitkan oleh Dar al-Wafa’ pada tahun 1998M bersamaan 1419H dan mempunyai sebanyak 9 juzuk. Kulit kitab ini berwarna hitam dan tulisannya berwarna emas.

9

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Ia juga mempunyai nota kaki bagi memberikan keterangan terperinci dan keterangan mengenai perawi, surah al-Qur'an dan takhrij hadith. Di akhir kitab diletakkan isi kandungan mengikut kitab dan tajuk. 3. Fath Mun’im Syarh Sahih Muslim Kitab syarah ini yang mempunyai sebanyak 10 juzuk telah dihasilkan oleh Profesor Dr. Musa Syahin Lasyin. Ia dicetak di Dar al-Syuruq dan merupakan cetakan yang pertama iaitu pada tahun 2002M bersamaan 1423H. Ciri-ciri fizikal buku ialah kulit hadapannya berwarna hitam dan bertulisan emas.

10

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Pada permulaan buku ini iaitu pada juzuk 1 dimulai dengan Muqaddimah cetakan kedua beserta manhajnya kemudian Muqaddimah cetakan pertama. Berikutnya buku ini menyenaraikan kandungan bagi kitab. Kemudian dimulakan dengan bab, hadis, syarahnya yang disebut dengan makna umum, Pembahasan arab dan kefahaman hadith. Buku ini juga mempunyai nota kaki bagi setiap sanad dengan menyenaraikannya dengan lengkap. Di belakang sekali diletakkan kandungan. 4. Al-Mufhim Lima Asykala Min Talkhis Kitab Muslim Kitab ini adalah hasil karya al-Imam a-Hafiz Abi al-Abbas Ahmad bin Imran bin Ibrahim al-Qurtubi.Ia ditahqiq oleh empat orang pentahqiq dan diterbitkan oleh Dar Ibn Kathir dan Dar al-Kalim al-Tayyib.

Bagi kandungan buku ini pula, ia dimulakan dengan kitab, bab, hadis berserta syarahnya. Ia juga meletakkan nota kaki bagi takhrij hadith. Buku ini mempunyai indeks mengikut abjad dan di akhir kitab diletakkan isi kandungan buku.

5. Ikmal Ikmal al-Mu’allim Syarah Sahih Muslim Kitab Ikmal Ikmal al-Mu’allim adalah hasil karya al-Imam Muhammad bin Khalifah alWasytani. Disertakan juga syarah kepada kitab syarah ini yang dinamakan Mukammil Ikmal al-Ikmal oleh Imam Muhammad bin Muhammad bin Yusuf al-Sanusi al-Hasani.

11

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Didhabitkan dan disahihkan oleh Muhammmad Salim Hasyim. Ia merupakan cetakan dari Dar al-Kitab al-Ilmiyah bagi cetakan pertamanya iaitu pada tahun 1994M bersamaan 1415H. Kitab ini berwarna hitam dan bertulisan emas. Ia mempunyai 9 juzuk.

6. Al-Siraj al-Wahhaj fi Kasyf Matalib Muslim Ibn al-Hajjaj Kitab ini adalah syarah daripada ringkasan sahih Muslim oleh Hafiz al-Munziri. Penulisnya adalah Abi al-Tayyib Muhammad Siddiq Khan bin Hasan bin Ali. Takhrij hadith dan ulasan oleh Ahmad Farid al-Madhidiy.

12

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Ia merupakan cetakan pertama yang diterbitkan Dar al-Kutub al-Ilmiah pada tahun 2004M. Kulit hadapannya berwarna hitam dan ditulis dengan tulisan emas. Kitab ini turut mempunyai nota kaki bagi takhrij hadith dan senarai kandungan buku.

IMAM AL-TIRMIDHI
Nama penuh beliau ialah Abu Isa Muhammad bin Isa bin Saurah bin Musa bin alDhahhak al-Sulami al-Bughi al-Tirmidhi. Beliau dilahirkan pada tahun 209H pada zaman pemerintahan Abu Jaafar al-Makmun. Ibn al-Dhiba’ al-Shaibani dalam muqaddimah Taisir al-Wusul mengatakan bahawa al-Tirmidhi lahir pada tahun 200H. Beliau lahir di sebuah tempat yang bernama Tirmidh yang berhampiran dengan Sungai Jaijun di bahagian utara Iran. Maka nama al-Tirmidhi itu dinisbahkan kepada tempat kelahirannya iaitu Tirmiz. Diantara guru-guru Imam al-Tirmidhi ialah imam al-Bukhari (265H), Muhammad bin Bashar (252H), Kutaibah bin Saad al-Madini (240H), Ishaq bih Rahawih (238H), Ismail bin Musa al-Ghazari (246H), Ali bin Hajr (244H) dan Muslim bin alHajjaj(261H). Sebagai seorang imam dalam pengajian hadith, sifat-sifat terpuji yang ada pada Rasulullah s.a.w itu berkesan kepada al-Tirmidhi. Beliau terkenal sebagai seorang yang warak, zuhud, thiqah dan lain-lain sifat yang terpuji. Al-Hafiz Umar bin Alaq berkata sebagaimana yang dipetik oleh al-Dhahabi yang bermaksud : “Setelah Imam al-Bukhari

13

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

meninggal tidak terdapat ulama’ di Khurasan seperti Abu Isa (al-Tirmidhi) dalam bidang ilmu, banyak menghafaz hadith, warak, dan zuhud serta banyak menangis hingga matanya buta selama beberapa tahun.” Imam al-Tirmidhi juga terkenal sebagai orang yang amat kuat ingatan sehingga dijadikan perbandingan bagi orang yang kuat ingatan. Abu Ya’la al-Kahlili berkata mengenai keperibadian Imam al-Tirmidhi: "‫"ثفة متفق عليه ويكفي في توثيقه أن إمام المحدثين محمد بن إسماعيل البخاري كان يعتمده ويأخذ عنه‬ Imam al-Tirmidhi meninggal dunia pada hari Isnin 13 Rejab tahun 279H/892M di Tirmiz. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa beliau meninggal dunia di satu tempat bernama Bugh ketika berumur 70 tahun. KITAB JAMI' AL-TIRMIDHI

Kitab sunan al-Tirmidhi merupakan sebuah kitab hadith yang masyhur, salah satu daripada sunan empat iaitu sunan al-Tirmidhi, sunan Abu Dawud, sunan al-Nasai’ dan sunan Ibn Majah. Pada umumnya hadith-hadith yang terdapat di dalam sunan alTirmidhi diterima untuk dijadikan hujah. Daripada penjelasan al-Tirmidhi dan al-Hafiz Muhammad binTahir al-Maqdisi, dapat disimpulkan bahawa Sunan al-Tirmidhi mengandungi:

14

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

 

Hadith sahih yang sangat tinggi nilainyta kesahihannya daripada hadith yang pertama iaitu hadith yang telah diittifakkan oleh al-Bukhari. Hadith yang kurang martabat kesahihannya daripada hadith yang pertama iaitu hadith yang menurut syarat Abi Dawud dan al-Nasai. Hadith yang diriwayatkan kerana hadith itu menjadi dalil dalam masalah yang terdapat khilaf (dalam masalah fiqih, al-Tirmidhi mendatangkan hadith bagi mazhab yang rajih, kemudian didatangkan juga hadith yang lain yang menjadi pegangan mazhab yang tidak rajih, kemudian al-Tirmidhi memberi penilaian mengenai hadith-hadith itu dan menerangkan kecacatan (illah) yang terdapat padanya. Hadith-hadith yang telah diamalkan oleh para fuqaha’ sama ada hadith itu sahih atau tidak.

Selaras dengan penjelasan diatas dan berpandukan kajian-kajian yang dibuat terhadap Sunan al-Tirmidhi didapati ia mengandungi hadith sahih, hasan, dhaif, gharib, mursal, munqati’, mudtarik, muallal, syaz, mahfuz, munkar, maaruf, mudallas, mursal, khafi, mauquf dan maqtu’.

KITAB SYARAH SUNAN AL-TIRMIDHI 1. Tuhfah al-Ahwadhi Bi Syarh Jami’ al-Tirmidhi Kitab syarah sebanyak 10 Jilid ini yang diterbitkan oleh Dar al-kutub al-Ilmiah, Beirut adalah hasil karya Imam Hafiz Abi al-Ulaa Muhammad Abd Rahman Ibn Abd al-Rahim al-Mubarakfuri. Ia merupakan kitab cetakan yang terbaru berbeza dengan kitab Tuhfah al-Ahwadhi cetakan India dan Mesir. Di dalam kitab ini disertakan bersama lampiran khas hadith-hadith yang telah diperbetulkan daripada Jami’ al-Tirmidhi. Ia mengandungi syarah yang panjang dan meletakkan hukum untuk hadith-hadith di dalamnya. Kitab ini berwarna hijau, dan ada juga sedikit warna merah dan tulisannya berwarna kuning keemasan.

15

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Di akhir jilid yang ke 10, ia melampirkan bersama hadith-hadith yang dimuatkan dalam naskhah Ahmad Syakir daripada Jami’ al-Sahih dan hadith-hadith yang tidak disenaraikan di dalam kitab ‘Tuhfah al-Ahwadhi’ yang diterbitkan oleh penerbit kitab ini (Dar al-Kutub al-Ilmiah), terbitan al-Hindiah al-Asliah dan terbitan al-Maktabah alSalafiyah.

2. 'Aridah al-Ahwadhi Bi Syarh Sahih Al-Tirmidhi Kitab syarah ini adalah kitab cetakan pertama pada tahun 1997M yang diterbitkan oleh Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut. Ia adalah hasil penulisan Imam al-Hafiz Abi Bakr Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Abdullah yang dikenali sebagai Ibn alArabi al-Maliki (543H). Ia juga merupakan kitab A’ridah al-Ahwadhi cetakan yang terbaru yang mana telah diletakkan nombor pada kitab-kitabnya, bab-babnya, hadithhadithnya dan disusun mengikut nombor yang terdapat di dalam Mu’jam al-Mufahras Li alfaz al-Hadith al-Nabawi dan Tuhfah al-Asyraf oleh al-Hafiz al-Mizzi. Ia mempunyai 12 jilid dan kulit bukunya berwarna hitam, terdapat sedikit warna hijau dan tulisannya seperti kitab-kitab yang lain iaitu berwarna kuning keemasan.

16

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Kitab ini kelihatan lebih menarik kerana tajuk kitab, tajuk bab dan nombor halaman berwarna merah. Setiap hadith diterangkan sanadnya. Nota kaki lebih membahaskan hadith dari sudut masalah fiqh dan tauhid. Manakala jilid yang ke 12 adalah kitab khas yang memuatkan indeks. Ia mengandungi indeks fiqh, indeks ayat al-Quran, indeks hadith dan athar al-Tabien, indeks nama-nama tempat dan negara dan indeks syair.

4. Al-Jami’ al-Sahih Wa Huwa Sunan al-Tirmidhi Kitab ini telah ditahqiq dan disyarahkan oleh Ahmad Muhammad Syakir. Kitab yang diterbitkan oleh Dar al-Hadith ini mempunyai 5 jilid. Tetapi untuk jilid yang ketiga hingga kelima ia ditahqiq oleh Mustafa Muhammad Hussin al-Dhahabi. Kulit hadapan kitab ini berwana hitam, dihiasi sedikit warna merah dan tulisannya warna emas.

17

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

5. Mukhtasar Sahih al-Tirmidhi Wa Syarhuh Bi Lughah al-Jawi al-Malayu al-Musamma Bahr al-Madhi Kitab ini merupakan kitab ringkasan bagi Sahih al-Tirmidhi yang mana kemudiannya di syarahkan di dalam bahasa jawi oleh Muhammad Idris Abd Rauf al-Marbawi al-Azhari. Kulit hadapannya berwarna merah dan hitam dan telah diterbitkan oleh Dar al-Fikr.

18

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Setiap hadith diterjemahkan ke dalam bahasa jawi. Terjemahan tersebut diletakkan di bawah setiap kalimah hadith, seolah-olah ia menterjemah secara harfiyyah. Kitab ini menghuraikan setiap permasalahan fiqh yang terdapat di dalam hadith. Setiap jilid diletakkan isi kandungannya. Apa yang menariknya setiap jilid akan dimulakan dengan sebuah hadith syarif: ‫نضر ال أمرا سمع مقالتي فوعاها فأداها كما سمعها‬

IMAM ABU DAWUD
Nama penuhnya ialah Sulaiman bin al-Ash’ath bin Syadad bin Amru Ibn Umar. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama penuh beliau ialah Sulaiman bin alAsh’ath bin Ishak bin Basyir bin Syadad. Manakala Abu Bakr al-Khatib di dalam kitab ‘Tarikh’nya menambah: Ibn Amru bin Imran, al-Azadi. Al-Sijistani. Beliau dilahirkan pada tahun 202 H. Imam Abu Dawud boleh dipercayai, jujur dan tepat dalam periwayatan hadithnya. Beliau bukan sahaja seorang periwayat hadith, pengumpul dan penyusun hadith yang baik, tetapi juga seorang ahli hukum dan pengkritik. Para ulama’ memujinya dan mensifatkannya sebagai hafiz, memiliki keluasan ilmu dan dan kefahaman dalam ilmuilmu hadith. Beliau juga seorang yang warak. Ahmad bin Muhammad binYasin keperibadian Abu Dawud dengan berkata: memberikan pandangannya mengenai

19

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

‫كان أبفو داود أحفد الحفاظ ففي السفلم لحديفث رسفول ال صفلى ال عليفه وسفلم, وعلمفه وعلله وسفنده, ففي أعلى‬ .‫درجه النسك والعفاف, والصلح والورع, من فرسان الحديث‬ Imam Abu Dawud meninggal dunia pada 6 Syawal 275H di Basrah pada usia 73 tahun.

KITAB SUNAN ABU DAWUD

Imam Abu Dawud mengarang kitab sunannya sewaktu beliau tinggal di Tarsus selama 20 tahun. Beliau memilih kira-kira 4800 hadith sahaja daripada 50,000 hadith untuk tujuan ini. Tidak semua hadith yang dicatit oleh Imam Abu Dawud dalam kitab ini adalah sahih. Imam Abu Dawud sendiri menunjukkan beberapa banyak hadith yang lemah dan ada hadith yang tidak disebutkan olehnya sebagai lemah.

KITAB SYARAH SUNAN ABU DAWUD

20

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

1.

Ma’alim al-Sunan

Pengarang kitab ini ialah Abu Sulaiman Hamad bin Muhammad al-Khitabi al-Busti. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 388H. Kitab ini merupakan kitab cetakan pertama pada tahun 1933 M. Kitab yang penulis temui adalah kitab yang telah difotokopi semula oleh pihak PTSL (Perpusatakaan Tun Seri Lanang). Oleh itu, penulis tidak dapat mengenal pasti bagaimana warna dan corak asal kitab tersebut.

Di dalam Kitab Sunan Abu Dawud pada muqaddimah tahqiq menyatakan bahawa kitab ini merupakan gabungan antara fiqih dan hadith. Kitab ini menjelaskan tempat-tempat yang diistinbatkan daripadanya hukum fiqh kemudian menyebut pendapat-pendapat daripada fuqaha’. Berikut merupakan contoh muka depan kitab Ma’alim al-Sunan.

2. 'Aun al-Ma’bud Kitab 'Aun al-Ma’bud yang ditemui penulis mempunyai kulit buku yang paling menarik dan unik. Tajuk kitabnya berwarna keemasan dan warna kulitnya adalah merah tua. Kitab cetakan kali pertama ini yang dikeluarkan pada tahun 2000M merupakan ringkasan bagi kitab Ghayatul Maqsud Fi Halli Sunan Abi Dawud yang mana keduaduanya adalah kitab yang telah ditulis oleh Abi Abd al-Rahman Syaraf al-Haq

21

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Muhammad Asyraf al-Sadiqi al-Azim Abadi. Kitab 'Aun al-Ma’bud ini merupakan cetakan terbaru yang telah diperincikan, disahihkan dan di letakkan nombor pada hadithnya. Buku ini telah disunting oleh Abd al-Rahman Muhammad Uthman dan telah diterbitkan oleh Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.

Kitab syarah ini meletakkan hadith berserta sanad-sanadnya kemudian mensyarahkan perkataan-perkataan hadith dan selalunya ia memberitahu apa yang dimaksudkan oleh hadith. Ia juga menyebut takhrij hadithnya dengan ringkas dengan menyertakan rujukannya sahaja. Kitab ini mempunyai 14 jilid. Jilid 13 dan 14 diletakkan dalam satu kitab. 3. Badhl al-Majhud Fi Hall Abi Dawud Pengarang kitab ini ialah Shaikh Khalil Ahmad Sahanfuri. Ia diterbitkan oleh Dar alKutub al-Ilmiah, Beirut. Kitab ini telah diulas oleh Muhmmad Zakaria bin Yahya alKandahlawi. Kulit kitab ini berwarna coklat dan tulisannya berwarna kuning emas. Di dalam Kitab Sunan Abu Dawud pada muqaddimah al-Tahqiq menyatakan bahawa: ‫ففي هذا الشرح يذكفر الشارح السفناد كامل, ويترجفم ترجمفة وافيفة تامفة, ويناقفش قول أبفو داود, ويشرح مفردات‬ ...."‫الحديث وعبارته. وقد يذكر ترجمة الراوي ليتكلم عن جرحه و تعديله فيقول مثل :فلن "ثقة‬ Kitab yang telah diterbitkan pada tahun 1973M ini, mempunyai sebanyak 20 jilid.

22

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Di akhir setiap jilid disertakan isi kandungan kitab tersebut. Menerusi bentuk cetakan dan susun atur kitab ini, jelas ia menunjukkan bahawa ia merupakan kitab yang agak lama. Hadith-hadith ditaip dengan menggunakan font size yang lebih besar dari syarahnya. Daripada pengamatan penulis, font yang digunakan ialah font yang bersize 20.

4. Sunan Abi Dawud Kitab syarah ini boleh dikatakan kitab syarah yang terbaru. Ia diterbitkan pada tahun 1999M oleh Dar al-Hadith di Kaherah. Kitab ini telah disyarahkan dan ditahqiq oleh A’bd Qadir Abd al-Khair, Sayyid Muhammad Sayyid dan Sayyid Ibrahim. Warna kulit kitab ini ialah hijau dan tulisannya pula berwarna kuning keemasan. Ia mempunyai sebanyak 5 jilid. Jilid yang kelima adalah kitab khusus yang mengandungi indeks alQur'an, indeks hadith dan athar, indeks kitab mengikut tertib pengarang, indeks kitab mengikut tertib huruf mu’jam, indeks bab-bab dan indeks perawi.

23

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

IMAM AL-NASAI
Beliau adalah al-Hafiz al-Imam Syeikh al-Islam Abu Abdul Rahman Ahmad bin Syu’aib bin ‘Ali bin Sunan bin al-Khurasani. Dilahirkan pada tahun 215H di Nasa sebuah desa yang terkenal di Khurasan. Kunyahnya ialah Abu Abd Rahman. Manakala al-Nasai adalah nisbah kepada Nasa tempat beliau dilahirkan. Beliau telah mempelajari tentang hadith begitu mendalam sehingga dengan sanadnya sekali. Antara guru yang mengajar hadith kepada beliau ialah: Qutaibah bin Said, Ishak bin Rahawaih, Isyam bin ‘Ammar, Isa bin Rughbah dan banyak lagi. Imam Nasai disifatkan sebagai seorang yang tampan dan mukanya berseri-seri. Beliau sentiasa memelihara dirinya terutama di dalam pemakanan, pemakaian, serta keseronokan. Mustafa al-Siba’i telah menyatakan di dalam kitabnya al-Sunnah Wa Makanatuha Fi al-Tasyri’ mengenai sifat Imam al-Nasai dengan menulis bahawa: "...‫"كان شديد التحفظ و الورع, بارعا في علوم الحديث حافظا متقنا‬ Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib pula menulis: "‫"كان كثير العبادة في الليل والنهار, متمسكا بالسنة, ورعا متحريا, وكان شهما ذا مروءة‬

24

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Imam al-Nasai meninggal dunia pada hari Isnin, tahun 303 M di kota al-Ramalah, Palestin dan dikebumikan di Baitul Maqdis.

KITAB AL-SUNAN AL-NASAI

Kitab al-Sunan al-Nasai pada mulanya dikenali sebagai Sunan al-Nasai al-Kubra yang mengandungi hadith sahih, hasan dan daif. Apabila beliau disuruh untuk mengumpulkan hadith sahih sahaja oleh seorang penguasa, maka beliau telah mengumpulkan hadith sahih tersebut di dalam sebuah kitab iaitu al-Sunan al-Sughra atau al-Mujtaba min alSunan. Walaubagaimanapun masih terdapat di dalam Sunan al-Sughra ini sedikit hadithhadith daif. Kitab sunan ini disusun mengikut bab-bab fiqh sepertimana sunan yang lain.

KITAB SYARAH SUNAN AL-NASAI

25

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

1. Sunan al-Nasai Bisyarh al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti Wa Hasyiah al-Imam al-Sindi Kitab syarah ini merupakan terbitan daripada Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Lubnan pada tahun 1995M. Kulit buku ini berwarna hitam dan bertulisan emas.

Kandungan buku ini dimulakan dengan Basmalah, nama kitab, hadis kemudian syarahnya. Di atas sekali dicatatkan nombor halaman, tajuk dan bab. Setiap jilid mempunyai isi kandungannya. Manakala pada akhir muka surat mempunyai penutup. Kitab ini disyarahkan oleh al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dan bersama dengan kitab ini ialah Hasyiah al-Imam al-Sindi.

2. Sunan al-Nasai Bisyarh al-Imamayn al-Suyuti Wa al-Sindi Kitab syarah ini merupakan hasil usaha Imam al-Suyuti dan al-Sindi. Ia telah ditahqiq oleh tiga orang pentahqiq iaitu Dr. al-Sayyid Mohd Sayyid, Al-Ustaz Sayyid ‘Imran dan Ustaz Ali Muhammad Ali. Manakala didhabitkan usulnya oleh Dr Mustafa Muhammad al-Husin al-Zahabiy. Buku ini adalah terbitan Dar al-Hadith, Kaherah. Ia merupakan cetakannya yang pertama iaitu pada tahun 1999M. Kulit buku ini berwarna hitam dan bertulisan emas dan sedikit merah pada tajuknya. Buku ini mempunyai 5 juzuk.

26

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Bagi syarah kitab ini ia dimulakan dengan Basmalah, nombor kitab, nombor bab dan diikuti dengan hadith. Syarah dan takhrijnya diletakkan pada nota kaki. Ia juga mempunyai indeks kandungan kitab iaitu pada juzuk kelima. Indeks-indeks tersebut adalah: • Indeks Kitab-kitab Sunan al-Nasaie mengikut susunan penulis • Indeks Kitab-kitab Sunan al-Nasaie mengikut huruf mu’jam • Indeks ayat-ayat al-Quran • Indeks hadith-hadith dan athar • Indeks bab-bab sunan al-Nasaie

3. Al-Faid al-Samai ‘ala Sunan al-Nasai Buku ini ditahqiq oleh Muhammad ‘Aqil Mudarrisul, seorang guru hadith di Mazahir ‘Ulum. Buku ini adalah terbitan Maktabah al-Khaliliyah al-Waqi’ah Bi Jawar Mazahir Ulum Sahanfur, Bombay, India. Ciri-ciri fizikal bagi kulit buku ini ialah ia berwarna hitam dan bertulisan perak.

27

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Tulisan di dalam buku ini sukar untuk dibaca memandangkan ia dicetak bukan dengan font yang mudah untuk dibaca atau font yang biasa digunakan untuk buku-buku ilmiah.

4. Al-Mujtaba al-Ma’ruf Bi Sunan al-Nasai Ma’a Syarhihi Zahr al-Zubaa Wa al-Sindi Kitab Syarah ini mempunyai kulit buku yang menarik dan sukar untuk dibaca tajuk dan keterangan. Penulis yakin ia merupakan kitab syarah yang diterbitkan di India kerana jenis penulisannya (font) adalah sama dengan kitab Al-Faid al-Samai ‘ala Sunan alNasai. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa kitab ini ditulis dengan menggunakan tulisan tangan memandangkan garisan-garisan yang terdapat di buku ini tidak lurus dan seolah-olah ia menggunakan pembaris.

28

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Kitab ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Sebenarnya sukar untuk penulis memberikan gambaran mengenai kitab ini. Maka dibawah ini, penulis lampirkan bersama contoh kandungan kitab yang terlalu unik ini.

Ruangan yang dibuat untuk syarah al-Sindi

Ruangan ini adalah untuk syarah Zahr al-Zuba

29

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

IMAM IBN MAJAH
Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah, al-Rabiei alQazwiny, seorang hafiz yang terkenal dan pengarang kitab al-sunan dalam bidang hadith. Beliau dinisbahkan kepada golongan al-Rabiah, yang terdiri daripada beberapa puak kabilah, dan tinggal di Qazwin berdekatan dengan Negara Iran. Suatu kota yang sangat terkenal banyak mengeluarkan para ulama’. Ibn Kathir telah memberikan pendapatnya mengenai Imam Ibn Majah berdasarkan penulisan kitab sunannya dengan berkata: "‫"صاحب السنن المشهورة وهي دالة على علمه وعمله وتبحره واطلعه واتباعه للسنة في الصول والفروع‬ Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib di dalam kitabnya Usul al-Hadith Ulumuhu Wa Mustalahuhu pula telah menulis, al-Khalili telah berkata: ‫ابن ماجه ثقة كبيرة , متفق عليه,محتج به, له معرفة و حفظ‬ Tambah al-Khatib lagi dalam menjelaskan keperibadian Imam Ibn Majah: ‫كان ابن ماجه على درجة رفيعة من العلم , فكان محدث قزوين في عصره وشيخها في التفسير‬ Pengembaraan ilmu beliau dengan menjejaki beberapa ulama’ ke beberapa buah negara seperti Iraq, Basrah, Syam, Baghdad, Makkah, Mesir, dan Rayy. Beliau dilahirkan pada tahun 209H dan meninggal pada hari Isnin dan dikebumikan pada hari Selasa pada bulan Ramadhan, tahun 273H.

30

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

KITAB SUNAN IBN MAJAH

Para ulama’ mutaakhirin bersependapat menetapkan bahawa kitab hadith utama yang lima adalah: Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Nasai, Jami’ al-Tirmidhi. Kemudian ulama’ mutaakhirin memasukkan sebuah kitab hadith yang utama sehingga terkenal dengan nama al-kutub al-sittah. Ia adalah sunan Ibn Majah yang merupakan sebuah kitab hadith yang masyhur. Ia adalah sebuah kitab sunan yang menyusun hadith mengikut susunan bab fiqh sepertimana yang telah disusun di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Nasai dan Sunan al-Tirmidhi. Di dalam kitab sunan ini bukan sahaja memuatkan hadith-hadith yang sahih, tetapi ia turut mengumpulkan di antara yang sahih, hasan dan daif. Atas sebab itu, kebanyakan ulama’ tidak memasukkan kitabnya ini di dalam senarai kutub al-sittah sebelum kurun ke enam. Adapun orang pertama yang menambahkan sunan Ibn Majah ini di dalam al-Kutub al-Khamsah ialah Abu al-Fadl Muhammad bin Tahir al-Muqaddisi (448-507 H) di dalam kitabnya Atraf al-Kutub al-Sittah. Dengan itu, jadilah kitab-kitab hadith muktamad sebagai enam kitab.

KITAB SYARAH SUNAN IBN MAJAH

31

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

1. Misbah al-Zujajah Fi Zawaid Ibn Majah Kitab syarah Misbah al-Zujajah Fi Zawaid. Ibn Majah yang disemak oleh penulis merupakan kitab cetakan pertama yang diterbitkan oleh Dar al-Jinan pada tahun 1986M. Pengarangnya ialah al-Hafiz Syihab al-Din Ahmad bin Abi Bakr al-Kinani al-Busiri (840H). Warna kulit kitab ialah merah dan hitam manakala tulisannya berwarna kuning keemasan. Kitab ini mempunyai tiga jilid dan ia disyarahkan secara ringkas. Kitab ini mempunyai nota kaki dan diakhir setiap jilid disertakan isi kandungan kitab.

2. Sunan Ibn Majah Bisyarh al-Imam Abi al-Hasan al-Hanafi al-Ma’ruf Bi al-Sindi Kitab ini telah disyarah oleh Imam Abi al-Hasan al-Hanafi al-Ma’ruf Bi al-Sindi (1138H). Ia juga mengandungi hasyiyah dan ulasan kitab Misbah al-Zujajah Fi Zawaidi Ibn Majah karangan Imam al-Busiri. Kitab cetakan ketiga oleh Dar al-Ma’rifah ini mempunyai 4 jilid. Jilid yang ke empat merupakan kitab yang memuatkan indeks-indeks bagi memudahkan pembaca dan pengkaji untuk merujuk hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab tersebut. Indeks ini telah disusun oleh al-Shaikh Khalil Ma’mun Syiha. Jilid pertama dimulakan dengan

32

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

kitab al-Sunnah yang membahaskan hadith-hadith berkenaan ((‫اتباع سصنة رسصول ال صصلى ال‬ ‫.عليه وسلم‬

Setiap kitab dimulakan dengan basmalah. Kesemua nama kitab, nama bab, nombor dicetak dengan warna merah. Setiap muka surat selalunya terbahagi kepada empat bahagian. Pertama sekali ia akan dimulakan dengan hadith, di ikuti dengan takhrij hadith, seterusnya syarah hadith, kemudian rujukan bagi ayat al-Qur'an atau untuk menyatakan penerangan-penerangan lain. 3. Sunan Ibn Majah Terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiah Kitab sunan Ibn Majah yang telah ditahqiq oleh Mahmud Muhammad Mahmud Hasan Nassar ini, merupakan diantara kitab cetakan yang terbaru. Ia diterbitkan oleh Dar alKutub al-Ilmiah pada tahun 1998 bertempat di Beirut. Kulit buku ini berwarna hitam dan ada sedikit warna merah, manakala tulisannya berwarna kuning keemasan.

33

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

Kitab sunan ini telah dibukukan sebanyak 5 jilid. Jilid yang kelima merupakan sebuah kitab yang tebal mengandungi 8 indeks. Antaranya ialah indeks al-Quran, indeks hadith dan athar, indeks kalimat al-Lughawiy, dan indeks perawi dan sanad. Apa yang menarik mengenai kitab ini ialah, nombor halaman, nombor bab, nombor hadith, tajuk kitab, tajuk bab, tajuk hadith dan kedudukan hadithnya ditaip dengan warna merah.

4. Sunan Ibn Majah Terbitan Dar al-Hadith Kitab cetakan pertama ini diterbitkan oleh Dar al-Hadith pada tahun 1998 di Kaherah. Ia diterbitkan pada tahun yang sama dengan Sunan Ibn Majah terbitan Dar Kutub alIlmiah. Kitab ini berwarna coklat, ada juga warna hitam dan tulisannya seperti kitabkitab yang lain iaitu kuning keemasan. Kitab ini telah ditahqiq oleh Muhammad Fuad Abd al-Baqi dan telah ditakhrijkan hadithnya dan disusun indeksnya oleh Mustafa Muhammad Hussin al-Dhahabi.

34

Seminar al-Sunnah Dan Isu-isu Semasa Peringkat Kebangsaan

Kitab ini mempunyai 4 jilid. Jilid keempat adalah kitab khas untuk indeks. Kitab pada jilid pertama telah dimulakan dengan kitab al-Muqaddimah. Setiap hadith di dalam kitab ini ditakhrijkan dan ada juga hadith yang di syarahkan kalimah mufradatnya dan dikemukakan pendapat ulama’ dalam mensyarahkan kalimah-kalimah tersebut.

PENUTUP Usaha yang dilakukan oleh ulama’ terdahulu untuk mensyarahkan hadith-hadith dan membukukannya di dalam satu manuskrip kemudian dicetak semula ke dalam naskhah yang mudah untuk dijadikan sebagai rujukan merupakan suatu sumbangan yang besar kepada umat Islam. Ia banyak membantu generasi masa kini dan akan datang dari segi pembelajaran dan pemahaman. Demi menghargai sumbangan ini, maka kita seharusnya membaca dan memahami serta menghayati isi kandungan kitab-kitab syarah ini. Walaupun kitab-kitab ini ditulis menggunakan gaya penulisan yang pelbagai, namun tujuan utama pembukuan kitab ini masih lagi sama iaitu membantu pembaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang intipati yang terdapat di dalam hadithhadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri, para sahabat dan tabiin sekaligus menggalakkan mereka untuk mengaplikasikannya samada di dalam bidang ilmu mahupun didalam menjalani kehidupan seharian.

35

M. Akil M. Ali, Tg Intan Zarina Tg Puji, Sakinah Saptu, N. Syuhada M.Muzni & Nurulhuda Ahmad

RUJUKAN

Abu Khalil, Syauqi. 2003. Atlas al-Hadith al-Nabawi Min al- Kutub al-sihhah al-Sittah. Beirut. Dar Fikr al-Ma’asir. Al-Baqi, Muhammad Fuad Abd. 1998. Sunan Ibn Majah. Jld 1. Kaherah. Dar al-Baz Mustafa Ahmad, 1994. Al-Musnad al-Imam Ahmad Bin Hanbal, Jil 1.Makkah, Maktabah al-Tijariah Hadith. Al-Khatib, Muhammad ‘Ajjaj. 1989. Usul al-Hadith Ulumuhu Wa Mustalahuhu.Damsyik. Dar-Fikr. Abd Qadir Abd Khair, Said Muhd Said & Said Ibrahim. 1999. Sunan Abi Daud. Jld 1. Kaherah. Dar al-Hadith. Al-Khalidi, Muhmmad al-Aziz. 1996. Sunan Abi Daud. Jild 1. Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiah. Al-Sibai’ Mustafa. 2003 Al-Sunnatu Wa makanatuha Fi al-Tasyri’ al-Islami. Beirut. Dar al-Warraq. Ariffin bin Omar & H.M Yusuf Sinaga. 2005. Biografi Ulamak-Ulamak Hadith. Johor Bharu .Perniagaan Jahabersa. Budah@Udah Muhsin, 1995, Ulum al-Hadith, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka. Muhammad Abu al-Laith al-Khayr Abadi. 2003. 'Ulum al-Hadith Asiluha wa Mu'asiruha, Bandar Baru Bangi, Dar al-Syakir. Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur. Ilham Abati Enterprise.

36

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->